Thursday, July 30, 2009

:. Apabila Budak Pelat Berkata-kata.: 0 kritikan

Thursday, July 30, 2009 |
Bismillah..

Macam dah lama ja tak menulis, rasa kaku pula. Sekarang masih lagi dalam mode imtihan jadi tak dapat nak perah otak mengeluarkan idea-idea untuk menulis. Maklumlah, penulis ni short term memory dia kurang sikit. Kalau nak tulis sesuatu perlu masa 2-3 jam. Untuk masa-masa kritikal ni, 2-3 jam sangat perlu untuk menghabiskan nota-nota peperiksaan.

Dua hari yang lepas tangan ni rasa gatal sangat nak telefon family. Padahal dua hari sebelum tu 2 hari berturut-turut ayah telefon. Tak pa sabar lagi. Tapi semalam rasa tak tahan sangat nak sampaikan berita gembira tu kat family. Dengan berbekalkan beberapa ribu rupiah kredit yang ada, telefon jugalah tapi sempat kata "ayah, kredit tenat, lupa topup. Boleh tak ayah call ceq balik?"ehe mesti depa pelik, kena ribut apalah budak sorang ni.

Tengah duk sembang, tiba-tiba kredit ayah pula habis. Ayoyo..Baru ja nak lelap mata, tiba-tiba angah pula call. 'Lor, napa pula angah call ni?' Pelik sebenarnya. Tiga hari lepas ayah kata, angah p Kerteh, tapi dapat pula line dia nak call. Selalunya kalau dah ada atas laut, jangan kata dia nak telefon, kita telefon pun tak dapat. Rupanya angah dah balik semalam.



"Cik Lang, bila cik Lang nak balik? Hannan rindu cik Lang.". Tiba-tiba suara budak kecik kua kat phone tu. Cam sangat suara tu. Dah la pelat!hee.. Rindunya kat budak kuat makan tu. Rupa-rupanya dia sibuk2 nangis nak cakap dengan cik lang tup2 kredit ayah habis. Itu yang angah pula telefon. Angah kata, petang tadi masa dia balik, sempat dia 'kidnap' Hannan bawa balik umah. Haha profession angah sejak dulu. Pernah sekali, angah kidnap tanpa beritahu kak zura. Haha melilau cari anak dara dia. Nasib baik tak ada penyakit jantung, kalau tak confirm angah di black list sebagai 'WaNteD'!haha!

Kanak-kanak ni cepat ja membesar. Masa first balik dulu baru pandai berjalan. Masih jatuh-jatuh lagi. Mula-mula tu dia takut-takut lagi. Yela makhluk asing mana pula duk dukung dia ni. Balik lepas, dah boleh lari-lari dan lompat-lompat dah. Sama naik dengan pakcik-pakcik dia. Kalau hantar balik rumah, tak mahu. Seronok main dengan pakcik-pakcik. Kalau di rumah tu sunyi agaknya. Ummi dia dah ada baby baru.ehe cian Hannan. Sebab tula kowt hannan lebih suka duk umah nenek dia.

"InsyaALlah, nanti cik lang balik." Itu jela yang dapat aku kata. Tiba-tiba pula terasa sebak. Sepanjang cuti semester, inilah kali pertama aku tak balik. Hehe terasa juga kesayuan tu saat kawan-kawan lain bercerita planning mereka apabila sampai malaysia nanti. Tapi, perlu dicekalkan hati, dikuatkan azam. Aku dah planning nak buat semester pendek akhir semester ni sejak cuti semester lepas, jadi aku tak boleh berpatah balik.

InsyaALlah, jika tiada aral melintang, dan diberi kesempatan oleh ALlah swt, lapangan terbang LCC bakal menyambut kepulangan insan ini..Haha!Tak sabarnya nak balik!!Saya sangat merindui kalian!!Nak tuntut semua janji-janji manis!!Hehe..

Okeh, nak p sambung study dulu. Semangat dah kembali. ehe,,
Semoga sihat-sihat dan sejahtera selalu!!Semangat!

Jazakallah..


read more

[Puisi] Kerinduan Semalam 2 kritikan

Bismillah..


Setelah usai solat Asar,

Aku kembali mengambil posisi di meja belajar,

Bacaan yang kelmarin harus kuhabiskan

Kerana peperiksaan bakal tiba harinya.


Buku berwarna hijau itu kucapai

dan kuselak satu persatu helaiannya

Aku amati setiap isi perbicaraannya

Agar aku mengerti dari mana awal dan akhirnya


Tiba di pertengahan, aku terhenti seketika,

Peristiwa semalam kembali mengganggu jiwa ini,

Mengajak aku bermain dengan perasaan

Membenarkan syaitan mengalihkan tumpuanku


Ku sapu air mata yang mengalir sehingga membasahi

helaian buku yang masih terbuka di hadapanku,

Hanya zikrullah menjadi peneman diri,

Menenangkan jiwa saat hati menangis pilu.


Sungguh tidak ku menyangka,

Pertemuan semalam adalah yang terakhir buat kita,

Segalanya berubah sekelip mata,

Itulah ketentuan Yang Maha Esa.


Masih terbayang senyuman yang terukir dibibirmu,

Masih teringiang-ngiang nasihatmu di telingaku,

Masih indah terasa nilai ukhwahmu,

Masih hangat membakar semangat perjuanganmu.


Alangkah indahnya jika kau masih di sini,

Berjuang bersama menggapai cita,

Mengingatkan tentang hidup dan mati,

Mengejar akhirat melewati dunia.


Aku akan teruskan perjuangan ini,

Bersama semangat yang kau sematkan,

Bersama kekuatan yang kau bekalkan,

Bersama impian yang pernah kau lakarkan.


Terpisah kita di dunia yang sementara,

Kuharap kita bertemu lagi di akhirat sana,

Tenanglah dikau bersama Penciptamu,

Bersama para solihin dan mujahid sepertimu.


read more

Saturday, July 25, 2009

:.Second Homework.: 0 kritikan

Saturday, July 25, 2009 |
Bismillah..

Aku dapat homework lagi! huwaa!!sob3..

Takpelah, untuk tidak menghampakan ILa yang disayangi dan dingati selalu, atul jawab juga..isk3..


1)Bekas kekasih saya adalah :
Sin Chan (maaf Sin Chan, sekarang saya minat wonderpet plok!hee..)

2)Saya sedang mendengar :
bunyi kipas dalam bilik saya.

3)Mungkin saya patut:
Biarkan jela dia nak bunyi, toksah duk gadoh2..hee..

4)saya suka:
semua!

5)Sahabat-sahabat baik sy:
sahabat yang cintanya bukan sahaja utk dunia tapi juga akhirat.

6) Saya Tak Faham:
Kenapa elaun MARA tak masuk lagi? Orang dah bising-bising ni..sabar eh kawan2..

7)Saya kehilangan:

syiling Rp 500 (20 sen)

8)Ramai yg kata:
Manusia mudah alpa

9)Makna nama saya:
Nama seorang ahli sufi

10) Cinta itu adalah:
Fitrah, menjadi penghubung kasih sayang.

11)Di suatu tempat seseorang sedang:
tak ada orang di sini, hanya bertemankan nyamuk!isk3..

12)Saya akan cuba:

untuk terus mencuba

13)Ayat"Selamanya"membawa maksud:
sampai bila-bila

14)Telefon bimbit saya:
Lebih kecil daripada public phone dan boleh di bawa ke mana2 tapi saya sering di marahi kerana selalu meninggalkan telefon tu..Adakah saya perlu membeli subuah public phone pula?

15)Bila saya terjaga dr tidur:

Alhamdulillah, segala puji hanya kepada-Mu yang Berkuasa menghidupkan dan mematikan makhluk ciptaan-Mu.

16)Saya meluat bila melihat:
saya menjegilkan mata di hadapan cermin!Haha tak ada kerja!

17)Pesta/Parti adalah:
Merimaskan.

18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui:
semut

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya:
kanak-kanak sebab boleh buli orang!ehe..

20)Hari ini :

saya ada kelas praktikum parasit kejap lagi

21)Malam ni saya akan:
masuk iLi dan buat kacau di sana.

22)Esok sya akan:

study untuk exam hari berikutnya.

23)Saya betul2x inginkan:

Kebahagiaan di dunia dan akhirat.

24)Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie:
ALhamdulillah, saya masih saya.

25)Pusat membeli belah / arked permainan :
Ikut keperluan.

26)Makanan barat atau jepun:

Masakan mak!Rindunya..isk3..

27)Bilik yg terang atau gelap:

ikut keadaan.

28)Makanan segera adalah:
makanan tidak sihat tapi sangat digemari..ish3,,

29)Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:

Sama-sama (sum1 pinjam laptop td)

30)Siapa yang anda mahu tag????

Sesiapa sahaja yang membaca semua rahsia saya ni (apa yang rahsianya entah la)!hehe..

Sekian..

read more

Friday, July 24, 2009

:. First Homework.: 10 kritikan

Friday, July 24, 2009 |
Bismillah..

Terima kasih kepada ILa dan Makngah yang sangat bermurah hati memberi saya 'homework' ni. Saya sangatlah gembira sampai tak terungkap dengan kata, hanya air mata menjadi saksi dibuli oleh anda berdua!Piat telinga sorang2 baru taw. Ekeke..

Demi tidak menghampakan 'penghargaan' yang diberi, saya akan jawab. Jom!

These are the rules:


1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder.
2. Select the 6th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!


Masa ni, kami sedang menunggu giliran dipanggil doktor untuk membuat ujian 'skill lab'. Dalam keadaan berdebar-debar tu masih juga sempat pukul gambar sekeping dua. Masing-masing menampakkan wajah ceria di hadapan kamera, sedangkan jantung ni dah rasa macam nak tercampak keluar. Hehe..

Kami berdiri di hadapan bangunan dua tingkat yang memuatkan sebelas bilik. Setiap bilik ada seorang penguji (doktor) yang akan menunggu dengan setia setiap orang pelajar untuk diuji 'skill' yang telah diajarkan dalam kuliah, dua minggu sebelumnya.

Antara banyak-banyak exam, skill lab ni lah yang aku paling takut setiap bulan. Kenapa setiap bulan? Memang setiap bulan ada exam ni dan setiap kali itulah aku berdebar-debar sejak malam hari sebelumnya sampai rasa nak tercabut jantung. Minta-mintalah aku tak ada masalah jantung bila habis belajar nanti ^^

Mudah-mudahan kami berjaya menghabiskan perjuangan di sini dan kembali ke tanah air sebagai manusia yang dapat berbakti kepada manusia yang lain. InsyaALlah..

Memandangkan syawal telah mencetak rompak semua list saya, maka dengan ini saya mengisytiharkan sesiapa yang telah menbaca entry ini silalah jawab. Hehe..

p/s: maaf lambat jawab, 'imtihan mode'.

Sekian..

read more

Tuesday, July 21, 2009

:. Sebelum Tinta Di Hujung Mata .: 0 kritikan

Tuesday, July 21, 2009 |


Bismillah..

Setiap yang awal pasti ada akhirnya. Begitulah dengan kehidupan seorang manusia bergelar hamba. Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan janji Allah swt , haruslah mengakui akan ketentuan ini. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sebagai tempat untuk manusia mengutip bekalan (ilmu dan amal) sebanyak-banyaknya untuk menemui Allah Yang maha Agung apabila tiba masa yang telah dijanjikan buat setiap hamba-Nya.

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.” (29:57)

Kematian itu termasuk dalam perkara ghaib yang hanya Dia yang mengetahui. Namun setiap manusia itu disunnahkan untuk sentiasa mengingati mati seperti yang disebutkan dalam hadis dari Abdullah bin Umar r.a yang menceritakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:

“Hendaklah kalian memperbanyak mengingati kematian.” (HR Ath- Thabrani dengan sanad hasan).

Abdullah bin Umar juga menceritakan:

“Aku pernah mendatangi nabi saw sebagai orang kesepuluh, dari sepuluh orang yang mendatangi beliau pada saat itu. Kemudian seseorang dari kaum Anshar berdiri dan bertanya: Wahai nabi Allah , siapakah orang yang paling cerdik dan terkuat pendiriannya? Beliau menjawab: Yaitu orang yang terbanyak mengingati kematian dan yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang paling cerdik, di mana mereka berangkat dengan membawa kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.” (HR Ath- Thabrani).

Apabila jiwa sering mengingati mati, masa untuk perkara-perkara sia-sia seolah-olah tidak ada tetapi masa yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengumpulkan sebanyak mana keperluan untuk hari akhir. Jika tidak hari ini, mungkin esok hari kita akan tiba. Masa itu terasa begitu cepat berputar sedang diri sibuk menghitung-hitung amalan yang masih tidak mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Esa. Tegakkanlah segala perintah-Nya dan jauhilah segala yang menjadi larangan-Nya sebagai tanda kita berserah diri dan sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Pencipta-Nya.

“Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan-nya dan mereka tidak menyombongkan diri.” (32: 15)

Dunia itu ladang akhirat, menjadi tempat persinggahan para musafir yang berusaha mencari dan mengumpul sebanyak mana bekalan untuk menuju sebuah destinasi yang pastinya menjanjikan kehidupan yang lebih baik baginya. Setiap manusia akan sampai pada destinasi yang sama, hanya waktunya berbeza serta berat timbangan bekalan yang dibawa. Dunia itu kadang-kadang menjadi sahabat yang baik, dan dapat pula menjadi musuh dalam selimut. Namun, manusia itu dikurniakan akal untuk membezakan mana kawan dan mana yang lawan.

“Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanam-tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.” (57: 20)

Jadikanlah dunia itu sebagai sahabat yang menolong mempermudahkan perjalanan kita untuk sampai ke destinasi yang diidamkan bukan musuh yang menyebabkan kita tersungkur di pertengahan jalan. Suluhlah perjalanan dengan cahaya iman supaya yang haq terlihat dan yang batil jua ditenggelamkan. Sayangnya jika manusia itu hanya mengejarkan dunia yang bersifat sementara sedangkan akhirat berciciran entah ke mana. Walau dikejar sejauh manapun dunia itu tetap tidak akan habis nikmatnya sehingga menyebabkan ramai yang terpedaya lalu hanyut ke lembah hina. Seandainya syurga neraka itu dipertontonkan dengan mata kasar, pasti setiap manusia itu berlumba-lumba mencari keredhaan Allah swt dan syafaat Rasulullah saw dengan meninggalkan segala yang menjadi larangan-Nya.

“Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan-Nya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang yakin. “ (32: 12).

Yakinlah dengan janji Tuhan. Setiap kalam-Nya adalah panduan dan peringatan kepada manusia untuk menjamin kehidupan yang selamat di dunia dan akhirat. Hidup dan mati itu benar. Syurga dan neraka itu benar. Dosa dan pahala itu benar. Nikmat dan azab itu juga benar. Semua kalam Allah swt itu benar tiada ragu-ragu. Berimanlah dengan kalam Allah swt sepenuhnya bukan diambil sedikit-sedikit mengikut keselesaan dan kemampuan diri. Janganlah bertangguh untuk melaksanankan perintah Allah swt kerana kita tidak tahu masih ada lagikah hari esok buat kita. Apabila malaikat maut datang menjalankan perintah Allah, telah tertutup semua pintu taubat, terputus segala amanat yang ditinggalkan di dunia, hanya amalan dan kebaikan semasa di dunia menjadi bekalan dan penyelamat kita di sana. Walaupun di dunia kita sering bermain dengan luka, kesakitan, dan keperitan dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan ini, namun yakinlah dengan khabar gembira daripada Allah buat hamba-Nya yang sabar dan tabah dalam menegakkan hukum-Nya. Nikmat syurga yang kekal selamanya menanti mereka yang meletakkan akhirat sebagai yang utama dan menjadikan dirinya sebenar-benar hamba di sisi Pencipta.

“Sungguh, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan (dunia) dan mereka makan seperti haiwan makan; dan (kelak) nerakalah tempat tinggal bagi mereka. (47:12)

Umat Islam itu seharusnya lebih bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan Islam yang tidak semua hamba-Nya memperoleh kesempatan yang sama. Sesungguhnya nikmat yang paling besar kurniaan Allah swt adalah nikmat Islam dan iman kerana itu harus dipelihara sebaik mungkin agar tidak tercemar sehingga meletakkan diri setanding dengan mereka yang tidak memiliki nikmat tersebut.


Allahu'alam..


read more

Monday, July 20, 2009

:. Belacan Oh Belacan.: 2 kritikan

Monday, July 20, 2009 |
Bismillah..

Lepas solat maghrib, Aisyah, Nija dan aku keluar untuk beli makanan. konon-kononnya nak makan sebab nak puasa hari esoknya. Sebelum keluar, "Eh, kejap. nija lupa something". Nija menuju ke peti sejuk dan mengambil sesuatu di dalam bakul. Dia sengih-sengih. "Nija kenapa?" Aku menyoal tapi Nija sekadar tersenyum sambil menyorokkan apa yang dia ambil tadi.

Dengan perasaan ingin tahu, aku pun p la dekat bakul tu tengok apa yang dia ambil. Nampak macam bungkusan gula-gula tapi rupa-rupanya terasi (belacan). Aku tanya dia nak buat apa? Manalah tau buat 'protection' kalau-kalau ada orang kacau tengah jalan boleh sumbat dengan belacan tu.



"Nija nak beli nasi goreng pastu nak suruh bapak tu masukkan belacan ni". Rasa nak guling-guling aku masa tu. Hahahaha!Nija ni buat lawak sungguh. Nampak muka Nija mula merah, aku terus diam. Sepanjang jalan pergi dan balik aku tahan nak gelak. Sakit urat perut menahan gelak. Kadang-kadang terlepas juga. "Opss sori Nija" lalala~

Sampai rumah, "Kenapa nasi goreng Nija tak da sayur?" Aisyah bertanya. "Takpa Nija, lepas ni kalau Nija beli lagi kita bawak sayur pula". Aku mula menyakat. Nija senyum ja. Aku dan Aisyah dah tak mampu menahan gelak. Nija,Nija haishh buat lawak betul.

Kalau buat macamni kat Malaysia, agak-agak apa yang peniaga tu akan buat?~ehe~

Jazakallah..

read more

Sunday, July 19, 2009

:. [Cerpen] Cinta Itu Fitrah .: 6 kritikan

Sunday, July 19, 2009 |

Bismillah..


“Assalamualaikum,maaf Ain jika kehadiran surat saya ini mengganggu awak yang pastinya sedang sibuk mengemas kelengkapan yang ingin dibawa ke sana. Tahniah Ain kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Saya turut bergembira. Namun, sebelum awak pergi ada sesuatu yang ingin saya katakan agar saya tidak terus dilanda seribu penyesalan akibat memendamnya tanpa meluahkannya. Saya memohon maaf andai kata-kata saya selepas ini membuatkan fikiran Ain terganggu. Ain, sebenarnya saya telah jatuh hati dengan awak. Memang awak garang dan susah untuk didekati tapi entah mengapa itu yang menarik hati saya untuk mengenali siapa awak, Ain . Walaupun kita jarang bertegur sapa apatah lagi saling berhubung tapi saya tahu awak adalah seorang yang istimewa dan baik hati.Saya tahu awak pasti marah dengan luahan ini dan saya tidak peduli apapun yang awak fikirkan mengenai diri saya malah saya akan berasa sungguh lega kerana dapat meluahkannya.Jujur dan ikhlas saya katakan saya menyayangi awak kerana-Nya. Saya tidak mahu perasaan ini berlandaskan nafsu semata-mata tetapi saya ingin membina sebuah ikatan yang suci bersama Ain. Mungkin terlalu awal untuk bicarakan soal ini tapi ini tanda ketulusan saya. Setiap hari saya akan doakan semoga awaklah yang terbaik daripada Allah buat saya namun jika sebaliknya saya mohon segala yang terbaik untuk saya dan awak. Saya pasrah dengan ketentuan-Nya. Saya akan menunggu kepulangan awak. Semoga awak berjaya mengejar cita-cita awak. Doa saya sentiasa mengiringi awak, Ain.

Wassalam..

Ain memasukkan semula surat yang baru diterimanya itu ke dalam sampul. Dia tiba-tiba dilanda kesayuan yang amat mencengkam hatinya. “Mengapa semakin aku cuba menolaknya semakin ia mendekati diri ini? Apakah rahsia di sebalik ujian-Mu ini ya Allah? Ya Allah berikanlah hamba petunjuk atas segala yang berlaku.Peliharalah aku daripada godaan syaitan yang menempah murka-Mu.” Tanpa disedari mengalir air hangat di pipinya.

“Ain, kenapa tiba-tiba menangis ni, sayang? Apa yang tak kena nak?” Puan Hayati dilanda resah dengan perubahan drastik daripada anaknya selepas membaca surat yang baru diterima petang tadi. Puan Hayati tahu surat itu kiriman daripada seseorang yang bernama Haikhal kerana dialah yang menerima surat itu bagi pihak Ain.

“Ummi, mengapa Allah uji Ain sampai begini sekali ummi? Kenapa Allah izinkan orang jatuh hati pada Ain sedangkan Allah tahu Ain hanya akan melukai hati orang itu, ummi? Kenapa ummi? “Ain rebah dipangkuan umminya. Badannya terasa lemah sekali. Kehadiran surat itu benar-benar meluluhkan hatinya. Dia sudah tidak mampu menolak cinta yang hadir sedangkan di hatinya tidak pernah ada ruang untuk menerima cinta mana-mana lelaki buat masa ini.

“Ain, cinta itu adalah fitrah, kurniaan Yang Maha Esa. Ain tak boleh salahkan dia kerana menyimpan perasaan terhadap Ain. Ain tak boleh menahan orang lain daripada menyukai Ain. Tapi dia juga tak boleh memaksa Ain untuk menerima dirinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, nak. Mungkin Allah nak uji sejauh mana keteguhan iman Ain dalam menghadapi cinta duniawi yang bukan datang dari keredhaan-Nya. Mungkin juga Allah nak tunjukkan pada ummi yang anak ummi tak pernah berubah. Ummi tahu cinta anak ummi hanya pada Allah, rasul, abah dan ummi. Alhamdulillah ummi bersyukur punyai anak seperti Ain dan ummi tidak pernah salahkan Haikhal kerana menyukai anak ummi ini kerana dia juga tak bersalah cuma mungkin dia terlalu terburu-buru untuk meluahkan isi hatinya. Ingat tak sebelum ni ummi pesan apa? Jika cinta seseorang itu menghampiri kita, jangan ditolak dengan kebencian tetapi hadapi dengan tenang. Ingatlah cinta itu bukan dosa hanya yang membuatkannya jadi dosa apabila disalurkan pada jalan yang salah. ”Puan Hayati menasihati anaknya yang semakin bercelaru dengan apa yang terjadi.

“Cinta itu Ain, tak pernah mencari mangsa tetapi sering menjadi mangsa. Manusia sekarang memandang cinta bukan dari cahaya iman dan akal tapi melalui nafsu. Kerana itulah banyak gejala-gejala sosial yang berlaku seperti kes buang bayi dan sebagainya. Cinta itu suci dan bersih seperti kain putih. Jika cantik warnanya dan betul teknik pewarnaan pasti akan terserlah kecantikannya. Carilah cinta manusia beserta redha daripada-Nya dan Ain pasti akan menemui kebahagiaan di dunia dan akhirat,InsyaALlah. Ain faham maksud ummi?” Puan Hayati memujuk Ain sambil mengusap-usap ubun-ubun anaknya itu..

“Faham ummi tapi ummi, macammana kalau dia benar-benar akan datang lima tahun lagi untuk kotakan janji? Kalau masa tu hati Ain ini untuk orang lain macammana ummi?“. Ain semakin celaru.

“Anak ummi. Kenapa fikir jauh sangat ni? Tiada apa yang harus dirisaukan. Berserah pada yang satu. Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Setiap ketentuan-Nya adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Selalunya, orang yang takut dan ragu-ragu menghadapi masa depan ni adalah orang yang tidak bertawakkal dengan janji Allah swt. Ummi harap anak ummi bukanlah termasuk dalam golongan tersebut. Janganlah kerana ujian-Nya ini Ain menjadi lemah dan semangat Ain untuk berjaya kian pudar.Ingat, walau apapun yang berlaku, mengadu kepada-Nya kerana Dia yang memberi ujian pasti Dia jugalah yang menyimpan segala jawapan kepada ujian tersebut. Ain, sebelum kita mengejar cinta manusia, berusahalah mendapatkan cinta Allah swt terlebih dulu nak. Cinta yang benar-benar tulus dan kekal abadi hanyalah cinta kepada Allah swt. Cinta pada manusia ini sementara dan kadang-kadang mengundang sengsara. Cinta itu tidak akan datang bergolek tanpa kita berusaha mencarinya. Setiap yang kita mahukan perlu disertai dengan usaha. Dalam mendapatkan cinta Allah, kita perlu patuh dengan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang Allah. Menjadi hamba yang sebenar-benar hamba disisi Pencipta. Itulah tanda kita mencintai Allah swt. Apabila cinta Allah mengiringi hidup kita, walau bagaimana perit sekalipun hati kita dilukai, kita pasti akan tenang menghadapinya kerana kita sentiasa yakin dengan janji Allah swt. Jangan sesekali melupakan Allah jika kita tak mahu Dia melupakan kita. Walau di mana Ain berada ingatlah, Allah swt sentiasa ada untuk Ain.“ Jelas Puan Hayati dengan panjang lebar. Dia menyelitkan kiasan-kiasan yang diharapkan Ain dapat memahami maksud yang tersirat di sebaliknya.

“InsyaAllah ummi. Ain akan berusaha menjadi hamba yang taat dan anak yang solehah buat ummi dan abah. Ain akan sentiasa ingat pesan-pesan ummi. Maafkan Ain, ummi dan doakan kejayaan Ain ya ummi?” Sekali lagi jiwa halus anak gadis ini luntur dipanah rasa sayu dengan nasihat-nasihat daripada umminya. Dia berasa bersyukur kerana umminya sentiasa ada untuk sentiasa mengingatkannya ketika alpa. Selepas ini dia harus berdikari dan harus sentiasa memuhasabah diri setelah berjauhan daripada ummi dan abahnya. Dia bertekad untuk berhadapan dengan apa jua rintangan demi menggapai cinta dan redha Allah swt.

“InsyaAllah.Ummi sentiasa doakan supaya anak-anak ummi menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan juga di akhirat.” Puan Hayati mencium kedua-dua pipi anaknya itu dan diakhiri dengan kucupan di dahi sebagai tanda restu. Mereka berpelukan.


Jazakallah..


read more

Saturday, July 18, 2009

:. [Lagu] Tika Dini Hari- Devotees.: 0 kritikan

Saturday, July 18, 2009 |

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
Melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
Kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
Melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
Kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
Yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti yang pernah kau berikan kepada
Umat yang terdahulu dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami



Jazakallah..




read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog