Wednesday, April 22, 2009

:. Belajar Itu Satu Tugas .: 2 kritikan

Wednesday, April 22, 2009 |
Bismillah..

Alhamdulillah, walaupun keadaan kesihatan agak kurang baik hari ini, dapat juga aku gagahkan diri ke kuliah. Selesai kuliah Pharmacology jam 8.40 am aku terus pulang kerana kuliah seterusnya pada jam 12.30 pm. Pada mulanya ingat nak 'stay' ja tapi disebabkan keadaan tekak ni yang amat perit sekali sehingga menganggu kosentrasi aku dalam kelas, aku tekad untuk balik berehat sebentar.

Sampai di rumah aku baca sedikit bahan untuk kuiz praktikum petang nanti. Selesai menghafal, aku lelapkan mata sekejap kerana merasa pedih sekali tekak aku ini terutama pada bahagian 'uvula' yang kelihatan kemerah-merahan. Aku tersedar apabila fidot yang baru balik dari kelas memanggil2 nama aku. Beratnya badan rasa seperti ingin demam.

Pada mulanya aku ingat nak ponteng ja tapi apabila memikirkan risiko yang bakal aku hadapi (ulang semester pendek) jadi aku matikan niat aku tu dalam-dalam. Aku gagahkan juga pergi ke kuliah parasitologi Dr Lily dan kemudian ke kelas praktikum mikrobiologi pula.

Dalam kelas parasit, Dr Lily sempat memberi sedikit suntikan semangat apabila melihat kebanyakan student mulai mengantuk. Kelas Dr Lily memang best cuma tak best sebab bahannya banyak nak kena hafal! Masa exam memang 'migrain' nak hafal semuanya.

"Kamu tu kalau mau belajar, belajar yang benar. Gak bisa pilih-pilih. Kamu suka atau gak kamu harus belajar semuanya. Jika kamu menganggap belajar itu satu tugas pasti kamu bisa. Jadi doktor itu gak gampang, semuanya harus belajar dan harus hafal mati. Jika kamu gagal itu gak bermakna kamu akan terus gagal. Apa yang penting adalah kerajinan kamu. Jangan berputus asa." Nasihat daripada Dr Lily.

Alhamdulillah, walaupun fokus aku dalam kelas sedikit terganggu hari ini akibat keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, namun kata-kata daripada Dr Lily itu sedikit sebanyak telah memberi satu suntikan baru dalam diri. Walau perit macamna pun ini adalah satu tugas dan tanggungjawab yang harus aku pikul. Kalau sekarang pun aku dah mengalah, macamna nak berhadapan dengan risiko yang lebih besar pada masa hadapan?

Semua benda dalam dunia ini tidak mudah. Nak makan pun sebenarnya susah cuma disebabkan kita telah belajar dan sering melakukannya sejak kita kecil lagi, perkara tersebut jadi mudah bagi kita. Sama juga dengan perkara-perkara lain. Pada mulanya kita akan rasa susah tapi jika kita istiqamah dan terus berusaha tak mustahil perkara tersebut mudah bagi kita.

Apa yang penting adalah usaha, usaha, dan usaha di samping berdoa dan bertawakkal kepada-Nya! Sekali kita gagal tidak bermakna kita akan gagal buat selama-lamanya. Gagal itu adalah tempoh belajar. Kita tidak terus berjalan apabila kita lahir tapi kita akan lalui satu perubahan dan percubaan dalam setiap peringkat hidup. Walau kita tersungkur, bangkitlah untuk meraih kembali awan yang ingin kita gapai.Semangat!!

"Ya Allah berikanlah kami kesihatan tubuh badan yang baik, kecerdasan akal fikiran, ketenangan rohani serta kekuatan mental dalam menunaikan amanah di dunia ini untuk mencari keberkatan dan keredhaan daripada-Mu.."

amin ya rabbal 'alamin..

Jazakallah.

Allahu'alam.

read more

Monday, April 20, 2009

:. Hanya Karutan .: 4 kritikan

Monday, April 20, 2009 |
Bismillah..

Entry kali ini memang untuk mengarut kerana bertujuan untuk melepaskan geram pada seseorang. Minta maaf kepada sesiapa jika merasa tidak 'best'apabila membacanya.

Fidooooooottttttt!!!Atul memang nak marah ni!Geram sangat-sangat dengan fidot ni.Sejak beberapa hari ni kuat betul ang nyakat ceq!!Kadang-kadang rasa nak menangis pun ada.Huk3.

Tapi hari in lah yang paling dasyat. Sejak balik dari kuliah tadi sampai la sekarang tak henti-henti fidot kacau atul. Paling menggeramkan masa fidot intai kat tingkap ceq!Pergh masa tu rasa nak gugur jantung!Terkejuuttttt tawukkkkkk!!Hishh betul2 marah ni..Padan muka kena pok!Uwekk!

Ntah la seharian di kuliah hari ini aku lebih banyak berdiam sahaja. Bila aku rasa tak sedap ja cepat-cepat aku berzikir. Entah la aku pun tak tahu kenapa sampai rasa nak menangis. Namun alhamdulillah focus aku dalam dewan kuliah tidak terganggu. Ashkuruka ya rabbi =) Tapi malangnya sampai di rumah, fidoot mulakan agenda 'annoying' nya. Memang sangat menggeramkan!hish!

Tapi kan fidot, nak tahu tak? Sebenarnya atul 'hepi' sangat2 (hbslah kena kacau lg la lps ni). Sekurang-kurang fidot berjaya membuatkan atul keluar daripada bilik dan layan 'annoying' fidot yang kadang2 nak tercampak usus bila gelak.

Lagi satu, bila fidot buat macam tu betul2 mengingatkan atul pada tikot!hehe nama pun hampir sama. Dulu masa di rumah lama, tikot selalu usik atul. Lepas dia p toilet dia mesti ketuk2 pintu lepas tu cepat2 dia lari menyorok belakang almari tv. Bila atul buka pintu bilik dia cepat2 sergah!Opocoott!!adeii memang nakai betul budak sorang ni. Memang tak atul lepaskan!Kenalah dia!huhu!

Pernah tikot terkantoi hntar komen pada kawan atul di friendster. Kebetulan ja atul terbuka friendster kawan atul tu dan ternampak apa yang dia hantar tapi sampai sekarang atul tak bgtaw tikot yang atul dah terbaca komen tu. "She is one of the important person in my life." Gugur juga air mata atul masa tu. Terharu sangat2!

Fidooott!!Napalah perangai korang lebih kurang sama? Kedudukan bilik fidot pun sama dengan bilik tikot, sebelah kanan bilik atul. Sampai kadang-kadang tertukar bila nak sebut fidot tersebut nama tikot!Sorry ya fidot. Suddently ja apa yang fidot wat mengingatkan atul pada tikot =( Kadang2 rasa nak menangis ja bila teringat kat dia.

Walaupun dah pindah sini tapi atul tak boleh lupa kenangan masa tinggal serumah dengan dia dulu. Kalau jumpa kat kuliah tak boleh rasanya nak tatap muka dia, atul rasa nak menangis ja. Rindu sangat-sangat kat dia. Sekarang dah tak da orang nak men ketuk2 pintu bilik atul dan panggil atul mama tapi yang ada sekarang seorang budak yang sangat 'annoying'yang suka betul menyakat!heh!

Fidot, kalau fidot baca taipan atul ni, atul nak sangat cakap kat fidot terima kasih banyak2!Atul sayang fidot sangat2!(xleh bgtaw depan2!EGO!)Kadang2 terasa hepi ja bila gurau2 dengan fidot. Best kalau cerita dan gaduh dengan fidot dalam ym!Tapi selalu ja kena buli!Mana aci sekali sekali bagi la atul menang =( Fidot memang baik =)

Okeh dah cukup! nanti banjir pula..hehe..Minta maaf jika tersalah kata di mana2 ^_^

Sekian..

read more

Saturday, April 18, 2009

:. Pernah Couple? .: 7 kritikan

Saturday, April 18, 2009 |
Bismillah..

Aku duduk di kerusi berdekatan makmal sementara menunggu kelompok D selesai praktikum Pharmacology. Sedang asyik aku membelek2 bahan untuk kuiz sebentar lagi tiba2 A datang duduk di sebelah aku. Aku senyum dan kemudian sambung balik bacaan aku itu. Tiba2…

“Atul, nak tanya sikit boleh?” Mukanya nampak gelisah dan aku pun menjadi resah. Aku mengiringkan sedikit badan lalu memandang tepat ke wajahnya. “Tanya apa?Tanyalah.” Sambil tersenyum aku membalas.

“Atul ada pakwe?” Haha tergelak kecil aku! Soalan apakah? Aku geleng sambil tersenyum. “Atul pernah couple?”. Bertubi2 pertanyaan dilontarkan tapi soalan yg terakhir membuatkan aku kelu seribu bahasa. Sambil tersenyum aku gelengkan kepala lagi. “Tapi pernahkan ada orang suka kat atul?”.Dia masih tidak berpuas hati. Aku senyum. Haha berapa banyak mau senyum daa =)

“Boleh tak nak tahu kenapa atul tak nak couple? Sebab atul nak bercinta lepas kahwin ke?”. Wah makin rancak pertanyaan dia yang membuatkan aku semakin rasa bersalah. Sebenarnya aku paling tidak gemar ditanyakan soalan sedemikian lagi2 oleh mereka yang pernah atau sedang bercouple. Aku rasa amat bersalah. Tak tahulah kenapa aku rasa macam tu. Aku perasan sangat, kadang2 ada juga teman2 yang bila rancak bercerita bab boyfriend, elok aku singgah ja masing-masing diam. Ishh aku bukan orang anti couple. Aku tak pernah memusuhi golongan yan bercouple. Siapalah aku untuk memilih-milih dalam berteman?

“A, tak bermakna atul tak pernah couple atul adalah budak yang sangat baik. Pada asalnya atul tak nak couple sebab prinsip. Sejak form three lagi atul bulatkan tekad tak nak libatkan diri dengan komitmen lain selain study sampai atul habis SPM. Then bila masuk matrik atul mula sedar yang perjalanan atul masih jauh dan penuh ujian. Oleh kerana tak nak peningkan kepala atul buat keputusan nak sambung prinsip lama dan tak nak fikir lagi soal couple2 ni ditambah pula sering mendengar cerita daripada kawan-kawan yang mengadu selalu menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing sehingga fokus pada pelajaran jadi terganggu. Mengelak lebih baik daripada mengubati. “Terang aku dengan berhati-hati untuk mengelakkan A salah faham malah mungkin bisa membuatkan dia terasa jika aku tidak berhati-hati dalam penyampaian. Demi Allah aku rasa bersalah pada A kerana A sedang bercouple tapi aku sekadar menjawab pertanyaannya.

“Kalau ada orang suka atul, dan atul pun suka orang tu, atul couple tak?”. Aku membalas dengan senyuman sambil berkata, “Biarlah Allah yang tentukan. Atul serahkan segalanya hanya pada Dia.” A menerima pengakuan aku dengan senyuman.

Macamman boleh tercetusnya sebuah prinsip?

Pernah aku tanyakan kisah bagaimana pertemuan emak dan ayah. “Mak dan ayah berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Kami tidak pernah bercinta Cuma pernah keluar sekali sahaja sebelum bernikah itu pun untuk kenal hati budi masing-masing sebelum bersetuju untuk terima lamaran sebelah pihak ayah. Sebelum kenal ayah, mak tak pernah berkawan dengan manamana lelaki sebab tok dengan tokwan garang. Kalau balik rumah sebelum maghrib, siaplah tok tunggu dengan kayu api di luar rumah. Habis pengajian terus kayuh gherek balik umah takut tok kunci duduk luar.

Tapi mak tak nak didik anak2 mak macam tu sebab mak tahu zaman dah berubah. Anak-anak sekarang bukan macam anak-anak dulu. Mak Cuma nak pesan, walau di manapun akak berada, akak kena pandai jaga diri. Jaga adab dan perlakuan sebagai seorang perempuan. Jangan lupa solat dan belajar rajin2. Dengan ilmu ja masa depan kita akan cerah.“ Kata emak sambil mengusap2 kepala aku. Rindunya aku saat itu. Sejak itu, aku bulatkan tekad untuk memberi tumpuan kepada pelajaran 100% tanpa memikirkan perkara lain.

Ya tak dinafikan orang yang belum pernah ada ‘antibiotik’ ni antibodinya tak sekuat orang yg pernah diserang buat kali pertama tapi setiap kali dugaan tu datang aku akan ingatkan diri dengan nasihat emak dan prinsip yang aku pegang sampai ke hari ini.

Sekarang bukan sekadar prinsip

Apabila aku semakin menginjak dewasa, aku mula mencari erti di sebalik sebuah kehidupan. Aku mencari dan terus mencari dan akhirnya aku temui sebuah jawapan kepada tindakan yang aku lakukan tanpa sebuah ‘asbab’ yang relevan sebelum ini. Aku tidak lagi menolak cinta kerana prinsip tapi aku menolak cinta kerana CINTA! Bukan selayaknya lagi aku berbicara soal cinta pada manusia sedangkan aku masih seorang mahasiswi yang penuh tanggungjawab yang ingin dipikul selain membebankan diri dengan tanggungjawab lain yang tidak seharusnya diletakkan atas bahuku selama ini. Aku lebih yakin bahawa apa yang aku lakukan selama ini adalah tindakan yang betul.

CINTA Dia yang harus aku kejarkan sebelum aku mencintai hamba-Nya. CINTA DIa yang tidak pernah kenal erti jemu pada hamba-Nya. CINTA yang sejati dan kekal abadi. Aku masih lagi terkapai-kapai mencari nur yang bisa menerangi jalanku mencari di mana letaknya CINTA-Nya. Aku ingin menjadi hamba yang sebenar hamba dan anak solehah yang menyejukkan hati ibu dan ayah kerana redha Allah swt terletak pada redha emak dan ayah. Kasih sayang seorang ayah dan ibu yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat. “Mak ayah, rahmatilah anakmu ini semoga rahmat Allah Allah swt sentiasa mengiringi langkah anakmu ini.”

Apabila lamaran hamba-Nya datang memberikan salam, pasti akan ku sambut dengan hati yang ikhlas setelah ku mohon petunjuk dan berserah hanya kepada-Nya. Jika benar ‘dia’ adalah utusan Allah swt yang akan menuntun diriku berjalan menuju pintu syurga-Nya , pasti ku terima dengan lafaz ‘alhamdulillah’ ku panjatkan segala kepujian dan kesyukuran atas anugerah yang Dia limpahkan atas hamba-hamba-Nya agar benih cinta yang disemai bercambah menjadi pohon cinta dan berbuah kasih sayang hanya untuk mencari keredhaan-Nya.

Setiap yang Allah swt jadikan itu pasti adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Mungkin di mata manusia tidak seindah yang digambarkan namun di mata Tuhan terselindung sebuah hikmah yang hanya Dia mengetahui-Nya. Perempuan dan lelaki diciptakan berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

Sebelum mengharapkan yang terbaik, aku harus persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik dahulu. Aku hanya ingin simpan perasaan cinta manusia ini hanya untuk si ‘dia’ yang aku tidak ketahui siapa dan di mana tetapi ku mohon perasaan CINTA ku kepada-Nya tidak pernah berubah malah akan sentiasa mekar dalam redha dan rahmat daripada-Nya walaupun setelah aku memiliki cinta hamba pilihan-Nya. “Lindungilah hatiku ini ya Allah daripada ‘penyakit’ duniawi yang bisa menghayutkan ku jauh daripada-Mu. Aminnn..

Sekarang bukan masanya untuk berangan-angan! Dahulukan yang dulu dan kemudiankan yang kemudian. Bertindak mengikut situasi dan keadaan. Jangan sesekali terleka dibuai bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.Sekali masa itu berlalu, ia tidak akan pernah berputar lagi ke belakang. Terus maju dan pandang ke hadapan kerana di hadapan itu adalah kehidupan. Letakkan segalanya pada Allah swt kerana hanya Dia yang mengatur hamba-Nya.

“Kejarlah CINTA dan CITA-CITA sebelum mengejar cinta dan cita-cita.”

Allahu’alam.

read more

Wednesday, April 15, 2009

:. Wudhu Sempurna Menghapus dosa .: 2 kritikan

Wednesday, April 15, 2009 |


Bismillah

Wudhu dilakukan sebelum menunaikan ibadah solat iaitu dua ibadah yang tidak boleh dipisahkan kerana tanpa wudhu tidak akan sempurna solat seseorang. Walaupun mungkin nampak mudah, namun jika dikerjakan dengan bersahaja tanpa mengetahui caranya yang betul, maka tidak sah lah solat kerana wudhu nya tidak sempurna dan hilanglah fadhilat ke atas wudhu itu sendiri.

“Allah tidak akan menerima solat seseorang di antara kalian apabila berhadas, sehingga ia berwudhu.” (HR Al-Bukhari, Muslim,Abu Daud, dan At- Tirmidzi)

Wudhu bukan sahaja pelengkap bagi ibadah solat tetapi mempunyai kelebihan yang dijanjikan Allah swt kepada yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.

“Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, lalu ia membasuh wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya itu setiap kesalahan(dosa) yang dilihat oleh kedua matanya bersamaan dengan air atau titisan air terakhir. Sehingga ia keluar dan berwudhu dalam keadaan bersih dari dosa.”

“Mahukah kalian aku beritahukan tentang sesuatu yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kalian dan meninggikan derajat kalian? Para sahabat menjawab: Mau, ya Rasulullah. Kemudian beliau pun berkata: Iaitu dengan cara menyempurnakan wudhu dari hal-hal yang bersifat makhruh. Banyak melangkahkan menuju masjid dan menunggu waktu solat setelah solat (tahiyatul masjid). Yang demikian itu adalah ikatan (perjanjian). “ (HR Muslim)

Sifat makhruh yang dinyatakan oleh Rasulullah saw itu adalah:

1. Berwudhu di tempat yang mengandungi unsur najis.

2. Membasuh dan mengusap anggota wudhu lebih dari tiga kali.

3. Boros dalam menggunakan air.

4. Berwudhu dari sisa air wudhu wanita.

Wudhu itu memiliki beberapa fardhu dan rukun yang telah disusun mengikut tertibnya. Jika tertinggal salah satunya, maka wudhu tidak sah menurut syariat.

Berikut adalah fardhu wudhu:

1) Niat.

2) Membasuh muka iaitu dari bahagian atas dahi sampai bahagian dagu yang bawah.

3) Membasuh kedua tangan iaitu dari dari jari jemari ke hujung siku.

4) Mengusap kepala, boleh dalam tiga cara iaitu seluruh kepala, bahagian atas surban, atau bahagian depan kepala dan surban. (masing-masing mempunyai hadis yang mengukuhkannya)

5) Membasuh kedua kaki iaitu dari jari jemari sehingga kedua mata kaki.

6) Tertib.

7) Berwudhu satu kali dalam satu waktu iaitu tidak berselang waktu yang terlalu lama antara satu fardhu wudhu ke fardhu wudhu yang lain.

Nampak mudah kerana inilah ibadah wajib yang akan kita kerjakan terutamanya dalam solat lima waktu sehari semalam tapi jika tidak berhati-hati boleh jadi ianya salah dan hilanglah segala fadhilatnya. Semoga ibadah wudhu yang kita kerjakan sehari-hari adalah ibadah wudhu yang sempurna yang sampai kepada-Nya. InsyaAllah. Bermujahadah selalu dan sentiasa perbaiki di samping meningkatkan lagi amal ibadat demi mencari keredhaan-Nya agar selamat kehidupan kita di dunia dan akhirat sana.

Allahu’alam.


read more

Tuesday, April 14, 2009

:. Adat Bertamu .: 0 kritikan

Tuesday, April 14, 2009 |


Bismillah.


Sedang asyik melayan perasaan kerana berasa bosan tidak dapat masuk ILi tiba-tiba aku teringat perbualan bersama seorang peniaga semasa aku membeli barang di Tanah Abang pada dua hari yang lepas.


“Pak, ada gak set comforter untuk single bed?” Aku bertanya. “Single bed?Belt?Belt? Orang Malaysia ya? Kok bahasanya aneh sih”. Orang tersebut membalas pertanyaan aku sambil tersenyum sinis. Aku mengerutkan kening. “Aku salah sebut ke mas ni yang salah sebut ? Erm biarlah.” Aku bermonolog sendiri. Mungkin cara aku sebut tak kena pada selera lelaki tersebut.


Kebanyakan orang di sana pasti akan pandang lain sikit pada kami dan perkataan yang selalu didengar ketika kami melewati sesebuah kedai adalah, “Orang Malaysia ya embak? Kok aneh sekali bahasanya. Malaysie, nak ke mane, beli ape,”. Ajuk para peniaga di situ.


Kami hanya tersenyum sambil meneruskan perjalanan. Malas nak fikir, biarkanlah apapun orang nak kata. Adat kami sebagai tetamu kena menghormati tuan rumah walaupun kadang-kadang apa yang dilakukan tuan rumah tidak kena pada ‘selera’ kita. Tak perlu nak didebatkan tentang perkara remeh yang hanya akan membuang masa dan paling tidak pasti akan menimbulkan perbalahan. Dalam situasi tersebut lebih baik diam daripada berkata-kata. Nanti kalau dilayan takut lain pula jadinya. Tambahan pula kami sering berkunjung ke sana terutama ketika ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.


Bukan sekali dua tapi sering juga kami ditanya dengan pelbagai soalan terutama yang melibatkan kes penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. Kadang-kadang dengan penuh emosi mereka bertanyakan "orang malaysia memang gaya' itu ya?". Pening-pening. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Pandai-pandailah bawa diri walaupun di mana anda berada =)


Jazakallah.


read more

Friday, April 10, 2009

:. Mengapa Sukar untuk Membuat Keputusan? .: 2 kritikan

Friday, April 10, 2009 |

Bismillah.

Mengapa kadang-kadang kita sukar untuk membuat keputusan dalam hidup? Sama ada penting atau tidak kadang-kadang ianya terlalu sukar untuk diputuskan kerana kita tidak tahu apa yang terbaik, yang Allah janjikan buat kita. Kita jadi takut untuk berhadapan dengan risiko yang bakal kita tempuhi selepas membuat keputusan tersebut.

Kadang-kadang kita merasa keputusan yang kita buat itu adalah tepat tapi apa yang berlaku adalah yang sebaliknya yang tidak kita harapkan. Namun apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya.Kata-kata itulah yang sering memujuk hatiku saat aku merasa gagal dalam membuat keputusan.

Penyelesaiannya adalah istikharah, dengan memohon petunjuk daripada Allah swt. Solat istikharah bukan sahaja dikerjakan ketika keliru dalam pemilihan pasangan hidup tapi skopnya adalah lebih luas. Saat kita kebuntuan dalam memilih jalan yang terbaik buat diri kita, istikharah adalah penyelesaiannya namun hati kita hruslah neutral antara kedua-dua atau lebih pemilihan itu dengan erti kata lain tidak berat sebelah.

Banyak pengalaman yang aku baca di ILuvIslam.com mengenai solat istikharah ni dan rata-rata antara mereka diberi petunjuk untuk memilih yang terbaik antara yang terbaik.

InsyaAllah, jika kita bersungguh-sungguh mengerjakan pasti pertolongan Allah swt akan mengiringi kita. Usaha itu perlu sebelum kita berserah kepada-Nya.

Jazakallah.

read more

:. Makan Seafood Yuuuk! .: 0 kritikan

Bismillah..

Walaupun badan terasa amat letih ditambah rasa mengantuk, aku tetap bersemangat untuk menaip perkongsian ini sekadar kenangan buat renungan aku di masa akan datang.Kira macam koleksi kisah-kisah hidup sendiri la ni =)



Setelah dirancang sejak 3 minggu yang lepas, akhirnya kami mulakan program di hari pertama cuti dengan menjamu selera di Muara Angka, iaitu pelabuhan tempat ikan naik. Dengan menaiki kereta ford CR-V milik Om Lokman kami sembilan orang pun menuju ke destinasi yang telah di rancang. Disebabkan kami golongan yang 'kecil', aku, Sarah, dan Nija ditempatkan di bahagian belakang sekali. Memang lawak kerana rasa seperti naik lori sebab kami duduk mengadap jalanraya di bahagian belakang. Sebelum berangkat Sarah membacakan doa naik kenderaan , semoga perjalanan kami sentiasa dalam perlindungan-Nya. Sampai sahaja di sana, embak Maya memberikan list makanan laut yang telah lebih awal ditulis sebelum berangkat tadi. Antara sajian makanan laut yang kami pesan adalah ikan, udang, sotong, kepiting, kerang hijau, masing-masing dimasak padang, sotong goreng tepung dan menu tambahan seperti sambal pelam, sambal belacan, otak-otak dan lain-lain.





Ketika hidangan sampai ke meja kami, berpinar-pinar mata aku tengok. Banyak sungguh rupanya yang kami pesan. Maklumlah pakai sistem kilo jadi sukar sedikit untuk mengagak. Masing-masing terpaksa jadi perut stokin untuk menghabiskan ke semua makanan tersebut. Nasib baik lazat penuh berkrim di tambah keriangan dan telatah kami yang menghiburkan hati, jadi tanpa sedar habis juga makanan yang dipesan hanya dua pinggan udang masak padang terpaksadi 'tapau' kerana masing-masing sudah kesemputan. Juara makan malam ini jatuh kepada orang Johor iaitu Nadia dan Ana =) Paling kurang makan fidot kot tapi nampak macam banyak juga dia makan sampai tak menang tangan!Hahaha!

Selesai makan, kami dibawa Om Lokman dan Embak Maya pergi bersiar-siar di kawasan sekitar. Sebelum berangkat, seperti biasa Sarah akan membaca doa naik kenderaan tapi kali ini perlahan sedikit tidak seperti sebelumnya. Terlalu kenyang barangkali. Suara aminnn kami yang kedengaran lebih kuat =) . Om Lokman membawa kami ke kawasan perumahan mewah yang menghadap laut. Subhanallah memang cantik emandangannya. Rumah di situ besar belaka siap ada bot khas lagi untuk setiap rumah. Ketika ingin mengambil gambar, datang seorang 'security guard' yang bermotosikalmendekati kami. Pengawal tersebut mengarahkan kami untuk beredar kerana bimbang akan mengganggu privacy penghuni di situ. Aku sedikit kesal. Tak mengapalah mereka berhak kerana itu memang kawasan mereka dan kami hanya pengunjung yang tidak di undang.


Untuk tidak menghampakan kami. Om Lokman membawa kami ke Ancol untuk melihat view laut secara dekat. Subhanallah memang cantik ditambah suasana yang sepi dan kelam yang hanya ditemani neon malam dan deruan ombak memukul pantai. Alhamdulillah pengubat sakit jiwa, anugerah yang maha Pencipta.

Sedang asyik berjalan di pesisir pantai, tiba-tiba aku dan ana dikejutkan dengan seseorang yang sedang baring ditebing laut. Kami tergelak kecil kerana merasa lawak akibat rasa terkejut itu. Selepas itu, Fidot mendapatkan kami dan beritahu yang tante tadi sedikit marah dengan tindakan spontan kami tadi. Mood aku tiba-tiba jadi berubah. Perasaan takut berbaur rasa serba salah menusup ke dalam hati. Maafkan saya tante, saya tak sengaja.

Selepas mangambil gambar sekeping dua kami pun bertolak pulang kerana hari sudah larut malam. Masing-masing sudah keletihan sehingga ada yang tertidur dan orang tersebut sudah pastinya Nadia dan Nija. Dua orang ni kalau tak tidur dalam kereta memang demam panas la jawabnya =) Mungkin kepenatan agaknya kerana tidak henti-henti mengusik aisyah yang suka sebut 'gepu' tu. Kesian aisyah kena buli ja malam tu =)

Terima kasih kepada Om Lokman dan Embak Maya gadis melayu kerana sudi meluangkan masa dan tenaga melayan kerenah kami, kanak-kanak riang ini. Bestnya memang tidak terkata. Alhamdulillah. Aku pun dah penat sangat dah ni. Kawan-kawan semua dah tidur. Esok kami ada program lain pula. Minta diri beradu dahulu.

Jazakallah..

read more

:. Jangan kerana Exam .: 0 kritikan


Bismillah..


Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan untuk blok yang pertama bagi semester ke empat ini. Lega rasanya Allah swt sahaja yang tahu. Merungut?Layakkah aku merungut? Bukankan ini yang aku inginkan? Setiap keinginan harus disertakan dengan pengorbanan. Nothing easy in dis world!


Setiap kali exam aku mesti tak tentu arah. Bilik bersepah jangan cakap. Kalau tak bersepah buku-buku di atas meja dan lantai bukan namanya aku. Nanti lepas habis exam barulah terkedek-kedek nak mengemas balik. Memang puas la nak menyusun satu-satu balik.


Tapi, aku tak pernah kisah pun. Duduk sorang2 apalah yang nak dikesahkan. Bila penat dan tiada masa tinggalkan dulu nanti ada masa kemas semula. Memang itulah yang berlaku setiap kali exam. Namun, apa yang aku kisahkan adalah tanggungjawab aku pada Allah swt. Disebabkan kesibukan yang sentiasa mendampingi diri kadang2 masa aku untuk beribadah pada-Nya menjadi minimal. Aku hanya memperuntukkan masa yang sangat sedikit untuk santapan rohani sehingga kadang2 ada yang ‘terpaksa’ aku lewati. Malunya aku pada Tuhan.


Bila kita ada masalah dan lelah dengan kehidupan dunia, kita sering mengadu pada-Nya memohon kekuatan dan pemeliharaan daripada-Nya agar dalam masa2 genting itu kita tidak mudah tewas dengan godaan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menjadi penghasut yang setia. Pada masa inilah kekuatan rohani diperlukan agar kita teguh berdiri menghadapi cabaran dan ujian hidup yang pasti yang pastinya tidak akan jemu mendampingi diri.


Ketika musim peperiksaan terutamanya, rasa stress itu pasti akan dialami. Ditambah pula masalah-masalah lain yang sering menghimpit diri di masa kritikal seperti itu. Kadang-kadang sampai terkeluar air mata kerana merasa ‘kesakitan’ yang maha dashyat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Bahu terasa amat berat menggalas segala amanah dan kepercayaan yang diletakkan terutama daripada emak dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Jadi tumpuan itu lebih kepada study!Study dan study sehingga melupakan tanggungjawab yang lain, khususnya tanggungjawab pada Tuhan. Belajar juga ibadah namun tidaklah sampai mengenepikan urusan lain khususnya amanah pada Tuhan.


Aku sedar kehidupan ini semua adalah ketentuan-Nya. Segala yang berlaku adalah dengan izin daripada-Nya. Aku ingin berjaya, nak skor dalam exam tapi pada masa yang sama aku ketepikan ‘Dia’ yang akan beri aku ‘lampu hijau’ untuk semua itu berlaku. Ibarat seperti seorang anak yang ingin meminta duit daripada ayahnya tapi kalau sering derhaka dan melawan kata agak-agak ayah nak bagi tak berbanding memuji-memuji mengambil hati? Tapi sikap itu tidak ada pada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang walau kadang2 hamba-Nya sering melupakan-Nya namun Allah swt sentiasa murah atas rahmat-Nya. Begitulah kasih-Nya Allah swt pada hamba-Nya yang kadang-kadang tidak dihargai oleh manusia bergelar hamba.


Ayah selalu pesan:


Hidup ini bukan sekadar belajar, bermain, menangis, dan ketawa tapi kehidupan ini adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Walau bijak dan hebat manapun kita, kita tetap hamba di sisi-Nya. Kita tetap diadili di hadapan-Nya. Jangan sesekali melupakan Allah jika kita masih mahu Allah melihat kita. Hanya redha daripada-Nya yang mampu menjamin kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.


Kadang-kadang kita tidak pernah terlintas untuk melupakannya tapi tanpa kita sedar dalam kerakusan mengejar matlamat hidup di dunia kita sering menjadi alpa dan leka lalu sedikit demi sikit tanpa kita sedar, kita semakin jauh daripada-Nya. Jika kehidupan tidak disertakan dengan redha dan pimpinan daripada-Nya, maka pincanglah hidup manusia itu walaupun dari kaca mata dunia kita hebat sebagai seorang manusia.Oleh itu, perlu sekali bermuhasabah diri selalu dan sentiasa menilai diri, siapa kita di sisi Tuhan. Kita adalah hamba kepada Tuhan kita. Kita hamba. Dunia ini adalah sementara namun di ‘sana’ jualah nanti yang kekal abadi. Dunia ini ladang akhirat, maka kumpullah sebanyak mana amalan buat bekalan menemui Pencipta.


“Kejarlah dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu sesungguh-sungguhnya seolah-olah kamu akan mati esok hari”


Jazakallah..


read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog