Bismillah..
"Hello..hello..hello..Adei tersekaq-sekaq pula."
Aku baru sahaja selesai di 'interview' oleh dj Hazwan dalam segmen jejak perantau di radio nasyidfm wadah hiburan terkini. Ini merupakan pengalaman pertama aku berada di konti nasyidfm, on air bersama dj nasyidfm. Alhamdulillah pengalaman yang menarik tetapi cukup menggugupkan. Kami menggunakan sistem skype sebagai media pengantar.
Alhamdulillah, kebetulan esok aku tiada 'exam' jadi aku terima permintaan Dj Hazwan dengan lapang dada walaupun sebelum ni kerap kali aku menolak dengan pelbagai alasan untuk mengelak. Demi persahabatan aku dengan nasyidfm yang sudah agak lama terjalin, aku ikhlas menerima tanggungjawab ini. InsyaALlah.
Turut sama di 'interview' oleh Dj Hazwan adalah saudara AmirBorhan dari Mesir. Dj Hazwan menanyakan beberapa soalan yang berhubung kait dengan pengalaman kami menyambut Ramadhan dan Syawal di bumi asing untuk dikongsikan bersama pendengar radio nasyidfm. Alhamdulillah, secara tak langsung aku juga dapat mengetahui pengalaman pelajar- pelajar Mesir, bumi para Anbiya' menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak serta Syawal bulan kemenangan melalui perkongsian daripada saudara AmirBorhan dari Mesir tersebut.
Temu bual selama satu jam itu pada awalnya berjalan dengan baik, namun masuk di pertengahan segmen, internet di sini mula mengadakan 'demonstrasi'. Sedang Dj Hazwan bertanyakan aku soalan, tiba-tiba sahaja aku 'hilang'. Kesian Dj Hazwan terpaksa hubungi aku banyak kali. Kesian juga kepada pendengar yang terpaksa menahan kesabaran melayan internet aku yang bermasalah ini. Terima kasih Dj Hazwan kerana tidak berputus asa untuk memastikan rancangan ini tetap berlangsung seperti yang dirancang dan mohon maaf atas segala kekurangan. Asif jiddan.
InsyaALlah, ini bukan mogok sebagai tanda bantahan menolak tawaran Dj Hazwan sejak sebelum menyambut bulan Ramadhan lagi tapi memang internet di sini kurang baik hari ini. Mungkin masih terkejut akibat gegaran gempa bumi petang tadi. Pastinya pendengar juga turut terganggu dengan masalah ini. Maaflah, saudari atul macam 'chips more' malam ni ^^
Akhirul kalam, semoga rancangan ini dapat diteruskan sehingga penghujung Ramadhan dan mungkin sehingga bulan syawal dengan jayanya. InsyaALlah. Mudah2an pendengar terus disajikan dengan perkongsian yang berilmiah daripada saudara-saudara mereka seluruh dunia, insyaALlah. Semoga Radio nasyidfm terus sukses, insyaALlah.
Salam Ramadhan ^^
Jazakallah..

0 kritikan:
Post a Comment