Saturday, April 18, 2009

:. Pernah Couple? .:

Saturday, April 18, 2009 |
Bismillah..

Aku duduk di kerusi berdekatan makmal sementara menunggu kelompok D selesai praktikum Pharmacology. Sedang asyik aku membelek2 bahan untuk kuiz sebentar lagi tiba2 A datang duduk di sebelah aku. Aku senyum dan kemudian sambung balik bacaan aku itu. Tiba2…

“Atul, nak tanya sikit boleh?” Mukanya nampak gelisah dan aku pun menjadi resah. Aku mengiringkan sedikit badan lalu memandang tepat ke wajahnya. “Tanya apa?Tanyalah.” Sambil tersenyum aku membalas.

“Atul ada pakwe?” Haha tergelak kecil aku! Soalan apakah? Aku geleng sambil tersenyum. “Atul pernah couple?”. Bertubi2 pertanyaan dilontarkan tapi soalan yg terakhir membuatkan aku kelu seribu bahasa. Sambil tersenyum aku gelengkan kepala lagi. “Tapi pernahkan ada orang suka kat atul?”.Dia masih tidak berpuas hati. Aku senyum. Haha berapa banyak mau senyum daa =)

“Boleh tak nak tahu kenapa atul tak nak couple? Sebab atul nak bercinta lepas kahwin ke?”. Wah makin rancak pertanyaan dia yang membuatkan aku semakin rasa bersalah. Sebenarnya aku paling tidak gemar ditanyakan soalan sedemikian lagi2 oleh mereka yang pernah atau sedang bercouple. Aku rasa amat bersalah. Tak tahulah kenapa aku rasa macam tu. Aku perasan sangat, kadang2 ada juga teman2 yang bila rancak bercerita bab boyfriend, elok aku singgah ja masing-masing diam. Ishh aku bukan orang anti couple. Aku tak pernah memusuhi golongan yan bercouple. Siapalah aku untuk memilih-milih dalam berteman?

“A, tak bermakna atul tak pernah couple atul adalah budak yang sangat baik. Pada asalnya atul tak nak couple sebab prinsip. Sejak form three lagi atul bulatkan tekad tak nak libatkan diri dengan komitmen lain selain study sampai atul habis SPM. Then bila masuk matrik atul mula sedar yang perjalanan atul masih jauh dan penuh ujian. Oleh kerana tak nak peningkan kepala atul buat keputusan nak sambung prinsip lama dan tak nak fikir lagi soal couple2 ni ditambah pula sering mendengar cerita daripada kawan-kawan yang mengadu selalu menghadapi masalah dengan pasangan masing-masing sehingga fokus pada pelajaran jadi terganggu. Mengelak lebih baik daripada mengubati. “Terang aku dengan berhati-hati untuk mengelakkan A salah faham malah mungkin bisa membuatkan dia terasa jika aku tidak berhati-hati dalam penyampaian. Demi Allah aku rasa bersalah pada A kerana A sedang bercouple tapi aku sekadar menjawab pertanyaannya.

“Kalau ada orang suka atul, dan atul pun suka orang tu, atul couple tak?”. Aku membalas dengan senyuman sambil berkata, “Biarlah Allah yang tentukan. Atul serahkan segalanya hanya pada Dia.” A menerima pengakuan aku dengan senyuman.

Macamman boleh tercetusnya sebuah prinsip?

Pernah aku tanyakan kisah bagaimana pertemuan emak dan ayah. “Mak dan ayah berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Kami tidak pernah bercinta Cuma pernah keluar sekali sahaja sebelum bernikah itu pun untuk kenal hati budi masing-masing sebelum bersetuju untuk terima lamaran sebelah pihak ayah. Sebelum kenal ayah, mak tak pernah berkawan dengan manamana lelaki sebab tok dengan tokwan garang. Kalau balik rumah sebelum maghrib, siaplah tok tunggu dengan kayu api di luar rumah. Habis pengajian terus kayuh gherek balik umah takut tok kunci duduk luar.

Tapi mak tak nak didik anak2 mak macam tu sebab mak tahu zaman dah berubah. Anak-anak sekarang bukan macam anak-anak dulu. Mak Cuma nak pesan, walau di manapun akak berada, akak kena pandai jaga diri. Jaga adab dan perlakuan sebagai seorang perempuan. Jangan lupa solat dan belajar rajin2. Dengan ilmu ja masa depan kita akan cerah.“ Kata emak sambil mengusap2 kepala aku. Rindunya aku saat itu. Sejak itu, aku bulatkan tekad untuk memberi tumpuan kepada pelajaran 100% tanpa memikirkan perkara lain.

Ya tak dinafikan orang yang belum pernah ada ‘antibiotik’ ni antibodinya tak sekuat orang yg pernah diserang buat kali pertama tapi setiap kali dugaan tu datang aku akan ingatkan diri dengan nasihat emak dan prinsip yang aku pegang sampai ke hari ini.

Sekarang bukan sekadar prinsip

Apabila aku semakin menginjak dewasa, aku mula mencari erti di sebalik sebuah kehidupan. Aku mencari dan terus mencari dan akhirnya aku temui sebuah jawapan kepada tindakan yang aku lakukan tanpa sebuah ‘asbab’ yang relevan sebelum ini. Aku tidak lagi menolak cinta kerana prinsip tapi aku menolak cinta kerana CINTA! Bukan selayaknya lagi aku berbicara soal cinta pada manusia sedangkan aku masih seorang mahasiswi yang penuh tanggungjawab yang ingin dipikul selain membebankan diri dengan tanggungjawab lain yang tidak seharusnya diletakkan atas bahuku selama ini. Aku lebih yakin bahawa apa yang aku lakukan selama ini adalah tindakan yang betul.

CINTA Dia yang harus aku kejarkan sebelum aku mencintai hamba-Nya. CINTA DIa yang tidak pernah kenal erti jemu pada hamba-Nya. CINTA yang sejati dan kekal abadi. Aku masih lagi terkapai-kapai mencari nur yang bisa menerangi jalanku mencari di mana letaknya CINTA-Nya. Aku ingin menjadi hamba yang sebenar hamba dan anak solehah yang menyejukkan hati ibu dan ayah kerana redha Allah swt terletak pada redha emak dan ayah. Kasih sayang seorang ayah dan ibu yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat. “Mak ayah, rahmatilah anakmu ini semoga rahmat Allah Allah swt sentiasa mengiringi langkah anakmu ini.”

Apabila lamaran hamba-Nya datang memberikan salam, pasti akan ku sambut dengan hati yang ikhlas setelah ku mohon petunjuk dan berserah hanya kepada-Nya. Jika benar ‘dia’ adalah utusan Allah swt yang akan menuntun diriku berjalan menuju pintu syurga-Nya , pasti ku terima dengan lafaz ‘alhamdulillah’ ku panjatkan segala kepujian dan kesyukuran atas anugerah yang Dia limpahkan atas hamba-hamba-Nya agar benih cinta yang disemai bercambah menjadi pohon cinta dan berbuah kasih sayang hanya untuk mencari keredhaan-Nya.

Setiap yang Allah swt jadikan itu pasti adalah yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Mungkin di mata manusia tidak seindah yang digambarkan namun di mata Tuhan terselindung sebuah hikmah yang hanya Dia mengetahui-Nya. Perempuan dan lelaki diciptakan berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui". (An Nur : 32)

Sebelum mengharapkan yang terbaik, aku harus persiapkan diri untuk menjadi yang terbaik dahulu. Aku hanya ingin simpan perasaan cinta manusia ini hanya untuk si ‘dia’ yang aku tidak ketahui siapa dan di mana tetapi ku mohon perasaan CINTA ku kepada-Nya tidak pernah berubah malah akan sentiasa mekar dalam redha dan rahmat daripada-Nya walaupun setelah aku memiliki cinta hamba pilihan-Nya. “Lindungilah hatiku ini ya Allah daripada ‘penyakit’ duniawi yang bisa menghayutkan ku jauh daripada-Mu. Aminnn..

Sekarang bukan masanya untuk berangan-angan! Dahulukan yang dulu dan kemudiankan yang kemudian. Bertindak mengikut situasi dan keadaan. Jangan sesekali terleka dibuai bisikan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.Sekali masa itu berlalu, ia tidak akan pernah berputar lagi ke belakang. Terus maju dan pandang ke hadapan kerana di hadapan itu adalah kehidupan. Letakkan segalanya pada Allah swt kerana hanya Dia yang mengatur hamba-Nya.

“Kejarlah CINTA dan CITA-CITA sebelum mengejar cinta dan cita-cita.”

Allahu’alam.


Related Posts



7 kritikan:

AsNiza said...

atul~

kalau cita2 kita adalah mengejar cinta, cmne plak nak buat tu? ekekekeke..

wish u all the best sis..coz u deserve that..ameen..^^

Misz SeroJa said...

yup atul..
u same wif me..
about prinsip...huhu

UkhwAh said...

==> kak~
kalau cita2 nak kejar cinta itu tandanya da tak lama dah tu..
bila?bila?hehe..

atul doakan semoga akak bertemu dgn seorang lelaki yang terbaik, sebaik akak ^_^ InsyaAllah..aminn..

tanx sis.InsyaAllah..aminn
iman manusia ni kadang di atas kdg juga d bawah.kita merancang Allah jua sebaik2 perancang..mudah2an atul kuat utk menghadapi setiap ujian-Nya.

==> Zeida~

tanx sudi singgah =)
welcome to the club.hehe.
insyaAllah mudah2an kita kuat utk terus bertahan..
gudlark exam!wat yg terbaik!
semangat!

Misz SeroJa said...

thankz atul..
mudah2han zaid pun kuat cam atul..huhuhu

UkhwAh said...

hehe..
atul kuat ka?
insyaAllah, kita sma2 blajar utk
menjadi kuat taw ^_^

kalau ada apa2 zahidah jgn la
segan2 tegur atul taw!
semoga ukhuwwah yg terbina
sentiasa dlm pemeliharaannya,
InsyaAllah (';')

Masrurah said...

Salam..
atul,,,
kak niza tu dh nmpak byang tu kot..hehehe...
all the best ye kak niza..
atul plak??
abis kan blja dulu ek..heheh...
mcm kak niza xpe..(hek hek)

UkhwAh said...

w'salam wbt..

huk3(gelak tutp mulut)
tula terasa aura 'ehem2' ni..
jom kak mas kita doa2
cpt sket kita blh jmpa nnt!
kan?kan? ^_^

p/s: dah 7thn xmkn nasi myk..
sadis x? =(

InsyaAllah..
doakan atul na =)
xpa hbs bljaq atul cari kak Mas ^_^

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog