Sunday, June 28, 2009

:. Rindukan Suasana Itu .:

Sunday, June 28, 2009 |

Bismillah..

Semalam, aku mungkin telah melukai hati seseorang. Maafkanlah hamba ya Allah sikranya hatinya telah kulukai namun itu bukanlah kehendakku. Sesungguhan aku amat menyayangi dirinya. Aku terlalu sayangkan ukhuwah ini. Semoga Engkau sentiasa memeliharanya agar terus dibawah rahamat dan keberkatan-Mu . Tabahkanlah hati kami dalam menempuh segala onak dan duri di dunia-Mu ini. Aminn..

Tiba-tiba, aku teringatkan kehidupan di matrik 2- 3 tahun yang lepas. Kehidupan yang aku rasa paling bahagia sepanjang aku bergelar seorang pelajar. Indahnya perjuangan pada ketika itu bersama rakan-rakan menempuh suka dan duka mengharungi cabaran sebagai seorang mahasiswa. Sungguh aku amat rindu suasana dahulu. Aku amat merindui kalian.

Terkenang kembali masa mula2 aku menjejakkan kaki ke dunia matrik. MasyaALlah, hanya Dia yang mengetahui betapa berdebar aku pada waktu itu. Maklumlah pertama kali berjauhan dengan family. Selepas ini segalanya harus diuruskan sendiri.

Aku berkenalan dengan seorang gadis cina yang manis orangnya. Dia menyambut salam perkenalanku. Aku dan Tong See Nee duduk bersebelahan. Tak lama kemudian, datang lagi dua orang gadis melayu yang merupakan rakan sejak dari sekolah menengah lagi. Alhamdulillah jodoh mereka panjang. Kami tidak banyak berbual kerana masing-masing sibuk mengemas dan menguruskan apa yang perlu.

Hajar dan Abit jarang ada di bilik. Abit suka turun ke bilik kawan dia dan hajar pula berhijrah ke bilik hadapan.Tong pula suka belajar di bilik tutor. Tapi aku ni jenis tak kisah, takpe duduk sorang-sorang pun =) Selalunya hajar dan abit tak balik tidur di bilik dan tong pula akan balik jam 10 malam dan terus tidur. Aku pula, terus menelaah sampai jam 2 pagi.Itulah rutin ku setiap hari sepanjang berada di matrik.

Semester kedua, Tong dah jarang pergi bilik tutor untuk study. “Saya nak teman atul la. Jom kita study sama-sama”. Kata-kata Tong pada suatu hari membuatkan aku sedikit terkejut. Senyum jela =). Sekarang bila aku toleh ke kanan ada orang tak macam dulu pandang mana2 pun xkan jumpa siapa-siapa.hehe..

Oleh kerana selalu duduk berdua, kami menjadi sangat rapat. Kadang-kadang kami main soal-soal tentang subjek yang kami tengah belajar masa tu. Tong pun dah pandai tidur lambat. Mula-mula nampak dia macam tak biasa. Susah juga dia nak bangun pertama kali tidur lewat tapi bila dah lama-lama dia dah terbiasa.

Teringat dulu, Tong ingin pinjam iron aku tapi masa tu aku sedang solat. Dia datang depan aku, mengajuk-ajuk meminta izin untuk menggunakan iron tersebut. Mula-mula aku teruskan ja solat, tapi lama-lama makin bersungguh pula dia mengajuk pada aku sehingga pergerakan aku terbatas. Aku terpaksa berhenti solat. Aku menerangkan kepada Tong beberapa perkara supaya di lain masa perkara itu tidak berulang. Tong beberapa kali meminta maaf. Katanya dia tidak tahu, sebab pertama kali duduk di asrama tambahan dengan budak Islam. Nasib baik tong memahami. Sejak itu, jika ada apa-apa tong akan tunggu sampai aku selesai solat. Tong, Tong, suka buat aku tergelak. Sangat comel. Saya rindu kamu! Semoga ALlah memberikan hidayah kepada insan yang sangat baik seperti Tong. Aminn..

Tong selalu inform kat aku kalau lecturer dia ada buat kelas tambahan. Aku selalu juga seludup masuk kuliah Tong sampai satu hari tertangkap dengan Miss Suraida. Tiba-tiba ja Miss Suraida menyoal aku sedangkan aku bukan student dia. Terkejut aku. Ingat dia tak perasan. Haha cantoi.Miss Suraida kenal aku sebab dia lecturer tutor aku.hehe malu jugalah seposen dua=)

Sungguh aku sangat rindukan suasana belajar begitu. Terasa begitu kuat perjuangan sebagai seorang mahasiswa. Sanggup seludup kuliah orang lain semata-mata untuk dapatkan ilmu lebih. Indahnya sehingga tak tergambar oleh mata tapi amat meresap di hati. Kalau boleh nak ulang lagi masa-masa indah tu. Kehidupan yang penuh dengan disiplin!

Hajar pula baik dan sangat sentitif orangnya. Kalau dia rindukan keluarga atau mempunyai masalah yang lain, dia mesti cerita kat aku sambil menangis. Murah betul air mata hajar. Terasa rindu pula bahu atul ingin dibasahi tangisan hajar =) Abit pula kelakar orangnya. Kalau sehari tak gelak tengok dia memang tak sah. Ada ja perkara yang boleh membuat kami ketawa. Teringat masa kucing masuk dalam bilik, abit lari tak keruan seolah-olah nampak harimau. Ya ALlah rindunya atul pada kalian. Rindu yang teramat sangat.

Sekarang masing-masing telah membawa hala tuju masing-masing menyambung perjuangan yang belum selesai. Hajar di UDM mengambil bioteknologi, Abit pula di UITM amik forensik, Tong pula di UM amik Pharmacy dan aku pula di sini. Atul akan sentiasa mendoakan kejayaan kamu semua. Sangat sayang dan rindu kamu semua. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan. Ada jodoh kita berjumpa lagi!Semangat2!!



Related Posts



2 kritikan:

AsNiza said...

eleh atul gelakkan org takut kucing, entah2 atul tgk tikus pun lari sampai panjat pokok, kekekeke..

apa yg paling jauh dengan kita adalah hari semalam, semakin kita mencuba utk mendekatinya, semakin ia menjauhi kita...

kenanangan itu indah, namun ia tetap tidak akan berulang lagi.. tapi itu tidak bermakna ia akan terus 'mati'. di hati kita, ia tetap terus hidup subur..

semoga Atul tabah menghadapi hari mendatang, amin..

UkhwAh said...

haha..ishh syp2..jgn mengkantoikan atul di sini..hehe.

erm, sedeynya baca nasihat akak..sgt rindukan suasana itu..tp perjuangan ttp hrus d teruskan.Semoga kami masing2 berjaya kejar cita2 masing2..InsyaALlah..

terima kasih kak..akak selalu ada..isk3..

aminn..aminn..semoga kta sama2 tabah!semangat!!

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog