Bismillah
Wudhu dilakukan sebelum menunaikan ibadah solat iaitu dua ibadah yang tidak boleh dipisahkan kerana tanpa wudhu tidak akan sempurna solat seseorang. Walaupun mungkin nampak mudah, namun jika dikerjakan dengan bersahaja tanpa mengetahui caranya yang betul, maka tidak sah lah solat kerana wudhu nya tidak sempurna dan hilanglah fadhilat ke atas wudhu itu sendiri.
“Allah tidak akan menerima solat seseorang di antara kalian apabila berhadas, sehingga ia berwudhu.” (HR Al-Bukhari, Muslim,Abu Daud, dan At- Tirmidzi)
Wudhu bukan sahaja pelengkap bagi ibadah solat tetapi mempunyai kelebihan yang dijanjikan Allah swt kepada yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.
“Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, lalu ia membasuh wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya itu setiap kesalahan(dosa) yang dilihat oleh kedua matanya bersamaan dengan air atau titisan air terakhir. Sehingga ia keluar dan berwudhu dalam keadaan bersih dari dosa.”
“Mahukah kalian aku beritahukan tentang sesuatu yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa kalian dan meninggikan derajat kalian? Para sahabat menjawab: Mau, ya Rasulullah. Kemudian beliau pun berkata: Iaitu dengan cara menyempurnakan wudhu dari hal-hal yang bersifat makhruh. Banyak melangkahkan menuju masjid dan menunggu waktu solat setelah solat (tahiyatul masjid). Yang demikian itu adalah ikatan (perjanjian). “ (HR Muslim)
Sifat makhruh yang dinyatakan oleh Rasulullah saw itu adalah:
1. Berwudhu di tempat yang mengandungi unsur najis.
2. Membasuh dan mengusap anggota wudhu lebih dari tiga kali.
3. Boros dalam menggunakan air.
4. Berwudhu dari sisa air wudhu wanita.
Wudhu itu memiliki beberapa fardhu dan rukun yang telah disusun mengikut tertibnya. Jika tertinggal salah satunya, maka wudhu tidak sah menurut syariat.
Berikut adalah fardhu wudhu:
1) Niat.
2) Membasuh muka iaitu dari bahagian atas dahi sampai bahagian dagu yang bawah.
3) Membasuh kedua tangan iaitu dari dari jari jemari ke hujung siku.
4) Mengusap kepala, boleh dalam tiga cara iaitu seluruh kepala, bahagian atas surban, atau bahagian depan kepala dan surban. (masing-masing mempunyai hadis yang mengukuhkannya)
5) Membasuh kedua kaki iaitu dari jari jemari sehingga kedua mata kaki.
6) Tertib.
7) Berwudhu satu kali dalam satu waktu iaitu tidak berselang waktu yang terlalu lama antara satu fardhu wudhu ke fardhu wudhu yang lain.
Nampak mudah kerana inilah ibadah wajib yang akan kita kerjakan terutamanya dalam solat lima waktu sehari semalam tapi jika tidak berhati-hati boleh jadi ianya salah dan hilanglah segala fadhilatnya. Semoga ibadah wudhu yang kita kerjakan sehari-hari adalah ibadah wudhu yang sempurna yang sampai kepada-Nya. InsyaAllah. Bermujahadah selalu dan sentiasa perbaiki di samping meningkatkan lagi amal ibadat demi mencari keredhaan-Nya agar selamat kehidupan kita di dunia dan akhirat sana.
Allahu’alam.
2 kritikan:
takut..bagaimana kalau ibadah kita sebenarnya tidak sah/tidak di terima? haish~
belajar lagi dan lagi dan lagi..jangan jadikan kebodohan sebagai alasan..^^
p/s: ashraf dah reti bca doa masuk toilet, ekekeke
erm betoi..kita solat hari2 tapi pada pndangan Tuhan adakah ibadah kita itu benar2 sampai kepada-Nya.
btol2..
belajar dan belajar lagi!
sambil2 belajar dengan ustaz2 kat ili ^_^
ashraf memang comei..lepas ni boleh lah dia
p toilet sendri..
makNgah kimslm kat dia na?kata kakak comei kimslm!hehe :P
Post a Comment