Friday, May 1, 2009

[Cerpen] Kita Hanya Peminjam

Friday, May 1, 2009 |
“Ayah,ummi, akak minta diri dulu ya? Kata Naurah pada ibu bapanya untuk meminta diri dari meja makan.”Eh sikitnya anak ummi makan malam ni? Lauk yang ummi masak tak sedap ye?” usik Halimah pada anak tunggal perempuannya itu.”Bukan ummi. Sedap sangat tapi akak dah kenyang. Mungkin rasa kenyang yang terbawa-bawa masa sekolah tadi. Akak naik ulangkaji pelajaran dulu ya?”Jawab Naurah yang kemudian bingkas bangun menuju ke dapur.

”Ummi, ayah, akak minta maaf. Tak telintas dalam hati akak untuk menipu ummi dan ayah.Ya Allah,ampunkanlah dosaku kerana telah membohongi ummi dan ayahku”.Bisik hati Naurah sambil tertunduk ketika melewati meja makan tanpa memandang sedikit pun ke arah ibu bapanya yang memandang dengan seribu pertanyaan. Bagi mereka Naurah amat berlainan pada malam tersebut kerana selalunya ketika mereka menikmati makan malam naurah sering bercerita mengenai apa yang berlaku di sekolahnya sambil mereka sekeluarga ketawa bersama-sama kerana pasti ada cerita yang melucukan . Tapi pada malam ini Naurah menjadi seorang yang pendiam sekali.Makan juga amat sedikit seperti orang sakit yang tiada selera makan.


Naurah mengambil wudhu’ lalu dicapainya senaskah al-Quran yang terletak di atas meja belajarnya dan dengan penuh tertib dia melantunkan kalimah-kalimah cinta Sang Pencipta. Entah mengapa malam itu sayu benar hatinya sehingga berjurai-jurai air matanya gugur menyembah bumi. Hatinya terasa begitu terkesan sekali ketika membaca dan mendengarkan ayat-ayat suci, kalam Allah.

“Sadhaqallah hul ‘azim. Ya Allah tetapkanlah imanku walau seberat manapun ujian Kau berikan buat hambaMu ini tanpa aku berpaling walau sedikit pun daripadaMu. Tabahkanlah hatiku dalam menerima ujian daripadaMu kerana ku tahu Ya Allah, daku adalah insan yang Kau pilih untuk menerima ujianMu ini dan pastinya tersembunyi sebuah rahmat yang hanya Engkau mengetahuinya.Jika inilah yang membuatkanku dekat padaMu, hamba redha Ya Allah. Tanamkan rasa syukur dalam diriku dalam menerima segala ketentuanMu. Kukuhkanlah cintaku padaMu agar ku tidak rasa sunyi dalam menempuh kehidupan ini. Berikanlah hamba kekuatan dan petunjuk daripadaMu.Aku berserah segalanya kepadaMu. Amin ya rabbal ‘alamin. “ Rayu Naurah.

”Assalamualaikum”. Tiba-tiba kedengaran orang memberi salam di muka pintu.Naurah segera menyeka air matanya lalu bangkit.Di hadapan pintu sudah terpacak ayahnya yang menyapa dengan senyuman.”Maaf cik Naurah, boleh saya masuk?”seloroh Encik Ikram. “Masuklah ayah.”balas Naurah. Encik Ikram masuk sambil mengusap-usap kepala anaknya.”Kakak buat apa tadi?”Tanya Encik Ikram. “Baru selesai mengaji. Ummi mana ayah?”Tanya Naurah pula. “Ada tu di dapur. Sekolah macammana hari ni?” Encik Ikram mula berbasa basi.

“Alhamdulillah. Cuma sekarang ni agak pack sikit jadualnya, maklumlah lagi dua minggu dah nak exam. Ayah doakan akak ya?”terang Naurah.”InsyaALLAH akak pasti boleh buat.Yang penting kakak bersedia awal. Kesihatan tu sangat penting! Makanan rohani juga jangan dilupa. Iman juga seperti kita perlu diberi makanannya supaya dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.” Pesan Encik Ikram sambil mengusap-usap kepala Naurah.”Baik ayah.Kakak akan sentiasa ingat pesan-pesan ayah tu.”balas Naurah dan tanpa disedari mengalir air hangat dipipinya dan kemudian dia tertunduk kaku.Encik ikram menjadi resah akan reaksi spontan anaknya itu.

”Ayah, kakak minta maaf. Tadi kakak sebenarnya berbohong pada ayah dan ummi. Sebenarnya kakak tak makan pun sejak pagi tadi. Supaya ummi dan ayah tidak risau, kakak telah berbohong. Maafkan Naurah ayah”.Air matanya semakin tidak terbendung lagi. Encik Ikram merangkul erat tubuh puteri kesayangannya itu. “Ayah maafkan. Kakak tidak sihat ke nak?” Pertanyaannya dibalas gelengan sahaja daripada Naurah.

Suasana bertukar hiba. “Ayah, jika diberi pilihan antara kepentingan sendiri dan kepentingan orang lain yang manakah akan ayah turutkan?”Naurah tiba-tiba bersuara.Mukanya menampakkan kesungguhan.”Jawapan tersebut ada dalam diri Naurah sendiri. Baiklah ayah nak tanya, kalau sesuatu yang kakak lakukan itu memenuhi kehendak orang lain tapi kakak sendiri tidak suka adakah kakak bahagia kemudiannya?Dan kalau sesuatu kakak lakukan itu memenuhi kehendak diri kakak tetapi bercanggah pula dengan orang lain adakah kakak masih merasa gembira?”Naurah menjadi bingung dengan pertanyaan ayahnya itu.

”Entah la ayah.Kakak pun bingung apa yang patut dilakukan.Jika ikutkan kemahuan sendiri nanti kakak mesti pikirkan balik apa pula perasaan orang tu.Sama juga kakak takkan rasa gembira.” jawab Naurah. “Kakak, sebenarnya ikut kemahuan siapa itu tidak penting tapi yang lebih penting adalah akibat daripada keputusan yang akak akan buat tu.Sebelum membuat keputusan harus difikirkan baik buruk serta risiko yang bakal dihadapi biarpun keputusan kita nanti membuatkan salah satu hati akan terluka. Baiklah cuba kakak jelaskan pada ayah apa sebenarnya yang berlaku.” Balas Encik Ikram.

“Sebenarnya kakak dah letih ayah. Sering kakak turutkan kehendak orang lain demi menjaga perasaan mereka tapi kadang-kadang perasaan kakak sendiri yang terluka. Kakak gembira kalau kawan-kawan kakak gembira biarpun hati ini kadang-kadang terguris.Akak lebih suka sembunyikan perasaan sendiri andai akak sedih dengan tindakan mereka supaya mereka tidak susah hati.Tapi mengapa semakin kita menjaga perasaan orang lain semakin kuat hati kita akan disakiti?

Kadang-kadang kakak tidak kuat ayah nak berhadapan dengan perasaan sendiri. Akak juga punya perasaan.Pernah suatu hari kakak bertekad tak nak lagi pedulikan perasaan orang lain kerana terasa derita benar jiwa ini berperang dengan perasaan sendiri tapi kakak tak boleh!Terasa berdosa benar diri ini andai hati orang lain kakak sakiti!Kakak tak boleh!Ayah, kenapa Allah uji akak sampai begini sekali ayah?Kenapa perlu ada perasaan begini, ayah? Adakah ini petanda yang Naurah lemah?”Naurah rebah ke dada ayahnya sambil air matanya semakin deras membasahi pipi. Encik Ikram menyeka air mata anaknya itu.

“Sayang, jangan meratapi takdir nak. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap penyakit ada penawarnya. Manusia diciptakan dari segumpal tanah yang kemudian ditiupkan roh ke dalamnya dan dilengkapi pula dengan seketul daging yang bernama hati.Walaupun kecil namun peranannya cukup besar.Ia ibarat raja dalam tubuh kita ni. Kadang-kadang kita merasa sedih, benci, geram, sakit hati dan sebagainya.Itu semua adalah cetusan dari hati. Tapi jangan dibiarkan hati kita terus diselimuti perasaan-perasaan tidak baik tetapi hiasilah ia dengan perhiasan yang membelai seperti baldu.Teguhkan hati kita dengan keikhlasan dan keredhaan kerana dengan ikhlas kita akan berasa tenang menghadapi segalanya. Jangan sesekali kita merasa serik untuk mengasihi orang lain kerana berkasih sayang itu adalah tuntutan agama dan kerana kasih sayang ukhuwwah terbina.

Abdullah Bin Umar bin Ash ra menyatakan, Rasulullah saw brsabda: “Orang yang kasih sayang kepada orang lain, maka mereka akan dikasihi dan disayangi oleh Tuhan yang Maha Pengasih. Oleh sebab itu sayangilah makhluk yang ada di bumi, niscaya kamu sekalian disayangi oleh makhluk yang ada di langit”.(HR Abu Daud dan Tirmidzi).

Allah menganugerahi kita perasaan untuk saling mengasihi bukan untuk membenci. Kita tidak punya apa-apa kakak.Semua yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata.Suatu hari nanti semua nikmat ini akan kembali kepada Tuan yang lebih berhak ke atasnya.Jadi siapalah kita untuk berharap agar orang lain menjaga perasaan kita sedangkan kita juga peminjam seperti mereka?Cukuplah kita gunakan nikmat Allah itu dengan hati yang ikhlas.Mengasihi seseorang dengan ikhlas tanpa mengharapkan kasih kita itu terbalas tapi cukup sekadar mengharapkan keredhaan daripadaNya. Jika kita disakiti kembalilah kepada Pencipta hati kita supaya dipelihara hati ini agar tidak luntur kekuatannya dalam menempuh kehidupan yang pastinya penuh liku malah sentiasa lurus seperti lurusnya agama Allah ini.

Muhammad Rasulullah saw bersabda : “Wahai Zat yang memalingkan hati, teguhkanlah hati kami pada agama-Mu. Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam ketaatan kepada-Mu”. (HR. Tirmidzi dan hakim).

Kadang-kadang apabila kita terlalu memikirkan kepuasan diri sendiri sehingga kita lupa sebenarnya kita ini adalah amanah Sang Pencipta yang punya tanggungjawab di atas muka bumi ini dan bukannya sibuk melayan perasaan yang pasti tiada sudahnya. Kita sering melakukan sesuatu mengikut perasaan sehingga kita tolak ke tepi janji-janji dan peringatan Allah yang seharusnya kita jadikan panduan. Sesungguhnya cinta dan kasih sayang dari Allah itu adalah lebih murni dan agung sehingga tiada tandingannya.

Kita tidak akan berasa haus akan kasih sayang apabila kita berjaya memiliki cintaNya. Sebenarnya itulah cinta dan kasih yang tulus yang kita harus kejarkan dan bukannya mengharap pada manusia yang perasaannya boleh berubah-ubah seperti musim . Tapi bukan mudah untuk memiliki cinta agung daripadaNya, hanya yang benar-benar memiliki kesungguhan dan disertai dengan keikhlasan mampu untuk meraih cintaNya.

Oleh itu tingkatkanlah amal kita sebagai bukti ketaatan kita kepadaNya dan melupakan perkara-perkara yang boleh meruntuhkan keyakinan dan kekuatan diri yang pastinya tidak membawa apa-apa kebaikan pada diri malah merosakkan jiwa. Bertindaklah berlandaskan iman dan akal agar selamat di dunia dan akhirat. Kadang-kadang dalam membuat keputusan yang terbaik memerlukan pengorbanan walaupun yang tidak kita gemari. Ikhlaskan hati kakak mengasihi manusia demi menggapai redha dan cintaNya. Ikhlas dan redha kakak, kerana itu sebaik-baik tawakkal.” Encik Ikram mengulas dengan panjang lebar.

“Ayah!” Naurah terus memeluk erat tubuh sasa ayahnya. Air matanya terus mengalir sehingga sedu sedan Naurah dibuatnya. Hatinya sungguh tersentuh sekali dengan nasihat ayahnya. “Ampunkan hamba wahai Pencipta hati dan perasaan”. Doa Naurah.




Related Posts



2 kritikan:

AsNiza said...

pinjam kata2 Anak_Pejuang:

Bila terfikir tentang 'sebuah tanggungjawab'. Saya memikirkan tentang isu yang berkaitan umat Islam mengenai aqidahnya, pemahaman mengenai feqahnya. IluvIslam menghadapi banyak serangan dari sudut itu.

Memikir hakikat diri, 'Aku bukanlah sepatutnya diletakkan di tempat ini'. Tetapi mengapa ALlah tetap juga menunjuk arah seperti ini.

Semoga selalu diberi sebuah 'kefahaman'. Terima Kasih ALLah. AlhamduliLlah.

UkhwAh said...

terima kasih sis =)

aminn..semoga kefahaman itu yg akan membimbing kita menuju makam kasih-Nya..
InsyaALlah..

walaupun berasa berat beban yang dipikul
tapi ingatlah kita tidak pernah keseorangan
di dunia ini.

He Knows..He Knows..

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog