Bismillah..
“Assalamualaikum,maaf Ain jika kehadiran surat saya ini mengganggu awak yang pastinya sedang sibuk mengemas kelengkapan yang ingin dibawa ke sana. Tahniah Ain kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Saya turut bergembira. Namun, sebelum awak pergi ada sesuatu yang ingin saya katakan agar saya tidak terus dilanda seribu penyesalan akibat memendamnya tanpa meluahkannya. Saya memohon maaf andai kata-kata saya selepas ini membuatkan fikiran Ain terganggu. Ain, sebenarnya saya telah jatuh hati dengan awak. Memang awak garang dan susah untuk didekati tapi entah mengapa itu yang menarik hati saya untuk mengenali siapa awak, Ain . Walaupun kita jarang bertegur sapa apatah lagi saling berhubung tapi saya tahu awak adalah seorang yang istimewa dan baik hati.Saya tahu awak pasti marah dengan luahan ini dan saya tidak peduli apapun yang awak fikirkan mengenai diri saya malah saya akan berasa sungguh lega kerana dapat meluahkannya.Jujur dan ikhlas saya katakan saya menyayangi awak kerana-Nya. Saya tidak mahu perasaan ini berlandaskan nafsu semata-mata tetapi saya ingin membina sebuah ikatan yang suci bersama Ain. Mungkin terlalu awal untuk bicarakan soal ini tapi ini tanda ketulusan saya. Setiap hari saya akan doakan semoga awaklah yang terbaik daripada Allah buat saya namun jika sebaliknya saya mohon segala yang terbaik untuk saya dan awak. Saya pasrah dengan ketentuan-Nya. Saya akan menunggu kepulangan awak. Semoga awak berjaya mengejar cita-cita awak. Doa saya sentiasa mengiringi awak, Ain.
Wassalam..
Ain memasukkan semula surat yang baru diterimanya itu ke dalam sampul. Dia tiba-tiba dilanda kesayuan yang amat mencengkam hatinya. “Mengapa semakin aku cuba menolaknya semakin ia mendekati diri ini? Apakah rahsia di sebalik ujian-Mu ini ya Allah? Ya Allah berikanlah hamba petunjuk atas segala yang berlaku.Peliharalah aku daripada godaan syaitan yang menempah murka-Mu.” Tanpa disedari mengalir air hangat di pipinya.
“Ain, kenapa tiba-tiba menangis ni, sayang? Apa yang tak kena nak?” Puan Hayati dilanda resah dengan perubahan drastik daripada anaknya selepas membaca surat yang baru diterima petang tadi. Puan Hayati tahu surat itu kiriman daripada seseorang yang bernama Haikhal kerana dialah yang menerima surat itu bagi pihak Ain.
“Ummi, mengapa Allah uji Ain sampai begini sekali ummi? Kenapa Allah izinkan orang jatuh hati pada Ain sedangkan Allah tahu Ain hanya akan melukai hati orang itu, ummi? Kenapa ummi? “Ain rebah dipangkuan umminya. Badannya terasa lemah sekali. Kehadiran surat itu benar-benar meluluhkan hatinya. Dia sudah tidak mampu menolak cinta yang hadir sedangkan di hatinya tidak pernah ada ruang untuk menerima cinta mana-mana lelaki buat masa ini.
“Ain, cinta itu adalah fitrah, kurniaan Yang Maha Esa. Ain tak boleh salahkan dia kerana menyimpan perasaan terhadap Ain. Ain tak boleh menahan orang lain daripada menyukai Ain. Tapi dia juga tak boleh memaksa Ain untuk menerima dirinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, nak. Mungkin Allah nak uji sejauh mana keteguhan iman Ain dalam menghadapi cinta duniawi yang bukan datang dari keredhaan-Nya. Mungkin juga Allah nak tunjukkan pada ummi yang anak ummi tak pernah berubah. Ummi tahu cinta anak ummi hanya pada Allah, rasul, abah dan ummi. Alhamdulillah ummi bersyukur punyai anak seperti Ain dan ummi tidak pernah salahkan Haikhal kerana menyukai anak ummi ini kerana dia juga tak bersalah cuma mungkin dia terlalu terburu-buru untuk meluahkan isi hatinya. Ingat tak sebelum ni ummi pesan apa? Jika cinta seseorang itu menghampiri kita, jangan ditolak dengan kebencian tetapi hadapi dengan tenang. Ingatlah cinta itu bukan dosa hanya yang membuatkannya jadi dosa apabila disalurkan pada jalan yang salah. ”Puan Hayati menasihati anaknya yang semakin bercelaru dengan apa yang terjadi.
“Cinta itu Ain, tak pernah mencari mangsa tetapi sering menjadi mangsa. Manusia sekarang memandang cinta bukan dari cahaya iman dan akal tapi melalui nafsu. Kerana itulah banyak gejala-gejala sosial yang berlaku seperti kes buang bayi dan sebagainya. Cinta itu suci dan bersih seperti kain putih. Jika cantik warnanya dan betul teknik pewarnaan pasti akan terserlah kecantikannya. Carilah cinta manusia beserta redha daripada-Nya dan Ain pasti akan menemui kebahagiaan di dunia dan akhirat,InsyaALlah. Ain faham maksud ummi?” Puan Hayati memujuk Ain sambil mengusap-usap ubun-ubun anaknya itu..
“Faham ummi tapi ummi, macammana kalau dia benar-benar akan datang lima tahun lagi untuk kotakan janji? Kalau masa tu hati Ain ini untuk orang lain macammana ummi?“. Ain semakin celaru.
“Anak ummi. Kenapa fikir jauh sangat ni? Tiada apa yang harus dirisaukan. Berserah pada yang satu. Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Setiap ketentuan-Nya adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Selalunya, orang yang takut dan ragu-ragu menghadapi masa depan ni adalah orang yang tidak bertawakkal dengan janji Allah swt. Ummi harap anak ummi bukanlah termasuk dalam golongan tersebut. Janganlah kerana ujian-Nya ini Ain menjadi lemah dan semangat Ain untuk berjaya kian pudar.Ingat, walau apapun yang berlaku, mengadu kepada-Nya kerana Dia yang memberi ujian pasti Dia jugalah yang menyimpan segala jawapan kepada ujian tersebut. Ain, sebelum kita mengejar cinta manusia, berusahalah mendapatkan cinta Allah swt terlebih dulu nak. Cinta yang benar-benar tulus dan kekal abadi hanyalah cinta kepada Allah swt. Cinta pada manusia ini sementara dan kadang-kadang mengundang sengsara. Cinta itu tidak akan datang bergolek tanpa kita berusaha mencarinya. Setiap yang kita mahukan perlu disertai dengan usaha. Dalam mendapatkan cinta Allah, kita perlu patuh dengan apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang Allah. Menjadi hamba yang sebenar-benar hamba disisi Pencipta. Itulah tanda kita mencintai Allah swt. Apabila cinta Allah mengiringi hidup kita, walau bagaimana perit sekalipun hati kita dilukai, kita pasti akan tenang menghadapinya kerana kita sentiasa yakin dengan janji Allah swt. Jangan sesekali melupakan Allah jika kita tak mahu Dia melupakan kita. Walau di mana Ain berada ingatlah, Allah swt sentiasa ada untuk Ain.“ Jelas Puan Hayati dengan panjang lebar. Dia menyelitkan kiasan-kiasan yang diharapkan Ain dapat memahami maksud yang tersirat di sebaliknya.
“InsyaAllah ummi. Ain akan berusaha menjadi hamba yang taat dan anak yang solehah buat ummi dan abah. Ain akan sentiasa ingat pesan-pesan ummi. Maafkan Ain, ummi dan doakan kejayaan Ain ya ummi?” Sekali lagi jiwa halus anak gadis ini luntur dipanah rasa sayu dengan nasihat-nasihat daripada umminya. Dia berasa bersyukur kerana umminya sentiasa ada untuk sentiasa mengingatkannya ketika alpa. Selepas ini dia harus berdikari dan harus sentiasa memuhasabah diri setelah berjauhan daripada ummi dan abahnya. Dia bertekad untuk berhadapan dengan apa jua rintangan demi menggapai cinta dan redha Allah swt.
“InsyaAllah.Ummi sentiasa doakan supaya anak-anak ummi menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan juga di akhirat.” Puan Hayati mencium kedua-dua pipi anaknya itu dan diakhiri dengan kucupan di dahi sebagai tanda restu. Mereka berpelukan.
Jazakallah..
6 kritikan:
cte jiwang lagikkkk~
lor sblm ni mna pula crita jiwangnya syawal?ni kira syawal menjiwai la ya?~eke~
jiwang tu selingan ja sbg penambah perisa bkn msg utama yg cuba disampaikan.
semoga cinta pada ALlah mengatasi cinta pada makhluk-Nya, aminn..
p/s:anak buah pakpis ni mkin mju dh ya?btw tanx syawal (",
sbbnye?
krew iLi mmg glekn cte jiwang~
haih~
dik, ang lupa ea?
ang tu pun krew juga..
lalalala~~
kcuali saya.
saya x suka cerita jiwang seperti krew kaum hawa.
wakaka.
terlambat!lalala~~
amboi2 dia wat spam di sini pula ya?
hntaq blk outer space bru taw..eke..
Post a Comment