Sunday, June 28, 2009

:. Rindukan Suasana Itu .: 2 kritikan

Sunday, June 28, 2009 |

Bismillah..

Semalam, aku mungkin telah melukai hati seseorang. Maafkanlah hamba ya Allah sikranya hatinya telah kulukai namun itu bukanlah kehendakku. Sesungguhan aku amat menyayangi dirinya. Aku terlalu sayangkan ukhuwah ini. Semoga Engkau sentiasa memeliharanya agar terus dibawah rahamat dan keberkatan-Mu . Tabahkanlah hati kami dalam menempuh segala onak dan duri di dunia-Mu ini. Aminn..

Tiba-tiba, aku teringatkan kehidupan di matrik 2- 3 tahun yang lepas. Kehidupan yang aku rasa paling bahagia sepanjang aku bergelar seorang pelajar. Indahnya perjuangan pada ketika itu bersama rakan-rakan menempuh suka dan duka mengharungi cabaran sebagai seorang mahasiswa. Sungguh aku amat rindu suasana dahulu. Aku amat merindui kalian.

Terkenang kembali masa mula2 aku menjejakkan kaki ke dunia matrik. MasyaALlah, hanya Dia yang mengetahui betapa berdebar aku pada waktu itu. Maklumlah pertama kali berjauhan dengan family. Selepas ini segalanya harus diuruskan sendiri.

Aku berkenalan dengan seorang gadis cina yang manis orangnya. Dia menyambut salam perkenalanku. Aku dan Tong See Nee duduk bersebelahan. Tak lama kemudian, datang lagi dua orang gadis melayu yang merupakan rakan sejak dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah jodoh mereka panjang. Kami tidak banyak berbual kerana masing-masing sibuk mengemas dan menguruskan apa yang perlu.

Hajar dan Abit jarang ada di bilik. Abit suka turun ke bilik kawan dia dan hajar pula berhijrah ke bilik hadapan.Tong pula suka belajar di bilik tutor. Tapi aku ni jenis tak kisah, takpe duduk sorang-sorang pun =) Selalunya hajar dan abit tak balik tidur di bilik dan tong pula akan balik jam 10 malam dan terus tidur. Aku pula, terus menelaah sampai jam 2 pagi.Itulah rutin ku setiap hari sepanjang berada di matrik.

Semester kedua, Tong dah jarang pergi bilik tutor untuk study. “Saya nak teman atul la. Jom kita study sama-sama”. Kata-kata Tong pada suatu hari membuatkan aku sedikit terkejut. Senyum jela =). Sekarang bila aku toleh ke kanan ada orang tak macam dulu pandang mana2 pun xkan jumpa siapa-siapa.hehe..

Oleh kerana selalu duduk berdua, kami menjadi sangat rapat. Kadang-kadang kami main soal-soal tentang subjek yang kami tengah belajar masa tu. Tong pun dah pandai tidur lambat. Mula-mula nampak dia macam tak biasa. Susah juga dia nak bangun pertama kali tidur lewat tapi bila dah lama-lama dia dah terbiasa.

Teringat dulu, Tong ingin pinjam iron aku tapi masa tu aku sedang solat. Dia datang depan aku, mengajuk-ajuk meminta izin untuk menggunakan iron tersebut. Mula-mula aku teruskan ja solat, tapi lama-lama makin bersungguh pula dia mengajuk pada aku sehingga pergerakan aku terbatas. Aku terpaksa berhenti solat. Aku menerangkan kepada Tong beberapa perkara supaya di lain masa perkara itu tidak berulang. Tong beberapa kali meminta maaf. Katanya dia tidak tahu, sebab pertama kali duduk di asrama tambahan dengan budak Islam. Nasib baik tong memahami. Sejak itu, jika ada apa-apa tong akan tunggu sampai aku selesai solat. Tong, Tong, suka buat aku tergelak. Sangat comel. Saya rindu kamu! Semoga ALlah memberikan hidayah kepada insan yang sangat baik seperti Tong. Aminn..

Tong selalu inform kat aku kalau lecturer dia ada buat kelas tambahan. Aku selalu juga seludup masuk kuliah Tong sampai satu hari tertangkap dengan Miss Suraida. Tiba-tiba ja Miss Suraida menyoal aku sedangkan aku bukan student dia. Terkejut aku. Ingat dia tak perasan. Haha cantoi.Miss Suraida kenal aku sebab dia lecturer tutor aku.hehe malu jugalah seposen dua=)

Sungguh aku sangat rindukan suasana belajar begitu. Terasa begitu kuat perjuangan sebagai seorang mahasiswa. Sanggup seludup kuliah orang lain semata-mata untuk dapatkan ilmu lebih. Indahnya sehingga tak tergambar oleh mata tapi amat meresap di hati. Kalau boleh nak ulang lagi masa-masa indah tu. Kehidupan yang penuh dengan disiplin!

Hajar pula baik dan sangat sentitif orangnya. Kalau dia rindukan keluarga atau mempunyai masalah yang lain, dia mesti cerita kat aku sambil menangis. Murah betul air mata hajar. Terasa rindu pula bahu atul ingin dibasahi tangisan hajar =) Abit pula kelakar orangnya. Kalau sehari tak gelak tengok dia memang tak sah. Ada ja perkara yang boleh membuat kami ketawa. Teringat masa kucing masuk dalam bilik, abit lari tak keruan seolah-olah nampak harimau. Ya ALlah rindunya atul pada kalian. Rindu yang teramat sangat.

Sekarang masing-masing telah membawa hala tuju masing-masing menyambung perjuangan yang belum selesai. Hajar di UDM mengambil bioteknologi, Abit pula di UITM amik forensik, Tong pula di UM amik Pharmacy dan aku pula di sini. Atul akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua. Sangat sayang dan rindu kamu semua. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan. Ada jodoh kita berjumpa lagi!Semangat2!!


read more

Saturday, June 27, 2009

:. Malang Ke Lawak? .: 0 kritikan

Saturday, June 27, 2009 |
Bismillah..

Ni taktau la nak dikategorikan cerita lawak atau malang. Sejak daripada pagi sampai la malam tadi ada ja perkara yang berlaku. Antaranya:

Presentation mula lambat

Minggu ni exam berderet-deret mula dari hari Isnin sampailah khamis. Penat atau tak hanya Dia sahajalah yang mengetahui. Habis exam hari khamis, malam tu kena pulun pula siapkan PBL (assignment). kerja-kerja bermula selepas berbuka dan alhamdulillah jam 4 pagi semua selesai. Power point untuk presentation dah aku check dua tiga kali takut2 esok nak present tiba-tiba xda. Haru! Selepas sahur, aku lena sekejap. Takpa dapat sejam pun jadilah sebelum masuk subuh sebab aku bajet lepas presentation esok aku blh balik tidoq sebab kelas seterusnya mula tengah hari.

Presentation sepatutnya mula jam 7.30 pagi tapi hari ni lecturer lambat pula sampai. Jadi kami mula dalam jam 8.30. Walaupun aku sangat mengantuk, alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Sepatutnya presentation habis dalam pukul 9.20 am, tapi disebabkan ramai lagi kawan aku yang tak present, jadi kami selesai kira-kira 10.30 am. Geram memang geram. Dah kurang masa tidur aku satu jam. Haishh..

Angkut Tak Bergerak-gerak

Balik tu pula, 20 minit aku tercongok sorang2 dalam angkut yang tak bergerak-gerak. Waa masa tuh wase dah nak menangis dah. Dalam hati, "kalaulah pakcik tau betapa berharganya 20 minit ini pada saya yang amat mengantuk ini, mesti dari tadi pakcik dah jalan". Isk3..ALhamdulillah kekuatan-Mu masih mengikat kesabaranku.

Ponteng Kelas! (Macam Bangga ja)

Balik tu aku terus tidoq. Ada satu jam sebelum zohor dan 1 jam setengah sebelum kelas IPD (ilmu penyakit dalam) bermula. "Atul!Atul!Atul!" Dari dalam bilik aku dengar suara Sarah sayup2 panggil aku. Owh dah zohor rupanya. Tiba2 aku rasa kepala ni berat sangat, dan susahnya badan nak bergerak. Aku gagahkan diri, beritahu Sarah aku tak berapa nak sihat dan minta tlg dia ambilkan laptop aku pada Phui . Sedihnya, aku dah janji dengan Phui nak jumpa dia ambil laptop masa kelas IPD, aleh2 aku yang tak pergi. isk..isk..isk..

Ayam kena curi

Petang tadi, ingat nak berbuka dengan roti ja sebab tak larat nak pergi beli makanan. Tak boleh nak berdiri lama, rasa nak muntah. Selera pun takdak. Lepas solat Asar, alhamdulillah kuat sikit badan ni. Aku beli makanan untuk berbuka dan sahur sekali. Untuk berbuka, nasi satu, ayam bersos dan tempe satu manakala untuk sahur, nasi separuh dan ayam goreng biasa. Balik tu aku letak atas meja luar sementara aku pergi bersihkan diri.

"Atul, ayamnya tadi diusik kucing". Kata embak mufti. Mula-mula aku tengok elok ja, macam tak terusik cuma kertas bungkusannya ja yang sedikit carik. Lama juga aku duk belek ayam goreng untuk sahur tu. Dalam hati, dah terpikir ada tak infeksi Toxoplasma sp, Leptospira sp, etc. hee. Lama2 baru aku perasaan, pada ayam tu ada bekas gigitan. Kucing, kucing, rezeki kamulah ya. Takpa2 bekalan telur dalam ais box tu masih mencukupi =)

Dikejar kucing (bukan anjing)

Lepas solat isyak, aku dengan Nija p rumah Phui nak ambil laptop. Mulanya Phui nak hantar tapi kesian pula dia sorang2 malam-malam ni duk meraba cari rumah kami. Di pertengahan jalan, aku nampak seekor anak kucing berwarna hitam yang jalan pada arah bertentangan. Aku dah pegang baju nija dah. Kami jalan macam biasa. Elok ja kucing tu melepasi kami, tiba2 last minute dia 'ubah fikiran' lalu mengikut kami. Aku ingat Nija tak takut kucing jadi bolehlah aku kunun2 berani sket tapi rupa2nya 2x5.Hehe.. Dah la tak sihat, kena buli pula tu.Isk3.. Jika bukan kerana meeting, esok jela aku ambil laptop aku tu. Ngeri2!

Hari isnin ni sambung exam lagi sampailah hari sabtu. Semoga terus diberi kekuatan dan kesihatan tubuh yang baik untuk meneruskan langkah menggalas amanah ini. InsyaALlah.


read more

Thursday, June 25, 2009

:. Jangan Bersedih Cintaku .: 3 kritikan

Thursday, June 25, 2009 |

wahai cinta,
kasihan benar diri ini kepadamu,
mereka melaungkan setia bersamamu,
sanggup mempertahankan dirimu tika
tangan hina menyentuh dirimu,
memahat dirimu sebagai mahkota hati,
tak rela berpisah walau badai datang menguji,
rela berkorban sehidup semati.

namun cinta,
bila diri lelah, terluka dengan permainan dunia,
segala janji seakan kabur di pandangan mata,
dirimu dibebaskan dengan pemeliharaan Pencipta Suci,
sebagai pengganti penjagamu yang akur dengan
permainan duniawi..

Wahai cinta,
janganlah engkau bersedih,
inilah lumrah dunia,
saat kudrat mengiringi jiwa,
diri merasa mampu menggalas segalanya,
namun tika ujian melanda,
dunia seakan gelap gelita,
harapan yang dulu bersinar indah,
kini semakin pudar di pandangan mata.

Pasrahlah wahai cinta,
mereka sudah tidak betah lagi melayan kerenahmu,
pergilah dikau pada mereka yang masih mencari nur di sebalik fitrahmu,
berbaktilah selagi kudrat bersamamu,
menyampaikan seruan pemilik yang Abadi,
petanda dirimu berserah mengabdikan diri.

Wahai cinta,
janganlah dikau berputus asa,
walau mereka tidak lagi bersamamu,
ingatlah dikau tidak pernah sendiri berjuang
mempamerkan matlamatmu,
ingatlah pada Dia yang setia mengiringi langkahmu.

Jangan sesekali engkau merasa lelah seperti mereka,
berjuanglah pertahankan hukum Tuanmu,
Majulah ke hadapan dan jangan sesekali engkau berpaling,
doaku sentiasa bersamamu,
juga kesetiaanku padamu kuserahkan pada-Nya
sebagai pemelihara Cinta dan Cita-cita ku.

p/s: cinta itu masih setia menanti, mengharapkan pemujanya kembali bersama2 berjuang di jalan murni..semoga diberi ketenangan dan kelapangan hati..Patah tumbuh hilang berganti, tapi yang berganti tidak pernahkan sama dengan yang telah patah. Tabahkanlah hati kami, ya ALlah..

Semangat!Semangat!Semangat!

read more

Saturday, June 20, 2009

:. Bersyukur Itu Perlu .: 5 kritikan

Saturday, June 20, 2009 |
Bismillah..

Tugasan praktikum Patologi Klinik hari ini adalah membuat ujian ke atas urin yang telah dikumpulkan dengan susah payahnya oleh setiap student..haha.. Aku dapat satu group dengan kawan2 group PBL (Problem Based Learning) . Tak habis-habis muka yang sama. Jemulah tengok wajah2 nakai angpa!!hehe!

Hari ini adalah hari membuli budak Indonesia group kami dengan menggunakan urin dia sorang ja (selalau dibuli). Mana tidaknya, semua pakat duk sorok urin masing-masing. Nasib baik urin tu sangat mencukupi kalau tidak adalah yang kena mengorbankan urin sendiri =P. Kesian dia, dah la dia sorang ja budak Indonesia dalam group kami dan dialah satu-satunya lelaki yang setia bersama lima orang gadis shumel yang lain. Sabaq na?Hehe..

Aku tak dapat bayangkan, macammana lah agaknya orang yang kerja dalam makmal ea? Hari-hari duk main urin dan tinja manusia. Kalau wangi takpa. Huu..Sama jugalah dengan orang yang kutip sampah di rumah-rumah kita tu. Kalau tiada mereka, agak-agaknya rumah dengan sampah mana lagi tinggi? Silap hari bulan orang anggap tu tempat pelupusan sampah.huu..

Sebab itu, kita tak boleh memandang hina pada golongan ini tetapi seharusnya kita kagum dengan kesungguhan dan ketabahan mereka. Inilah simbiosis kehidupan. Kita saling berpaut pada dahan yang sama untuk menuju ke puncak pohon. Jika kita di atas, jangan perlekeh mereka di bawah kerana mereka dan kita saling berteduh dalam pohon yang sama. Tidak mustahil, suatu hari nanti kita dan dia saling bertukar tempat duduk.

Oleh itu, basahkanlah bibir dengan zikrullah, anggota mengamalkan kebajikan, dan hati membenarkan kekuasaan Yang Maha Esa sebagai tanda kita bersyukur dengan atas setiap nikmat yang dianugerahi-Nya.

Kita dan mereka adalah sama, bernafas dalam jiwa seorang hamba kepada Yang Maha Esa.

ALlahu'alam..

read more

:. Black Out .: 0 kritikan

Bismillah..

Kelmarin seawal jam 12 tengah malam waktu Indonesia kami telah siap bersedia untuk buat surprise birthday Sarah yang ke tutttt =). Puas mengejut dua orang housemate yang sedang nyenyak tidoq kerana keletihan. Nasib baik Sarah tak tido lagi.

Kami tutp semua lampu, konon-konon nak buat surprise kat Sarah. Tapi bilik Sarah terang benderang. Terfikir pula macammana nak buat Sarah keluar dari bilik dia. Entah tiba2 mood nakal aku datang. Aku p kat box elektrik, aku off kan untuk bilik Sarah. Sebenarnya aku try and error ja. Tup2 satu rumah black out. Ah naya! Kesian embak lagi dua orang, tak pasal2 bergelap kerana kami (kerana aku sebenarnya =P) . Aku sebenarnya dah takut dah tapi buat2 tak da apa2..huhu..

Nasib baik Ana p turun bawah betulkan. Adeii maaf na embak, saya tak sengaja (sambil sengeh2 kambing hee). Alhamdulillah perancangan berjalan dengan lancar. Sarah gembira, kami pun gembira. Happy Birthday Sarah!Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. All the best in ur studies! Semoga cepat nikah juga!!hehe..

read more

Sunday, June 14, 2009

:. Kembalikan rasa ini .: 2 kritikan

Sunday, June 14, 2009 |
Bismillah..

Kebelakangan ini, masalah dengan internet di rumah ni semakin menjadi-jadi. Jika berlaku gangguan ketika ‘exam’ aku tidak berapa kisah sangat walaupun kadang-kadang rasa geram juga terpaksa lepaskan tanggungjawab kepada rakan setugas yang lain. Aku tak boleh lama-lama di hadapan laptop kerana masa aku perlu peruntukkan untuk study. Maafkan saya, teman-teman.

Sekarang, seperti biasa minggu pertama blok baru aku tidaklah begitu sibuk seperti minggu-minggu selepasnya. Namun, sedikit aku kesal internet tetap juga bermasalah. Jika elok pun mungkin di tengah malam ataupun awal pagi. Tak mengapalah asalkan aku dapat juga masuk menjalankan tugas aku. Kesian aku melihat mod-mod yang kadang sendirian menjalankan tugas.

Semalam, aku berkesempatan meluangkan lebih masa di forum.Alhamdulillah. Tapi aku kian sedar, forum tidak lagi semeriah dulu. Bilangan user semakin hari semakin ramai tapi kenapa aku masih merasakan sesuatu yang kurang? Kosong!

Aku terfikir adakah disebabkan penutupan beberapa kategori? Jika dulu, pada awal penyertaan aku di forum, keadaan tidaklah suram seperti ini. Sekarang cuti sekolah pun tidak ramai adik-adik yang berkongsi seperti dahulu. Apakah puncanya?

Aku perasan, perbincangan di forum sekarang nampak lebih ilmiah. Segala nampak lebih terkawal. Jika ada thread berkaitan kategori yang di autolock, thread tersebut akan di’move’. Maafkan kami user, kami hanya menjalankan tugas.

User ILuvIslam.com terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan cara penerimaan juga boleh jadi tidak sama. Orang kata, lain orang lain kepala. Jika dulu, semasa kategori seperti lain-lain, rehatkan minda, pengalaman, dan alumni masih dibuka, ramai adik-adik di kalangan pelajar sekolah suka melepak di sana. Tapi sekarang semua kategori tersebut telah ‘autolock’. Adakah ini puncanya mereka ‘pergi’ ?

Sebenarnya salah satu tujuan kategori itu ditutup sementara adalah untuk mengelakkan perbincangan yang meleret-leret dan tidak ilmiah. Pernah user mengadu forum ILuvislam.com tidak ubah seperti forum-forum yang lain, tidak ada kelainan dan banyak perbincangan yang keanak-anakan. Beginilah situasi yang menyerabutkan kepala. Susah untuk puaskan hati semua orang.

Bagi aku, dalam proses kita untuk menyampaikan dakwah, kita perlu mengenali dahulu siapa yang bakal kita ‘attack’. Kita harus tahu bagaimana kaedah yang harus kita lakukan agar dapat memukau dan menambat mereka untuk mengenali keindahan Islam.

Forum ILuvislam.com sesuai untuk semua peringkat umur. Kita bukan sahaja menerima golongan yang dewasa dan bijak pandai sahaja tapi kita mengalukan kedatangan semua. Di sini kita bersatu mengumpulkan pandangan bagi membincangkan segala masalah yang merangkum semua aspek kehidupan, bermula daripada masalah berkaitan agama sehinggalah dalam pengurusan diri.Syabas ILuvislam.com!Telah banyak pembaharuan yag dilakukan. Semua untuk siapa jika bukan untuk kita semua?

Tapi, dalam Islam juga tidak melarang kita untuk berhibur, menyenangkan hati asalkan berpada-pada dan tetap pada landasannya. Aku rasa tiada salahnya jika ada perbincangan ‘ringan’ (lagha) tetapi masih mempunyai elemen-elemen yang berilmiah. Ini bukan sahaja dapat menarik golongan muda untuk mengenali dan mencintai ILuvislam.com tapi kita juga dapat perlahan-lahan mendidik mereka untuk menjadi lebih dewasa.

Bagaimana kita ingin memimpin mereka, golongan muda khasnya untuk mencintai Islam melalui ILuvislam.com sedangkan masuk sahaja forum mereka tiada hati untuk melihatnya? Sebenarnya kita boleh mengubah keadaan andai kita bersatu hati! Jika adik-adik terlalu inginkan keseronokan, abang-abang atau kakak-kakak yang lebih ‘mengerti’ dapat memimpin mereka kepada jalan yang seharusnya. Teguran tidak seharusnya dengan kekerasan, kemarahan mahupun kejian, tetapi mendidik jiwa mereka dengan nasihat-nasihat yang boleh melenturkan jiwa muda yang hangat mengenali dunia.

Di sini, apa yang penting adalah kesatuan hati-hati kita semua bagaimana kita menguunakannya dalam mendidik diri menjadi seorang khalifah di bumi ALlah swt ini. Ingatlah, tidak semua orang jalannya itu lurus seperti yang diharapkan. Di sinilah peranan kita semua dalam memupuk semangat ukhuwah dan berdakwah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri sendiri mahupun orang lain agar kecantikan Islam itu dapat dilihat dan dirasai oleh semua umat manusia. InsyaALlah..

Kembalikan rasa ini, ya rabb..Semangat!!

wassalam..

read more

Saturday, June 13, 2009

:. innalillahi wa inna ilaihi roji'un .: 2 kritikan

Saturday, June 13, 2009 |


Bismillah..

Pagi kelmarin ketika aku sedang bergegas untuk ke kuliah, tiba-tiba aku teringat untuk mengucapkan terima kasih kepada seorang mod ILi kerana menyelesaikan sisa tugas yang aku tidak sempat kerjakan kerana mengalami masalah internet. Walaupun pada awalnya dia bergurau dengan mengatakan tidak akan membantu, tapi aku tahu dia pasti akan buat walaupun sebelum itu aku terpaksa menerima kejian dan kutukan beliau. Adik yang sangat baik tetapi mengjengkelkan ^^

“member baru meninggal xciden, housemate lak koma.” Kata mod tersebut. Aku tiba-tiba tersentak, kelu tanpa kata. Entah mengapa mudah benar air mata aku mengalir waktu itu. Sebelum itu, beliau memberitahu hari ini beliau ada exam tapi tiada mood untuk study. Aku salah kerana tidak bertanya lebih lanjut mengapa beliau hilang focus pada study tetapi terus memarahi beliau supaya kuatkan semangat dan pergi study. Tak sangka rupa2nya beliau sedang bersedih atas pemergian seorang sahabat. Maafkan akak, dik.

Sepanjang aku di kelas, tumpuan aku sedikit terganggu dengan berita yang aku terima sebelah pagi tadi. Beberapa kali aku cuba beristighfar dan mengesat air mata yang mengalir agar tidak terlihat oleh teman-teman yang lain. Tapi semakin aku tahan semakin sebak pula di hati.

Sampai di rumah, aku segera buka ym dan aku lihat ada berita terkini mengenai pelajar- pelajar Kaherah, Mesir yang mengalami kemalangan pada status ym mod tersebut. Setiap bait kata aku amati dan tanpa disedari aku tewas lagi bermain dengan air mata. Aku menangis tersedu-sedan. Sudah lama rasanya aku tidak menangis seperti itu. Tragedi yang sungguh menyayat hati.

Aku sendiri pun tidak faham mengapa aku begitu sakit sekali berhadapan dengan berita tersebut. Aku tidak pernah mengenali siapa arwah maupun empat temannya yang lain tapi tragedi itu benar-benar membuat aku merasa sebak. Hari ini, tanpa lelah aku mengembara ke blog-blog temannya yang menceritakan mengenai diri arwah. Arwah seorang yang baik. Arwah seorang yang berjiwa pemimpin. Arwah seorang yang mudah tersenyum. Arwah seorang yang sopan dalam perilaku dan tutur katanya dan bermacam-macam lagi sanjungan daripada rakan-rakannya. Setiap tulisan sudah cukup membuatkan hati aku sebak dan semakin deras air mata ini mengalir.

Aku tahu mereka pasti merasa kehilangan. Namun pasti ahl beit dan teman akrab lebih merasai erti kehilangan seorang anak yang soleh dan teman yang baik. Tidak jemu aku melihat ulang video dan gambar-gambar mengenai arwah. Benarlah arwah seorang yang murah dengan senyum. Setiap gerak gerinya sudah cukup membuatkan aku pilu sehingga tidak terbendung lagi air mata yang mengalir. Tidak terbayangkan, orang yang aku lihat dalam video tersebut, tidak ada lagi di dunia nyata ini. Dia telah berada di alam lain bersama Pencipta-Nya. Jika aku yang tiada pertalian apa2 dengan arwah merasa sakit atas pemergiannya apatah lagi keluarga dan teman-taman yang sering menghabiskan masa bersama arwah. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada keluarga arwah dan teman-temannya dalam menerima ketentuan-Nya ini dengan pasrah. Dia insan istimewa pilihan Allah swt untuk kembali kepada Pencipta yang Agung.

Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita pasti akan kembali. Kita yang hidup harus meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah swt. Kehidupan di dunia ini adalah persinggahan untuk kita mencari bekalan (amal) untuk menemui Pencipta yang akan memanggil kita ‘pulang’ apabila tiba waktunya. Kematian itu adalah suatu yang pasti. Walau kita lari ke kutub manapun ia pasti akan datang menjemput kita sama ada kita telah bersedia atau tidak. Nama, pangkat, kekayaan, keluarga, kekasih, semua akan kita tinggalkan hanya amalan baik di dunia dan doa daripada anak yang soleh menjadi penyelamat kita di ‘sana’. Selagi diberi kesempatan, kumpullah segala ‘aset’ yang ada kerana apabila kita telah sampai di ‘sana’ tidak akan ada peluang kedua.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Muhammad Ammar Bin Zulkifli, seorang mujahid yang pergi meninggalkan kenangan dan kerinduan buat mereka yang mengenalinya. Semoga Allah menempatkan anak soleh ini di kalangan para solihin. Al-Fatihah…

Jika ada yang membaca entry ini, bersamalah kita doakan dua orang lagi mangsa kemalangan yang masih di ICU, Abdul Rahman b Ramdzan (telah sedarkan diri) dan Akram Abdul Kadir (masih koma) . Semoga mereka diberi kekuatan untuk menempuh ‘perjuangan’ tersebut. “Ya Allah lindungilah dan tabahkanlah hati mereka dalam menerima ujian daripada-Mu ini. “ Aminn ya rabb..

Allahu'alam..


read more

Tuesday, June 9, 2009

:. Zon Bahaya .: 0 kritikan

Tuesday, June 9, 2009 |
Bismillah..

Setiap kali aku masuk forum, 100 latest thread pasti ada sahaja thread yang berkaitan masalah remaja. Bermula dengan masalah di peringkat keluarga, sehingga masalah yang melibatkan dalaman diri mereka sendiri. Inilah ketentuan yang harus diterima oleh manusia yang bergelar hamba. Setiap manusia itu sentiasa layak untuk diuji hanya yang membezakan kita dan orang lain adalah bentuk ujian tersebut.

Aku pernah mengalami zaman remaja seperti kalian. Zaman yang pastinya sungguh mengujakan dan menyeronokkan, maklumlah baru dapat ‘lesen’ bebas dari sebuah ‘sangkar emas’. Namun, di sebalik kebebesan itu sebenarnya terselit sejuta makna. Anda telah berada di ‘zon bahaya’ . Di sinilah segala cubaan dan godaan datang menyinggah tatkala diri sedang asyik memerhatikan nikmat dunia. Setiap tingkat kehidupan pasti akan bertemu dengan halangan-halangan yang pastinya menguji ketabahan hati dan kebijaksaan akal dalam mengendalikan ujian tersebut.

Kini aku menghampiri alam dewasa dan perlahan-lahan aku meninggalkan zaman yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Aku melihat pula adik-adik yang sedang bertatih-tatih melangkah ke alam remaja yang pernah menjadi gelanggang percaturan kehidupan aku. Adik-adik yang mula berjinak-jinak membiasakan diri dengan kehidupan baru mereka iaitu kehidupan yang akan mematangkan mereka sebagai persiapan memasuki alam dewasa yang pastinya lebih mencabar dan memerlukan persiapan diri yang lebih maksimal.

Masalah demi masalah singgah menghampiri diri sebagai petanda ‘permainan’ sudah bermula. Masalah bukan lagi terbatas dalam kelompok kecil tetapi semakin berkembang searah dengan perkembangan diri. Jika dulu hanya terbatas kepada keluarga sahaja tapi skop kian meluas kepada sebuah komuniti. Kita semakin mengenali rentak kehidupan manusia di sekeliling kita yang pastinya watak dan perwatakannya berbeza dengan diri kita dan bermulalah sebuah sketsa kehidupan. Paling sering masalah dengan kawan yang pernah menjadi ‘teman’ sepanjang aku melewati dunia seorang remaja. Kawan tidak menghargai? Kawan makan kawan? Tiada persefahaman? Kawan itu? Kawan ini?

Wahai adik, kehidupan ini akan memberi seribu satu alasan untuk membuat kita bersedih tapi ingatlah kesedihan itu bukanlah satu alasan untuk kita berasa hampa mencari kemanisan dalam sebuah kehidupan. Mengapa kita perlu korbankan masa-masa yang berharga hanya untuk mengingati dan meratapi perkara yang tidak berkesudahan sedangkan kesempatan itu masih ada untuk kita melakar awan-awan indah di atas langit sana? Perlukah kita bermain-main dengan perasaan yang hanya melalaikan dan menghanyutkan dalam kancah noda sedangkan peluang untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup masih terbuka mengalu-alukan kedatangan kita? Masa akan terus berputar dan tidak akan kembali walau kita merintih mengharap penuh simpati.

Ikhlaskan hati dalam menghulurkan kasih sayang kepada manusia, makhluk ciptaan-Nya supaya apabila diri dikhianati, kepedihan itu tidak menjalar sehingga memakan diri. Erti hidup pada memberi tanpa mengharapkan kasih yang dihulur mendapat imbalan yang setimpal. Jangan kasih manusia yang bersifat sementara yang kita kejarkan tapi kasih kepada-Nya itu yang harus kita dambakan kerana hanya cinta kepada-Nya yang kekal abadi tanpa derita.

Janganlah bazirkan masa dan air mata semata-mata untuk manusia yang tidak tahu menghargai diri kita. Kita sibuk bersedih, membuang tisu merata-rata sehingga konsentrasi terhadap pelajaran turut terganggu sedangkan orang yang kita kesalkan bersenang -lenang melewati hari-hari indah mereka. Janganlah bazirkan usia remaja yang sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik di masa akan datang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kita yang perlu kawal perasaan kita bukan perasaan yang mngawal diri kita sehingga membuatkan diri tidak tentu arah ketika dilanda musibah. Perasaan yang dilayan tidak akan ada noktah.

Bayangkanlah wajah dan pesanan-pesanan mak dan ayah yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka berjaya menjadi orang yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan agama. Berusaha untuk memantapkan ilmu di dada buat bekalan menempuh hari-hari yang lebih bermakna di masa hadapan. Lupakan perkara yang sia-sia, fokuskan kepada perkara yang lebih berilmiah. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi hamba yang taat, anak yang soleh, teman yang baik, serta masyarakat yang berguna. Jangan pernah berputus asa atas setiap rahmat-Nya! Semangat!

Saat diri lelah dan tidak berdaya, mohonlah kekuatan hanya kepada-Nya. Tika diri dalam kekeliruan mencari arah, mohonlah petunjuk hanya kepada-Nya. Saat diri riang menerima khabar gembira ucapkanlah syukur hanya kepada-Nya. Saat hati berduka lara, mohonlah ketenangan hanya kepada-Nya. Semoga diberikan kelapangan dalam segala urusan.InsyaALlah.

Ingatlah, teman yang kasih dan cintanya hanya untuk dunia amat mudah dicari tetapi teman yang kasih dan cintanya juga untuk akhirat mungkin satu dalam sejuta. Teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersama kita saat kita senang maupun susah. Binalah ukhuwwah dengan ikhlas atas dasar untuk mencari keredhaan daripada-Nya dengan saling membantu ke arah amar maaruf nahi mungkar.

Namun, muhasabah diri itu juga perlu untuk kita lebih mengenali siapa diri kita. Jangan kita sibuk mencari kesilapan dan kelemahan orang lain sedang kita terlupa untuk melihat kelemahan dan kekurangan yang kita miliki. Berdoalah semoga hati kita terhindar daripada penyakit-penyakit duniawi sehingga ianya menjadi gelap tidak bererti . Mohonlah keampunan hanya kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Allahu’alam.

Semangat!Semangat!Semangat!

read more

:. Jom Sengeh-sengeh .: 0 kritikan

Bismillah..


Alhamdulillah, hari ni baru habis ‘exam’ untuk blok 16 : Sistem Digestivus ll. Selalunya setiap kali habis exam mesti rasa sangat lega tapi kali ini perasaan lega tu tak berapa nak lega. Selalunya hari last exam adalah hari sabtu , jadi hari ahad tu boleh la ambil angin sikit tapi kali ni dalam sejarah exam habis hari isnin dan yang tidak ‘best’ nya esok dah mula blok baru. Baru tadi dapat modul dan seperti biasa agak tebal. Penat exam yang seminggu lepas pun tak hilang lagi, esok pagi-pagi dah kena p kelas. Isk3..

Tapi ramai yang dah plan nak buat cuti sendiri. Hehe alamatnya sunyi dan sepilah kelas esok. Sabar neh~~ Dah takmoh hentak2 meja, balik periuk belanga dan sebagainya. Jom kita hiburkan hati tengok gambaq ni:




KakNiza sedekah


Ada gambar macam pingu tak? isk3 esok-esok kalau dah ada anak jangan buat macamtu. Sedih bebenor kawe tengok. huu..


FyDot plok sedekah

Gambar yang ini pula adalah upin dan ipin versi alam nyata. Sepesen habis..hehe comei2..Betullah kanak-kanak ni cepat meniru apa yang mereka gemar ^^

Sekian..



read more

:. Jaket Oh Jaket .: 0 kritikan

Bismillah..

Hari ni ada dua exam yang terakhir iaitu IPD (Ilmu Penyakit Dalam) dan Integrasi. Sejak aku keluar rumah untuk ke kampus tengah hari tadi, hujan turun dengan sangat lebat disusuli guruh yang berdentum-dentum. Sedang aku membelek-belek nota sebelum masuk dewan peperiksaan, tiba-tiba Ahmad (bukan nama sebenar) sampai dengan keadaan yang basah kuyup. Dia nampak menggigil kesejukan. Kesian..

Mungkin sebab tidak tegar melihat keadaan si Ahmad, salah seorang rakan kami (Indonesian) telah buka jaketnya lalu diberikan kepada Ahmad. Aku senyum ja melihat situasi tersebut. Alhamdulillah, aku suka tengok situasi seperti itu. Saling membantu tidak mengira bangsa dan agama. Selalu tengok dalam drama lelaki bagi perempuan tapi di alam realiti ni berpeluang tengok antara lelaki dengan lelaki. Comei2!hee..

Tapi yang lucunya, sebelum ujian bermula, Dr Shintia banyak kali beri amaran supaya sesiapa yang memakai jaket supaya menanggalkannya. Aku duduk di barisan dua hadapan dan Ahmad dua tiga baris di belakang aku. Aku tahu Dr Shintia mengajukan amaran itu kepadanya kerana dia seorang ja yang aku nampak memakai jaket semasa masuk dalam dewan peperiksaan tadi. Dr Shintia kemudiannya terus menegur Ahmad secara direct apabila amarannya seolah-olah tidak diendahkan. Aku tidak tahu apa yang Ahmad lakukan sebab aku tidak toleh ke belakang tapi yang aku nampak Dr Shinta yang berada di hadapan aku hanya tersenyum lalu mengizinkannya memakai jaket tersebut.

Lab jas maupun jaket apapun tidak dibenarkan dipakai semasa menduduki peperiksaan kerana mudah bagi pelajar untuk meniru. Semasa aku mula-mula sampai dulu perkara ini tidak termasuk dalam peraturan tapi sejak banyak kes penipuan dilaporkan, maka peraturan ini segera dikuatkuasakan. Tapi kali ini Ahmad terselamat walaupun sedikit ‘pemes’ tadi kerana mendapat perhatian lebih. Sabar neh~~~

Jazakallah.

read more

Friday, June 5, 2009

:. Pendiam? .: 2 kritikan

Friday, June 5, 2009 |
Bismillah..

Salahkah jika seseorang itu pendiam? Perkara ini pernah dibincangkan di ILuvIslam.com dan aku sempat juga 'landing' sepatah dua kata di situ. Entah tiba-tiba sahaja rasa nak berkata-kata tentang orang pendiam ini. Adakah mungkin kerana aku juga termasuk golongan ini sehingga menarik jari jemari ini untuk menulis sepatah dua kata mengenai orang pendiam? Only He knows =)

Ada orang kaitkan orang pendiam ini dengan seorang yang sombong aka tidak peramah. Dia dengan dunia dia je tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Selalunya tanggapan ini terlihat pada pandangan pertama aka orang yang masih dikenali. Tidak kurang pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang kera sumbang, tidak pandai bergaul dan bersosial. Ibarat katak di bawah tempurung, selain tempurung benda lain dia tak tahu dah!haha kadang-kadang rasa macam kejam je 'statement' begitu. Walaubagaimanapun itu adalah pandangan individu yang tidak boleh dikatakan benar atau salah kerana bergantung kepada alasan yang mengukuhkan ' hujah mereka. Semua orang boleh berkata-kata tapi yang membezakan adalah ilmu yang tersurat mahupun tersirat dalam hujah mereka.

Tidak semua orang pendiam itu kera sumbang, sombong, tak pandai bersosial dan kata2 lain yang sekufu dengannya. Pendiam itu kadang-kadang adalah sifat semulajadi yang bermaksud bukan dibuat-buat tetapi sejak dia wujud di dunia lagi dirinya sudah begitu. Pendiam bukan satu 'penyakit' hanya bila berada di kalangan yang 'sihat' kononnya ia kelihatan sebagai satu wabak yang aneh. Contoh jika terdapat spesies pendiam di kalangan spesies yang ramah tamah, keadaan kelihatan seperti begitu aneh sekali. Kata orang kelantan 'tak meh' dan menyebabkan mereka lebih memilih untuk terus menjadi seorang yang pendiam.

Dalam situasi yang berlainan, ada juga yang pendiamnya mengikut musim. Adakalanya dia seorang yang ramah dan dalam waktu tertentu juga tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam tapi dominant tidak dapat dikenalpasti. Mungkin juga asalnya seorang yang peramah tapi dalam keadaan yang memerlukan untuk dia berdiamkan diri, dia akan cuba menukar musim kepada menjadi seorang yang pendiam. Contohnya bersama keluarga dia seorang yang sangat 'bising' tapi bila dia di luar, dia lebih gemar untuk meminimalkan perbuatan dan percakapannya. Maknanya berperilaku di luar kebiasaan mengikut situasi dan keadaan.

Tapi apabila seorang yang asalnya sangat peramah tiba-tiba menjadi pendiam itu kadang-kadang menimbulkan keraguan kepada populasinya. Mungkin orang akan mengatakan dia mempunyai masalah dan sedang bersedih walaupun tidak pada hakikatnya.

Bagi aku, pendiam atau ramah tidak memberi masalah kepada ekosistem. Kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk menjadi seperti orang lain yang bukan dirinya. Seharusnya tidak perlu ada tanggapan yang negatif terhadap orang yang pendiam dengan mengatakan mereka sombong dan sebagainya tapi itulah yang sering terjadi.


Setiap perilaku ada pro dan kontra. Setiap manusia itu dikurniakan akal fikiran yang berfungsi untuk berfikir. Menjadi seorang pendiam itu tidak salah cuma mungkin pada keadaan tertentu perlu juga menjadi seorang yang peramah. Contohnya seorang doktor dengan pesakit. Walau doktor tersebut seorang yang pendiam tapi ketika dalam tugasan dia perlu menjadi seorang yang peramah. Dia perlu menjelaskan kepada pesakit mengenai penyakit yang dihidapi serta memberi semangat kepada pesakitnya. Jika dia hanya membuta diam, cakap sepatah dua kata, mungkin maklumat tidak sampai kepada pesakit tersebut. Inilah yang dikatakan berkata-kata apabila perlu dan lebih baik berdiamkan diri. Itu mungkin lebih baik daripada semakin banyak kita berkata-kata semakin' gah' kita membuka pekung di dada.

Abu Hurairah ra memberitahukan, Muhammad Rasulullah saw bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia berbicara yang baik atau (kalau tidak boleh) lebih baik diam.” (HR Tirmidzi dan Muslim)

Mari contohi Rasul junjungan, Muhammad saw :

Ibnu Abi Halah ra memberitakan, “ Muhammad Rasulullah saw pendiam kerana empat hal:

a. Pendiam kerana sopan-santun

b. Pendiam kerana menghargai orang lain

c. Pendiam kerana hati-hati.

d. Pendiam kerana berfikir. (Al-Hadis)



Aku berbicara melalui konteks pandangan diri aku sendiri yang mungkin boleh silap. Ciptaan ALlah swt itu tidak pernah sia-sia. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Jangan malu atau rendah diri jika anda seorang yang pendiam. Tapi jangan jadikan pendiam itu sebagai satu alasan anda terus disisih oleh masyarakat. Berusaha untuk lakukan yang terbaik agar setiap hari-hari kurniaan-Nya terisi dengan sesuatu yang bernilai. Kita manusia dikurniakan akal supaya dapat membezakan antara yang haq dan yang batil. Tepuk dada tanya iman ^^

Jazakallah.




read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog