Tuesday, May 12, 2009

:. Ayah Marah =( .:

Tuesday, May 12, 2009 |


Bismillah..

“Seorang dokor tak boleh cakap macam tu. Sekarang ni, pergi siap dan p klinik. Tolonglah akak jangan macamni. Jangan buat kami susah hati. Pergi klinik ya?” Ayah mula mengomel apabila aku memberi alasan “takpa sikit ja. Takut p hospital nanti kena tahan wad (fenomena biasa) sebab esok akak ada empat lagi paper! “. Tak sangka ayah dapat ‘detect’ suara aku yang tidak seperti biasa. Tak cukup ayah mengomel, dia ‘pass’ pula ‘phone’ kepada mak. Apalagi kena ‘basuh’ cukup2 lah nampaknya.

Aku tahu, mak dan ayah mengomel bukan saja2 tapi mereka tengah risaukan aku. “Kakak, jangan buat macamni. P klinik ya. Kalau akak di rumah boleh kami tengok2 kan kalau kat sana takkan nak susahkan kawan2. Depa pun sibuk nak ngaji juga. Jangan degil, p klinik ya.” Kata2 mak membuatkan air mataku murah sekali untuk mengalir. Ya, saat aku sakit, kerinduan aku pada mak ayah adalah di tahap klimaks! Aku rindukan usapan manja daripada seorang ibu dan leteran kasih sayang daripada seorang ayah! “Maafkan akak sebab dah buat mak ayah susah hati. Tapi akak tak da niat nak wat macamtu”. Tak sangka lakonan aku yang buat2 sihat semasa di telefon tak menjadi. Itulah yang dinamakan naluri seorang ayah dan ibu.

Selepas makan balik dari ujian pagi tadi, aku tertidur sehingga tak sedar hari menghampiri senja. Aku cuba gagahkan diri kerana aku tak solat asar lagi. Berat juga kepala aku ni seperti dihempap dengan konkrit. Selepas solat asar, aku telan dua biji paracetamol dan menyorok di dalam ‘comforter’ sementara menanti maghrib. Entahlah dalam tempoh sebulan ni sudah dua kali aku tidak sihat. Mungkin belum ‘serasi bersama’ lagi dengan perubahan iklim di sini. Tapi aku redha kerana bagi aku inilah yang dinamakan ujian lagi2 saat menghadapi peperiksaan. Esok aku ada empat lagi paper. Memang dashyat entah sempat habiskan atau tidak. “Takpa atul!Semangat2!!Jangan mengalah selagi kertas ujian tak diserahkan ke tangan pengawas peperiksaan!

‘Atul, sakit itu salah satu ujian daripada Allah swt. Kita kena bersyukur walau apapun yang Allah swt kurniakan buat kita sama ada yang kita suka atau tidak. Walaupun kita telah cuba sedaya upaya menghindar terhadap perkara yang buruk tapi kalau Allah swt kata “kun faya kun” ia pasti akan berlaku. Jangan jadi orang yang tidak bersyukur lalu menyalahkan takdir Allah swt kerana ianya termasuk golongan yang kufur. Jangan kita senyum apabila diberi kelapangan sahaja tetapi tetap tersenyum juga terhadap kesempitan kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui segala yang terang dan tersembunyi. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaALlah. Walaupun pahit ditelan tapi percayalah tersembunyi kemanisan di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Mungkin juga Allah swt nak ketuk hati kita di saat kita mula berjauhan daripada-Nya. Itulah tanda Allah swt masih sayang dan pandang pada kita. Ya Allah kuatkanlah semangat hamba-Mu ini untuk melalui ujian-Mu ini dengan sabar dan redha.’ Aku cuba memujuk hati.

“Mak, ayah sori na?Ceq tak boleh p klinik malam ni sebab takut kena tahan wad. Huu tak boleh sebab esok akak exam subjek2 penting!Jangan risau sekarang dah rasa kebah sikit dan InsyaALlah habis ‘exam’ esok akak p ya? Doakan anakmu ini kuat untuk berhadapan dengan hari esok. InsyaALlah. Ayah, juga all the best na!!Semoga semuanya berjalan dengan mulus. InsyaALlah. Akak hanya mampu berdoa dari jauh. Semangat ayah!!Kawan2 terima kasih kerana sangat mengambil berat. Okes nak p study dulu!Semangat!!

p/s: repekan ini ditaip pada may 07/ 9.29 pm.



Related Posts



2 kritikan:

AsNiza said...

HAH..PADAN MUKA KENA MARAH..=P

tu la atul..lainkali jaga diri bebaik yer, kalu sakit jgn lupa mkn ubat, jumpa doktor tau..

haih..(mekasih makcik pakcik tlg marah, wakil pihak saya, hehe)
atul..atul..tk larat dah nak marah, lenkali jgn buat lagi tau, piat nnt..

UkhwAh said...

amboi2 suka na ceq kena marah?
ni nak pok ni!wekk!

tula kak, dh amik vit c 500mg setiap hari pun sakit jg.Ni la namanya ujian ALlah swt yg xdpt d elak..isk3

akak pun sama!jg kesihatan!keja2 juga ksihatan kena jga juga taw!!

sayang kamu sgt2 sis!!

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog