Bismillah..
ALhamdulillah, walaupun masing-masing sibuk dengan persediaan untuk exam pada hari selasa ini sempat juga kami luangkan masa bersama dengan memasak dan makan bersama. Selalunya, kami hanya ada masa-masa sebegini pada minggu pertama blok baru bermula atau selepas selesai exam.
Menu hari ini adalah nasi air, sup sayur, tempe goreng, ikan bilis goreng, telur dadar, dan sambal tumis yang disediakan oleh dua orang head chef iaitu Nadia dan Nija. Ana, FyDot, Nadia, dan Nija ditugaskan membeli barang-barang. Hari ni aku, jadi pembantu am yang setia bersama Sarah dan Aisyah. Pernah ka aku jadi head chef? Pembantu chef pernah kot!haha! Dah la janji dengan FyDot nak buat bubur jagung dari minggu lepas lagi tapi asyik tangguh ja. Jagung dalam peti tu agaknya dah tumbuh pokok dah kot.Hee..Takpa na FyDot, esok petang SIAP!InsyaALlah =)
Walaupun menu ala-ala orang bujang tapi semuanya sangat berselera menjamah rezeki daripada Allah swt. Ditambah pula dengan cerita mengenai keluarga masing-masing yang menggelikan hati dan menceriakan suasana. Masing-masing dah jemu hari-hari makan beli dan lauk pula sepesen ja setiap hari. Sekali sekala dapat makan masakan yang di masak sendiri berselera bukan main.
Rasa terhibur juga hati ni yang ‘tension’ dengan exam yang tak pernah kenal erti jemu. Sekurang-kurangnya terubat juga rindu kepada keluarga di tanah air di samping mengeratkan lagi ukhuwah sesame kami. Baru la hari ni dapat tatap betul-betul muka seorang-seorang. Rindu sungguh!Hehe..
Semoga Allah swt merahmati dan melindungi ukhuwah yang terbina ini agar berkekalan di dunia dan akhirat. Selamat berjuang sahabat-sahabat untuk exam sepanjang minggu ni..Semangat2!!Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Aminn ya rabb..
Jazakallah..
0 kritikan:
Post a Comment