Tuesday, December 30, 2008

Di Manakah Mak Dan Ayah Kita? 0 kritikan

Tuesday, December 30, 2008 |
Bismillah..

Siapa yang tidak sayang kepada mak dan ayah?Kalau ditanya, orang yang paling anda sayangi dan rindui saat ini,jawapannya pasti mak dan ayah kan?Samalah aku..Hari-hari aku rindu sangat kat mak dan ayah aku..Sebelum nak study perkara yang selalunya aku buat adalah melihat gambar mak dan ayah supaya datang sikit semangat nak study tu.. Kadang-kadang kalau rindu sangat meleleh juga lah air mata ni..

Aku adalah harapan mereka jadi aku mesti tabahkan hati dan terus berusaha demi membahagiakan mereka walaupun aku tahu itu terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan buat aku sejak dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah aku boleh berlari ke sana sini pada hari ni.. Terima kasih YA ALLAH kerana mengurniakan aku seorang ibu dan seorang ayah yang telah membahagiakan setiap hari-hari ku..ashkuruka ya rabbi..

Perit Payah Mak Ayah

Apa panggilan kawan-kawan buat ibu dan ayah? Mak?Ibu?Mama?Ummi?Ayah?Papa?Abi?Tak kisahlah apapun panggilan kawan-kawan pada mak ayah tapi yang penting adalah kewajiban kita memuliakan mereka setelah begitu besar pengorbanan mereka buat kita semua..Setelah begitu perit payah mereka membesarkan kita sanggupkah kita menghampakan dan melukai hati mereka??Sanggupkah kawan-kawan menitiskan air mata seorang insan yang tidak pernah mengira berapa titis air susu diberikan buat kita saat kita menangis kehausan dan kelaparan dan tidak pernah menghitung berapa titis keringat membasahi tubuh demi mencari sesuap nasi membesarkan kita sehingga hari ini? Tidak terhitung berapa titis darah yang mengalir saat kita dilahirkan di mana mak berperang dengan kesakitan dan maut demi memberi sinar baru buat kita.

Saat kita sakit, mak lah yang sering berada di sisi kita..Tidurnya terganggu kerana kita..Kegusaran di hatinya hanya ALLAH swt yang tahu..Menangis tanpa henti sehingga ayah yang baru melelapkan mata keletihan baru pulang dari kerja juga turut terjaga dek kerana kerisauan yang membungkam dijiwa.. Mereka penat mereka tidak pernah mengeluh..Buat je semua kerja..Kita nakal!Makan berterabur sana sini..Buat sepah satu rumah!Berlari sana-sini..Kerabat habis sofa dan segala tempat yang kita boleh kerabat!Baju tak payah cakap dalam sehari berapa kali duk salin!Kenakalan kita tu benar-benar menguji kesabaran mak ayah kita lagi2 mak yang sehari-harian bersama kita..Pening memang pening!

Semakin kita membesar semakin kita nakal..Kadang-kadang kata-kata mak ayah tidak kita endahkan..Ah!Uh!ih!Eh!semua kita keluarkan..Apa yang mak ayah kita buat?Sabar je.. Tapi mereka tidak pernah meminta budi dan pengorbanan mereka dibalas hanya yang mereka harapkan anak-anak mereka menjadi anak2 yang patuh pada ALLAH swt dan rasul, kasih pada mak ayah dan berbuat baik sesama manusia..Doa terus dipanjatkan agar anak-anak mereka adalah anak-anak yang soleh dan solehah.. Tak terhitung segala pengorbanan yang mereka lakukan buat kita tapi apa ja pengorbanan yang telah kita lakukan buat mereka? Renung-renungkanlah..

Apa Balasan Kita Pada Mereka?

Kadang-kadang kita tidak sedar terguris hati mak ayah bila apa yang mereka harapkan kita hampakan..Sanggupkah kita menyikiti hati dua insan yang sering menjaga hati kita sejak kecil?Segala permintaan dipenuhi demi mengembirakan hati kita.Kalau mereka tegur itu tandanya mereka sayang tapi kita sikit-sikit nak merajuk..Dah la mak penat uruskan kita lepas tu kena pujuk kita lagi padahal terang-terangan kita salah..Habis hati mak sapa nak pujuk???Hati mak sapa nak jaga??Perasaan mak sapa yang peduli??Nasib baik ada ayah yang sentiasa kuat menjadi pendorong untuk sama2 tabah memelihara sebuah mahligai dan amanah dari ALLAH swt..

Tapi tak mengapalah kita masa kecil tak tahu apa2 tapi yang sedihnya kita tidak sedar kadang-kadang perangai kita waktu kecil terbawa2 sehingga ke hari ini..Kita masih nakal tapi mungkin dalam bentuk yang berbeza..Masihkah berkata Ah!Ih!Uh!Eh! Pada mereka??Pernahkah kita membuat perkara yang mereka tidak suka?Mereka kata “nak,jaga diri baik-baik..jaga solat..jaga air muka mak ayah..Wah!!!???Kita dengar tak pesanan mereka tu?? Ada tak yang kita ingkar ?Apa yang telah kita hampakan?? Selain mengeluh!memberontak!berkasar!Berbohong!Apa lagi yang mampu kita lakukan?Pantang silap sikit melenting habis terbang periuk belanga!kesian kat mak nak kena beli lagi periuk baru dah semua bocor gara2 kita..

Bila dihantar belajar jauh2 kita mengeluh penat la!susah la!Tension la!kadang-kadang terasa beban!Pastu mula la memberontak!Study pun sikit-sikit takda mood!Cari hiburan kat luar!Enjoy puas2!Berpeleseran sana-sini!Kalau lah saja kita dapat rasai keperitan mak ayah kita dalam membesarkan kita sejak dari kecil sampai kita besar hari ini pasti semua itu tidak terjadi!Kalau saja kita dapat rasai pengorbanan mereka pasti rasa kerdil benar diri ini dengan tanggungjawab yang tidak seberapa itu..Padahal semua itu demi masa depan kita juga!Demi kebahagiaan kita juga..

Lihatlah dan fikirkanlah sehingga kita besar sekalipun kita tidak henti-henti menyusahkan mereka..Mereka sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat kita..”Takpe ayah susah sikit yang penting anak-anak ayah tak kurang makan dan dapat sambung belajar..Ayah hanya nak anak ayah berjaya di dunia dan akhirat!Itu je yang ayah dan mak sentiasa harapkan..” Lihatlah apa lagi alasan yang perlu kita cari untuk membuktikan kasih sayang mak ayah pada kita??Semua yang dilakukan untuk kita!
Nak teruskan memberontak?Nak teruskan menyalahkan mak ayah??Fikir-fikirkan lah sendiri..Sedar atau tidak , terguris sahaja hati mak dan ayah kita itu telah dikira menderhakai mereka. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.Tak mencium bau syurga kita kalau sentiasa menyakiti dan mendurhakai mak kita maupun ayah kita.Apatah lagi zaman sekarang bila dah berjaya sombong!Merasa diri tu dah dewasa sangat!Mak ayah nyanyuk hantar rumah orang2 tua!Terpinggir bagaikan tiada anak..Sedangkan dari kecil ditatangnya kita bagai minyak yang penuh,walau perit bagaimana sekalipun didodoinya kita supaya merasa ketenteraman.Tapi sayang bila dah besar tergamak hantar ibu ayah di rumah orang2 tua tanpa jenguk langsung!Ya ALLAH semoga Kau pelihara mereka yg bergelar ibu dan ayah namun mempunyai anak yang tidak tahu mengenang jasa.Semoga mereka tabah mengharungi kehidupan menghabiskan sisa2 perih kehidupan..aminn..Sebagai peringatan buat diriku dan kawan2 semua..

Dari Abdurrahman bin Abu Bakar, dari ayahnya, RAsulullah saw :

“Maukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar di antara dosa-dosa besar?” Kami menjawab: “Mau ya Rasulullah!”Baginda berkata : “syirik kepada ALLAH swt, derhaka kepada kedua orang tua.” Paa saat itu baginda sedang bersandar lalu duduk seraya berkata: “Yaitu kesaksian palsu.” Bainda terus mengulang-ulang itu,sehingga kami mengucapkan: “Seandainya saja baginda diam.” (HR Al-Bukhari, Muslim, dan At-Tirmidzi)

Apa Seharusnya Yang Kita Lakukan?

Dari Abu Hurairah ra,dia menceritakan, ada seseorang yang datang kepada Rasulullah saw seraya bertanya:

“wahai Rasulullah saw,siapakah orang yang paling berhak saya pergauli dengan baik?” Rasulullah saw menjawab: “Ibumu! Orang itu bertanya lagi: “Lalu siapa?” “Ibumu! Jawab beliau: “Lalu siapa lagi?” Tanya orang itu.Baginda pun menjawab: “Ibumu!” Selanjutnya bertanya: “Lalu siapa?” Baginda menjawab: “Bapamu.” (Muttafaqun Alaih)

Ibumu!Ibumu!Ibumu!dan Ayahmu!!Sebagai seorang anak sudah menjadi kewajiban kita untuk menghormati dan menyayangi orang tua kita yang telah banyak bersusah payah membesarkan kita.Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa membahagiakan dan menyenangkan hati mak dan ayah.Belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berjaya demi membentuk masa depan yang cerah.Memang rezeki itu di tangan ALLAH swt tapi kita dituntut untuk berusaha . Percaya atau tidak dengan melihat kita berjaya dalam kehidupan kita sudah membuat mak dan ayah kita bahagia?Mereka tak mengharapkan hadiah emas, kereta besar, rumah besar, dan segala yang mewah yang mungkin mereka tidak pernah langsung merasainya tapi cukup sekadar melihat anak yang mereka besarkan dari kecil telah menjadi orang yang berjaya.Namun bagi mereka yang mak ayah sudah kembali ke rahmatullah sentiasalah berdoa semoga roh mereka di tempatkan di kalangan para solihin..aminn..

Muhammad Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila anak adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amal kebaikannya.Kecuali tiga macam amal: 1) harta yang diwakafkan, 2) ilmu yang bermanfaat, 3) anak yang soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim)

Kita yang masih punyai mak ayah juga perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Tak dikenakan sebarang bayaran untuk berdoa.Sesungguhnya itulah amalan yang paling mudah.Selagi mak ayah masih hidup berbaktilah kepada mereka walaupun kita tahu sampai akhir hayat mereka sekalipun kita berbuat baik pada mereka, takkan mampu dapat membalas segala pengorbanan dan jasa mereka buat kita.Namun sekurang2nya kita berusaha membahagiakan mereka..



"Ya Rahman, Semoga Kedua Orang Tuaku Sentiasa Dalam Perlindungan Dan PemeliharaanMu..Ya Muhaimin,sertakan kehidupan kedua orang tuaku dengan keberkatan dan keredhaan dariMu..Ya Rahim ,kasihanilah dan bahagiakanlah mak dan ayahku seperti mana mereka membahagiakanku sejak aku dari kecil sehingga ke akhir hayat mereka. Jangan pernah Engkau biarkan hati mereka terluka keranaku malah Engkau didiklah aku menjadi anak yang menyenangkan hati kedua orang tuaku..semoga doaku ini adalah doa dari anak yang solehah..
Amin ya rabbal ‘alamin…"

jazakallah..

read more

Saturday, December 27, 2008

.: Fadhilat Surah al-Baqarah :. 1 kritikan

Saturday, December 27, 2008 |

Antara fadhilat membaca surah al-baqarah adalah dilindungi daripada gangguan iblis dan syaitan.Kebanyakan yang kita lihat hari ini, antara amalan yang dilakukan oleh orang mukmin apabila memasuki rumah baru mereka akan membacakan surah Yaasin kerana berpendapat boleh menyingkir gangguan syaitan namun sebenarnya yang lebih afdal dilakukan adalah mengalunkan ayat-ayat dari surah al-baqarah sebagai perlindung dan ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda:

“Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang al-Quran dibaca surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” (Hadis riwayat Muslim dan At Tirmidzi).

Dari ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah saw telah bersabda:

“Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir surah al-Baqarah pada malam hari, maka keduanya telah memberikan kecukupan baginya” (Hadis riwayat Bukhari)

Menurut Ibnu Hajar, yang dimaksudkan “kecukupan baginya” itu adalah kedua-dua ayat tersebut telah memberikan pahala bagi orang itu atas bangun malam yang dilakukannya untuk membaca al-Quran.

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa dengan membaca kedua-dua ayat tersebut baik di dalam maupun di luar solat, pahalanya adalah sama seperti membaca keseluruhan al-Quran.

Dan yang lebih mengukuhkan lagi adalah dapat menghindar daripada gangguan syaitan seperti yang telah dijelaskan serta disertakan hadis Rasulullah saw seperti di atas.

Mengenai Dua ayat terakhir surah al-baqarah juga , dari Jubair bin Nafir r.a, Rasulullah saw bersabda:

“ Sesunguhnya ALLAH telah menutup surah al-Baqarah dengan dengan dua ayat yang dikeluarkan dari simpananNYA yang berada di bawah ‘ArasyNYa. Oleh kerana itu, pelajari dan ajarkanlah kepada isteri-iseri kalian, kerana keduanya adalah solat, al-Quran dan doa.”(Hadis riwayat Ad-Darimi).

Berdasarkan hadis-hadis ini telah jelas bahawa surah al-Baqarah malah banyak fadhilatnya yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian..Selepas ini jika kita masuk rumah baru ataupun ketika diganggu makhluk halus bolehlah amalkan surah al-Baqarah ini mudah-mudahan dengan izinNya kita dihindari dari gangguan syaitan..InsyaALLAH..

Jika dengan mengamalkan dua ayat pun sudah besar fadhilatnya apatah lagi jika mengusai keseluruhan ayat-ayat al-Quran..Subhanallah alangkah beruntungnya jika dapat menghafal keseluruhan kata-kata cinta yang Maha Agung ini kerana di dalamnya tersembunyi begitu banyak pengajaran buat penuntun kita dalam menempuh kehidupan sehari-hari yang semestinya penuh onak dan duri..Namun jangan kita hanya bergantung pada dua ayat maupun keseluruhan ayat al-Baqarah tersebut tetapi berusaha untuk mengusai keseluruhan surah-surah yang terkandung dalam kitab ALLAH, al-Quran kalamullah..

Biarlah al-Quran menjadi pendamping kita sebagai petunjuk menuju jalan yang diredhaiNya dan beramallah dengan ilmu yang dimiliki agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi..

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw telah bersabda:

“Pelajarilah al-Quran,baca dan ajarilah orang lain membacanya.Sesunguhnya perumpamaan al-Quran bagi orang yng mempelajarinya, lalu membaca dan menerapkannya adalah seperti balon yang penuh berisi udara menyebarkan anginnya ke setiap tempat . Sedangkan perumpamaan al-Quran bagi orang yang mempelajarinya lalu diam (tidak mengamalkannya) seperti balon yang penuh berisi udara tetapi terikat kuat dalam genggaman tangan.” (Hadis riwayat An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Bersama kita pelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran buat pedoman sepanjang hayat juga membentuk peribadi mukmin yang mulia sebagai bekalan menemui Pencipta..InsyaALLAH..

Allahu’alam..


read more

Sunday, December 21, 2008

.: [PUISI] TUHAN :. 0 kritikan

Sunday, December 21, 2008 |
Tuhan
rahmatMu seluas langit yang membiru
nikmatMu seluas bumi yang terbentang
sungguh besar kurniaan Mu Tuhan
sungguh mulia kasih sayang Mu Tuhan
pada makhluk sekalian alam

Tuhan
telah diamanahkan oleh Engkau
manusia sebagai khalifah
pemimpin di dunia ini
bersujud kepadaMu
berkiblatkan agamaMu
berbekalkan al-Quran sebagai petunjuk
Muhammad kekasihMu sebagai ikutan
berbuat kebaikan sesama makhluk
berkasih sayang sesama manusia
saling melindungi dan menghargai
untuk menegakkan amar ma’ruf nahi mungkar

Namun
apakah yang manusia berbuat pada hari ini?
adakah tunduk dan takut atas keagungan Tuhan?
adakah manusia kini saling berpesan?
adakah layak digelar sebagai khalifah?
manusia kufur dengan nikmatMu, Ya Allah
peringatanMu tidak diendahkan
kekasihmu Muhammad bukan lagi jadi sanjungan
kemungkaran dan kemaksiatan di sana sini
manusia terpedaya oleh nafsu
dan dosa yang tiada penghujung

Kasih sayang seakan pudar
persaudaraan bertukar kepada permusuhan
malah fitrah cinta dan kasih sayang yang suci kian tercemar
dek manusia yang ingkar dengan peringatan Tuhan
al-Quran nur karim tidak lagi jadi pegangan
tapi hanya sekadar pelengkap perhiasan
manusia terus hanyut dibuai keasyikan dunia
sehingga alpa akan perintahNya

Tuhan
besarnya tanda keagunganMu
Kau ciptakan kasih sayang dalam nurani manusia
agar wujud kedamaian dan kesejahteraan
Kau tidak pernah jemu atas rahmatMu pada manusia
tapi adakah manusia akhir zaman ini
mengagumi kebesaranMu itu?
adakah bersyukur dengan nikmatMu itu?

adapun yang bisa melihat dibutakan matanya
adapun yang bisa berbicara dibisukan mulutnya
adapun yang bisa mendengar ditulikan telinganya
daripada melihat, mengucap syukur,
dan mendengarkan seruanMu Tuhan
Allah sekalian alam

Tuhan
segala puji hanya kepadaMu
yang Maha Pengasih dan Pemurah
Kau memberi apa yang kami pinta
Kau suburkan kasih dan cinta agung
buat kami hambaMu

Kau hadir sebagai teman
sahabat paling setia dan amanah
peneman di kala suka dan duka
dan tidak pula Engkau jemu
mendengarkan rintihan hambaMu
walaupun kelibatMu tidak terlihat
namun kehadiranMu dapat dirasakan
Kau anugerahkan surat cinta
penawar segala derita
pengutus kasih sayangMu
al-Quran kalamullah
syukran Ya Allah

Ya Allah
kerdilnya kami hambaMu
memanjatkan doa menadah ke langit
menguntum bicara bersaksikan air mata
kejahilan dikesali keampunan dipinta
bukakanlah pintu taubat seluasnya Ya Allah
bagi menyucikan hati yang kian hitam dipalit dosa

Peliharalah kami daripada menyakitiMu
mengecewakan rasul junjungan kami
suburkanlah benih cinta kami padaMu
dan Muhammad kekasihMu
izinkan kami meneguk kemanisan iman
mencium harumnya wangian taqwa
untuk berlindung dalam redha dan barakah dariMu
agar kami antara umatMu yang mendapat petunjuk
amin ya rabbal alamin

read more

Friday, December 19, 2008

.: EiDuLaDhA D' PeRaNTaUaN :. 0 kritikan

Friday, December 19, 2008 |
Bismillah…


Alhamdulillah..Dengan izin dan rahmat dariNya, umat Islam seluruh dunia masih diberi kesempatan untuk memuliakan hari kemenangan, hari raya Eidul Adha yang disambut pada 10 Zulhijjah 1429H (8 Disember 2008)..Selalunya di kawasan2 kampung perayaan eidul adha lebih meriah berbanding Eidul Fitri mungkin kerana dalam perayaan eidul adha ini lebih banyak perkara yang berlaku antaranya ibadah haji dan ibadah korban..

Namun yang menjadi keutamaan bukanlah kemeriahannya namun pengisiannya..sejauh mana kita menghayati erti korban itu yang sebenarnya..Bagaimana bermulanya ibadah korban ini?Apakah hikmahnya?Itulah pengertian yang sebenar2nya..Mencontohi ketabahan dan keredhaan Nabi ALLAH swt dalam menerima perintah daripada ALLAH swt..SesungguhNya keredhaan ALLAH swt itulah yang dikejar-kejar untuk menuntun kehidupan di dunia dan akhirat..wallahu’alam..

Tahun ini kami benar-benar merayakan eidul adha dengan penuh kesederhanaan..Pada mulanya berasa sedih juga maklumlah selalunya pada perayaan seperti itulah yang menyatukan seisi keluarga..Masa itulah semuanya akan berkumpul mengeratkan silaturrahim..Tapi bila di perantauan ni hanya boleh ‘calling2’ family je..Berinteraksi di dunia maya..Tak dapat nak cium tangan mak ayah mohon maaf..Dah lah banyak sangat dosa pada mereka.. ”Ampunkan ceq mak!!ayah!!ceq nakai selalu tak dengaq kata!!Kecik2 boleh la mak tibai tapi dah besaq mak sabaq ja..layan ja kerenah anak mak ni..kesian mak dan ayah..minta maaf byk2 no?Ceq selalu ingat pesan mak ayah!terima kasih mak ayah!”Semoga mak dan ayahku sentiasa dalam rahmatMU Ya ALLAH..aminn..

“Nanti makan ketupat macam biasa la no?makankan untuk ceq!!kalau tak kenyang sat g ceq telepon balik!hehe!!Ceq exam besok doakan ceq no?ceq takut!!” sayu sungguh..Kalau boleh tak nak lah bagi mereka sedih di hari-hari bahagia tersebut jadi terpaksa la buat-buat gembira tak terkata!Berlakon!haha!!

Malam raya aku dan rakan-rakan serumah solat isyak berjemaah dan bertakbir beramai-ramai..”allahu akbar allahu akbar allahu akbar”…Sayu sungguh suasananya!Ha sedaq tak sedaq berjujurai juga lah airmata ni!Nak tahan tak dapat dah!Tak dak dah kontrol2 ayu ni!Ter’over’ menangis pula!Sayu betul hati ini bila disirami laungan takbir memuji kebesaran Maha Pencipta..Alhamdulillah..Tambahan teringat juga pada keluarga di malaysia..apa la depa duk buat tu no?sob..sob..

Ha lepas tu apa lagi sambung balik la study!!study!!study!Jihad di malam raya!allahuakbar!Kalau duduk melayan perasaan raya haji satu lagi pun takkan selesai..Tanggungjawab tetap tanggungjawab..Semoga setiap langkahku dituntun dan diberkati oleh Mu YA RABBI..

Pagi raya tu kami jalan beramai-ramai menuju lapangan tennis untuk menunaikan solat eidul adha..Walaupun tidak begitu selesa seperti di masjid yang dibentangi karpet cantik lagi bersih namun alhamdulillah kesyukuran terus dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana masih diberi kesempatan untuk menunaikan salah satu ibadah sunat di hari mulia tersebut walaupun hanya beralas kertas surat khabar ditambah keadaan yang masih lembab kerana hujan turun menyembah bumi di malam raya..

Balik tu ingat nak terus sambung study ja maklumlah esok dah mula exam!Subjek semua jangan cakap!!Memang tahap gugur rambut yang silap hari bulan berjemaah pergi Yun Nam Hair Care!!huhu..Tiba-tiba pula rakan serumah ajak pergi beraya di rumah Mak Som yang merupakan warga Indonesia yang bekerja di rumah kami..Mak Som sangat baik orangnya dan telah kami anggap sepeti ibu sendiri..Mula-mula fikir dua tiga kali juga nak pergi ke tak?Ish apa salahnya kan luangkan sedikit masa menghormati hari mulia ini dengan menjamah sedikit anugerah ALLAH swt..Teringin juga mendekati tradisi masyarakat Indonesia di sini dalam menyambut eidul adha..Lagipun anggap la ni terapi untuk ‘release’ kan tension jap..haha sedapkan hati je tu!Dalam hati nie hanya ALLAH swt je yang tau betapa takutnya menghadapi hari esok!!Allahuakbar!!

Adventure juga jalan nak ke rumah Mak Som ni..Belok sana belok sini..Kalau sorang2 ni dah lama sesat!Alhamdulillah akhirnya jumpa juga.Mak Som terkejut dengan kunjungan kami..Haha!!Surprise Mak Som!!Kami nak serbu rumah Mak Som!!hehe..Walaupun kehidupan mereka cukup sederhana ibarat kais pagi makan pagi namun mereka tidak miskin dengan layanan dan budi bahasa..Apa yang ada semua dijamu..Tidak berasa kekurangan..Kami pula yang berasa segan terasa macam menyusahkan pula..Kata Mak Som itu je yang ada..Janganlah segan2 (tapi Mak Som cakap dalam bahasa Endon lah!haha!)..Itu je yang ada????Banyak dah tu Mak Som!!Mana kami nak dapat nih kat mana2!Kalau kat rumah ni mesti tengah duk makan nasi warteg (nasi campur) secara berjemaah di pagi2 buta!!haha!Pasrah ja!

Ni tak tau lah kuih nya nama apa tapi memang sedap lah..Macam kuih koci (kalau di Malaysia) tapi kuih koci warna ungu kan yang ini warna coklat dan berinti kacang hijau!Banyak jugalah kami makan..haha biasalah baru first time jumpa sodap plok tu!Apa lagi!hehe..Kata Mak Som, ibunya bawa dari kampung..Ermm padanlah sedap sebab ada aura kampung!!Terima kasih Mak Som!!sayang Mak Som!


Penduduk di sekitar itu juga ada mengadakan ibadah korban.Tumbang 9 ekor kambing..Mereka bergotong royong menunaikan ibadah korban tersebut..Meriah!!Pakcik-pakcik sibuk melapah daging kambing untuk diagihkan2 kepada jiran-jiran sekitar..Secara diam2 saya rasa cukup kagum pada mereka..Sebenarnya jika dilihat sendiri bagaimana kehidupan mereka yang bermandi keringat dalam mencari sesuap nasi namun itu tidak menjadi penghalang mereka untuk menyahut seruan llahi..Tidak semua orang boleh berkorban sedemikian rupa..Sedangkan golongan yang masih berupaya dan mampu juga kadang2 merasa tidak cukup untuk berbelanja di jalan ALLAH swt..Mungkin kurang keyakinan terhadap nikmat ALLAH swt..Rezeki ALLAH swt itu ada di mana2..Janganlah kita risau selagi kita bernyawa kita masih dalam perhatianNya..Selagi kita berusaha InsyaALLAH ada jalan keluarnya..ALLAH swt tidak pernah menganiaya hambaNYA..Sebagai renungan buat diri ini yang sering leka juga..wallahu’alam..

Selepas beramah mesra dengan penduduk kampung tersebut yang sememangnya sangat mesra sehingga membuatkan kami berasa cukup istimewa, kami meminta izin untuk pulang..Terima kasih kepada Mak Som sekeluarga dan penduduk-penduduk Gang Sanip (depan gang rumah kami ja pun!huhu) di atas sebuah pengalaman yang cukup manis itu..maas salamahi!Terima kasih atas layanan baik kalian semua!!Hanya ALLAH swt sahaja yang mampu membalasnya..Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNYa..aminn ya rabbal ‘alamin...



read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog