Sunday, May 3, 2009

:. Ukhwah Nan Indah .:

Sunday, May 3, 2009 |
Bismillah..

Aku cuba menahan gelodak rasa hati ini agar tidak menulis entri kali ini namun aku tak terdaya!Aku tewas dengan kehendak hati yang sedang berbunga-bunga disirami erti sebuah kebahgiaan dan penghargaan. Aku putuskan untuk luahkannya juga walaupun buku-buku yang mengelilingi aku ni asyik menjeling ja. Sabar ya buku aku pasti akan menjamahmu sebentar lagi! Izinkanlah aku untuk meluahkan rasa syukur kepada-Nya atas nikmat rasa bahagia ini.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian aku panjatkan kepada ALlah swt atas kurniaan-Nya selama ini. Sejak gathering krew2 iLuvIslam.com pada 26 April yang lepas, aku dapat merasakan ukhuwwah yang semakin kukuh antara krew ILi. Kemudian dikukuhkan lagi dengan perjumpaan kedua ketika lawatan rasmi ke karangkraf. Alhamdulillah kini ILuvislam.com menjadi anak angkat kepada karangkraf. Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar! Tidak putus-putus nikmat yang Engkau anugerahkan.

Walaupun aku agak terkilan kerana tidak bersama-sama mereka pada kedua-dua peristiwa bersejarah itu, namun aku dapat merasakan kehangatan semangat juang mereka dalam bersama-sama memberi sumbangan untuk melihat ILuvislam.com terus berkembang menjadi sebuah website yang kian dikenali setiap pelusuk dunia dengan pelbagai mesej dakwah yang disampaikan kepada ummah. Alhamdulillah, terima kasih wahai krew-krew yang sangat ‘sporting’ dan berdedikasi. Semoga usaha kalian dan kita semua tidak terhenti di sini tetapi akan terus bersemangat untuk melakar kejayaan demi kejayaan untuk melihat ILuvislam.com terus gemilang, cemerlang dan terbilang dalam medan dakwah. InsyaALlah.

Semenjak perjumpaan itu, di ruangan forum terutamanya semakin rancak perbualan di antara krew. Dahulunya semua krews terpisah dengan ‘department’ masing-masing sehingga wujud perbatasan komunikasi antara krew dengan ‘department’ lain. Namun sekarang segalanya sudah berubah. Bermula dengan pertanyaan daripada Hidayah pada thread 4 atau 5 kemudian di tukar kepada warung krew sebagai wadah interaksi sesama krew yang datang daripada pelbagai ‘department’. Di sini kami semua bersatu!Alhamdulillah..

Alhamdulillah satu perubahan yang baik. Semoga dengan ukhuwwah yang terjalin dapat meningkatkan lagi kerjasama antara satu sama lain dalam meningkatkan lagi potensi iLuvIslam.com untuk terus memberi kepada ummah.InsyALlah. Begitulah indahnya sebuah ukhuwwah yang ALlah swt kurniakan bagi hamba-hamba-Nya yang tahu menilai. Semoga ukhuwwah yang tercipta berjalan seiring dengan keberkatan dan rahmat daripada-Nya.InsyaALlah.

Mengimbas kembali di awal penglibatan aku dalam keluarga besar ILi, seakan tidak percaya bahawa aku masih di sini, dalam sebuah keluarga yang sangat bersatu padu dan penyayang.Alhamdulillah. Bermula dengan perkenalan yang biasa bersama moderator-moderator ili aku menjalankan tugas seperti biasa. Aku mula mengenali sahabat2 moderator yang begitu baik dan penyayang. Sehari demi sehari aku mula merasakan sebuah kemanisan yang aku sendiri tidak tahu puncanya dari mana, hanya Dia yang mengetahui kerana segala yang hadir adalah nikmat daripada-Nya. Ashkuruka ya Rabbi ^_^

Esok, seperti biasa peperiksaan akhir blok bermula. Aku tidak dapat menjalankan tugas2 harianku seperti biasa apatah lagi untuk turut terlibat bersama krews2 dalam menyakat antara satu sama lain di warung. Keadaan internet juga tidak memuaskan. Mungkin ini salah satu tanda menyuruh aku untuk lebih serius ketika musim peperiksaan tiba. InsyaALlah walaupun aku tidak bersama kalian namun doaku akan sentiasa bersama-sama kalian supaya perjalanan forum ILuvislam.com terutamanya sentiasa terkawal. Moderator-moderator ILuvIslam.com sangat mantap dan berdedikasi dalam menjalankan tugas!Aku sangat menyayangi kalian semua. Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua. Aminn..

Bukan populariti yang kita kejarkan tapi tanggungjawab kita pada ummah demi mencari keredhaan-Nya. Semoga kita semua terus dibekalkan dengan ketabahan dansemangat yang tinggi untuk meneruskan usaha dakwah ini agar kemanisan yang tercipta dapat kita kongsikan bersama saudara-saudara kita di luar sana. InsyaALlah.Semoga ALlah swt sentiasa melindungi dan merahmati ILuvIslam.com dan semua penghuninya.

“Ya ALlah, tuntunilah dan satukanlah hati kami agar dapat kami bersama-sama merasai kemanisan dalam berjuang di jalan-Mu dengan hanya satu tujuan iaitu demi mendapatkan keredhaan daripada-Mu..aminn ya rabbal ‘alamin.”


Related Posts



2 kritikan:

AsNiza said...

tapi...tapi..tapi kan,
akak tak sayang atul pun, hahaha~just kidding..

semoga ukhwah yg terjalin keranaNya terus kekal utuh..amin..

selamat menduduki peperiksaan yer, all the best.

UkhwAh said...

xpa2..
akak xckp pun atul faham dah :P

terima kasih kerana menghulurkan kasih menyimpulkan sayang utk membina sebuah ukhuwwah
yang indah dengan kasih sayang..

kerana ukhwah itu indah ^_^

semoga redha ALlah mengiringi kehidpan kita bersama..

aminnn..

tanx sis!InsyaALlah..doakan ceq na!

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog