Wednesday, July 15, 2009

:. Lamaran Tak Diundang .:

Wednesday, July 15, 2009 |
Bismillah..

Hari nie internet mula beroperasi seperti biasa setelah hampir lima hari kami semua kebosanan kerana tidak tahu apa hendak dibuat sepanjang cuti 11 hari yang diumumkan UKRIDA gara-gara wabak H1N1 yang telah menyebabkan dua orang mahasiswa Malaysia dikuarantin di hospital khusus virus untuk beberapa ketika.

Tidak lama selepas yahoo messenger diaktifkan, aku mendapat satu lamaran daripada seseorang. Pada awalnya memang aku agak terkejut, maklumlah yang berkenaan jarang pm aku jika tiada urusan penting melainkan jika ada pengumuman mengenai aktiviti usrah terutamanya.

Aku dilamar untuk loncat biro. Sekali lagi aku terkejut ditambah rasa nak tergelak-gelak. "Ok2 serius sikit atul, bukan benda main-main ni." Aku menenangkan diri. Terasa macam dalam politik pula seperti lompat parti.hehe..Main lompat-lompat biro ni bukan perkara menyenangkan, apatah lagi sudah setahun aku terlibat dalam biro sekarang ni. Walaupun tak banyak aktiviti dijalankan, melainkan kes2 'urgent' tapi aku suka ja berada dalam biro ni. Juga sebagai tanda aku 'respect' keputusan senior yang memilih nama aku dan meletakkan aku dalam biro ni semasa mula2 pemilihan ahli biro setahun yang lalu. Apa pula kata mereka jika aku keluar biro ini untuk menyertai biro lain?hmm..

Aku bukan tidak berminat dengan lamaran ini tapi aku takut aku tak mampu menggalas tangungjawab yang diberi. Bukan calang-calang biro, segala amanah harus dipikul dengan baik, komitmen harus diberikan sepenuhnya, dan yang pastinya harus lebih bekerja keras berbanding sekarang. Tidak aku nafikan, biro ini sangat diidamkan terutama mereka yang impikan gelaran seorang Daie, berbakti di jalan ALlah swt.

"Pasal lompat biro tak mengapa, nanti diuruskan. Senior lepas pun ada yang buat seperti itu.Takpa, atul fikirkan dulu 'offer' ni. Nanti kalau dah bersedia dengan jawapan, atul pm saya bila-bila masa ja. Fikirkan baik-baik ya?" Walaupun dengan taipan, aku dapat merasakan ada nada harapan pada setiap bait kata-katanya. Entahlah, aku sebenarnya malas nak fikir lagi. Rasa nak tolak mentah-mentah, tapi apabila mengenangkan kata-katanya yang agak bersugul dengan sikap segelintir mahasiswa yang tidak komited dengan tugas dalam biro menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berinteraksi dengan hati dan akal aku dahulu sebelum aku memberi kata putus.

"Layakkah dan mampukah kau, atul?". Itu jela pertanyaan yang sedang bermain-main dalam fikiran aku sejak dari tadi. Masih buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan. Melepaskan biro yang setelah setahun aku pegang selama ini atau bersama ikhwah dan akhwat lain dalam mempertahankan sebuah biro yang disegani.

"Semoga Kau tuntuni hati hamba-Mu ini dalam memilih yang terbaik di antara yang baik. Aminn ya rabb" .

Jazakallah..


Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog