Walaupun badan terasa amat letih ditambah rasa mengantuk, aku tetap bersemangat untuk menaip perkongsian ini sekadar kenangan buat renungan aku di masa akan datang.Kira macam koleksi kisah-kisah hidup sendiri la ni =)
Setelah dirancang sejak 3 minggu yang lepas, akhirnya kami mulakan program di hari pertama cuti dengan menjamu selera di Muara Angka, iaitu pelabuhan tempat ikan naik. Dengan menaiki kereta ford CR-V milik Om Lokman kami sembilan orang pun menuju ke destinasi yang telah di rancang. Disebabkan kami golongan yang 'kecil', aku, Sarah, dan Nija ditempatkan di bahagian belakang sekali. Memang lawak kerana rasa seperti naik lori sebab kami duduk mengadap jalanraya di bahagian belakang. Sebelum berangkat Sarah membacakan doa naik kenderaan , semoga perjalanan kami sentiasa dalam perlindungan-Nya. Sampai sahaja di sana, embak Maya memberikan list makanan laut yang telah lebih awal ditulis sebelum berangkat tadi. Antara sajian makanan laut yang kami pesan adalah ikan, udang, sotong, kepiting, kerang hijau, masing-masing dimasak padang, sotong goreng tepung dan menu tambahan seperti sambal pelam, sambal belacan, otak-otak dan lain-lain.
Ketika hidangan sampai ke meja kami, berpinar-pinar mata aku tengok. Banyak sungguh rupanya yang kami pesan. Maklumlah pakai sistem kilo jadi sukar sedikit untuk mengagak. Masing-masing terpaksa jadi perut stokin untuk menghabiskan ke semua makanan tersebut. Nasib baik lazat penuh berkrim di tambah keriangan dan telatah kami yang menghiburkan hati, jadi tanpa sedar habis juga makanan yang dipesan hanya dua pinggan udang masak padang terpaksadi 'tapau' kerana masing-masing sudah kesemputan. Juara makan malam ini jatuh kepada orang Johor iaitu Nadia dan Ana =) Paling kurang makan fidot kot tapi nampak macam banyak juga dia makan sampai tak menang tangan!Hahaha!
Selesai makan, kami dibawa Om Lokman dan Embak Maya pergi bersiar-siar di kawasan sekitar. Sebelum berangkat, seperti biasa Sarah akan membaca doa naik kenderaan tapi kali ini perlahan sedikit tidak seperti sebelumnya. Terlalu kenyang barangkali. Suara aminnn kami yang kedengaran lebih kuat =) . Om Lokman membawa kami ke kawasan perumahan mewah yang menghadap laut. Subhanallah memang cantik emandangannya. Rumah di situ besar belaka siap ada bot khas lagi untuk setiap rumah. Ketika ingin mengambil gambar, datang seorang 'security guard' yang bermotosikalmendekati kami. Pengawal tersebut mengarahkan kami untuk beredar kerana bimbang akan mengganggu privacy penghuni di situ. Aku sedikit kesal. Tak mengapalah mereka berhak kerana itu memang kawasan mereka dan kami hanya pengunjung yang tidak di undang.
Sedang asyik berjalan di pesisir pantai, tiba-tiba aku dan ana dikejutkan dengan seseorang yang sedang baring ditebing laut. Kami tergelak kecil kerana merasa lawak akibat rasa terkejut itu. Selepas itu, Fidot mendapatkan kami dan beritahu yang tante tadi sedikit marah dengan tindakan spontan kami tadi. Mood aku tiba-tiba jadi berubah. Perasaan takut berbaur rasa serba salah menusup ke dalam hati. Maafkan saya tante, saya tak sengaja.
Selepas mangambil gambar sekeping dua kami pun bertolak pulang kerana hari sudah larut malam. Masing-masing sudah keletihan sehingga ada yang tertidur dan orang tersebut sudah pastinya Nadia dan Nija. Dua orang ni kalau tak tidur dalam kereta memang demam panas la jawabnya =) Mungkin kepenatan agaknya kerana tidak henti-henti mengusik aisyah yang suka sebut 'gepu' tu. Kesian aisyah kena buli ja malam tu =)
Terima kasih kepada Om Lokman dan Embak Maya gadis melayu kerana sudi meluangkan masa dan tenaga melayan kerenah kami, kanak-kanak riang ini. Bestnya memang tidak terkata. Alhamdulillah. Aku pun dah penat sangat dah ni. Kawan-kawan semua dah tidur. Esok kami ada program lain pula. Minta diri beradu dahulu.
Jazakallah..
0 kritikan:
Post a Comment