Tabarruj membawa maksud berhias dengan memperlihatkan kecantikan dan menampakkan keindahan tubuh dan kecantikan wajah. Qatadah menyatakan: “ iaitu wanita yang jalannya dibuat-buat dan genit (gedik).” Tabarruj juga membawa maksud tindakan yang dilakukan seorang wanita dengan melepaskan tudung sehingga menampakkan gelang dan rantainya. Seorang wanita yang keluar rumah berjalan di hadapan orang lelaki disebut sebagai tabarruj jahiliah. Menurut Imam Bukhari pula tabarruj mmbawa maksud tindakan seseorang wanita menampakkan kecantikannya kepada orang lain.
Larangan tabaruj
“Dan perempuan-perempuan tua telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada keinginan untuk kahwin, tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian* mereka dengan dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur: 60).
*Pakaian luar yang bila dibuka tidak menampakkan aurat.
“Dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku (bertabarruj) seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.” (Al-Ahzab: 33).
Berpakaian yang Menutup Aurat.
“Wahai Asma’, jika seorang wanita telah menjalani haid, maka tidak diperbolehkan baginya dilihat kecuali ini dan ini. Beliau mengisyaratkan wajah dan kedua telapak tangannya.” (HR Abu Dawud).
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbab ke suluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.” (Al-Ahzab:59)
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak darinya. Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami, ayah mereka, ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita- wanita Islam, atau hamba-hamba yang ereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supay kalian beruntung.” (An-Nur:31)
Pesanan buat kita
“Kecelakaan yang besar bagi setiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadany, kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beilah dia khabar gmbira dengan azab yang pedih.” (Al-Jatsiyah: 7-8)
Jazakallah..
0 kritikan:
Post a Comment