Friday, November 27, 2009

:. Salam AidilAdha .: 2 kritikan

Friday, November 27, 2009 |
Bismillah..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih diberi nikmat hidup sehingga ke hari ini. Semoga pertambahan usia kita selari dengan penambahan iman dan taqwa kepada Allah swt, InsyaAllah. Pada hari ini juga, seluruh umat Islam menyambut salah satu perayaan besar dalam sejarah Islam iaitu Hari Raya Aidiladha. Mudah-mudahan, di samping kita bergembira dengan segala nikmat yang Allah swt kurniakan, kita peroleh juga pengertian dalam hari dan bulan yang dimuliakan oleh Allah swt ini, InsyaAllah.


Alhamdulillah, kami tujuh orang kerdil juga berkesempatan merayakan hari kebesaran ini di perantauan untuk kali yang ketiga. Tapi pada tahun ini ada kelainan sedikit dan mungkin juga kerana persediaan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jika tahun lepas kami beraya dalam suasana peperiksaan (entry dahulu) , tapi alhamdulillah tahun ni kami beraya dengan jiwa yang tenang dan lebih bersedia.


Pada sembilan hari awal zulhijjah kami berpuasa dan berbuka bersama- sama (bagi yang 'mampu' ). Terasa bagai menyambut hari raya aidilfitri pula. Beberapa hari sebelum menjelang bulan Zulhijjah lagi, Nadia dan Ana telah merancang sesuatu (banyak idea budak dua orang ni). Dengan kuasa kuku besi, mereka berdua dengan sesuka hatinya telah membahagikan kami bertujuh kepada menu masing-masing. Paling menarik, setiap 'chef' (konon2) disediakan seorang 'assistant' kecuali seorang je yang tak ada. Sapalah orang tu ye?Kesian~ Antara menu yang tersenarai adalah, rendang ayam, sayur lodeh mak lodeh, kuah kacang dan beberapa desert (tp bru siap satu! Fydot cepat!) Senarai harga barang yang dibeli oleh setiap orang perlu dilaporkan pada 'dinding' khas tempat kami berkumpul (tempat bergosip..kui3).


Pulang dari kuliah semalam, dua tiga orang telah memulakan kerja masing-masing. Dimulai dengan Fydot yang ditugaskan untuk menyediakan desert bersama 'assistant'nya, Nija. Sambil itu, Sarah bersama assistant,Aisyah sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk kuah kacang. Kerja-kerja memasak terpaksa dilakukan bergilir-gilir kerana dapur gas hanya ada satu. Jika ada yang sedang memasak, yang lain siapkan bahan untuk masakan masing-masing. Kerja-kerja memasak berlanjut sehingga ke penghujung senja.

Aktiviti kerumah tanggaan dihentikan seketika untuk menghormati waktu maghrib dan berbuka puasa. Jika hari-hari sebelumnya kami berbuka dengan masakan di rumah, tapi semalam kami berbuka dengan nasi yang diberi di luar kerana tidak sempat menyediakan juadah berbuka. Selesai berbuka kami berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Bacaan yaasin juga dilakukan antara selang waktu dua solat tersebut. Selesai solat Isyak, kami bertakbir beramai-ramai untuk menghidupkan suasana malam raya Aidiladha dengan laungan takbir memuji Kebesaran Allah swt. Masing-masing tertunduk apabila perasaan sayu dan hiba melanda diri sampai ada yang tidak mampu lagi menahan air mata daripada keluar. Saat-saat begini teringat pula keluarga di kampung halaman masing-masing. Tabahkan hatimu wahai dukturah harapan agama dan negara!InsyaAllah.

Selepas takbir, yang berkenaan telah siap sedia untuk memulakan misi memasak rendang. Disebabkan kekurangan peralatan, rendang terpaksa dimasak dalam dua 'trip' kerana kuali yang ada tidak mampu menampung dua ekor ayam. Nasib baik ada Nadia(tukang rasa) dan Nija (sampai tertidur) yang sedia menemani sehingga rendang siap masak pada jam 11.15 malam. Selebihny,a sudah lama pengsan kerana kepenatan seharian bertungkus-lumus di dapur.

Alhamdulillah cuaca hari ini begitu cerah dan nyaman tidak seperti hari-hari sebelumnya, hujan turun tidak henti dari pagi sehingga malam. Inilah sebagian daripada Kebesaran Allah swt meraikan hari yang mengandung sejarah pengorbanan nabi Allah swt dalam meneruti Perintah-Nya . Alhamdulillah, solat sunat Aidiladha pagi tadi dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selesa dalam rimbuhan kasih sayang-Nya. Seperti biasa, jika lewat sedikit lapangan pasti sudah dipenuhi penduduk tempatan tapi mujurlah masih ada ruang buat kami walaupun terpaksa menyelit di merata-rata.

Selesai makan-makan di rumah, kami berkunjung ke rumah Mak Som secara berjemaah. Seperti biasa, layanan daripada Mak Som semestinya first class! Biarpun hidup 'biasa- biasa' tetapi Mak Som begitu meraikan tetamu. Awal-awal lagi Mak Som dah sediakan hidangan sementara menunggu kedatangan kami, Alhamdulillah. Walaupun perut sudah kenyang, kami paksakan diri makan juga kerana bimbang Mak Som akan berkecil hati kerana telah bersusah payah menyimpan untuk kami. Terima kasih MakSom!

Balik rumah semuanya telah penat bukan main. Bukan sahaja penat berjalan dan makan tetapi penat bergambar. Hehe! Tahun ni ada dua orang juara 'fotogenik' dan tahniah la diucapkan kepada yang berkenaan :P Gambaq hangpa dua ja yang penuh dalam dua-dua kamera. Sabar neh~

Apapun, berjuta penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada tujuh orang kerdil (termasuk diri sendiri, cewah!) kerana bertungkus- lumus menjayakan menghidupkan kemeriahan aidiladha kita di sini walaupun masing-masing pasti merasa sedih kerana beraya sebagai anak rantau. Tak dilupakan jurugambar dan juruvideo tujuh orang kerdil yang begitu bersemangat sekali merakam setiap telatah kami untuk disimpan sebagai kenangan di hari tua. Credits to Siti Suhana dan ShahidatulNadia..Ekeke.. Memang best la semua!! Terima kasih daun keladi, panjang umur dan murah rezeki, InsyaAllah tahun depan kita buat lagi ^^ Selamat beristirahat, sahabat-sahabat :P

Semoga kegembiraan ini disertai dengan Keberkatan dan Keredhaan daripada Allah swt,
Aminn Ya Rabbal 'Alamin ..

Jazakallah..

read more

Thursday, November 26, 2009

:. Alhamdulillah .: 2 kritikan

Thursday, November 26, 2009 |
Bismillah..

Hari ni line internet sangat mendukacitakan.Selalunya waktu-waktu tengah malam begini line laju ja tapi entah la tak tahu apa puncanya, hanya Facebook sahaja yang boleh dibuka. Pasrah ja hati tak dapat masuk iLi dan paling penting tak dapat nak cari maklumat untuk ‘assignment’ yang baru diterima siang tadi.

Tapi, tak tahu kenapa hari nie terasa begitu teringin sangat nak masuk iLi seperti ada sesuatu. Cewahh ‘perah santan’ sekali sekala apa salahnya kan? Ehehe. Saya cuba dan cuba, akhirnya berjaya juga membuka iLi. Padanlah saya teringin bersemangat sangat nak masuk, rupa-rupanya ada berita gembira yang menanti. Saya dapat pm daripada seorang adik

“Salam. Kak!!!Saya dapat *.** ..Alhamdulillah..Terima kasih kak ^^

Subhanallah!Alhamdulillah!Allahuakbar! Tak tergambar betapa gembiranya saya menerima berita tersebut! Terasa bagai diri ini yang sedang berada dalam diri adik berkenaan. Bersyukur mendapat keputusan yang cemerlang dan berpuas hati atas perit lelah yang dicurahkan setimpal dengan anugerah yang Allah kurniakan, Alhamdulillah. Paling membahagiakan adalah melihat wajah bangga ibu dan ayah saat melihat keputusan itu. Ya Allah, aku pula yang rindukan saat itu.
Beberapa hari setelah ujian selesai, dia ada pm saya meluahkan kerisauannya pada saya. Katanya soalan ‘exam’ susah. Dia takut nak berhadapan dengan hari keputusan diumumkan. Puas juga memujuk agar dia tidak lemah semangat tapi apalah yang saya mampu lakukan, selain mendoakan daripada jauh agar Allah Melapangkan dadanya dan Melindunginya daripada berputus asa. “Takpa, adik dah cuba yang terbaik! Sekarang tinggal berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt. Yakin, setiap yang Allah swt berikan itu adalah yang terbaik buat adik. Lepas ni gandakan usaha! Buat yang lagi baik! Semangat!”. Konon- konon memujuk :P

Sejak tu dia dah tak online. Saya menganggap dia sibuk dengan perjuangan dia untuk semester dua pula. Tadi sebelum kuliah IPD bermula, Zura bagitaw ‘result’ matrik dah keluar. Terus saya teringatkan kepada adik berkenaan. “Semoga dia dapat keputusan yang cemerlang”. Gelisah jugalah. Alhamdulillah, dia masih ingat saya. Hari ini juga dia pm saya tadi di iLi dan menyampaikan berita gembira tersebut.

Saya mengenali adik berkenaan melalui iLi. Dia pm saya pertama kali selepas melihat komen saya di thread alumni Kolej Matrikulasi Melaka. Sejak itu, apabila dia berkelapangan, dia akan masuk iLi dan setiap kali dia ‘online’ pasti ada ‘message’ yang ditinggalkan buat saya yang menceritakan kehidupannya di KMM. Tidak ketinggalan, saya selitkan sepatah dua kata-kata semangat agar dia terus bertahan dan berusaha yang terbaik untuk perjuangan dia di sana. Telatah adik berkenaan membuatkan saya terkenang kehidupan saya di tempat yang sama. Hmm penuh kenangan yang pastinya tidak dapat dilupakan. Hanya sekarang pasti ada yang berubah di sana.

Semoga adik berkenaan terus tabah menempuh zaman matrikulasi yang begitu mencabar dan terus gigih berusaha untuk mengekalkan keputusan cemerlangnya untuk semester dua yang sedang berlangsung. Semester dua lebih besar dugaan yang perlu dihadapi dan usaha perlu dilipatgandakan. InsyaAllah dia boleh. Semoga Allah swt Memberkati dan Meredhai dirinya, aminn ya rabbal ‘alamin.

Jazakallah..

read more

Friday, November 20, 2009

Permaisuri Hatiku - Hijjaz 0 kritikan

Friday, November 20, 2009 |
Permaisuri Hatiku

Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut perhiasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku jua dirimu
Hanya mengharap cinta yang Satu
Ku binakan mahligai impianmu
Ohh sayang, ikhlaskanlah hatimu

Malu bernilai, katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi

Benarlah cinta bukan melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oohh kau permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Illahi
Ku pasti akan terus menyayangi

Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati

Ku pimpin tanganmu oohh kasih
Meniti hari semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya di syurga selamanya

Tuhan kekalkanlah permaisuri hatiku
Untuk menemani dalam menggapai cintamu


p/s: Khas buat kawan-kawan yang telah berkahwin beramai-ramai tahun ni [berjanji agaknya :P]. Tak dilupakan juga buat yang sedang menghitung hari untuk diijab kabulkan..Tahniah! Semoga peroleh keberkatan dan keredhaan-Nya..

aminn ya rabbal 'alamin



read more

Sunday, November 15, 2009

:. Aku? Kenapa Tidak Saya? .: 2 kritikan

Sunday, November 15, 2009 |
Bismillah..

Alhamdulillah..Hari ni telah berakhir kesengsaraan menghadapi minggu peperiksaan. Peperiksaan yang harus dihadapi setiap bulan kadang-kadang mengundang rasa bosan dan sangat meletihkan. Namun, alhamdulillah hati ini sentiasa diketuk dengan peringatan-peringatan yang mampu memuhasabah diri ini untuk kembali bersemangat. Semangat!

Kita lupakan seketika tentang 'exam'. Mengenai tajuk di atas, "Kenapa aku? Kenapa Tidak Saya?" adalah feedback kepada seorang sahabat yang melontarkan pertanyaan tersebut kepada saya beberapa hari yang lepas setelah mengikuti blog ini untuk suatu tempoh. Mohon maaf kepada yang berkenaan jika saya keterlewatan membuat 'entry' ini kerana ketika itu saya masih dalam tempoh 'berpuasa'.

Kenapa saya sering menggunakan perkataan 'aku'?

Seperti yang saya pernah suarakan dulu, tujuan awal saya berblog bukanlah untuk tatapan umum tetapi sekadar untuk luahan dan repekan sendiri untuk tatapan diri sendiri. Sehingga sekarang, saya masih menganggap blog ini tiada pengunjung yang sudi 'parking' dan hanya saya yang berkeliaran mundar-mandiri di sini untuk melakarkan kehidupan anak dagang ini. Jadi, saya lebih gemar menggunakan perkataan 'aku' untuk menggambarkan situasi seolah-olah saya sedang berinteraksi dengan diri sendiri untuk bukan dalam keadaan sedang bercerita di khalayak umum.

Jika di luar, 'aku' bukanlah menjadi kata ganti nama diri saat saya berkomunikasi bersama mereka di sekeliling saya, tapi ianya menjadi kata ganti nama diri saat saya bermonolog dengan diri sendiri.

Tapi, pertanyaan hamba ALlah swt berkenaan telah membuatkan saya tersedar daripada imaginasi sendiri. Saya harus sedar, rupanya blog ini kadang-kadang menerima kunjungan daripada tetamu yang tidak diundang. Oleh kerana itu, saya harus perbaiki setiap penulisan dan gaya bahasa agar penyampaian saya bukan sahaja mudah diterima untuk diri sendiri tetapi juga bermanfaat bagi mereka yang sudi 'minum-minum' di sini.

InsyaALlah, saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Buat permulaan, sebagai menghargai hamba Allah berkenaan, saya akan menggantikan aku kepada saya agar perkongsian antara dua hala lebih ternampak dan di samping mengingatkan saya, bahawa penulisan saya terkadang ada yang sesat membaca, jadi haruslah lebih berhati-hati.

Walau begitu, saya sangat berharap agar blog ini tidak disamakan dengan blog-blog ilmiah yang lain. Blog ini sekadar picisan yang menjadi tempat untuk saya meluahkan apa yang terdetik di hati dan menceritakan tragedi-tragedi yang berlaku pada diri ini. Jika ada yang boleh diambil sebagai pengajaran, alhamdulillah tetapi jika sebaliknya janganlah dicontohi. Saya juga sangat mengalu-alukan sebarang kritikan dan pandangan daripada pengunjung yang sudi singgah ke teratak buruk saya ini.

Terima kasih daun keladi. Salam ziarah dan semoga berjumpa lagi ^^

Jazakallah

read more

Friday, November 6, 2009

:. Cari Calon? .: 4 kritikan

Friday, November 6, 2009 |
Bismillah..

Aku telah bersara daripada melibatkan diri dalam perbincangan di kategori perkahwinan sejak beberapa bulan yang lepas setelah beberapa orang user perasan akan kekerapan kehadiran aku di thread-thread sedemikian sehingga ada yang cuba mengusik- usik dengan mengatakan aku 'tidak lama' dah. Haish macam-macam. Sejak itu, aku hanya bergiat aktif di rumah sahaja bersama- sama housematees. Hampir setiap hari, ada sahaja topik mengenai perkahwinan dibualkan. Takpa, ilmu juga kan?

Sejak thread 'mencari calon suami/ isteri seorang doktor' dibuka dan aku yang bertanggungjawab meng'edit'nya, jadi aku sering juga mengikuti perkembangan thread berkenaan. Sudah lama thread tersebut menyepi sehinggalah aku masuk forum tengah hari tadi dan mendapati thread berkenaan naik semula. Pandangan aku tertarik pada kenyataan seorang user yang mengatakan pasangan doktor dan engineer menghasilkan gabungan genetik yang bagus. Sungguh alergik! lalala~Jika sebelum ini aku hanya menahan diri daripada menghantar komen di sana setelah dulu ada beberapa komen aku terlepas juga, tapi kenyataan user berkenaan telah membuatkan jari- jemari aku tidak tahan lagi untuk melontarkan hujah. Ya, setelah sekian lama, akhirnya aku kembali buang tebiat di thread perkahwinan. Kwang3.

Melihat kepada komen-komen user di sana, hampir keseluruhan wanita lebih memilih untuk mencari lelaki seorang doktor sebagai pasangan hidup dan sebaliknya pula bagi kaum adam yang lebih cenderung untuk memilih wanita selain doktor sebagai pasangan hidup mereka. Antara alasan yang diberikan kaum hawa adalah, lelaki bergelar doktor ni 'hensem', lemah lembut, baik hati, jika sakit mudah untuk mendapatkan rawatan. Tidak kurang juga ada yang menyimpan niat untuk menguruskan suami yang pastinya sibuk dengan tugas sebagai seorang doktor.

Bagi kaum adam pula, alasan utama mereka kebanyakannya adalah kesibukan. Mereka tidak mahu isteri yang terlalu sibuk dengan tugas sedangkan mereka menginginkan seorang isteri yang mempunyai masa terluang untuk menguruskan rumah tangga. Ini bukan kali pertama aku mendengar komentar seperti ini, malahan sejak dahulu lagi doktor wanita bukanlah pilihan utama untuk kaum adam jadikan pasangan hidup.

Walaupun, aku masih belum merasai kehidupan seorang doktor, tetapi aku tidak nafikan komentar yang mereka lontarkan ada benarnya. Memang rata-rata doktor sibuk dengan tugas sehingga masanya lebih banyak dihabiskan di hospital berbanding di rumah terutama jika terpaksa 'on call' selalu sehingga hospital sudah seperti rumah kedua mereka. Kadang-kadang ada yang mengatakan kehidupan doktor untuk pesakit melebihi kehidupan peribadinya dan juga keluarganya. Jika bagi seorang lelaki, itu tidaklah menjadi begitu bermasalah kerana isteri di rumah mampu menguruskan keluarga tanpa memerlukan suami berada sepanjang masa di rumah. Masalah mungkin akan timbul apabila isteri yang menjawat jawatan sebagai doktor dan terpaksa meninggalkan suami di rumah untuk membantu menguruskan rumah tangga.

Tetapi harus kita sedar, setiap sesuatu pekerjaan itu berhadapan dengan risiko yang pelbagai. Contohnya seorang engineer yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri/ suami di rumah ketika 'offshore' yang terkadang memakan masa lebih sepekan. Seorang peguam pula telah membahayakan dirinya dan keluarga ketika menguruskan kes-kes jenayah pelanggan mereka. Tidak kurang pula seorang guru yang menjadi idaman kebanyakan lelaki juga turut berhadapan dengan risiko kerja dan rumah tangga. Mereka harus pandai mengendalikan emosi ketika berada di sekolah dan di rumah. Jika tertekan dengan sikap pelajar, silap hari bulan periuk belanga di rumah yang menjadi mangsa. Oleh itu, jika boleh jangan mudah benar kita membuat justifikasi dengan hanya melihat kepada 'side' yang lebih menonjol sahaja. Setiap pekerjaan itu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri cuma yang berbeza adalah kebijaksanaan kita dalam mengendalikan kekurangan yang ada.

“Maka, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) dan hanya kepada Tuhan-mulah engkau berharap. ” [ Al-Insyirah:5-8]

Walaupun aku sendiri berdiri dalam bidang ini, aku sedikit pun tidak berkecil hati malahan aku menghormati setiap pandangan mereka. Setiap orang berhak untuk melontarkan buah fikiran mereka tanpa merendah-rendahkan pandangan orang lain. Kita diciptakan dengan pelbagai variasi termasuklah cara kita berfikir dan juga keinginan kita tidak sama. Kadang-kadang perbezaan itu membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain .

Apa yang penting di sini bukan kerjaya tetapi adalah redha. Jika kita redha dengan pasangan kita, iaitu kita yakin dialah jodoh yang ALlah swt hadirkan buat kita, kita harus terima segala kelebihan mahupun kekurangan dirinya. Saling menghormati dan membantu dalam melayari bahtera rumah tangga yang pastinya tidak akan tandus dengan ujian daripada ALlah swt. Perkahwinan itu adalah penghubung kasih sayang dan bukan mencetuskan tali permusuhan. Persiapkan diri dengan ilmu dan kemantapan iman agar rumah tangga yang dibina subur bersama kasih sayang dan redha daripada ALlah swt. .

Bukanlah sesuatu yang salah untuk seseorang itu mengidamkan sesuatu yang mereka rasakan terbaik buat diri mereka. Buatlah seberapa panjang pun 'list' ciri- ciri pasangan hidup yang mereka inginkan. Siapa yang tidak mahu pasangan hidup yang menjadi idaman kan? Kalau boleh kita mahu pasangan yang tip top! Pasangan yang terbaik yang menepati setiap kriteria yang kita harapkan. Ada ke orang yang inginkan pasangan hidup yang kurang baik?

Jika boleh, kita mahukan suami/ isteri yang beriman yang dapat sama-sama membimbing untuk mencari redha ALlah swt. Cintanya bukan hanya pada dunia tetapi cintanya kepada ALlah swt dan akhirat melebihi segala cinta yang mampu mendidik kita untuk lebih mencintai ALlah swt. Kita mahukan pasangan yang memahami dan bertolak- ansur dalam menguruskan rumah tangga. Walaupun dia sibuk mencari rezeki dunia, tetapi dia tidak lupa untuk menyiapkan santapan akhirat buat dirinya dan ahli keluarganya. Pasangan yang mampu tersenyum walaupun dalam kepenatan dan tidak pernah mengeluh dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami/ isteri. Pasangan yang sudi mendengar celoteh dan rintihan kita saat kita memerlukan tempat untuk berbicara meluah rasa. Paling penting, bersamanya bukan menjauhkan kita daripada Tuhan lalu tenggelam dengan nafsu dunia tetapi apabila bersamanya menguatkan lagi ingatan kita pada Yang Maha Esa.


Namun, sebagai seorang hamba, kita harus akur dengan ketentuan Pencipta kita. Di samping berusaha, kita haruslah berdoa dan bertawakkal kepada-Nya. Jika dapat yang kita inginkan, alhamdulillah tetapi jika yang sebaliknya tetaplah bersyukur kerana Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Kadang- kadang, apa yang kita rancang, kita peroleh hasil yang sebaliknya. Itulah dinamakan takdir daripada Dia yang Maha Kuasa. Kita merancang, tapi Dia adalah sebaik-baik Perancang. Setiap yang berlaku pasti disusuli dengan bermacam hikmah. Masakan ALlah jadikan sesuatu itu hanya sia-sia?

“Dan tiada Kami jadikan langit dan bumi, dan segala yang ada antara keduanya, untuk permainan (sia-sia).” [Al- Anbiya 16]

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahu. (Al- Baqarah:216)"

Benarlah, sesuatu yang baik pada pandangan manusia, belum tentu baik pada pandangan ALlah swt dan begitulah sebaliknya. Jadi, walau apapun yang diciptakan oleh-Nya buat kita, yakinlah itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita daripada-Nya.

Sebelum mengharapkan jodoh yang terbaik, persiapkanlah diri sendiri dahulu dengan ilmu yang bermanfaat serta akhlak yang mulia sebagai mahar untuk melayari bahtera rumah tangga yang bakal dibina. Perkahwinan itu bukan sahaja menghalalkan yang haram tetapi juga sebagai penyambung generasi umat Nabi junjungan, Muhammad saw. Kita yang bertanggungjawab melahirkan khalifah-khalifah dunia untuk meneruskan agama yang begitu teguh dipertahankan oleh Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda yang dimuliakan. Jangan terlalu berangan- angan untuk menikmati keseronokan di alam perkahwinan tetapi fikirkanlah tanggungjawab yang bakal dipikul apabila bergelar suami/ isteri dan juga ibu/ ayah.

Semoga kita semua dikurniakan seorang suami dan isteri yang soleh dan solehah yang mampu membimbing kita menggapai redha dan keberkatan hidup oleh ALlah swt. Aminn Ya Rabbal 'Alamin.

Allahu'alam..

p/s: Sekian dahulu 'keterbuangan ketebiatan' saya. Taubat-taubat ^_^ [Alhamdulillah, hari nie dapat berita gembira. Senior batch 2006, kak bazura dan abg Hafiz akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Disember nnt. Mabruk!Kedua-duanya adalah bakal doktor ^_^]

read more

Thursday, November 5, 2009

:. Tiada Tajuk .: 2 kritikan

Thursday, November 5, 2009 |
Bismillah..

Cerita- ceriti sepanjang hari ini ^

8.00 pagi

Seperti biasa, menaiki angkut ke kampus bersama-sama housematees. Hari ni ada exam mikrobiologi, teori dan praktikum. Malangnya pagi ni keadaan jalan raya sungguh sesak sehingga kami terpaksa mengambil keputusan untuk turun dari angkut dan berjalan jauh menuju ke kampus kerana bimbang terlambat untuk menjawab peperiksaan. Sampai ja kampus masing-masing dah kepenatan tapi kekenyangan kerana makan asap kenderaan.Hee..ALhamdulillah exam teori diundur ke jam 9.20 pagi. Legaaaa^^

10.40 Pagi:

Ujian praktikum akan dimulakan pada jam 12.20 dan sementara menunggu ujian dimulakan, kami duduk di hadapan makmal dan membuat persediaan yang terakhir sebelum masuk dalam makmal. Tiba-tiba keadaan jadi sedikit huru-hara dan mereka berpusu-pusu turun ke ground floor. Selang beberapa saat, kedengaran loceng petanda kebakaran dibunyikan. Kami pun bergegas turun ke ground floor membuntuti kebanyakan orang. Sepanjang diri ini bergelar seorang pelajar, inilah pertama kali bangunan tempat belajar mengalami kebakaran. Tapi tidaklah begitu serius hanya berlaku lintas pintas di salah sebuah makmal di UKRIDA sahaja. Ingatkan latihan saja macam di sekolah dulu tapi ianya adalah kenyaaan. Dashyat!

12.30 Tengah hari

Apabila keadaan sudah selamat, kami masuk kembali ke dalam bangunan kampus. Ingatkan ujian praktikum dibatalkan tapi exam tetap diteruskan. Kami menunggu lebih setengah jam di luar makmal sambil memerhatikan para petugas makmal dan lecturer keluar masuk dengan membawa alatan untuk ujian. Semua orang sudah tiada mood untuk exam memandangkan semuanya agak kepenatan dan masing-masing sedang kelaparan. 'Gastritis' yang menyerang 'stomach' aku ni sejak selesai exam teori tadi pula sudah terasa naik sampai ke ulu hati. Huhu mujur dapat bertahan.

ALhamdulillah. Suasana dalam makmal sebelum exam dimulakan pun agak kelam kabut. Huu siap kena marah lagi dengan dr Wani kerana bising. Penat mengurut-urut dada sambil beristghfar dengan fydot sepanjang kami dalam makmal . Lawak pun ada. Alhamdulillah selesai exam praktikum mikrobiologi.

13. 20 petang

Selesai ujian praktikum, aku dan aisyah bergegas pula ke kuliah patologi klinik yang sudah bermula setengah jam yang lalu. Perut masih sakit, dan oksigen pun rasa makin berkurang. Antara faham dengan tidak ja kuliah dr Richard hari ni. Kalau sebelum ni, kuliah dr ni la aku paling bersemangat sebab beliau sangat kelakar.

14.15 Petang

Selesai kuliah, sepantas kilat aku dan aisyah menuju ke ruangan 301 kerana kami masih ada kuliah bedah.Masuk dalam kuliah, dr Arnold sudah bersiap sedia untuk memberikan kuliah bedah dan hosmatees aku yang lain pun sudah berada dalam dewan kuliah tersebut. Selepas meletakkan beg, aku dan aisyah keluar dan menuju ke surau untuk menunaikan solat zuhur. Sama seperti kuliah sebelum ini, dr Arnold lebih gemar bercerita berbanding menerangkan satu per satu isi 'slide'nya. Beliau juga gemar berkongsi pengalaman beliau bermula dengan seorang mahasiswa perubatan sehingga menjadi doktor pakar bedah.

Tapi agak mengejutkan hari ini apabila dr Arnold memberikan nasihat agar kami segera mencari 'pacar' terutama perempuan sementara sebelum lulus sarjana kedoktoran. Katanya, lelaki takut untuk 'tackle' perempuan yang bakal bergelar doktor. Kata-kata beliau mengingatkan aku pada thread di iLuvislam.com yang membincangkan isu mencari doktor sebagai pasangan hidup. Kebanyakan lelaki di sana memang tidak mahu beristerikan seorang doktor tetapi lain pula bagi perempuan yang bercita-cita ingin menghawini seorang doktor. Huu macam-macam. Semua berhak untuk membuat 'check list' ciri- ciri pasangan hidup yang mereka inginkan, cuma jangan lupa sandarkan segalanya kepada ALlah swt. Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

15.30 Petang

Kuliah bedah selesai! Yeay akulah orang paling bahagia. Sejak dalam dewan kuliah lagi aku dah terbayang-bayang nasi dan ayam yang bergolek-golek. Pedih rasanya bukan kepalang sehingga terasa asid hidroklorik ni sedang menghakis-hakis mukosa dinding perut aku. Isk3..Bukan main panjang lagi langkah kaki menuju ke tempat angkut. Huu hari yang sangat memenatkan, kelakar dan penuh sejarah. Tiba-tiba terfikir, mampukah aku meneruskan perjalanan yang belum sampai setengah ni? InsyaALlah. Mudah-mudah diberikan kekuatan dan semangat untuk terus mara, InsyaALlah.

Semangat!

read more

Monday, November 2, 2009

:. Benign Prostate Hyperplasia (BPH) .: 4 kritikan

Monday, November 2, 2009 |
Bismillah..

Pagi tadi aku ada presentation untuk PBL blok 20 (Urogenital ll )dan penguji untuk kelompok aku adalah dr Wani. Jika didengar melalui pengalaman kawan-kawan lain yang pernah diuji oleh dr yang sama, tidaklah sukar sebenarnya tapi entah mengapa aku begitu gementar sekali sejak malam tadi sehingga tergagap juga seketika di awal presentation tadi. dr Wani dan kawan-kawan group pun tergelak sama. Namun alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan dr Wani memuji group kami kerana bahan-bahan yang kami dapatkan melengkapi antara satu sama lain. Pertama kalinya aku rasa nak share input-input yang mungkin bermanfaat, InsyaALlah. Saya dapat kes Benign prostate hyperplasia (BPH).



Pengenalan:

Prostat merupakan kelenjar aksesori pada lelaki yang terletak di inferior urinary bladder (pundi kencing) dan membungkus urethra di bahagian proximal. Apabila berlaku pembesaran pada prostate gland (kelenjar prostat) , urethra pars prostatika akan tersepit dan seterusnya menghambat aliran urin dari urinary bladder (pundi kencing) . Namun sekarang masih menjadi kontroversi pada nama BPH yang sebenarnya iaitu sama ada Benign Prostate Hypertrophy atau Benign Prostate Hyperplasia kerana kedua-keduanya adalah benar tetapi bergantung kepada pemeriksaan patologi anatomi untuk memastikan pembesaran prostate gland berakibat daripada pertambahan saiz (hypertrophy) daripada sel-sel atau pertambahan bilangan sel (hyperplasia) tanpa berlaku pertambahan saiz.


Penyebab:

Di sini faktor hormon dan usia lebih ketara menyebabkan berlakunya BPH ini. BPH dikatakan sering terjadi pada lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas. Mengikut pathogenesis (perjalanan penyakit) , apabila usia semakin meningkat hormon testosteron berkurang dan ini meningkatkan penghasilan hormon estrogen yang meningkatkan bilangan reseptor untuk dihidrotestosterone hormone sehingga mengakibatkan pembesaran yang abnormal pada sel-sel pada kelenjar prostat.

Gejala klinik:

Dibahagikan kepada dua berdasarkan penyebab PBH iaitu:

Sumbatan - Buang air kecil (BAK) yang tidak puas, urin menitis-nitis pada akhir BAK, pancutan yang lemah dan terputus-putus. Pada awal BAK, pesakit terpaksa menunggu untuk mengeluarkan urin yang pertama.

Iritasi (luka) : Tidak mampu menahan BAK, kerap buang kecil di waktu malam, frekuensi BAK lebih sering berbanding selalu, dan disuria( merasa sakit saat BAK).

Pengubatan:

1. Alpha blocker: Berfungsi dalam mengurangkan saiz kelenjar prostat yang membesar dan neck of urinary bladder (pundi kencing).

2. 5-Alpha- Reductase inhibitor: Juga mengurangkan saiz dan memperbaiki gejala- gejala yang timbul.

3. Combination of 1 and 2 : Memperbaiki aliran urin.


Pencegahan:

Mengamalkan cara hidup sihat sejak usia muda untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. Ini termasuk diet, aktiviti seharian dan sebagainya. Menurut kajian, saw palmitto (kuaci ) mampu mengurangkan risiko menghidapi BPH. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu penyakit melibatkan ketidakseimbangan hormon, maka itu adalah di luar kawalan yang tidak mampu diubah melainkan dapat melambatkan perjalanan penyakit dan menurunkan gejala-gejala yang dialami.

Gejala-gejala BPH harus segera diatasi untuk mengelakkan beberapa komplikasi lain seperti :

- Infeksi bakteria
- Batu
- Gangguan fungsi ginjal.

Paling penting, BPH yang tidak terkendali mampu bertukar kepada sel- sel kanser yang pastinya lebih berbahaya kepada pesakit.

Sekian sedikit perkongsian daripada saya. Jika ada yang ingin menambahkan atau membetulkan, sangatlah dialu-alukan. Saya hanya memasukkan beberapa percent sahaja daripada keseluruhan bahan yang assignment saya. Saya ringkaskan dengan memasukkan info-info yang dirasakan penting sahaja supaya mudah difahami oleh semua. Mudah-mudahan ilmu yang dikongsikan bermanfaat untuk kita semua, InsyaALlah.

Saya juga memohon maaf jika tidak sedap mata memandang pada percampuran bahasa pada penerangan di atas. Ingin sekali saya menggunakan bahasa Inggeris supaya dapat meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris tapi pada masa yang sama saya bimbang jika saya menggunakan bahasa inggeris (broken english) ada yang sukar memahami dan seterusnya proses penyampaian ilmu tidak berlaku. Apapun, mohon maaf atas kekhilafan/ sebarang kekurangan yang terlihat.

Jazakallah.

read more

Sunday, November 1, 2009

:. Indahnya Perasaan Ini .: 2 kritikan

Sunday, November 1, 2009 |
Bismillah..

Entry kali ini sekadar ingin meluahkan rasa gembira dan terharu kepada insan- insan yang Allah swt hadirkan dalam hidup penulis sepanjang bergelar hamba untuk tempoh masa yang singkat ini. Alhamdulillah.

Jika sesetengah orang gembira dan berbangga ketika menerima kata-kata cinta daripada kekasihnya, begitu juga dengan diri ini. Kata-kata I love you, ana uhibbuki fillah, saya sayang kamu, saya cinta kamu dan pelbagai lagi yang membawa pengertian yang sama iaitu, sebuah pengucapan seseorang kepada orang lain untuk mengekspresikan perasaan sayangnya.

Walaupun kata-kata itu aku terima bukan daripada seorang kekasih apatah lagi yang bukan mahram, tetapi sudah tidak dapat digambarkan betapa indahnya perasaan yang hadir. Tiada langsung perasaan segan mahupun malu tetapi yang ada hanyalah perasaan bahagia. Begitu kuat sekali ikatan ukhwah yang terjalin antara kami. Alhamdulillah.

Tapi sebentar tadi, kata-kata seorang adik berjaya meruntuhkan hati ini. Secara tiba-tiba beliau menegur di ym dan berkali-kali beliau menyatakan rasa sayang terhadap diri ini. Pada mulanya aku agak kehairanan kerana sebelum ini beliau tidak pernah seperti itu. Namun, demi Allah, aku tidak tegar menahan kesyahduan yang menyelinap dalam hati ini.

Subhanallah! Sungguh besar anugerah Allah swt. Dia hadirkan insan-insan ini dalam hidupku yang membuatkan hidup ini menjadi lebih sempurna dengan kasih sayang yang mereka kongsikan buat diri ini. Walaupun aku sedar, tiada apa yang diri ini mampu lakukan untuk membahagiakan orang lain apatah lagi menjamin untuk tidak melukai mereka, tetapi ALlah masih memberi kesempatan kepada diri ini untuk menerima dan merasai kasih sayang yang mereka hulurkan. Alhamdulillah.

Aku tidak mempunyai kakak apatah lagi adik perempuan. Tapi , Allah swt telah gantikan kekurangan itu dengan begitu ramai adik perempuan, kawan-kawan dan kakak- kakak yang begitu penyayang dan baik hati. Alhamdulillah, Indah sungguh perasaan yang hadir setiap kali kami bertemu walaupun hanya di alam maya tanpa melihat paras rupa dan susuk tubuh, tapi hati kami terasa begitu dekat sehingga begitu terasa begitu kuat sekali perasaan cinta yang hadir.

Semoga benih kasih dan sayang ini akan tumbuh subur bersama pohon kasih dan sayang daripada Allah swt agar membuahkan rimbunan keimanan dan ketaqwaan kepada-Nya. Semoga kerinduan kami, menguatkan rindu kami kepada-Nya dan ingatan antara kami mengingatkan kami kepada-Nya. Ya ALlah, peliharalah ukhwah yang kami bina serta satukanlah hati-hati kami agar tetap teguh bersama kekuatan cinta-Mu, dan jauhilah kami daripada hasutan syaitan yang mampu merapuhkan kekuatan cinta antara kami, aminn ya rabbal ‘alamin..

Terima kasih semua! Saya sayang kamu! I Love you! Ana Uhibbuki Fillah! Wo Ai Ni!
Jazakallah.

read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog