Friday, June 5, 2009

:. Pendiam? .:

Friday, June 5, 2009 |
Bismillah..

Salahkah jika seseorang itu pendiam? Perkara ini pernah dibincangkan di ILuvIslam.com dan aku sempat juga 'landing' sepatah dua kata di situ. Entah tiba-tiba sahaja rasa nak berkata-kata tentang orang pendiam ini. Adakah mungkin kerana aku juga termasuk golongan ini sehingga menarik jari jemari ini untuk menulis sepatah dua kata mengenai orang pendiam? Only He knows =)

Ada orang kaitkan orang pendiam ini dengan seorang yang sombong aka tidak peramah. Dia dengan dunia dia je tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Selalunya tanggapan ini terlihat pada pandangan pertama aka orang yang masih dikenali. Tidak kurang pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang kera sumbang, tidak pandai bergaul dan bersosial. Ibarat katak di bawah tempurung, selain tempurung benda lain dia tak tahu dah!haha kadang-kadang rasa macam kejam je 'statement' begitu. Walaubagaimanapun itu adalah pandangan individu yang tidak boleh dikatakan benar atau salah kerana bergantung kepada alasan yang mengukuhkan ' hujah mereka. Semua orang boleh berkata-kata tapi yang membezakan adalah ilmu yang tersurat mahupun tersirat dalam hujah mereka.

Tidak semua orang pendiam itu kera sumbang, sombong, tak pandai bersosial dan kata2 lain yang sekufu dengannya. Pendiam itu kadang-kadang adalah sifat semulajadi yang bermaksud bukan dibuat-buat tetapi sejak dia wujud di dunia lagi dirinya sudah begitu. Pendiam bukan satu 'penyakit' hanya bila berada di kalangan yang 'sihat' kononnya ia kelihatan sebagai satu wabak yang aneh. Contoh jika terdapat spesies pendiam di kalangan spesies yang ramah tamah, keadaan kelihatan seperti begitu aneh sekali. Kata orang kelantan 'tak meh' dan menyebabkan mereka lebih memilih untuk terus menjadi seorang yang pendiam.

Dalam situasi yang berlainan, ada juga yang pendiamnya mengikut musim. Adakalanya dia seorang yang ramah dan dalam waktu tertentu juga tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam tapi dominant tidak dapat dikenalpasti. Mungkin juga asalnya seorang yang peramah tapi dalam keadaan yang memerlukan untuk dia berdiamkan diri, dia akan cuba menukar musim kepada menjadi seorang yang pendiam. Contohnya bersama keluarga dia seorang yang sangat 'bising' tapi bila dia di luar, dia lebih gemar untuk meminimalkan perbuatan dan percakapannya. Maknanya berperilaku di luar kebiasaan mengikut situasi dan keadaan.

Tapi apabila seorang yang asalnya sangat peramah tiba-tiba menjadi pendiam itu kadang-kadang menimbulkan keraguan kepada populasinya. Mungkin orang akan mengatakan dia mempunyai masalah dan sedang bersedih walaupun tidak pada hakikatnya.

Bagi aku, pendiam atau ramah tidak memberi masalah kepada ekosistem. Kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk menjadi seperti orang lain yang bukan dirinya. Seharusnya tidak perlu ada tanggapan yang negatif terhadap orang yang pendiam dengan mengatakan mereka sombong dan sebagainya tapi itulah yang sering terjadi.


Setiap perilaku ada pro dan kontra. Setiap manusia itu dikurniakan akal fikiran yang berfungsi untuk berfikir. Menjadi seorang pendiam itu tidak salah cuma mungkin pada keadaan tertentu perlu juga menjadi seorang yang peramah. Contohnya seorang doktor dengan pesakit. Walau doktor tersebut seorang yang pendiam tapi ketika dalam tugasan dia perlu menjadi seorang yang peramah. Dia perlu menjelaskan kepada pesakit mengenai penyakit yang dihidapi serta memberi semangat kepada pesakitnya. Jika dia hanya membuta diam, cakap sepatah dua kata, mungkin maklumat tidak sampai kepada pesakit tersebut. Inilah yang dikatakan berkata-kata apabila perlu dan lebih baik berdiamkan diri. Itu mungkin lebih baik daripada semakin banyak kita berkata-kata semakin' gah' kita membuka pekung di dada.

Abu Hurairah ra memberitahukan, Muhammad Rasulullah saw bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia berbicara yang baik atau (kalau tidak boleh) lebih baik diam.” (HR Tirmidzi dan Muslim)

Mari contohi Rasul junjungan, Muhammad saw :

Ibnu Abi Halah ra memberitakan, “ Muhammad Rasulullah saw pendiam kerana empat hal:

a. Pendiam kerana sopan-santun

b. Pendiam kerana menghargai orang lain

c. Pendiam kerana hati-hati.

d. Pendiam kerana berfikir. (Al-Hadis)



Aku berbicara melalui konteks pandangan diri aku sendiri yang mungkin boleh silap. Ciptaan ALlah swt itu tidak pernah sia-sia. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Jangan malu atau rendah diri jika anda seorang yang pendiam. Tapi jangan jadikan pendiam itu sebagai satu alasan anda terus disisih oleh masyarakat. Berusaha untuk lakukan yang terbaik agar setiap hari-hari kurniaan-Nya terisi dengan sesuatu yang bernilai. Kita manusia dikurniakan akal supaya dapat membezakan antara yang haq dan yang batil. Tepuk dada tanya iman ^^

Jazakallah.





Related Posts



2 kritikan:

Wal said...

macam saya. haha

UkhwAh said...

lor kebetulan la ya?
teror akak tembak kan?huu..

jom kt tubuhkan persatuan pendiam, syawal jd pengerusi!hehe..

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog