Monday, August 31, 2009

:. Masyitah Wanita Tabah .: 2 kritikan

Monday, August 31, 2009 |

Bismillah...

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra dia berkata, Rasulullah saw bersabda, “Pada saat malam terjadinya Isra’ saya mencium bau harum, sayapun bertanya, “Ya Jibril, bau harum apakah ini?”


Jibril menjawab, “Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir’aun (Masyithah) dan anak-anaknya.”

Saya bertanya, ”Bagaimana bisa demikian?”
Jibril bercerita, “Ketika dia menyisir rambut putri Fir’aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca ”Bismillah (dengan nama Allah).”
Putri Fir’aun berkata, “Hai, dengan nama bapakku?”
Masyithah berkata, “Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu.”

Putri Fir’aun bertanya, “Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?
Wanita tukang sisir itu menjawab, “Ya.”
Anak putri Fir'aun berkata, 'Akan aku laporkan pada ayahku.'
Wanita tukang sisir menjawab, 'Silakan!'


Putri Fir’aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir’aunpun kemudian memanggil Masyithah.
Fir’aun bertanya, “Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?”
Masyithah menjawab, “Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.”

Kemudian Fir'aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih.

Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir’aun, “Saya mempunyai satu permohonan.”
Fir’aun menjawab, “Katakanlah.”
Masyithah berkata, “Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan.”
Fir’aun menjawab, “Akan aku penuhi permintaanmu.”

Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu.

Si bayi di atas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara, “Terjunlah Ibu! Terjunlah, azab dunia lebih ringan daripada azab Akhirat.” Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya.

Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma’uz Zawa’id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza’. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir’aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini?

Pengajaran:

1. Anjuran untuk tetap sabar dan teguh ketika muncul fitnah.
2. Balasan itu sesuai dengan jenis amal yang dikerjakan.
3. Bagi yang bersabar dalam memegang teguh agama dan tidak takut dicela orang niscaya memperoleh pahala dan ganjaran yang sangat besar, sebagaimana firman Allah dalam QS: Az-Zumar: 10,
" Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala tanpa batas."
4. Seorang muslim diperbolehkan mengajukan permintaan yang mengandungi kebaikan sekalipun kepada thaghut, sebagaimana kisah ini. Wanita tukang sisir anak gadis Fir'aun meminta agar tulang tubuhnya dan anak-anaknya dikubur menjadi satu.
5. Sesungguhnya Allah swt senantiasa memberi jalan keluar untuk para wali-Nya dari musibah atau bencana yang menimpa.
6. Ketetapan karamah Allah yang diberikan bagi orang soleh dan solehah.
7. Karamah termasuk dalam kategori peristiwa langka dan luar biasa.

Allahu'alam.

read more

Sunday, August 30, 2009

:. Hari Ini .: 0 kritikan

Sunday, August 30, 2009 |
Bismillah..

Hari ini seperti hari-hari biasa aku akan masuk menjengah forum untuk melihat kalau-kalau ada yang perlu aku lakukan. Masuk tanpa perasaan, berlegar daripada satu thread ke satu thread. Sesekali aku klik pada 150 latest thread untuk melihat kalau-kalau ada thread baru yang bermasalah. Sempat juga aku menikmati 'santapan' di forum walaupun tidak banyak. Alhamdulillah, bilangan m** semakin bertambah dan mereka semua rajin-rajin belaka. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Setelah penat aku berjalan, aku berhenti untuk memberi ruang pula kepada buku-buku yang berada di hadapan mata. Sekali lagi aku selak muka surat demi muka surat tanpa perasaan. Sokmo tak ada perasaan aku ni. Baca jela.

Aku mengerling seketika pada jam di handphone. Tepat jam 3 petang. Dalam kotak fikiran aku, sah mereka sedang beratur untuk menaiki bas dan aku masih dalam dilema, berkira-kira mahu turut serta atau tidak. Teringat ancaman nonoy dua hari lepas apabila aku mengatakan tidak mahu turut serta pada iftar di kedutaan Malaysia. "Haih kena pergi. No excuse. Jai marah, dia suruh pergi juga". Aku sms hafiz mengatakan aku jadi pergi. Asalnya awal-awal aku dah cancel tapi nonoy berjaya menggoyahkan keputusan aku. "Baik m**". Hafiz yang berjaya mengesan aku di portal Islamic tu membalas ringkas. Harap-harap dia tidak buka mulut kepada sesiapa.

Taraaa! Tepat jam 5 petang, aku masih berada di bilik ini dan di rumah ini. Aku tak pergi pun dengan alasan tiada siapa di rumah. Embak Maya ada reunion dengan teman-teman SMP beliau. Sebenarnya aku segan. Pasti ramai tetamu (pelajar2) yang akan turut serta. kalau ada housematees aku, bolehlah juga bawa bersembang. Lagipun, hari ni adalah hari aku tanpa perasaan. Malas rasanya diri ini mahu melangkah ke mana2. Nak makan pun tiada selera. Satu biji nasi pun tak terisi buat perut aku ni. Cukup setakat minum air kosong dan dua keping kek dah boleh mengenyangkan, alhamdulillah.

Esok kelas bermula seperti biasa dan rabu aku menghadapi peperiksaan pula. Maka bermulalah hari serabut aku. Perlu lebih fokus pada study dan melupakan seketika tanggungjawab lain. InsyaALlah, kita pasti bisa, jika kita berusaha.

Okes memang tak ada motif pun entry kali ini. Sekadar ingin meluahkan buat catatan baru!Haha!Lagipun, aku yakin tiada siapa pun yang berminat untuk membaca blog aku ni kerana merapu sokmo. Blog aku bukan untuk dipromosikan kepada umum, ianya adalah teman aku di kala suka mahupun duka. Aku harap ada pihak yang memahami~

Jazakallah~

read more

Thursday, August 27, 2009

:' Sukar Memaafkan Kesilapan Orang Lain.: 0 kritikan

Thursday, August 27, 2009 |
Bismillah..

Entry kali ini diambil dari pm seorang hamba ALlah kepada seorang hamba ALlah yang lain dan saya telah edit mengikut gaya bahasa yang sesuai. Sengaja mahu dikongsikan dalam diari usang ini sebagai peringatan buat diri ini jika suatu saat masalah yang sama singgah menyapa diri^^

Memaafkan itu mudah tapi melupakan itu sukar. Kerana melupakan itu sukar menyebabkan hati kita sentiasa dibayangi oleh kenangan2 pahit yang menyebabkan perasaan negatif sering mengganggu kehidupan kita. Jadi, jika kita masih mengucapkan kita memaafkan tapi kita belum melupakannya itu sama sahaja kita masih belum benar2 memaafkan. Sama jugalah jiwa kita tidak akan berasa tenang.

Jika difikirkan balik, berbaloikah jika kita terus memendam rasa dan dihantui perasaan tidak tenang begini? Sedangkan perkara tersebut telah pun berlaku dan tiada apa yang dapat mengubahnya melainkan ketentuan dari Yang Maha Esa.

Memang sukar kita melupakan kenangan yang pahit dalam kehidupan kita. Tapi lebih pahit jika kita terus membenarkan perasaan itu membayangi kehidupan kita. Sifat pemaaf itu disayangi ALlah swt dan pasti ada hikmah di sebaliknya.

Muhammad saw bersabda: 'Memaafkan tiaklah menambah sesuatu kepada seorang hamba, kecuali kemuliaan. Oleh sebab itu perbanyakkanlah kalian memaafkan, niscaya ALlah akan memuliakan kalian". (HR Ibnu Abiddunya)

Mengapa kita harus menyimpan perasaan sakit dan benci sedangkan kita berhak untuk merasakan ketenangan dan kelapangan? Percayalah, dengan memaafkan kesilapan orang lain, dan cuba melupakannya itu lebih baik daripada membiarkan kehidupan kita dibelenggu dengan perasaan marah dan benci.

Jika kita merasa aniaya, ingatlah itu sebahagian daripada ujian ALlah swt buat hamba-Nya. Kita tidak keseorangan, tapi Dia sentiasa ada utk mendengar luahan dan rintihan kita. Walaupun kita tak nampak Dia tapi hati kita tidak boleh menidakkan kehadiran-Nya. Bersujudlah dan mengadulah hanya kepada Dia.

Tidak ada guna kita memaki hamun dan mencela melainkan kepuasan yang sementara. Orang yang sabar adalah orang yang terpelihara imannya. Orang yang sabar dikasihi ALlah swt. Biarlah kita diperlakukan oleh manusia yang sememangnya sentiasa bertindak di luar batasan, asalkan kita terpelihara daripada kerosakan iman dan taqwa kerana itu sebaik2 harta yang perlu dipelihara buat bkalan menuju keredhaan-Nya.

Tiada manusia yang tidak pernah merasa sakit. Rasulullah saw yang dikasihi Allah swt dan dijamin masuk syurga juga didatangkan dengan ujian yang betimpa2, inikan kita manusia yang lemah segalanya.

Jika kita merasa susah, ada orang yang lebih susah daripada kita. Jika kita merasa sakit, ada orang yang lebih sakit daripada kita. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi Allah swt ini. Tiada manusia yang terlepas daripada menerima ujian-Nya. Bersyukurlah dan berlapanglah dalam menerima segala ujian-Nya. Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Yakinlah pasti ada hikmah di sebaliknya.

Banyakkan berzikir agar jiwa sentiasa tenang. Jika terasa ingin marah, segera ambil wudhu' dan beristghfar. Sibukkanlah diri dengan perkara2 yang berfaedah agar tiada ruang untuk memikirkan masalah-masalah yang boleh mengganggu jiwa. Jika perlu, elakkanlah daripada berjumpa dengan insan tersebut buat sementara waktu untuk memadamkan kemarahan sedikit demi sedikit. Jika ingin berbincang, ingatlah yang harus dicapai adalah penyelesaian bukan permusuhan. Jika rasa berdiam diri itu lebih baik, maka berbuatlah yang seharusnya.

Seorang insan yang berjaya adalah insan yang berjaya mengawal perasaan marah apabila ujian datang kepada-Nya. Jika hati sentiasa mengingat mati, jiwa akan tenang. Apa yang berlaku di dunia dianggap sebagai persediaan menuju akhirat yang abadi. Sekadar perkongsian daripada seorang sahabat yang juga tidak terlepas daripada ujian dunia. Semoga kita sama2 tabah!Semangat!

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama perbaiki hati dan amalan agar selari dengan ajaran Islam. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang Baik dijadikan tauladan, yang kurang baik, dijadikan sempadan. Manusia yang berjaya, adalah manusia yang lebih baik daripada semalam dan tidak hanya berada ditakuk lama dan bermain dengan perasaan yang sama. Berubahlah ke arah kebaikan sebelum ajal datang menyampaikan seruan.

Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALlah swt.

amin ya rabbal a'alamin..

read more

Tuesday, August 25, 2009

: Holiday + Study : Apakah?. : 0 kritikan

Tuesday, August 25, 2009 |
Bismillah..

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama aku mengikuti Semester Pendek dan juga merupakan pengalaman pertama setelah dua tahun berada di UKRIDA. Setiap kali cuti aku akan pulang ke tanah air tapi buat pertama kalinya, cuti kali ini destinasi aku adalah UKRIDA!Flight sesat tak jumpa Kuala Lumpur.Hehe.

Hari ini aku cuma ada satu kelas iaitu Parasit. Aku ingat tak ramai yang join tapi hampir penuh ruangan kuliah tadi. Ramai rupanya ^^ Semester pendek ni lagi best dari kelas-kelas pada waktu pengajian biasa kerana jadual tidak terlalu padat. Satu hari ada dalam dua tiga kelas sahaja. Jadi balik tu adalah masa untuk buat revision subjek yang belajar tadi. Tidak seperti pada hari pengajian biasa, kelas bermula seawal jam 7.30 dan selesai pada jam 4.00 petang. Memang memenatkan. Tapi apa nak buat, inilah cabaran yang perlu dihadapi. Ni baru sikit cik adik oi belum lagi praktikal So, jangan mengeluh dulu~lalala~

Walaupun kelas tidak begitu padat, tapi aku dah janji nak skor dalam semester pendek ni kerana aku telah mengobankan masa aku bersama keluarga di Malaysia semata-mata untuk ikut semester pendek. Bak kata ayah, "Takpa, untuk masa depan akak juga. Sekali sekala tak balik, boleh blajaq2 kenai negara orang. Bila lagi kan? Esok-esok dah balik Malaysia, kot2 la rindu kat Jakarta pula.Hehe". Pandai ayah pujuk ceq.

Aku dah minta cuti di iLi bermula hari ini sehingga infiniti. Asyik minta cuti ja aku ni. Esok-esok diberhentikan baru padan muka. Takpa, jika itu yang terbaik, aku rela^^ Bukan sahaja cuti di iLI, facebook pun aku cuti juga. Kalau ikut keinginan hati, aku tak sanggup berpantang ni lagi-lagi dengan si iLi tu. Haish takpa sabaq sikit. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja tanpa aku, insyaALlah. Maaf na rakan-rakan mod :(

Maas salamah wa ilalliqa'

Jazakallah..




read more

:. Welcome To UKRIDA .: 0 kritikan

Bismillah..

Mungkin entry ini sedikit terlambat dari tarikh sepatutnya. Namun aku masih juga ingin lakarkan buat catatan perjalanan hidupku ini.

Tahniah dan Selamat datang diucapkan kepada adik-adik (angkatan 2009) yang telah tiba di Jakarta pada 18 August yang lalu. Terima kasih kepada KakFini, KakJua dan rakan2 (Senior 2005), KakQama dan rakan2nya (Senior 2006) Zainoor, Tymah, Atul dan Rai (Senior 2007) serta Asri , Azam dan rakan2 (senior 2006) kerana turut serta dalam menguruskan junior-junior 2009 yang baru sampai. Walaupun ada antaranya yang masih belum hilang lelah lagi selepas pulang dari menjadi urusetia, namun masih tetap tersenyum meraikan kedatangan junior baru. Syabas!
Mereka yang bertuah semua adalah pelajar tajaan MARA di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC) dan jumlah kesemuanya adalah 46 orang. Seperti biasa kaum hawa mendominasi kaum adam dengan majoriti 33 orang berbalas 13 orang ^^


Semua telah diagih-agihkan mengikut penempatan masing-masing yang telah ditetapkan. Ada yang satu rumah 23 orang (kalah rumah 14 ^^), ada 4 orang dan sebagainya. Mudah2an adik-adik betah tinggal di sana, insyaALlah.

Ahad lepas, telah diadakan pengenalan kepada ta'lim Pak Romi untuk adik-adik yang baru sampai bertempat di Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren. Alhamdulillah, semua hadir tanpa berkecuali, baik lelaki mahupun perempuan. Aku dan Tymah(Fatimatuzahra) ditugaskan sebagai Fasilitator kepada kumpulan LDK kami. Tiada aktiviti apa, sekadar berta'aruf dan tadarus al-Quran.

LDK tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Kami teruskan dengan aktiviti tadarus al-Quran pada setiap malam selepas solat witir di Masjid Nurul Hikmah. Syabas diucapkan kepada Biro Agama kerana mengorak langkah menyumbangkan idea ini.

Sepanjang tiga hari Ramadhan, alhamdulillah, setiap malam selepas solat witir, para junior muslimah setia menanti untuk sama-sama bertadarus al-Quran. Semakin hari semakin bertambah. Alhamdulillah. Segala puji hanya kepada-Mu.

Aku senang melihat adik-adik ini. Semangat mereka aku puji kerana walaupun ada di antara mereka yang masih belum lancar dalam bacaan, namun mereka tetap bersemangat hadir dan tekun belajar. Alhamdulillah. Takpa, kita sama-sama belajar dan menegur untuk menjadi yang lebih baik. Mudah2an fenomena ini akan terus berkekalan bukan hanya dalam bulan Ramadhan tapi setiap masa, InsyaALlah..

Harapan aku hanya satu. Semoga ukhuwah kami akan tetap utuh untuk saling membimbing dalam usaha melahirkan graduan-graduan dalam bidang perubatan yang berjaya bukan sahaja di dunia juga di akhirat sana, Aminn ya rabbal 'alamin..

Jazakallah~

read more

Friday, August 21, 2009

:. Ramadhan Kareem.: 2 kritikan

Friday, August 21, 2009 |
Bismillah..

ALhamdulillah, kita berkesempatan lagi bertemu bulan penuh keberkatan, Ramadhan al-Mubarak. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa pengertian dan pengajaran yang lebih mendalam daripada bulan ramadhan yang sebelumnya.

Bersamalah kita berlumba-lumba mengerjakan ibadah semaksimal mungkin dalam bulan penuh rahmat ini demi mendapatkan keampunan dari-Nya.

Jika sebelum ini, perut asyik meragam setiap kali mendengar khabar ingin melakukan puasa sunat isnin dan khamis, tapi pada bulan Ramadhan ini pujuk2lah perut tu agar bertahan jika tidak di isi sehingga masuk waktu magrib bagi menyempurnakan rukun Islam yang ketiga.

Jika sebelum ini, kita membiarkan sahaja mulut, mata, telinga, tangan, kaki, dan seluruh anggota berbuat sesuka hati, tapi dalam bulan penuh kehormatan ini peliharalah ia daripada perkara-perkara yang boleh mencemarkan fitrah kesuciannya.

Jika sebelum ini selepas isyak kita mengisi masa dengan menonton televisyen, tapi dalam bulan penuh rahmat ini, rajin2kanlah diri ke masjid (esp lelaki) untuk menunaikan solat sunat terawih sambil mengeratkan silaturrahim sesama ummah.

Jika di waktu malam kita tidur lapan hingga sembilan jam sehari, tapi untuk bulan penuh ganjaran sisakanlah sejam dua untuk bangun di malam hari menyembah Pencipta, memohon keampunan atas segala dosa dan kekhilafan yang pernah dilakukan sepanjang kita bernafas di bumi Tuhan ini.

Setelah hampir 11 bulan kita menanti ketibaannya dengan penuh harap, kini 'ia' kembali untuk mengajak kita mencari keistimewaannya. Janganlah disia-siakan sebuah penantian itu dengan kealpaan akibat kejahilan kita. Bersyukurlah kerana diberi peluang untuk merasai lagi kemanisan dalam bulan penuh keberkatan ini kerana belum tentu kita bertemunya lagi di tahun akan datang. Manfaatkan sebaiknya!Setahun hanya sekali!Ayuhh!

Selamat bersahur~selamat berpuasa~selamat berbuka puasa~selamat menunaikan solat terawih~Selamat khatam Quran~Selamat Qiamulail~

InsyaALlah,

Semoga ALlah swt memepermudahkan dan melapangkan jiwa yang bersujud kepada-Nya.

Siru 'Ala Barakatillah~


read more

Wednesday, August 19, 2009

.: Kongres PKPMI- Hari Terakhir.: 2 kritikan

Wednesday, August 19, 2009 |
Isnin, 17 Augst 2009


Bismillah..

Hari ini merupakan hari terakhir kongres ini berlangsung. Mungkin sebab semalam pulang lewat ke kamar, kebanyakan wakil turun lambat ke kafe untuk bersarapan. Berkali-kali digesa cepat naik ke ruang meeting kerana tetamu daripada JPA, MARA dan Atase agama sudah sampai dan sedang menunggu di ruang lobby.

Aku ditugaskan menyambut Puan Uyun , pegawai MARA di Jakarta. Setelah bersembang sepatah dua kata, aku tinggalkan Puan Uyun bersama Kak Hidayah, kerana aku ingin menghambat wakil-wakil yang sedang bersarapan di kafe agar mereka tidak santai2 dan segera naik ke ruang sidang. Rasa macam nak cekik sorang-sorang sebab masih boleh santai sedangkan tetamu sudah llima belas minit menunggu!Haishh!

Selesai perjumpaan bersama pegawai penaja, para wakil diberi taklimat agar segera pulang ke kamar masing-masing untuk berkemas dan ‘check out’. Bilik urusetia penuh dengan bagasi dan barang-barang daripada wakil. Sebelum berangkat pulang, mereka masih mempunyai satu slot lagi iaitu, bengkel etika sosial bersama Dr Junaidi Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. Aku dan beberapa urusetia lain duduk dalam bilik urursetia untuk menguruskan beberapa urusan yang bersisa. Sebenarnya ramai yang mengelat untuk tidak hadir ke bengkel tersebut tapi dihalau oleh urusetia!Haha padan muka!ehe..

Selesai majlis penutup dan penyampaian hadiah dan sijil, para wakil sudah bersiap untuk makan tengah hari dan solat zuhur kerana bas yang akan membawa mereka ke airport tiba jam 2 petang. Tiba-tiba terasa sayu la pula saat berpelukan dengan mereka( sama jantina). Walaupun perkenalan singkat, namun terasa bagai sudah mengenali antara satu sam lain. Semua baik dan ramah belaka. Merekaturut mengucapkan penghargaan kepada pihak urusetia atas kelolaan majlis yang cukup baik. “Perfect! Kitaorang datang 20 kilo, balik jadi 40 kilo” seloroh wakil daripada Jogjakarta. Kami ketawa bersama.


Alhamdulillah, berpuas hati jugalah kerana majlis berjalan dengan lancar. Banyak pujian yang kami terima kerana semuanya berpuas hati dengan perjalanan kongres yang begitu baik. Namun, KakJua selaku ketua urusetia yang seharusnya mendengarkan pujian2 tersebut setelah seminggu bersusah payah menguruskan segalanya untuk mmastikan majlis berjalan dengan lancar. Kesian beliau, sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami ‘electrolyte inbalance’!You’re a good leader, my sis!

Apapun, saya sangat gembira dan sangat menghargai pengalaman yang sungguh manis ini! Dapat mengenal exco2 besar dalam PKPMI dan beramah mesra dengan mereka. Semoga ALLah melindungi ukhwah ini agar kekal selamanya! Paling best, dapat kenal dan bekerjasama dengan manusia-manusia lucu lagi menghiburkan hati!Pasti akan sentiasa merindui kalian =( Pengalaman menjadi urusetia kongres yang sangat mengujakan!Best!ALhamdulilah..

Jazakallah khairan kathira~


read more

:. Kongres PKPMI - Hari Kedua.: 2 kritikan

Ahad, 16 Augst 2009

Bismillah..

Setelah sarapan, kira-kira jam 8 pagi majlis diteruskan dengan laporan aktiviti setiausaha dan bendahari PKPMI Pusat dan seterusnya perletakan jawatan AJK PKPMI Pusat untuk sesi 2008/09. Sayu pula rasanya melihat mereka yang telah setahun memperjuangkan nasib-nasib pelajar Malaysia di Indonesia ini melepaskan amanah yang selama ini digalas. Namun, jasa-jasa kalian tetap akan dikenang. Terima kasih atas sumbangan kalian semua.





Tiba pula giliran pucuk pimpinan yang baru menggantikan yang lama. Jika dahulu YDP Pusat adalah saudara Akmal (PKPMI Jakarta) kini kerusi beliau diduduki oleh saudara Khairul @ Yoyo (PKPMI Bandung). Mudah2an saudara Yoyo dapat melakukan kemajuan demi kemajuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta.InsyaALlah..



Aktivit di malam hari pula diteruskan dengan program ‘team building’. Setiap kumpulan sudah bersiap sedia dengan persembahan masing-masing termasuklah kumpulan urusetia. Tak sangka, di sebalik keseriusan mereka, kelakar juga rupanya mereka ni. Banyak bakat yang terpendam!Tahniah! Kumpulan urusetia pula mempersembahan sketsa ringan dan nyanyian yang diubahsuai liriknya menceritakan pengalaman sepanjang kami bertugas sebagai urusetia. KakJua( ketua urusetia) menitiskan air mata kerana terharu melihat persembahan daripada kami!hee.

Setelah selesai majlis malam itu, cadangan awalnya kakFini mengajak wakil2 wanita untuk bersantai di swimming pool tapi kerana majlis habis lambat ditambah pula beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka kami terpaksa batalkan dan semua kembali ke bilik masing-masing untuk berehat kerana esok masih bersisa lagi satu hari.

read more

:.Kongres PKPMI - Hari Pertama.: 0 kritikan

Sabtu, 15 August 2009

Bismillah..

Seawal jam 8.30 pagi kami berempat (Nonoy, Rai, Tymah dan aku) bergerak menuju ke Hotel Park Lane, Jakarta dan tiba setelah 30 minit perjalanan. Semasa kami tiba di perkarangan, terdapat sebuah teksi di hadapan kami yang dinaiki tiga orang pelajar yang baru tiba dari Soekarno-Hatta Airport. Mereka merupakan wakil dari cawangan Jogjakarta.

Kami mengalami masalah untuk ‘check in’ atas beberapa sebab. Alhamdulillah, nasib baik bilik untuk urusetia sudah dapat digunakan. Dapatlah kami meneruskan beberapa persiapan sebelum majlis bermula kurang lebih beberapa jam sahaja lagi.

Dalam jam 11 pagi, wakil-wakil daripada setiap cawangan sudah mula memenuhi perkarangan hotel. Aku terpaksa ganti tempat Nonoy di meja pendaftaran menemani Tymah yang keseorangan. Nak mengelat tak dapat juga, aleh-aleh duduk juga aku kat meja penfdaftaran tu melayan pelbagai kerenah tetamu. Kita tanya nama depa, depa tanya nama kita balik. Macam-macam aksi dan telatah para tetamu yang hadir. Sabar jela. Kongres kali ini disertai 63 orang (49 lelaki dan 14 perempuan) dari 15 cawangan. Kebanyakan yang hadir menjawat jawatan sebagai YDP PKPMI cawangan masing-masing. Hebat-hebat belaka!


Perjalan kongres pada hari ini berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Namun ada jugalah masalah-masalah selingan yang tidak dapat dielakkan tapi tidak mengganggu perlancarang program. Paling ketara apabila Dato Duta’ terpaksa menukar jadual beliau menjadi lebih awal atas sebab-sebab yang tertentu menyebabkan segala program harus diubah semula di saat-saat akhir. Namun keadaan kembali pulih seperti sedia kala, Alhamdulillah.

Pada sebelah malam, setelah semua selesai makan malam, telah diadakan pindaan perlembagaan PKPMI. Seperti yang dijangka, perbincangan menjadi begitu hangat sekali. Aku yang duduk melihat daripada belakang pun terasa bagai berpeluh-peluh melihat perdebatan mereka dalam menolak mahupun menerima akta tersebut dipinda dan sebaliknya. Sebenarnya, dalam sesi pindaan perlembagaan ini, yang diperlukan hanya kata setuju atau tidak dan bukannya membincangkan mengenai setiap fasal kerana sebelum ini sudah ditanya kepada setiap wakil cawangan jika ada apa2 cadangan untuk meminda perlembagaan tersebut, namun semuanya diam. Hanya beberapa cawangan sahaja yang respon. Minum malam terpaksa ditangguh sehingga majlis selesai.

Aku dan Tymah terpsaksa tunggu untuk menyusun nama-nama wakil untuk program ‘team building’ pada malam esok. Mujur aku dan Tymah satu bilik, jadi lebih mudah untuk berurusan walaupun kami pulang lewat ke bilik. Setelah selesai menyusun, kami pulang ke bilik untuk merehatkan badan yang kelelahan setelah seharian berkejar ke sana ke sini. Selesai solat isyak baru teringat, list tadi perlu dihantar kepada Rai untuk ditaip. Nampak gayanya terpaksalah aku turun ke bilik mereka. Nasib baik Rai belum tidur.


read more

Saturday, August 15, 2009

:. Kongres PKPMI - Taklimat .: 0 kritikan

Saturday, August 15, 2009 |
Bismillah..

Petang tadi telah diadakan taklimat ringkas oleh Senior di rumah Abang Akmal untuk Majlis Persidangan Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Indonesia yang akan berlangsung selama tiga hari bermula besok, sabtu (15 Aug) sehingga Isnin (17 Aug) bertempat di Hotel Park Lane, Kuningan. Kongres ini merupakan acara tahunan untuk membincangkan isu-isu yang berbangkit oleh wakil-wakil pelajar dari setiap cawangan (15 cawangan). Tetamu kehormat yang bakal hadir adalah Duta Besar Malaysia di Indonesia, Dato' Zainal Abidin Zain. Pegawai dari JPA dan Mara juga akan turut serta dalam kongres tersebut.

Aku bersama lima pelajar lain telah ditugaskan untuk menjadi urusetia sepanjang program berlangsung. Secara ringkas tadi, Abang Akmal, Kak Jue-Are, dan Kak Fini telah membahagikan tugas dan menerangkan serba sedikit apa yang harus kami lakukan sepanjang tiga hari kongres tersebut berlangsung.

Aku memilih untuk menguruskan bahagian sajian tetamu. Alasannya sebab aku tak nak jadi penyambut tetamu dan tugas2 lain yang memerlukan aku berkomunikasi dengan tetamu yang hadir. Aku segan sebab tetamu yang hadir adalah dari golongan mahasiswa, aku jadi kekok nanti nak berurusan dengan mereka.Hehe! Tugas ni bukan bermakna aku p dapur tolong masak dan cuci pinggan tapi hanya sebagai 'reminder' kepada pihak hotel untuk menyediakan sajian tepat pada waktunya. Sambil-sambil tu aku boleh la jadi 'tester'.Haha! Tapi aku tak risau sangat kerana hotel tersebut bertaraf lima bintang, takkan mereka lambat 'pick up'. Apapun, just prepared. Selain itu, aku juga harus menguruskan urusan 'claim' tetamu yang hadir. Tugas aku banyak di belakang tabir. Tapi tidak la sepanjang masa di belakang tabir, jika perlu, aku akan membantu rakan-rakan yang lain untuk meringankan tugas mereka. We work in team!

Aku akan menginap di hotel berkenaan sepanjang kongres tersebut berlangsung. Pada mulanya aku ingat kami akan balik hari tapi rupa-rupanya tekaan aku meleset. Nasib baik aku sudah minta cuti awal-awal di iLi. Risau juga aku memandangkan sekarang ni tidak ramai mod yang dapat online, jika aku pun tiada makin sibuklah mereka yang tertinggal. Maaf na, saya tidak dapat mengelak. Mudah2an forum dan ILi akan baik2 saja, insyaALLah..

Satu perkara yang memeningkan aku adalah 'anak-anak' yang telah diamanahkan kepada aku oleh teman-teman yang pulang ke Malaysia. Nasib baik embak Maya sanggup ambil alih tugas aku sebagai 'baby sitter' kepada kura-kura Fydot, ikan-ikan ecah dan nadia. Kesian embak Maya. Embak Maya akan pulang ke Bogor,rumah keluarganya kerana ada urusan tapi terpaksa pulang awal ke sini untuk tengok2kan 'anak2'. Aku ingat nak tumpang rumah kawan2 yang lain tapi embak berkeras juga mahu menjaga. Terima kasih embak.

Aku dah siap bersihkan balang ikan-ikan Ecah ,Ikan-ikan Nadia, dan Moja Fydot supaya dalam tempoh tiga hari aku tiada, balang-balang tersebut masih bersih agar tidak menyusahkan embak Maya untuk membersihkannya cuma perlu bagi makan sahaja. Mudah-mudahan 'mereka' akan baik-baik sahaja. jangan nakal-nakal okes!

Setelah usai, aku masuk ke dalam bilik untuk membersihkan apa yang patut dan 'packing' pakaian yang akan dibawa. Pakaian sepanjang majlis adalah formal dan sopan. Aku tiada masalah kalau mereka dah tetapkan pakaiannya apa lagi-lagi jika formal. Tak perlu peningkan kepala, sumbat saja beberapa pasang baju kurung. Mudahnya jadi perempuan!ehehe! Esok seawal jam 8 pagi, kami harus berkumpul di tempat yang telah ditetapkan untuk ke destinasi yang dituju. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan baik, InsyaALlah..

Jazakallah..

read more

Friday, August 14, 2009

:. Maafkanlah Diri Ini.: 0 kritikan

Friday, August 14, 2009 |
Bismillah..

Saya ingin meminta maaf kepada semua andai pernah diri ini melukai hati kalian sama ada melalui perbuatan, percakapan, taipan dan sebagainya. Jika pernah diri ini mengungkapkan kata-kata yang tidak sedap didengar sehingga mengguris hati sesiapa sama ada dalam keadaan saya sedar ataupun tidak, maafkanlah diri ini.

Setiap manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana kita bukan maksum. Tapi itu bukanlah alasan untuk kita terus melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga timbangan dosa kita lebih berat dibanding amalan-amalan yang baik yang pernah kita lakukan di dunia.

Ampunilah segala salah dan silap saya pada kalian dan halalkanlah segala yang pernah saya ambil daripada kalian. Terima kasih juga atas kasih dan cinta yang kalian sudi kongsikan buat hamba-Nya yang hina ini. Hanya Dia yang mampu membalasnya dengan kasih dan sayang yang lebih tulus dan suci. Sesungguhnya hanya Dia yang Mengetahui bahawa diri ini amat menyayangi kalian yang pernah menghiasi hari-hari indah buat diri ini. Semoga kalian sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALlah swt.

Aminn ya rabbal 'alamin..

Terima kasih sahabat..

Jazakallah..


read more

Thursday, August 13, 2009

:. Pengakhiran Kepada Sebuah Kehidupan .: 0 kritikan

Thursday, August 13, 2009 |
Bismillah..

Masih lagi terkejut menerima perkhabaran bahawa Ustaz Asri Ibrahim (Vokalis Kumpulan Rabbani) telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Sebelum itu, dimaklumkan bahawa arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Masih terngiang-ngiang gemersik alunan zikir dan nyanyian daripada Ustaz Asri yang begitu menusup ke dalam hati, memberi kesan yang mendalam kepada jiwa-jiwa yang mendengar. Mengetuk jiwa-jiwa yang leka agar kembali memuhasabah diri, menginsafi dosa-dosa semalam. Masih terbayang-bayang wajahnya yang redup sayu ketika membuat persembahan di kaca-kaca televisyen. Sungguh besar sumbangan arwah dalam dunia nasyid tanah air juga usahanya dalam medan dakwah.

Mudah-mudahan arwah Ustaz Asri ditempatkan di kalangan para mujahid yang berjuang atas nama Islam. Aminn..Perginya seorang mujahid yang telah banyak berjasa kepada agama. Mudah2an segala amal ibadatnya mulia disisi ALlah swt. Aminn..

Takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Semoga dikurniakan ketabahan oleh ALlah swt dan semoga dibekalkan dengan redha dalam menerima takdir ALlah swt ini.

Al-Fatihah.....

Begitulah pengakhiran kepada sebuah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Setiap yang awal pasti akan ada akhirnya. Semua akan merasainya, hanya masa dan harinya masih menjadi rahsia. Esok lusa, mungkin giliran kita pula. Sama ada kita telah bersedia atau sebaliknya, urusan ALlah pasti tetap berjalan.

'Abdullah ra mengabarkan, bahawa suatu ketika Ummu Habibah, isteri Nabi saw berdoa: "Ya ALlah, panjangkanlah usiaku bersama-sama suamiku, Rasulullah saw serta dengan ayahku Abu Sufyan dan saudaraku Mu'awiyah".

Muhammad Rasulullah saw bersabda, "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tidak dapat diubah). Memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi yang tidak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya, dan tidak dapat diundur sedikitpun dari waktu yang telah ditetapkan. Seandainya engkau memohon perlindungan kepada ALlah dari siksa neraka atau siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus". (HR Muslim)

Sebelum mata tertutup rapat, sebelum jasad terkujur kaku, selagi belum tiba kunjungan malaikat Izrail, selagi itulah pintu taubat terbuka seluas-luasnya mendengarkan rintihan dan tangisan keinsafan seorang hamba kepada Tuhannya. Selagi pintu itu masih terbuka, segerakanlah langkah sebelum ianya tertutup rapat tanpa sempat kita menyentuhnya. Sesungguhnya ALlah swt itu Maha Pengampun dan Penyayang. Bersujud dan meminta hanya kepada-Nya, Tuhan sekalian alam.

ALlahu'alam.


read more

:. Mereka Telah Pulang .: 0 kritikan

Bismillah..

Alhamdulillah, semester 4 telah dilalui sampai ke akhirnya. Semua sudah mulai bercuti bermula hari ini sehingga 12 September 2009. Kemudian kami akan jadi pelajar tahun 3. Alhamdulillah, berkat pertolongan-Mu kami masih di sini dan mudah2an kami berjaya menamatkan pengajian kami di sini dan kembali ke tanah air untuk menyemai bakti kepada masyarakat dan agama, aminn..

Hari ini semua housematees aku dah balik ke Malaysia. Pagi tadi, Sarah, Aisyah dan Nija berangkat dulu kemudian disusuli Ana dan Fydot pada waktu tengah hari. Tapi semasa Ana nak keluar rumah tadi, Nija 'call' mengatakan 'flight' mereka 'delay'. Mesti flight Ana pun akan delay.

Erm kesian housematees aku, cuti kali nie paling banyak dugaannya. Sudah beberapa kali mereka tukar tiket, tapi masih berlaku juga ada yang tidak kena. Apalah agaknya khabar Nija, Aisyah dan Sarah? Sempat ka tidak mereka kejar 'flight' transit ke Kelantan dan Terengganu. Mudah-mudahan ALlah permudahkan segalanya.

Malam tadi trip yang terakhir adalah Nadia. Om Lokman dengan murah hati sudi hantar Nadia ke 'airport' memandangkan dia keseorangan ke sana. Jadi kami bertiga (Om Lokman, Embak Maya, dan aku) bersama-sama menemani nadia sampai dia berlepas.

Sayu juga melihat sorang-sorang keluar rumah pulang ke Malaysia. Saat paling sayu adalah ketika menghantar Nadia tadi. Sebelum ni aku akan ke airport untuk pulang ke Malaysia tapi kali ini aku hanya singgah sebentar untuk menghantar teman.

Pulang dari airport tadi, Om Lokman dan Embak Maya bawa aku pusing-pusing ambil angin. Mungkin mereka ingin menghiburkan hati aku yang agak kesayuan ketika itu. Terima kasih Om, terima kasih embak. Kalian berdua memang sangat baik. Rasa seronok sangat jalan-jalan ambil angin tadi. Alhamdulillah..

Sampai di rumah, terasa begitu sunyi sekali. Selalunya waktu-waktu begini rumah ni agak riuh dengan suara mereka yang menyanyi dalam bilik masing-masing untuk melepaskan 'tension' ketika study. Sekejap-sekejap mesti ada yang keluar bilik. Kalau tidak ke bilik air, merayap ke bilik-bilik orang lain. Tapi malam ni terasa sunyi sangat. Kalau ada pun bunyi pintu bilik dibuka, itu pasti embak Maya. hehe..

Cuti sebelum ni ada yang tidak balik kerana buat semester pendek. Pada mulanya aku pun nak join mereka, tapi disebabkan ada perkara yang perlu diuruskan di Malaysia, aku terpaksa pulang dan tundakan hasrat tersebut pada cuti kali ini. Kalau boleh taknak bertangguh lagi. Selagi masih mempunyai kesempatan, kena gunakan dengan baik. Ayah pun dah pesan, "takpa susah dahulu, senang-senang kemudian".

Kalau aku pulang juga kali ini mesti Embak Maya tinggal sorang-sorang. Takpa, kiranya atul sambil teman embak Maya la kan?ehehe..Mungkin ini salah satu hikmahnya atul berada di sini ,tidak di Malaysia.Tiba2 rasa teruja sangat nak memulakan semester pendek! 'First time' ni!Mudah2an segalanya berjalan dengan baik!Cuti yang dikorbankan harus dimanfaatkan dengan sebaiknya. InsyaALlah..

Semangat!Semangat!Semangat!

Jazakallah..

read more

Wednesday, August 5, 2009

:. Ahlan Wasahlan Nisfu Syaaban.: 0 kritikan

Wednesday, August 5, 2009 |
Bismillah..

Nisfu (setengah) Syaaban membawa maksud setengah daripada bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dalam sujudnya,

"Ya Allah aku pohonkan kemaafan-Mu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaan-Mu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripada-Mu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a.:

"Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya ALlah Azzawajjal telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki."

Hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (pada 15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib.)

Beberapa ibadah yang boleh dilakukan, termasuklah:

1.Solat sunat Nisfu Syaaban atas dua kaedah,iaitu:

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah. ATAU

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yaasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghribnya:

i) Yaasin pertama : Memohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada ALlah swt.

ii) Yaasin kedua : Memohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada ALlah swt.

iii) Yaasin ketiga : Memohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siang harinya (mulai pagi esok harinya iaitu 15 Syaaban).

Apalah ertinya mengucapkan kalimah 'ana uhibbillah' (aku cinta ALlah) jika kita selalu membelangkangi ajaran-Nya? Apalah ertinya jika kita sering malakukan segala yang menjadi larangan-Nya? Jika ini yang berlaku, maka cinta yang disemai ibarat cinta bertepuk sebelah tangan. Di mana usaha kita untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang ALlah swt jika kita terus-terusan melakukan perkara yang mengundang kemurkaan dan kemarahan-Nya? Jadi, sempena menyambut Nisfu Syaaban ini, marilah kita sama-sama memuhasabah diri dengan memperbanyakkan amal ibadat, demi mencari keredhaan-Nya. InsyaALlah..

Tidak lama lagi, kita akan menyambut bulan kebesaran, Ramadhan al-Mubarak. Mudah-mudahan kita telah melakukan sedikit sebanyak persediaan untuk menyambut kedatangannya. InsyaALlah. Semoga amal ibadah yang kita lakukan di dunia, diterima di sisi Tuhan sebagai tanda patuh dan bersyukurnya kita pada nikmat kurniaan-Nya.

Aminn ya Rabbal 'alamin..



read more

Monday, August 3, 2009

[Puisi] Puteriku 0 kritikan

Monday, August 3, 2009 |
Bismillah..

Puteriku,

Aku sayang padamu.

Jangan kau megah melihat nikmat dunia

Sehingga kau lupa siapa dirimu

Dunia ini hanya sementara

Akhirat jua yang kekal selamanya


Bila tertulis esok kematian buat kita

Tiada yang dapat menghalang ketentuanNya

Pangkat, kekayaan dan kekuasaan sudah tiada harga

Amalan dan iman jualah permata bernilai menemui Yang Esa


Puteriku,

Aku sayang padamu

Aku cemburu melihat rambutmu yang beralun lembut disapa bayu

Aku cemburu melihat lenganmu yang putih dan gebu

Aku cemburu melihat tubuhmu yang langsing lagi menawan


Tapi,

Aku tak sanggup melihat ia rakus dijilat api neraka

Aku tak sanggup mendengar jeritanmu meminta pertolongan

Aku tak sanggup melihat kau meronta-ronta kesakitan

Aku tak sanggup melihat kau merintih meminta belas ihsan

Jangan kau anggap ianya sekadar omongan

Yakinlah semua itu adalah janji Tuhan.


Puteriku,

Aku sayang padamu

Labuhkanlah jilbabmu agar tersembunyi mahkotamu

Longgarkan pakaianmu agar tersembunyi keistimewaanmu

Daripada pandangan manusia yang tidak halal bagimu

Yang terkadang mencari peluang untuk merosakkan dirimu


Puteriku,

Aku sayang padamu

Aku sedih melihat pergaulan bebas bersama temanmu

Bertepuk tampar menjadi kebiasaanmu

Beradu kasih menagih cinta tanpa segan silu

Terkadang yang halal dan haram juga dicampur adukkan

Sehingga lena dibuai keindahan yang penuh kepalsuan


Puteriku,

Aku sayang padamu

Sungguh istimewa dirimu umpama srikandi

Yang menjadi sayap kiri kepada suami sejati

Membina sebuah keluarga bahagia menuju redha Illahi

Kelembutanmu mendamaikan kegusaran di hati

Kasih sayangmu umpama salju yang menyapa dini hari

Ketabahanmu inspirasi kekuatan buat anak-anak dan suami


Percayalah puteriku,

Sebuah cinta berlandaskan keimanan dan ketaqwaan

Pasti akan menemui kebahagia dan keberkatan

Jangan musnahkan sebuah harapan

Hanya kerana kekhilafan dan kealpaan


Aku juga sepertimu hambaNya yang lemah

Terkadang aku juga alpha dan tergoda dengan nikmat dunia

Namun kita tidak harus membiarkan diri goyah

Terus hanyut diselimuti titik-titik noda


Puteriku,

Sambutlah tanganku dan genggam erat ukhuwwah ini

Bersama kita raih cinta sang Pencipta yang Maha Suci

Melayari kehidupan berlandaskan syariat Illahi

Yang pasti menemui kebahagiaan yang abadi.


Allahu'alam..


read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog