Wednesday, May 20, 2009

:.Pukau .:

Wednesday, May 20, 2009 |
Bismillah..

Semalam, pelajar-pelajar Malaysia UKRIDA digemparkan dengan kes pukau yang melibatkan dua orang pelajar junior (BATCH '08) iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah, pelajar perempuan tersebut yang hampir lesap wang sebanyak Rp 10 juta sempat diselamatkan oleh pengawal di mesin ATM berkenaan.

Selang sehari selepas kejadian tersebut, seorang lagi junior lelaki menjadi mangsa kepada sindiket tersebut. Wang sebanyak Rp 8 juta (Rm 3200++) berjaya di'transfer' ke akaun yang tidak dikenali siapa pemiliknya. Seperti kes yang pertama, orang yang tidak dikenali telah menelefon pelajar tersebut dan menawarkan hadiah berupa wang tunai yang harus ditebus melalui transfer di ATM. Pelajar tersebut dalam keadaan tidak sedar (dipukau) telah pergi ke ATM berdekatan dan tanpa sedar dia telah mengikut segala arahan orang tersebut sehingga wang saku tiga bulannya lesap.

Sebagai langkah berjaga-jaga semua pelajar Malaysia terutamanya pelajar perempuan yang mempunyai keberangkalian lebih tinggi untuk menjadi mangsa diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak berseorangan ketika hendak keluar rumah. Sebarang panggilan yang tidak dikenali tidak perlu dijawab bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang. Seorang senior pernah juga mengalami keadaan yang sama beberapa tahun yang lepas dan kemudian kes senyap dan kembali mengganas seperti 'tumor' sejak akhir-akhir ini. Apa yang penting sekarang masing-masing harus sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya pada orang yang tidak dikenali dan elakkan daripada berjalan berseorangan tida kira di tempat orang ramai atau sunyi. Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Bukan sahaja di Indonesia, orang ramai di Malaysia juga perlu sentiasa berwaspada dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran mewah yang belum jelas kebenarannya kerana kes sebegini juga pernah berlaku di Malaysia yang juga dilakukan oleh warga Indonesia. Ingatlah, bukan mudah orang nak keluarkan duit yang begitu esar jumlahnya untuk diberikan kepada orang lain melainkan dengan mengharapkan imbalan. Dalam dunia serba canggih ni, hanya melalui panggilan telefon sahaja boleh mengaut keuntungan ribuan ringgit. Pemangsa tidak mengenal mangsa.

Nasihatilah keluarga, teman-teman serta orang di sekeliling anda supaya setiap daripada kita sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Malang tidak berbau tetapi kita juga dituntut oleh agama untuk menghindar daripada bahaya melainkan sudah ketentuan-Nya.

Sebelum keluar rumah bacalah ayat-ayat pelindung diri seperti ayatul qursi. Semoga dilindungi oleh-Nya..aminn..

Jazakallah..


Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog