Bismillah..
Apabila memikirkan tentang keupayaan diri yang minimal, diri menjadi takut untuk meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesebuah impian. Sering tertanya-tanya mampukah diri ini untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Sering bermain-main di fikiran, mempersoalkan kemampuan diri atas tanggungjawab yang bakal maupun yang sedang dipikul.
Terkadang, diri merasa teringin sekali untuk melakukan yang terbaik untuk diri sendiri maupun orang lain tetapi setiap manusia itu harus akur, kita hanya perancang tetapi Allah swt jua penentu segalanya kerana perancangan Allah swt itu adalah sebaik-sebaik perancangan yang hanya Dia mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Di saat diri menjadi lelah, impian seakan-akan samar di pandangan mata, hati dirayu domba, dipujuk bagai memujuk seorang kekasih agar semangat pulih dan tidak mudah mengalah. Kata-kata terus dilantun walau air mata mengalir deras mengenang kemampuan diri di paras membahayakan.
Melihat orang lain mampu menyusun langkah, berlari gagah sedang diri masih merangkak-rangkak mencari tempat untuk berpaut bagi menyusun langkah seterusnya. Hati menangis merintih ingin berlari kencang beriringan dengan pelari-pelari yang lain bagi menamatkan perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Namun, diri harus akur. Terus memujuk hati. Walau garisan itu tidak dapat disentuh dengan sebuah larian, namun dengan merangkak juga pasti boleh hanya antara mahu dengan tidak sahaja! Biarlah lambat asalkan sampai juga ke destinasi
yang dituju.
Diri tidak harus mengenal erti jemu dan putus asa kerana istilah itu tiada dalam kamus seorang pejuang. Walau jatuh tersungkur, biar darah menitis membasahi bumi, namun pelarian tidak harus ditamatkan di pertengahan jalan. Mungkin di hadapan ada keajaiban yang Dia sediakan buat mereka yang tidak kenal erti hampa dan berputus asa dalam mencari jalan menemui cinta-Nya.
Semangat akan terus ditiupkan, kemampuan harus dimaksimumkan, keyakinan harus ditingkatkan, di samping tidak putus-putus doa diutuskan buat Pencipta yang Maha Kuasa, kerana Dia yang menentukan segala-galanya.
Teruslah berlari mencari pelangi nan indah walau hujan dan panas silih berganti seakan menguji kecekalan dan kemampuan diri kerana pelangi itu terkadang tersembunyi di sebalik hujan dan panas itu, seakan meminta sedikit usaha untuk yang ingin memiliki dirinya. He knows better =)
Semangat!!
Berusaha, berdoa, dan bertawakkal..
Jazakallah..

2 kritikan:
berlarilah jangan berhenti..
selagi kaki mampu melangkah..
berlarilah jangan berhenti..
insyaALlah..
om2 kita lari sama2!lari kuat2
mcm watson nyambek ek?ekeke..
semangat!
Post a Comment