Friday, April 10, 2009

:. Jangan kerana Exam .:

Friday, April 10, 2009 |


Bismillah..


Alhamdulillah selesai sudah peperiksaan untuk blok yang pertama bagi semester ke empat ini. Lega rasanya Allah swt sahaja yang tahu. Merungut?Layakkah aku merungut? Bukankan ini yang aku inginkan? Setiap keinginan harus disertakan dengan pengorbanan. Nothing easy in dis world!


Setiap kali exam aku mesti tak tentu arah. Bilik bersepah jangan cakap. Kalau tak bersepah buku-buku di atas meja dan lantai bukan namanya aku. Nanti lepas habis exam barulah terkedek-kedek nak mengemas balik. Memang puas la nak menyusun satu-satu balik.


Tapi, aku tak pernah kisah pun. Duduk sorang2 apalah yang nak dikesahkan. Bila penat dan tiada masa tinggalkan dulu nanti ada masa kemas semula. Memang itulah yang berlaku setiap kali exam. Namun, apa yang aku kisahkan adalah tanggungjawab aku pada Allah swt. Disebabkan kesibukan yang sentiasa mendampingi diri kadang2 masa aku untuk beribadah pada-Nya menjadi minimal. Aku hanya memperuntukkan masa yang sangat sedikit untuk santapan rohani sehingga kadang2 ada yang ‘terpaksa’ aku lewati. Malunya aku pada Tuhan.


Bila kita ada masalah dan lelah dengan kehidupan dunia, kita sering mengadu pada-Nya memohon kekuatan dan pemeliharaan daripada-Nya agar dalam masa2 genting itu kita tidak mudah tewas dengan godaan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk menjadi penghasut yang setia. Pada masa inilah kekuatan rohani diperlukan agar kita teguh berdiri menghadapi cabaran dan ujian hidup yang pasti yang pastinya tidak akan jemu mendampingi diri.


Ketika musim peperiksaan terutamanya, rasa stress itu pasti akan dialami. Ditambah pula masalah-masalah lain yang sering menghimpit diri di masa kritikal seperti itu. Kadang-kadang sampai terkeluar air mata kerana merasa ‘kesakitan’ yang maha dashyat untuk berhadapan dengan situasi tersebut. Bahu terasa amat berat menggalas segala amanah dan kepercayaan yang diletakkan terutama daripada emak dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mereka. Jadi tumpuan itu lebih kepada study!Study dan study sehingga melupakan tanggungjawab yang lain, khususnya tanggungjawab pada Tuhan. Belajar juga ibadah namun tidaklah sampai mengenepikan urusan lain khususnya amanah pada Tuhan.


Aku sedar kehidupan ini semua adalah ketentuan-Nya. Segala yang berlaku adalah dengan izin daripada-Nya. Aku ingin berjaya, nak skor dalam exam tapi pada masa yang sama aku ketepikan ‘Dia’ yang akan beri aku ‘lampu hijau’ untuk semua itu berlaku. Ibarat seperti seorang anak yang ingin meminta duit daripada ayahnya tapi kalau sering derhaka dan melawan kata agak-agak ayah nak bagi tak berbanding memuji-memuji mengambil hati? Tapi sikap itu tidak ada pada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang walau kadang2 hamba-Nya sering melupakan-Nya namun Allah swt sentiasa murah atas rahmat-Nya. Begitulah kasih-Nya Allah swt pada hamba-Nya yang kadang-kadang tidak dihargai oleh manusia bergelar hamba.


Ayah selalu pesan:


Hidup ini bukan sekadar belajar, bermain, menangis, dan ketawa tapi kehidupan ini adalah satu amanah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Walau bijak dan hebat manapun kita, kita tetap hamba di sisi-Nya. Kita tetap diadili di hadapan-Nya. Jangan sesekali melupakan Allah jika kita masih mahu Allah melihat kita. Hanya redha daripada-Nya yang mampu menjamin kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.


Kadang-kadang kita tidak pernah terlintas untuk melupakannya tapi tanpa kita sedar dalam kerakusan mengejar matlamat hidup di dunia kita sering menjadi alpa dan leka lalu sedikit demi sikit tanpa kita sedar, kita semakin jauh daripada-Nya. Jika kehidupan tidak disertakan dengan redha dan pimpinan daripada-Nya, maka pincanglah hidup manusia itu walaupun dari kaca mata dunia kita hebat sebagai seorang manusia.Oleh itu, perlu sekali bermuhasabah diri selalu dan sentiasa menilai diri, siapa kita di sisi Tuhan. Kita adalah hamba kepada Tuhan kita. Kita hamba. Dunia ini adalah sementara namun di ‘sana’ jualah nanti yang kekal abadi. Dunia ini ladang akhirat, maka kumpullah sebanyak mana amalan buat bekalan menemui Pencipta.


“Kejarlah dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi dan beribadahlah kamu sesungguh-sungguhnya seolah-olah kamu akan mati esok hari”


Jazakallah..



Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog