Sunday, June 14, 2009

:. Kembalikan rasa ini .:

Sunday, June 14, 2009 |
Bismillah..

Kebelakangan ini, masalah dengan internet di rumah ni semakin menjadi-jadi. Jika berlaku gangguan ketika ‘exam’ aku tidak berapa kisah sangat walaupun kadang-kadang rasa geram juga terpaksa lepaskan tanggungjawab kepada rakan setugas yang lain. Aku tak boleh lama-lama di hadapan laptop kerana masa aku perlu peruntukkan untuk study. Maafkan saya, teman-teman.

Sekarang, seperti biasa minggu pertama blok baru aku tidaklah begitu sibuk seperti minggu-minggu selepasnya. Namun, sedikit aku kesal internet tetap juga bermasalah. Jika elok pun mungkin di tengah malam ataupun awal pagi. Tak mengapalah asalkan aku dapat juga masuk menjalankan tugas aku. Kesian aku melihat mod-mod yang kadang sendirian menjalankan tugas.

Semalam, aku berkesempatan meluangkan lebih masa di forum.Alhamdulillah. Tapi aku kian sedar, forum tidak lagi semeriah dulu. Bilangan user semakin hari semakin ramai tapi kenapa aku masih merasakan sesuatu yang kurang? Kosong!

Aku terfikir adakah disebabkan penutupan beberapa kategori? Jika dulu, pada awal penyertaan aku di forum, keadaan tidaklah suram seperti ini. Sekarang cuti sekolah pun tidak ramai adik-adik yang berkongsi seperti dahulu. Apakah puncanya?

Aku perasan, perbincangan di forum sekarang nampak lebih ilmiah. Segala nampak lebih terkawal. Jika ada thread berkaitan kategori yang di autolock, thread tersebut akan di’move’. Maafkan kami user, kami hanya menjalankan tugas.

User ILuvIslam.com terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan cara penerimaan juga boleh jadi tidak sama. Orang kata, lain orang lain kepala. Jika dulu, semasa kategori seperti lain-lain, rehatkan minda, pengalaman, dan alumni masih dibuka, ramai adik-adik di kalangan pelajar sekolah suka melepak di sana. Tapi sekarang semua kategori tersebut telah ‘autolock’. Adakah ini puncanya mereka ‘pergi’ ?

Sebenarnya salah satu tujuan kategori itu ditutup sementara adalah untuk mengelakkan perbincangan yang meleret-leret dan tidak ilmiah. Pernah user mengadu forum ILuvislam.com tidak ubah seperti forum-forum yang lain, tidak ada kelainan dan banyak perbincangan yang keanak-anakan. Beginilah situasi yang menyerabutkan kepala. Susah untuk puaskan hati semua orang.

Bagi aku, dalam proses kita untuk menyampaikan dakwah, kita perlu mengenali dahulu siapa yang bakal kita ‘attack’. Kita harus tahu bagaimana kaedah yang harus kita lakukan agar dapat memukau dan menambat mereka untuk mengenali keindahan Islam.

Forum ILuvislam.com sesuai untuk semua peringkat umur. Kita bukan sahaja menerima golongan yang dewasa dan bijak pandai sahaja tapi kita mengalukan kedatangan semua. Di sini kita bersatu mengumpulkan pandangan bagi membincangkan segala masalah yang merangkum semua aspek kehidupan, bermula daripada masalah berkaitan agama sehinggalah dalam pengurusan diri.Syabas ILuvislam.com!Telah banyak pembaharuan yag dilakukan. Semua untuk siapa jika bukan untuk kita semua?

Tapi, dalam Islam juga tidak melarang kita untuk berhibur, menyenangkan hati asalkan berpada-pada dan tetap pada landasannya. Aku rasa tiada salahnya jika ada perbincangan ‘ringan’ (lagha) tetapi masih mempunyai elemen-elemen yang berilmiah. Ini bukan sahaja dapat menarik golongan muda untuk mengenali dan mencintai ILuvislam.com tapi kita juga dapat perlahan-lahan mendidik mereka untuk menjadi lebih dewasa.

Bagaimana kita ingin memimpin mereka, golongan muda khasnya untuk mencintai Islam melalui ILuvislam.com sedangkan masuk sahaja forum mereka tiada hati untuk melihatnya? Sebenarnya kita boleh mengubah keadaan andai kita bersatu hati! Jika adik-adik terlalu inginkan keseronokan, abang-abang atau kakak-kakak yang lebih ‘mengerti’ dapat memimpin mereka kepada jalan yang seharusnya. Teguran tidak seharusnya dengan kekerasan, kemarahan mahupun kejian, tetapi mendidik jiwa mereka dengan nasihat-nasihat yang boleh melenturkan jiwa muda yang hangat mengenali dunia.

Di sini, apa yang penting adalah kesatuan hati-hati kita semua bagaimana kita menguunakannya dalam mendidik diri menjadi seorang khalifah di bumi ALlah swt ini. Ingatlah, tidak semua orang jalannya itu lurus seperti yang diharapkan. Di sinilah peranan kita semua dalam memupuk semangat ukhuwah dan berdakwah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri sendiri mahupun orang lain agar kecantikan Islam itu dapat dilihat dan dirasai oleh semua umat manusia. InsyaALlah..

Kembalikan rasa ini, ya rabb..Semangat!!

wassalam..


Related Posts



2 kritikan:

AsNiza said...

terima kasih untuk pandangan..

insyaALLAH akak akan bincangkan dengan presiden mengenai hal ini, insyaAllah..

doakan yang terbaik yer.. ^_^

UkhwAh said...

sekadar meluahkan rasa hati..sob3..

insyaALlah doa sy akn sntiasa mengiringi perjalanan iLuvislam.com esp Forum ^^

semangat2!!

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog