Thursday, August 27, 2009

:' Sukar Memaafkan Kesilapan Orang Lain.:

Thursday, August 27, 2009 |
Bismillah..

Entry kali ini diambil dari pm seorang hamba ALlah kepada seorang hamba ALlah yang lain dan saya telah edit mengikut gaya bahasa yang sesuai. Sengaja mahu dikongsikan dalam diari usang ini sebagai peringatan buat diri ini jika suatu saat masalah yang sama singgah menyapa diri^^

Memaafkan itu mudah tapi melupakan itu sukar. Kerana melupakan itu sukar menyebabkan hati kita sentiasa dibayangi oleh kenangan2 pahit yang menyebabkan perasaan negatif sering mengganggu kehidupan kita. Jadi, jika kita masih mengucapkan kita memaafkan tapi kita belum melupakannya itu sama sahaja kita masih belum benar2 memaafkan. Sama jugalah jiwa kita tidak akan berasa tenang.

Jika difikirkan balik, berbaloikah jika kita terus memendam rasa dan dihantui perasaan tidak tenang begini? Sedangkan perkara tersebut telah pun berlaku dan tiada apa yang dapat mengubahnya melainkan ketentuan dari Yang Maha Esa.

Memang sukar kita melupakan kenangan yang pahit dalam kehidupan kita. Tapi lebih pahit jika kita terus membenarkan perasaan itu membayangi kehidupan kita. Sifat pemaaf itu disayangi ALlah swt dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Muhammad saw bersabda: 'Memaafkan tiaklah menambah sesuatu kepada seorang hamba, kecuali kemuliaan. Oleh sebab itu perbanyakkanlah kalian memaafkan, niscaya ALlah akan memuliakan kalian". (HR Ibnu Abiddunya)

Mengapa kita harus menyimpan perasaan sakit dan benci sedangkan kita berhak untuk merasakan ketenangan dan kelapangan? Percayalah, dengan memaafkan kesilapan orang lain, dan cuba melupakannya itu lebih baik daripada membiarkan kehidupan kita dibelenggu dengan perasaan marah dan benci.

Jika kita merasa aniaya, ingatlah itu sebahagian daripada ujian ALlah swt buat hamba-Nya. Kita tidak keseorangan, tapi Dia sentiasa ada utk mendengar luahan dan rintihan kita. Walaupun kita tak nampak Dia tapi hati kita tidak boleh menidakkan kehadiran-Nya. Bersujudlah dan mengadulah hanya kepada Dia.

Tidak ada guna kita memaki hamun dan mencela melainkan kepuasan yang sementara. Orang yang sabar adalah orang yang terpelihara imannya. Orang yang sabar dikasihi ALlah swt. Biarlah kita diperlakukan oleh manusia yang sememangnya sentiasa bertindak di luar batasan, asalkan kita terpelihara daripada kerosakan iman dan taqwa kerana itu sebaik2 harta yang perlu dipelihara buat bkalan menuju keredhaan-Nya.

Tiada manusia yang tidak pernah merasa sakit. Rasulullah saw yang dikasihi Allah swt dan dijamin masuk syurga juga didatangkan dengan ujian yang betimpa2, inikan kita manusia yang lemah segalanya.

Jika kita merasa susah, ada orang yang lebih susah daripada kita. Jika kita merasa sakit, ada orang yang lebih sakit daripada kita. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah swt ini. Tiada manusia yang terlepas daripada menerima ujian-Nya. Bersyukurlah dan berlapanglah dalam menerima segala ujian-Nya. Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Yakinlah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Banyakkan berzikir agar jiwa sentiasa tenang. Jika terasa ingin marah, segera ambil wudhu' dan beristghfar. Sibukkanlah diri dengan perkara2 yang berfaedah agar tiada ruang untuk memikirkan masalah-masalah yang boleh mengganggu jiwa. Jika perlu, elakkanlah daripada berjumpa dengan insan tersebut buat sementara waktu untuk memadamkan kemarahan sedikit demi sedikit. Jika ingin berbincang, ingatlah yang harus dicapai adalah penyelesaian bukan permusuhan. Jika rasa berdiam diri itu lebih baik, maka berbuatlah yang seharusnya.

Seorang insan yang berjaya adalah insan yang berjaya mengawal perasaan marah apabila ujian datang kepada-Nya. Jika hati sentiasa mengingat mati, jiwa akan tenang. Apa yang berlaku di dunia dianggap sebagai persediaan menuju akhirat yang abadi. Sekadar perkongsian daripada seorang sahabat yang juga tidak terlepas daripada ujian dunia. Semoga kita sama2 tabah!Semangat!

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama perbaiki hati dan amalan agar selari dengan ajaran Islam. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang Baik dijadikan tauladan, yang kurang baik, dijadikan sempadan. Manusia yang berjaya, adalah manusia yang lebih baik daripada semalam dan tidak hanya berada ditakuk lama dan bermain dengan perasaan yang sama. Berubahlah ke arah kebaikan sebelum ajal datang menyampaikan seruan.

Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALlah swt.

amin ya rabbal a'alamin..


Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog