Tuesday, May 12, 2009

:. Ibadah Dalam Perkahwinan .:

Tuesday, May 12, 2009 |

Bismillah..

Sedang asyik memerhatikan kawasan sekeliling, pandangan aku tertarik pada seorang anak yang merengek pada ibunya minta dibelikan air. “Itu Obat, gak bisa”. Kata seorang ibu berusia lingkungan 30-an pada anaknya. Apabila mereka berlalu, aku hanya tersenyum memikirkan telatah dua beranak tersebut. Ubat itu seolah-olah sesuatu yang mengerikan sehingga apabila disebut sahaja ubat, keinginan anak-anak akan terpadam begitu sahaja.

Namun, jika anak-anak tidak mahu makan ubat jangan letakkan kekesalan pada mereka kerana yang membuatkan mereka berpandangan negatif terhadap ubat adalah ibu bapa mereka sendiri sedangkan ubat itu adalah sesuatu yang baik, iaitu bertujuan menyembuhkan bukan seperti yang anak-anak fikirkan.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mencorak pemikiran anak-anak ketika mereka masih kecil kerana segala yang mereka lihat, dengar, rasa di sekeliling mereka akan mempengaruhi corak pemikiran dan pembesaran mereka. Jika baik asuhan yang diberikan, InsyaALlah baik juga pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Aku tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang menjadi penghalang kepada ibu tersebut untuk membelikan sebungkus air buat anaknya yang masih kecil tidak mengerti apa-apa itu.Budak-budak jenis yang jujur, jika mereka lapar mereka akan kata lapar tanpa mengira ibu bapa mereka sedang sibuk atau tidak. Mungkin ibu itu merasa susah untuk menyuap anaknya kerana penuh barang-barang di tangan. Mungkin juga ibu tersebut mengejar masa kerana pusat membeli itu akan ditutup sebentar lagi. Entahlah, hanya dia dan Allah swt yang mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Apabila bergelar suami, isteri, ayah, atau ibu tidak ada lagi rasa ‘individu’. Apa yang dilakukan harus difikirkan kesannya kepada orang di sekeliling dan bukan lagi kepentingan diri sendiri seperti semasa bujang dahulu. Semasa bujang senang bergerak ke sana sini, mahu membeli belah sehingga ‘shopping complex’ tutup pun tak mengapa kerana tidak perlu memikirkan tentang orang lain yang menunggu di rumah tetapi keadaan berbeza apabila telah mempunyai keluarga sendiri.

Semuanya harus dijaga sehingga kadang-kadang diri sendiri juga terabai kerana terlalu sibuk memikirkan tentang orang lain. Tapi apakan daya itu semua adalah tanggungjawab. Sebelum bernikah itulah yang seharusnya difikirkan dahulu sama ada telah bersedia atau tidak melangkah ke ‘alam’ baru yang memerlukan pengorbanan dan kesediaan. Segala suka dan duka dirasai bersama serta melahirkan rasa senang dan percaya antara satu sama lain serta ikhlas dalam memberi tanpa mengharapkan balasan.

Ilmu itu adalah sangat penting kerana dengan ilmu setiap amalan akan menjadi baik dan bermakna. Sama juga pada alam rumahtangga yang harus dimulai dengan ilmu untuk memastikan amalan di dalamnya diberkati dan dirahmati Allah swt. Bernikah bukan hanya untuk menghindari zina tetapi yang lebih penting adalah untuk mencari syafaat Allah swt di dalamnya dan bukan murka daripada Allah swt atas kekhilafan dan kejahilan manusia itu sendiri.

Bagi seorang wanita, pernikahan merupaka ibadah yang akan menyempurnakan setengah daripada agamanya serta akan menemui Allah swt dalam keadaan suci dan bersih.

“Barangsiapa diberi oleh Allah swt seorang isteri yang solehah, maka Dia telah membantunya untuk menyempurnakan setengah daripada agamanya. Untuk itu, hendaklah ia bertaqwa kepada Allah swt pada setengah lainnya.” (HR Ath-Thabrani dan Al-Hakim).

Setiap manusia yang normal menginginkan sebuah keluarga yang bahagia, ibu bapa yang mithali, anak-anak yang soleh dan solehah. Walaupun dalam hidup ini manusia itu wajib berpegang teguh pada rukun iman yang ke enam iaitu percaya pada qada’ dan qadar tetapi usaha itu dituntut oleh Islam. Sentiasa berusaha membentuk sebuah keluarga mengikut acuan al-Quran walaupun manusia itu perlu tahu ujian Allah swt pasti akan sentiasa mengiringi hamba-hamba pilihan-Nya. Namun, dalam pernikahan itu terselit seribu satu hikmah dan kebaikan yang dijanjikan Allah swt kepada hamba-Nya yang bertaqwa.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Juga dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum: 21)

Aku berbicara berdasarkan logik akal seorang manusia yang penuh dengan kekhilafan serta melalui pemerhatian pada persekitaran dan pembacaan yang bisa kabur dengan pandangan kejahilan. Jika mahu berbicara daripada pengalaman, aku bukanlah yang layak kerana mungkin ‘pengalaman’ itu masih jauh sehingga tak tercapai oleh pandangan akalku yang terbatas dengan takdir Allah swt. Namun kejadian di persekitaran kita sehari-hari bukanlah sesuatu yang sia-sia tanpa rona warna namun terselit sejuta hikmah dan pengajaran yang membuat kita berfikir dan dijadikan iktibar untuk menempuh kehidupan seterusnya. Tiada ciptaan yang sia-sia daripada-Nya, Tuhan semesta alam.

“Berjalan, melihat, dan berfikir “

Allahu’alam.



Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog