Bismillah.
Sedang asyik melayan perasaan kerana berasa bosan tidak dapat masuk ILi tiba-tiba aku teringat perbualan bersama seorang peniaga semasa aku membeli barang di Tanah Abang pada dua hari yang lepas.
“Pak, ada gak set comforter untuk single bed?” Aku bertanya. “Single bed?Belt?Belt? Orang Malaysia ya? Kok bahasanya aneh sih”. Orang tersebut membalas pertanyaan aku sambil tersenyum sinis. Aku mengerutkan kening. “Aku salah sebut ke mas ni yang salah sebut ? Erm biarlah.” Aku bermonolog sendiri. Mungkin cara aku sebut tak kena pada selera lelaki tersebut.
Kebanyakan orang di sana pasti akan pandang lain sikit pada kami dan perkataan yang selalu didengar ketika kami melewati sesebuah kedai adalah, “Orang Malaysia ya embak? Kok aneh sekali bahasanya. Malaysie, nak ke mane, beli ape,”. Ajuk para peniaga di situ.
Kami hanya tersenyum sambil meneruskan perjalanan. Malas nak fikir, biarkanlah apapun orang nak kata. Adat kami sebagai tetamu kena menghormati tuan rumah walaupun kadang-kadang apa yang dilakukan tuan rumah tidak kena pada ‘selera’ kita. Tak perlu nak didebatkan tentang perkara remeh yang hanya akan membuang masa dan paling tidak pasti akan menimbulkan perbalahan. Dalam situasi tersebut lebih baik diam daripada berkata-kata. Nanti kalau dilayan takut lain pula jadinya. Tambahan pula kami sering berkunjung ke sana terutama ketika ingin membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Bukan sekali dua tapi sering juga kami ditanya dengan pelbagai soalan terutama yang melibatkan kes penderaan pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia. Kadang-kadang dengan penuh emosi mereka bertanyakan "orang malaysia memang gaya' itu ya?". Pening-pening. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Pandai-pandailah bawa diri walaupun di mana anda berada =)
Jazakallah.
0 kritikan:
Post a Comment