Baru balik dari meeting pertama UMSA setelah batch 2007 pegang untuk sesi 2009/10. Banyak jugalah yang dibincangkan dan alhamdulilah segalanya berjalan dengan baik. Mudah2an selepas ini pun segalanya akan berjalan dengan baik dengan pucuk pimpinan yang baru setelah batch 2006 bersara ^_^
Aku memegang biro keselamatan dan kebajikan bersama syak. Tadi dah diserahkan fail yang harus dikemaskini dan dibuat penelitian oleh biro masing-masing untuk melaksanakan tugas pada 'pemerintahan' baru ni. Beberapa aktiviti untuk masa terdekat juga telah dirangka terutama yang melibatkan junior 2009 yang baru sebulan di sini.
Aku p dengan sarah tadi. Sarah bendahari bersama-sama dengan Azmil. Lepas ni dia digelar ceti lagilah duk kutip duit-duit kami. Along versi perempuan. Haha jangan marah Sarah, just kidding. Sejak menerima surat perlantikan lagi aku dah terfikir untuk meletak jawatan dan Sarah juga tahu mengenai hasrat aku untuk melepaskan jawatan tersebut kepada orang lain yang lebih layak. Bukan nak mengelak dari tanggungjawab tapi aku takut aku tak mampu untuk melaksanakannya dengan baik apabila memikirkan aku masih mempunyai komitmen lain.
Tadi sebelum meeting tamat, aku telah berterus terang dengan semua ajk untuk menarik diri dan aku sempat juga aku selitkan kata-kata amanat agar persatuan ini tidak hanya riuh apabila ada aktiviti dan kemudian senyap hilang berita. Kalau boleh aku nak persatuan yang mewakili pelajar-pelajar Malaysia di UKRIDA ni terus aktif terutama melalui pergerakan biro-biro agar kewujudannya dirasai oleh semua pada setiap masa dan lantas membela kebajikan pelajar-pelajar di sini dan bukan kewujudannya hanya sekadar menyatakan 'ada'.
Alhamdulillah mereka menerima teguran aku itu dengan berlapang dada cuma apabila aku meminta izin untuk menarik diri mereka agak terkejut lantas ada yang tidak bersetuju dengan penarikan tersebut. Hafiz selaku Presiden menasihati aku supaya ambil sedikit masa untuk cuba dahulu dan jika mengalami apa2 masalah boleh refer pada ajk yang lain. Aku tak mampu membantah kerana aku tahu mereka semua sangat berharap agar kami dapat bekerjasama untuk erus menghidupkan UMSA. InsyaALlah aku akan berusaha mana yang termampu.
Masa nak balik tadi, sempat juga sorang dua mengusik menggunakan ayat 'tarik diri' yang merujuk kepada aku. Haish buak-budak ni memang, ada ja 'point' nak kenakan orang lagi-lagi nonoi yang memang kuat menyakat tu. Haish sabar jela.
Apapun, besar harapan aku untuk melihat UMSA menjadi wakil pelajar-pelajar Malaysia di sini dalam menguruskan beberapa perkara dan juga sebagai satu wadah untuk menyatukan kami, pelajar-pelajar Malaysia UKRIDA, InsyaALlah.
Mudah-mudahan keberkatan dan pertolongan ALlah bersama perjalanan persatuan ini, dan semoga hati-hati kami bersatu dalam kasih sayang kerana ALlah swt..Aminn ya rabbal 'alamin..
Jazakallah.