Tuesday, September 8, 2009

:. Kenangan Itu .:

Tuesday, September 8, 2009 |
Bismillah..

Sejak malam tadi, aku merasakan sesuatu perasaan yang 'berat' menerjah dalam hati ini. F**** yang selama ini aku cintai dan amat aku sayang terasa bagai kehilangan sesuatu. Aku masuk untuk memulakan tugas walaupun sekarang keadaan aku masih tidak mengizinkan untuk bergiat aktif. Namun, entah mengapa perasaan semasa masuk dahulu berbeza sekali dengan sekarang. Aku cuba buang perasaan tu jauh-jauh, namun ia tetap juga datang menyinggah.

Aku mula terkenangkan saat pertama kali aku menerima amanah yang aku cintai ini. Gembiranya hati ini hanya Dia yang Mengetahui. Walaupun tidak aku nafikan pelbagai cabaran dan dugaan sering singgah untuk cuba mematahkan semangat diri ini. Alhamdulillah berkat pertolongan dan perlindungan dari ALlah swt serta rakan setugas yang rajin membantu segala halangan aku tempuhi dengan mudah, alhamdulillah.

Aku mula mengenali mereka di alam maya dan semakin hari perasaan sayang semakin bertambah antara kami. Setiap kali aku masuk F**** hati aku akan berbunga-bunga, sangat bersemangat untuk melakukan tugas. Mungkin kerana bersama kasih sayang dan semangat rakan-rakan lain menambah kekuatan untuk diri ini terus menunaikan impian aku, iaitu memberi kepada yang memerlukan. Aku cinta tugas ini, alhamdulillah.

Kalau tak salah, akhi Iman dan aku adalah 'batch' pertama setelah sekian lama i******* tidak me'recruit' m** baru. Kemudian datang pula rakan setugas yang baru iaitu KakThua, Ila, Ipsoldier dan Oisszoo. Alhamdulillah tugas menjadi begitu ringan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Kami mula berinteraksi dengan m** veteran dan mereka banyak berkongsi ilmu bersama kami. Alhamdulilah banyak membantu. Terima kasih senior-senior seperti Makngah Niza dan Nisa yang tidak jemu memberi tunjuk ajar. Walaupun sering ditegur kerana membuat kesilapan, tapi sedikit pun tidak mematahkan semangat aku untuk terus bertahan malah aku senang sekali ditegur andai aku melakukan kesilapan dan berkat teguran itu aku bertahan sampai sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih kepada beliau yang tidak jemu-jemu menegur dan mengajar. Thank you so much! Dan kerana teguran itu jugalah ukhuwwah kami semakin bercambah dengan kasih sayang, alhamdulillah.

Kasih sayang kami semakin mekar berbunga. Kami bahagia bersama. Bergurau senda di dalam warung dan tak segan silu bertanya jika mengalami kemusykilan. Kami semakin rapat. Apapun tidak dimasuk dalam hati kerana telah menganggap kami sebagai sebuah keluarga. Yes we're family.

Tidak lama selepas itu entah di mana silap dan kurangnya ada yang ingin meletak jawatan. Tipu kalau aku kata aku tak terasa apa2. Tak sanggup nak gambarkan orang yang selama ini kita berinteraksi sama-sama, tiba-tiba dia tidak lagi ada bersama dalam meneruskan perjuangan ini. Tapi aku sedar, kami tiada hak untuk menghalang. Beliau berhak menentukan jalannya.

Jangan terkejut. Aku pun pernah minta untuk meletak jawatan atas alasan sibuk. Aku tidak dapat luangkan masa lebih lama di F***** seperti aku mula-mula dilantik dulu. Tambahan dengan masalah internet yang sering membatasi pelayaran aku di i**. Untuk mengelakkan m** junior turut terbawa dengan sikap m** senior (walaupun aku blom layak dipanggil senior masa tu) aku memilih untuk mengundurkan diri. Ya memang aku tekad masa tu walaupun di awal-awal lagi permintaan aku ditolak mentah-mentah. Sabar neh~

Memandangkan permohonan aku ditolak sekeras-kerasnya, tiada cara lain aku harus bertahan. Aku ambil cuti beberapa hari untuk muhasabah diri kembali. Aku perlu optimis. Kesibukan bukan alasan untuk aku mengalah di pertengahan jalan sedangkan inilah yang aku impikan selama ini. Erti memberi kepada yang memerlukan. Aku senang memiliki perasaan ini. Alhamdulillah.

Aku mula atur strategi agar tugas aku di i** tidak terabai dengan kesibukan aku sebagai seorang pelajar dan aku perlu pastikan pelajaran aku juga tidak terganggu dan mengelak daripada merasa terbeban. Alhamdulillah segalanya masih terkawal. Berkat pertolongan dari ALlah swt.

Selepas itu tidak bermakna perasaan ingin meletak jawatan tu terus hilang. Kadang-kadang iman ini teruji juga untuk mengulangi perasaan yang sama. Namun aku bertekad, aku akan tetap bertahan di F**** selagi aku diperlukan untuk membantu di sana. Tapi jika suatu hari nanti mereka menyedari aku tidak lagi layak memikul amanah ini, dengan hati yang rela aku sedia mengundur diri. Aku buat semuanya, insyaALlah ikhlas kerana Dia juga kerana sayang aku kepada F**** yang bercambah sejak hari pertama aku mengenalinya dan juga atas kepercayaan Mr Presiden yang sudi memberi peluang kepada aku untuk menjadi sebahagian daripada mereka dalam medan dakwah ini. Tapi jika bukan lagi tempat aku di sana, aku redha dengan ketentuan-Nya.

Sejak beberapa peristiwa, aku bertekad untuk tidak membawa bersama perasaan ke dalam F****. Terus terang aku katakan, perasaan aku masuk F**** hari ini tidak sama seperti sembilan bulan yang lepas. Aku masuk untuk menunaikan amanah kemudian setelah selesai aku keluar. Aku lebih senang memiliki perasaan ini supaya aku dapat terus bertahan. Kalau bawa perasaan takut mengharapkan yang lebih seperti perhatian dan sebagainya. Apabila apa yang kita harapkan kita gagal dapatkan, perasaan akan cuba mengawal diri sehingga menerbitkan rasa2 yang tidak baik. Kadang-kadang untuk memelihara kesihatan hati, kita perlu jadi emotionless ^^.

Aku dah jarang menampakkan muka di warung m** . Warung krew memang aku jarang join sejak dulu lagi atas alasan aku segan sebab tidak berapa mengenali mereka, hanya segelintir. Kadang-kadang aku 'interupt' juga untuk membina ukhuwwah bersama krew lain walaupun aku sendiri merasa agak menjengkelkan keberadaan aku di sana. Jika pun ada krew lain mengatakan aku M** yang sombong, aku tidak ambil hati. Mereka berhak menilai. InsyaALlah aku akan cuba perbaiki sifat penyegan tak bertempat aku ini sedikit demi sedikit.

Aku juga sedar, aku terpilih bukan kerana ilmu aku dan juga bukan kerana kepetahan aku dalam mengeluarkan pendapat. Memang kerdil sekali aku jika dibandingkan dengan rakan setugas yang lain. Aku hanya mampu membuat kerja-kerja manual yang kanak-kanak pun boleh buat kerja-kerja aku tu. Hehe. Tapi apakan daya, m** ukhwah ni memang tak tinggi ilmunya. Sekadar boleh membantu serba sedikit sahaja dalam tu. Haih kadang-kadang terasa tak layak pula memikul amanah ni dan dulu pernah juga terfikir nak tanya Mr Presiden, apa yang menyebabkan aku diterima sebagai m**? Huu tak mengapalah, alang-alng sudah berada dalam team ni, just proceed. Jadi, minta maaflah kepada team m** andai keberadaan diri ini mencacatkan kewibawaan team m********. Tula, orang minta lucutkan jawatan takmoh, nnt esok2 kalau ada user mempertikaikan kenapa m** U***** ni boleh jadi M** siapa nak jawab?haha! Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa user tak endah teguran m** U***** ni. Takpa2, buka ja thread berulang banyak-banyak nanti m** 'manual' ni p lock. Sabar neh~

Tujuan entry ini tiada lain hanya ingin mengambil beberapa minit untuk mengenang kembali apa tujuan sebenar aku memikul tanggungjawab di samping membina memotivasi diri yang semakin mundur. Aku ingin renung kembali tujuan utama aku berada di sana. Adakah kerana ingin dipuji dan ingin selalu diberi perhatian di sana? Kadang-kadang apabila kita terlalu banyak membawa emosi atau perasaan di sana, kita akan mudah terbawa dengan pengaruh luar. Kita mula merasakan terbeban dengan amanah yang kita pikul. Kita mula merasa kita keseorangan di sana dan merasa kita memikul segalanya berseorangan. Apabila sekali ujian datang, kita mula goyah dan mengalah dengan keadaan.

Tiada lain yang aku harapkan, hanya kami tetap kekal bersatu untuk menghadapi segalanya bersama. Jalan yang aku pilih ini bukan mudah, segala yang dilakukan akan diminta pertanggungjawaban dari ALlah swt kelak. Jadi kerjasama antara ahli kumpulan itu perlu agar yang kusut dapat dileraikan bersama-sama. Kami ramai dan pandangan kami juga berbeza tapi mudah2an dengan bekerjasama kami mampu mencari titik perbezaan itu.

Mudah-mudahan pertolongan dan keberkatan ALlah swt sentiasa menyertai tanggungjawab yang kami pikul bersama dan semoga hati ini terus diberi kekuatan agar tetap bertahan walau pelbagai hasutan dan dugaan silih berganti datang menguji. InsyaALlah, aku akan tetap bertahan sehingga aku tidak layak lagi menerima amanah ini dan dibuang dengan segala hormatnya. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang tidak jemu-jemu mendidik diri ini sehingga mudah langkahku di dalam pelayaran. Hanya ALlah swt dapat membalasnya, insyaALlah.

Jika ada yang membaca dan merasa terguris dengan taipan ini, harap dimaafkan kekhilafan hamba ALlah swt ini. Ampunkan segala salah dan silap sepanjang diri ini bersama kalian dan mudah2an tidak serik untuk terus memberi tunjuk ajar kepada diri ini. Mohon maaf juga jika diri ini tidak lagi seperti dulu yang kalian mula kenali. Namun kalian sentiasa dalam doa rabithah diri ini. Semoga hati-hati kita tetap bertaut dengan simpulan kasih sayang ALlah swt.

Aminn Ya Rabbal 'Alamin.

Jazakallah..


Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog