Sunday, May 17, 2009

:. Bisikan Rindu .:

Sunday, May 17, 2009 |


Bismillah..

Semasa mencuci pakaian tadi, kaki dan tangan aku tiba-tiba terasa ‘shaking’. Hati aku mula berasa tidak sedap. Selesai menjemur pakaian aku masuk ke blik dengan perasaan yang membungkam. Aku duduk memandang buku di sebelah dengan pandangan yang kosong. Setiap kali perasaan tidak enak ini datang, aku pasti risaukan mereka yang berada di rumah. Aku takut kalau ada apa2 yang tidak baik berlaku. Mudah-mudahan tidak ada apa-apa yang berlaku dan ini hanya mainan perasaan aku sahaja. Mungkin aku terlalu rindukan mereka. Aku rindukan rumah!Aku sangat rindukan mak, ayah, tok along, angah, ikhram dan haikhal.

Terbayang-bayang wajah Mak yang sentiasa tersenyum ketika berada di dapur , menyiapkan hidangan buat santapan kita sekeluarga. Mak tak pernah mengeluh malah masih boleh tersenyum walau badan lelah menguruskan keluarga. Bila akak sedih, akak luahkan kat mak. Mak mendengar dengan tekun dan kemudian memberi nasihat yang menguatkan kembali jiwa yang hampir luluh. Di telefon, kalau mak dengar suara akak macam sedih ja, mak mesti buat lawak, menyakat sehingga akak terlupa seketika terhadap kesedihan akak pada ketika itu. Mak, I miss your shoulder.Teringat semasa SPM dulu, mak selalu temankan akak study sampai larut malam. Kalau akak lapar mak tolong buatkan nasi goreng dan air milo. Kat sini, kalau lapar tengah-tengah malam akak mesti teringat sangat-sangat kat mak. Biskut kering jadi pengganti nasi goring mak.isk3..

Terngiang-ngiang suara Ayah yang sentiasa mengusik memanggil akak dengan gelaran kegemarannya. Ayah yang jarang sekali marah maupun meninggikan suara membuatkan kami senang berdampingan dan berbual mesra dengan ayah. Kalau akak ada kat rumah akak suka usik ayah.Paling best kacau ayah masa ayah tengok berita. Ayah kalau tengok berita tak sah kalau tak jadi penterjemah . Kalau tengok berita dengan ayah akak mesti bawa bantal sekali. Bila ayah mula nak cakap ja akak cepat2 tutup muka dengan bantal konon2 tak sanggup nak dengar. Ayah senyum ja tengok telatah akak sampai kadang-kadang kita ketawa sama-sama kerana merasakan ianya lawak. Yeke ayah?huk3!Itulah tabiat yang akak suka buat untuk usik ayah sampai mak kata pernah ayah menangis bila tengok berita sebab tak ada orang nak menyakat dia lagi. Ayah, akak rindu sangat-sangat kat ayah. Akak rindu nak usik ayah. Akak rindu nak cium tangan mak dan ayah, kucupan ayah di dahi akak seperti setiap hari sebelum p sekolah dulu.

Tok, ceq pun rindukan Tok. Dulu-dulu, semasa sekolah , ceq selalu usik tok!Kadang-kadang ceq buat tok terasa hati dengan kenakalan ceq. Maaf na tok. Sejak akak berusia lima tahun, tok dah tinggal bersama kami. Akaklah 'roomate' tok sampai hari ini. Kalau balik cuti, tok mesti kata tok rindu sangat kat ceq. Dah tak dak sapa duk usik tok. Kadang-kadang bila nak tidoq, tok menangis bila tok rindukan ceq. Bila ayah telefon, tok jarang nak cakap dengan ceq. Kalau cakap tok mesti menangis sampai tak keluar suara dah. Tok memang comei!Ceq sayang tok!

Atul rindukan Along juga. Walaupun along jenis yang tak banyak bercakap, tapi along suka bagi kata-kata semangat. Kalau borak dengan along, ceq rasa macam borak dengan orang tua!haha, nakalkan ceq?Tapi bila berjauhan ni, rindu sangat-sangat nak dengar along membebel, memberi kata2 semangat. Teringat kecil-kecil dulu, kalau ceq kena buli dengan angah, along mesti ‘back up’ ceq. Tapi ceq yang selalu buli along sebab tak da orang ceq nak buli!Haha.. Geram dengan angah, selalu kena buli!Tak puas hati betul!Mentang-mentang ceq sorang ja perempuan dia suka buli!Suka sangat bila along ‘back up’ nampak muka angah macam ayam berak kapur!hee..Rindu sangat-sangat zaman kita kecil-kecil dlu. Kenakalan yang membuatkan mak dan ayah sakit kepala. Sabaq na mak ayah!huk3..

Angah, walaupun angah ni aneh, suka membuli ceq, sejak dari kecil sampai sekarang tapi ceq tetap sayang angah.Susah tau nak dapat adik macamni.Haha perasan. Angah pantang tengok orang senang. Kalau kita duk mengadap depan tv tu ada ja yang dia cari jalan nak ganggu konsentrasi orang. Hish macam biasa sejak dari kecil ceqlah yang selalu jadi mangsa!Geram betoii! Tapi angah sangat baik. Selalu ambil berat. Kalau angah p ‘outstation’ , dapat tau ja ceq nak balik angah cepat-cepat selesaikan tugas dan balik rumah untuk jemput ceq di LCCT. Bila kat sini, ceq rindu sangat nak gaduh2 ngan angah. Huu angah2, pembuli yang sering dirindui.

Beralih pula pada Ikhram yang berjiwa sensitif. Kalau kecil dulu along jadi mangsa buli akak, bila dah besar ikhram pula jadi mangsa akak. Akak suka usik ikhram dengan mengarah buat itu dan ini. Bukan apa, akak nak ‘train’ ikhram dari awal jadi suami soleh.Haha! Ikhram ni jiwa dia sangat lembut lagi2 yang melibatkan kasih sayang emak dan ayah. Kalau akak ceritakan mengenai kisah pengorbanan emak dan ayah, ikhram mesti menangis. Teringat masa akak merajuk dengan ikhram sebab melambat-lambatkan solat. Akak tak bertegur dengan ikhlam selama tiga hari dan selama tiga hari tulah ikhram sering memujuk-mujuk akak.Ikhram nak makan ka nak minum ka ikhram mesti pelawa akak. Akak wat dunno ja. Sengaja nak bagi pengajaran. Mak cerita, ikhram selalu menangis sebab kakak taknak maafkan dia. Selepas mak pujuk akak, barulah akak maafkan ikhram. Ikhram janji taknak buat lagi. Ikhram menangis teresak-esak. Maafkan akak ya ikhram. Akak cuma nak didik ikhram menjadi manusia. Akak sayang sangat dan rindu kat ikhram.

Sekarang ni yang jadi hero kat rumah tu adalah Haikhal. Ish budak sorang ni memang taktau dah nak kata apa. Tak padan dengan kenit, ada hati nak amik takhta angah, pembuli antarabangsa. Banyak-banyak orang, yang dia paling takut adalah angah. Haha angah memang layak dapat gelaran tu. Ikhram si hati lembut tulah yang selalu kena beralah dengan budak kenit ni. Dengan akak pun haikhal tak makan saman. Kalau akak telefon, ikut mood dia nak cakap ke tak. Kalau mood haikhal tak baik, bolayan la jawabnya. Geram betul dengan budak sorang ni. Tapi, haikhal sangat comel. Setiap pagi, haikhal yang kejutkan semua orang bangun. Bersemangat nak p sekolah agama. Kadang-kadang ayah tak sempat nak minum pagi sebab haikhal takut kena denda dengan ustazah akibat terlambat. Akak suka tengok haikhal masa haikhal mengaji dan baca buku sebab masa tu ja haikhal tak nampak nakal!haha!Masa akak merajuk dengan abang ikhram tu, haikhal nampak akak menangis dalam bilik. Haha kantoi. Haikhal datang kat akak, haikhal sapu air mata akak. Haikhal banyak kali tanya akak kenapa akak menangis tapi akak diam ja. Sebenarnya akak sedih sebab tak sampai hati buat abang ikhram sedih akak merajuk dengan dia. Haikhal masih kecil, haikhal mungkin tak faham lagi. Haikhal, haikhal walaupun nakal tapi ada juga ‘jeli’ dalam hati. Budak kecil memang comel. Akak rindu nak tengok ‘WONDERPET’ dengan ikhram dan haikhal.Apa yang penting?KERJASAMA!hehe..

‘Lacrimalis duct’ aku mula mengalirkan cairan yang menghangatkan pipi. Cepat-cepat aku berzikir, memujuk hati agar tidak melayan perasaan yang singgah mengganggu jiwa. Aku kena kuatkan semangat. Mak,ayah, tok ,along,angah, ikhram dan haikhal (taktau apa2) sentiasa mendoakan dan mengharapkan aku pulang dengan sebuah kejayaan. Aku mesti kuat dan tak boleh cepat mengalah!!Semangat!!



Related Posts



6 kritikan:

AsNiza said...

akak tlg tambah..

kak niza..walaupun kak niza kecik, cute, comel lote..kak niza pun suka menyakat atul..haha

rindu itu anugerah dr Allah..insan yg berhati nurani,punyai rasa rindu..(rindu-hijjaz)

sayang atul so much, jaga diri bebaik yer..^_^

UkhwAh said...

atul nk tmbah jg..ekeke..

w'pun kak niza sk nykat atul, atul syang kak niza sgt2!!rindu jg kat kak niza 2 d max!!

semangat2!!!

isk..isk..isk..

AsNiza said...

yer..

suh akak semangat, atul tu yg kena dabel triple lg semangat tau..

mesti tough kt sana, sape sakat atul report kt akak meh akak pok beliau, ekeke

jgn lupa makan ubat..

UkhwAh said...

Fuiyoo!Powernyerrr makngah!!hee.
akak amik kelas boxing ea nak jadi bodyguard ceq?ekeke..

InsyaALlah, atul akan berusaha sebaik mungkin!Doakan atul na?hee..

Jom2 kita terus bersemngat melakar hari2 yang pastinya penuh dugaan..

semangat2!!

sayang makngah infinity ^^

Qalam Aisyiq said...

Waah..

Sedihnya baca entry ni..
Da nangis Sha kat sni akak..:(

Akak...itu nomal thing akak..^^,

Anyway..akak atul tomeyyy loteeyyy
sbijik cam kak niza..
hahhahahaaa..~~

UkhwAh said...

eh sha, xmoh nges2..
sayang air mata tu, bkn ad jual
kat mana2..hehe..

Yup kena kuat!!semangat2!!

kakNiza lagi cmey, akak kalah la..hee..

tanx sha yang comei dan sgt ramah ^_^

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog