Tuesday, March 31, 2009

:. Buku Pertama ILuvIslam .: 0 kritikan

Tuesday, March 31, 2009 |

Alhamdulillah, aku hanya mengambil masa satu hari untuk menghabiskan membaca buku “Media dan Islam- Berperang atau Berdamai?” iaitu buku pertama iLuvislam.com. Buku ini adalah himpunan daripada isi-isi ceramah Dr Zakir Naik yang atas inisiatif seorang moderator agama di ILuvislam.com, saudara Mohd Effy Saiful menterjemahkannya dalam bentuk buku yang mudah dibaca oleh semua.

Dr Zakir Naik merupakan seorang yang pakar dalam bidang perbandingan agama di peringkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang mantap dengan menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis sahih serta beberapa kitab agama-agama lain seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta, Upandishads dan banyak lagi.

Di sini aku sekadar ingin berkongsi beberapa potongan ayat daripada buku tersebut yang aku rasakan sangat menarik. Antaranya :

“Kita boleh dapati siaran berita antarabangsa ada yang menyatakan, “War on Terror” (Peperangan Menentang Keganasan) atau “War for Peace” (Peperangan untuk Mencapai Keamanan). Tetapi apa yang mereka sedang lakukan bukannya “War for Peace” tetapi “War on Peace”, ataupun perang ke atas Agama yang Membawa Kesejahteraan, iaitu Islam.”

“Kita juga tahu media pada hari ini sibuk menggembar-gemburkan bahawa madrasah-madrasah perlu diharamkan. Mengapa? Kerana sistem madrasah melahirkan individu-individu yang melakukan keganasan dan mencabar keamanan sejagat”… “Sejarah memberitahu kita pada hari ini bahawa individu yang membunuh paling ramai manusia di dalam dunia adalah Adolf Hitler. Ini adalah pengetahuan am. Tetapi sila beritahu saya dari madrasah mana Hitler dikeluarkan?”

“Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia tidak boleh menilai berdasarkan perbuatan penganut-penganutnya atau kelakuan masyarakat Islam secara umumnya. Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia haruslah menilai berdasarkan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis yang sahih. Saya mencabar anda semua untuk tunjukkan kepada saya mana-mana ajaran daripada al-Quran dan hadis yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.”

“Kita sepatutnya berasa bangga digelar sebagai seorang muslim. Kita haruslah pandai menggunakan tohmahan mereka sebagai senjata kita untuk mematahkan hujah mereka”…”Kami dilatih untuk menggunakan kekuatan pihak lawan untuk menjatuhkan mereka kembali berbanding menggunakan kekuatan kita untuk menahan serangan mereka.”..”Saya selalu meminta mereka merujuk kitab-kitab mereka sendiri dan menjawab serangan mereka terhadap Islam.”

“Setiap umat Islam perlu menjadi daie (pendakwah). Di dalam sahih Bukhari hadis ke-3461, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” Kamu tidak boleh berkata, ‘‘Tak mengapalah. Tunggulah saya jadi seperti Sheikh Ahmad Deedat dahulu. Barulah saya akan melakukan dakwah.” Masa itu tidak akan tiba!Jika kamu mengetahui walaupun satu ayat mengenai Islam , selagi mana kamu memahaminya secara tepat, maka kamu wajib menyampaikannya.”

“Apabila orang Islam yang terlibat- Islamic Terrorism. Tetapi apabila orang bukan Islam terlibat- Regional Terrorism (Pengganas Tempatan) dan tidak dinisbahkan kepada agama mereka. Inilah bagaimana media mengumpulkan maklumat-maklumat ini dan menympaikannya kepada pihak umum dengan fakta yang salah.”

“Apa yang kita perlu buat ialah, jika kita menganggap TV ialah Dajjal, kita mestilah menukarkan Dajjal ini kepada seorang muslim. Kita tukar media TV ini kepada media yang menyebarkan kebenaran Islam. Maka di akhirat kelak kita boleh menjawab kepada Allah swt bahawa kita telah berusaha yang terbaik dalam menyampaikan mesej dakwah kepada dunia.”

Alhamdulillah, menarik kan? Sebenarnya banyak lagi petikan-petikan menarik daripada buku ini namun jika anda ingin mengetahuinya bolehlah dapatkan buku tersebut secepat mungkin. InsyaAllah tak rugi malah anda akan memperoleh fakta-fakta yang dapat memangkin diri untuk menjadi seorang daie yang berjuang menegakkan agama Allah swt. Dalam buku tersebut juga memuatkan soal-jawab antara penonton dan Dr Zakir sendiri dan bagaimana hujah-hujah Dr Zakir dalam mematahkan soalan-soalan yang berunsurkan penindasan terhadap agama Islam. Jadi, apa tunggu lagi dapatkan segera selagi stok masih ada!

Jazakallah..


read more

Monday, March 30, 2009

:. Mengapa Aku Berblog? .: 0 kritikan

Monday, March 30, 2009 |
Bismillah..

Apakah tujuan aku berblog? Mungkin salah satunya kerana terpengaruh dengan orang2 yang kebanyakannya mempunyai blog dan aku pun rasa nak kenal juga apa itu 'blog'. Aku tak pernah ada diari untuk mencatat setiap peristiwa2 yang aku rasakan penting dalam hidup aku. Jadi dengan hadirnya blog ini dapatlah aku coretkan serba sedikit luahan hati, peristiwa maupun input-input yang pada dasarnya hanya ingin dikongsikan untuk diri sendiri. Ya untuk diri sendiri.

Pada awal penglibatan aku dalam dunia blog ni, semuanya adalah rahsia. Kawan2 tahu aku ada blog tapi mereka tak tahu di manakah blog aku dan itupun tidak ramai yang mengetahui hanya segelintir. Aku memang tak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti blog ini kerana aku ingin jadikan ianya sebuah 'diari' yang menyimpan segala coretan diriku agar bila dah tua nanti aku masih ada kenangan di masa2 remaja (mahasiswa) yang dapat aku imbas kembali. Selain itu ianya menjadi salah satu inisiatif aku untuk meningkatkan pengetahuan terutama dalam bidang agama kerana bila ada blog aku teringin sangat untuk kongsikan di sini agar aku sentiasa muhasabah diri di samping meningkatkan lagi usaha aku untuk mendapatkan sesuatu ilmu dan mengamalkannya.InsyaAllah.

Namun sekarang aku sudah ada 'follower'!Semuanya secara kebetulan. Ada yang tersesat dan tidak kurang juga yang berusaha mencari kewujudan blog ku ini. Aku tak pernah menolak kehadiran kalian, malah aku gembira menyambut kesudian kalian untuk sama-sama berkongsi ilmu bersamaku. Terima kasih =) Namun aku dengan rendah hati menyatakan aku bukanlah si pujangga yang manis berkata2 dan aku juga bukan ahli agama yang bijak membahaskan perihal agama. Aku hanya seorang insan biasa yang serba kekurangan dan cetek ilmunya namun aku sangat berharap segala kekurangan itu dapat aku perbaiki dari semasa ke semasa.InsyaAllah.

Aku mulai sedar kehidupan aku sedikit berubah sejak kehadiran 'teman bicara' ini. Segala yang aku coretkan sedikit sebanyak adalah luahan daripada hatiku yang dalam. Aku memang agak pendiam dan aku lebih gemar menghabiskan masaku dalam bilik. Kalau tidak study, aku pasti mengerjakan tugas2 ku di ILuvIslam.com dan jika berkelapangan di blog inilah tempat aku meluahkan rasa hati. Mungkin sesetengah orang merasakan rutin harianku ini amat membosankan tapi Alhamdulillah aku bahagia hidup begini. Jika inginkan sedikit hiburan aku akan perdengarkan halwa telinga dengan radio nasyidfm dan jika inginkan kemeriahan aku akan kunjungi pula ILuvislam.com melihat post2 yang dihantar user sehingga kadang2 aku akan tergelak sendiri di samping mempelajari bab2 agama di sana. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperoleh di samping dapat mengubati kesunyian dan kerinduan aku kepada keluarga.

Blog aku ini mungkin tidak seberapa dan mungkin juga tiada manfaat bagi kalian. Segala kekurangan harap tidak berkecil hati dan sudi dimaafkan. Tegurlah jika ada kesilapan dan sudilah kiranya berkongsi ilmu bersama-sama. Semoga jalan yang kita lalui dirahmati dan dipermudahkan oleh Allah swt. Aminn ya rabbal 'alamin..

"Siru 'ALa BaRakaTiLLah"

read more

Saturday, March 28, 2009

:. Larangan Minum Sambil Berdiri .: 0 kritikan

Saturday, March 28, 2009 |

Bismillah,

Suatu hari aku keluar membeli barang bersama sahabat aku di Jalan Tunku Abdul Rahman. Lebih kurang dua jam berjalan non-stop kami pun singgah di salah sebuah gerai untuk membeli air. Kami berdua meminta air yang sama (air soya). Setelah membayar, kami berlegar-legar mencari tempat berteduh supaya dapat meneguk air tersebut. Haishh pusing punya pusing satu tempat pun tak ada. Takkan nak duduk di tepi jalan pula. Sedang duk cari tu, tiba-tiba seorang muslimin berkopiah menegur aku. “Jangan minum sambil berdiri. Tak baik”. Erkk terkesima aku sebentar.

Aku tanya kat kawan aku, “ang ada minum ka?” dia geleng ja. Sambil berlalu muslimin tersebut sempat menoleh kepada kami sekali lagi sambil tersenyum. Aku buat-buat muka ‘blur’. “Atul, mungkin dia salah paham kot. Cuba ang tengok air kita ni, mana ada berbungkus (pakai cup) macam air dia (air teh yang dibungkus plastik) . Mungkin dia ingat kita dah ‘berjaya’ meneguk air yang begitu menggoda ni padahal dah naik kaku tangan aku ni duk pegang ja dari tadi.” Kata kawan aku sambil sempat gelak nakal. Aku pernah terbaca sebuah hadis Nabi Muhammad saw mengenai larangan minum sambil berdiri.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulllah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian minum sambil berdiri.Barangsiapa lupa, hendaklah dia memuntahkannya.” (HR Muslim).

Tetapi, aku juga pernah terbaca sebuah hadis bahawa Nabi Muhammad saw pernah minum sambil berdiri .

Dari Ali r.a bahawasanya dia pernah minum sambil berdiri. Kemudian dia mengatakan orang-orang tidak suka minum sambil berdiri, dan sesungguhnya Rasulullah saw pernah melakukan seperti apa yang aku lakukan. (HR Al-Bukhari dan lain-lainnya).


Hadis yang pertama, tidak diperbolehkan meminum sambil berdiri bagi seseorang yang bermaksud melanggar sunnah, namun yang dilakukan Nabi Muhammad saw tidak bertentangan dengan ucapan yang dikhususkan bagi umat Islam.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa larangan Nabi Muhammad saw minum sambil berdiri itu hanya bersifat moral supaya dilakukan dengan tenang sehingga tidak berdampak buruk pada perut.

Walaupun Nabi Muhammad saw pernah berbuat demikian namun larangan Baginda pada hadis pertama banyak kebaikannya kerana lebih sopan rasanya jika minum atau makan dalam keadaan duduk berbanding berdiri terutamanya bagi kaum hawa.

Di samping itu, dari segi aspek kesihatan juga lebih baik makan atau minum dalam keadaan tenang (duduk) kerana dapat mengelakkan tercekik ataupun kecederaan. Contohnya, ‘straw’ tertusuk lelangit semasa meneguk air akibat terlanggar dengan seseorang semasa berjalan.

Sekarang ni dah jadi seperti suatu kebiasaan minum sambil berdiri kerana kita boleh fenomena ini di sekeliling kita. Mudah-mudahan fenomena ini tidak menjadi semakin parah.Aku pun kadang-kadang terlupa juga pesan Nabi tersebut namun tak sepatutnya dijadikan alasan 'terlupa'. Muhasabah diri sellau dan sentiasa ingat pesan-pesan Nabi junjungan, Muhammad saw.

Apapun, carilah tempat yang sesuai, ambil keselesaan then barulah ‘best’ menikmati rezeki yang Allah swt kurniakan. Selesai makan/ minum nak jalan tanpa henti-henti pun takpa =)Alangkah sopannya begitu.

Petang tu, sampai sahaja aku di rumah, aku cerita dengan mak aku kejadian ditegur seorang hamba Allah tersebut. Sambil tersenyum mak aku berkata, “ermm mananya dia tak tegur kakak, kalau mak pun mak tegur sebab taknak orang pandang serong pada muslimah lain yang berpakaian begini. Kan tak manis di pandangan mata. Soal dia tersilap atau tak itu tak penting kerana dia tak tahu. Akak kena contohi orang tersebut.Tapi jangan akak nampak orang ‘baik-baik’ ja akak tegur tapi kena semua tanpa memilih-milih. Tegur-menegur ke arah kebaikan itu kan perlu. “

Dari Abu Hurairah r.a, Muhammad saw bersabda: “ Agama adalah nasihat.” Hal itu dikatakan sampai tiga kali. Lalu para sahabat bertanya: “ Bagi siapa, ya Rasulullah?” “Bagi Allah, Kitab-Nya, pemimpin kaum muslimin dan juga kaum awam di kalangan mereka, “ jawab Rasulullah. (HR At-Tarmidzi).


Aku senyum sahaja dengarkan nasihat mak aku tu. Aku mula belajar sesuatu, nasihat itu perlu walaupun kita tak nampak apa perkara sebenarnya yang berlaku kerana mengelak itu lebih baik daripada mengobati. Soal diterima atau tidak itu tidak penting tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan kita untuk menyampaikan ilmu tanpa melihat 'bulu' seperti pesan Nabi Muhammad saw : “ Sampaikanlah oleh kamu walaupun satu ayat.”Tapi layak dan kuatkah aku untuk menegur? InsyaAllah..

Sharing is caring.

Allahu’alam.

read more

Thursday, March 26, 2009

:. [Puisi] Wahai Pemelihara Hati .: 0 kritikan

Thursday, March 26, 2009 |


Wahai Pemelihara hati,

Lindungilah hatiku daripada penyakit duniawi

Yang bisa merosakkan agama dan akhlak diri

Sehingga tersungkur di hadapan yang Hakiki


Wahai Pemelihara hati

Tabahkan hatiku dalam menerima ketentuanMu

Agar ku meyakini itu yang terbaik untukku

Yang telah Kau janjikan buat para HambaMu


Wahai Pemelihara hati,

Tiupkanlah kalimat kebesaranMu dalam jiwaKu

Agar ku lebih yakin menjalani hari-hari ku

Yang pastinya tidak sunyi dengan ranjau dan liku


Wahai Pemelihara hati,

Bekalkan ikhlas sebagai pendamping diri

Tanpa mengharapkan diri ini dihargai

Tika tangan dihulur menyerah bakti


Wahai Pemelihara hati,

Bukakanlah hijab ke makam kasihMu

Agar dapat ku menikmati kemanisan cintaMu

Yang menjadi dambaan para sufi agamaMu


Wahai Pemelihara hati,

Andai esok hari aku jatuh cinta

Labuhkan cintaku pada hambaMu yang bertaqwa

Yang mengajarku lebih mencintai Yang Maha Esa


Wahai Pemelihara Hati,

Jauhilah aku daripada cinta palsu

Yang bisa membinasakan kasihku padaMu

Sehingga ku terlena dibuai khayalan nafsu


Wahai pemelihara hati,

Bekalkan diri ini dengan kasih sayang

Agar dapat ku pautkan secebis kedamaian

Buat hambaMu yang dalam kesengsaraan


Wahai Pemelihara hati,

Andai hari ini yang terakhir buatku

Lapangkanlah jiwaku dalam meninggalkan segala amanatku

Yang kuserahkan kepadaMu sebagai pemelihara warisku.


Wahai Pemelihara hati,

Aku tak layak mencium bau syurgaMu

Namun aku tidak terdaya menghadapi api nerakaMu

Ampunilah dosa-dosa ku dan terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun buat hambaMu


jazakallah..

read more

:. [Cerpen] Kerana Ukhwah Itu Indah :. 1 kritikan


Menyedari dirinya sudah terlambat untuk ke kelas physiology, Qistina berlari-lari anak tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sedang memerhatikan kegopohannya itu. “Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting aku cepat sampai ke kelas Profesor Azlan. Kalau lambat setakat lima minit tak pe lagi sekurang-kurangnya aku tak dihalau keluar kelas kerana lambat.” Qistina memujuk hati. “Hai Qistina. Awal kamu masuk kelas saya hari ini ye?.” Seperti yang dijangka Qistina, Profesor Azlan pasti menegurnya. “Sorry Prof.” Qistina melontarkan senyuman kelat sambil mencari-cari tempat kosong.

Hey Qis! Apasal kau lambat hari ini? Tak pernah-pernah kau lambat. Pelik juga aku.” Gadis tinggi lampai dan berkulit kuning langsat menyapa Qistina yang masih sibuk merapikan nota-nota kuliah tadi. “Eh Irah, sekejap ya. Nanti saya jelaskan. Jumpa kat kafé ya Irah?” Irah sekadar mengangguk tanda paham dan sebentar kemudian berlalu meninggalkan Qistina yang masih lagi sibuk menyusun nota-notanya.

Qistina dan Zahirah merupakan sahabat baik sejak di sekolah menengah lagi. Tidak mereka sangkakan jodoh mereka berpanjangan sehingga dipertemukan sekali lagi untuk berjuang bersama mengejar cita-cita yang sama juga di tempat yang sama. Keakraban mereka kadang kala dilihat oleh teman-teman sekuliah sebagai sesuatu yang pelik. “Bagaimana awak boleh berkawan dengan Irah tu Qis? Dia kasar dan kata-katanya juga kadang-kadang boleh buat orang terasa. Tak macam awak. Bagai langit dengan bumi!” Qistina hanya tersenyum apabila ada antara teman-temannya yang menanyakan soalan seperti itu. Baginya, orang lain tidak perlu mengetahui apa yang dia rasa dan lalui tapi cukuplah Allah sahaja yang mengetahui betapa ikhlasnya dia meneruskan sebuah ikatan persahabatan tersebut. Siapapun Irah dan bagaimana sekalipun pandangan orang lain terhadap sahabat baiknya itu, dia tetap akan berdiri teguh untuk mempertahankan erti sebuah persahabatan yang telah lama dibina. Qistina amat menyayangi Irah yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

“Assalamualaikum Irah”. Sapa Qistina pada Zahirah yang sedang asyik sekali meneguk ‘orange juice’ yang pastinya melegakan di saat cuaca panas terik seperti itu. “Er waalaikumsalam. Ha sampai pun! Cepat bagitau apsal kau lambat tadi.” Irah menampakkan sikap kegopohannya. “Sabarlah awak, kalau ye pun bagilah saya ‘order’ dulu. ‘Jealous’ saya tengok awak asyik sekali meneguk ‘orange juice’ tu sampai saya datang pun awak tak perasan”. Seloroh Qistina dan kemudian dia berlalu untuk memesan air di gerai yang berdekatan. Irah terus meneguk ‘orange juice’ sambil dahinya berkerut menampakkan seribu tanda tanya pada riak wajahnya. Walaupun Zahirah sangat bersahaja dan sering didakwa sebagai seorang yang tidak mempunyai perasaan oleh teman-temannya namun jika sesuatu perkara yang melibatkan Qistina, dia pasti akan ke hadapan.

“Ha, air dah dapat, duduk pun dah sedap bukan main, sekarang baik kau cerita kalau tak aku takkan tegur kau untuk dua hari”. Ugut Irah. Mungkin sudah tidak sabar benar dia menantikan penjelasan daripada Qistina. “Er kenapa dua hari? Kenapa tak seminggu je?Sebulan ke?” Qistina ketawa kecil. “Dua hari cukuplah. Nanti saya berdosa pula kerana memutuskan silaturrahim selama lebih tiga hari. Dah kau jangan nak buat lawak. Cerita cepat!” Bentak Irah. Qistina sebenarnya amat mengagumi Irah. Walaupun agak kasar namun Irah sangat rajin mempelajari ilmu agama dan setiap malam jumaat Irah sering mengikuti Qistina pergi ke masjid berdekatan untuk menghadiri kuliah agama. Jadi tak hairanlah Irah banyak mengetahui pesanan-pesanan Nabi junjungan, Muhammad saw.

“Irah, saya nak balik”. Qistina tiba-tiba bersuara. “Apa? Kau nak balik? Mana ada cuti. Cuti akhir semester lambat lagi. Kau kenapa Qis?Tiba-tiba je nak balik. Soalan aku apsal kau lambat tadi dah la kau tak jawab lagi”. Irah berleter panjang. “Irah, pagi tadi mak saya telefon. Katanya..” Qistina semakin tidak betah menahan hiba. Dia tertunduk kaku. Suasana tiba-tiba menjadi suram. Kafeteria semakin lengang dengan pelajar dan hanya tinggal mereka berdua.“Kenapa Qis? Apa yang mak kau kata? Irah yang kasar orangnya tiba-tiba menjadi lemah lembut dan mesra. Sambil mengangkat kepalanya, Qistina berkata “ Irah, ayah saya dah ‘pergi’ ”. Tersentak Irah mendengar berita tersebut. Dia merapati Qistina dan memeluk erat sahabat baiknya itu.“innalillah. Sabar ye Qis. Allah swt lebih menyayangi ayah Qis.” Hanya itu yang mampu diucapkannya.Irah sudah sedia maklum akan keadaan kesihatan ayah Qistina yang lumpuh seluruh badan akibat serangan ‘stroke’ setahun yang lalu dan keadaan ayah Qistina semakin tenat sejak minggu lalu. Sejak ayah Qistina sakit, emaknyalah yang betungkus lumus menguruskan keluarga. Mujurlah Qistina mendapat bantuan biasiswa. Setidak-tidaknya, dapat juga dia meringankan beban emaknya itu. Qistina juga sering mengikat perut dan berbelanja seminimal mungkin bagi menyimpan wang untuk dihantar kepada ibunya. Walaupun Irah dan Qistina bukan rakan sebilik, namun Irah sering berhubung dengan rakan sebilik Qistina mengenai keadaannya termasuklah makan minum Qistina.

Irah terus memeluk erat tubuh longlai Qistina sambil menyeka air mata Qistina yang semakin galak menghujani pipi teman baiknya itu.”Kenapa ujian Allah buat saya begitu berat, Irah? Saya tak sanggup lagi menahannya Irah. Saya lemah. Kenapa harus saya yang menerima ini semua Irah?Allah tak sayangkan saya ke Irah? Apa dosa saya sehingga begini berat sekali ujian yang harus saya terima? Irah, saya rindu ayah saya.”Tangisan Qistina semakin tidak terbendung. “Qis, kau kena kuat. Tak boleh lemah macamni. Kau ingat tak pesan Ustadz Rizal semasa kuliah agama minggu lepas? Walau apapun dugaan yang Allah turunkan buat kita, semua itu adalah untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keikhlasan kita dalam menerima ketentuanNya. Ini takdir yang harus kau terima. Kita hambaNya sentiasa layak diuji. Kau, aku dan semua manusia tidak terlepas daripada ujian, hanya yang membezakan kita adalah bentuk ujian itu sendiri. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah swt tidak mahu ayah kau berperang dengan dirinya lagi dengan terus dihimpit rasa bersalah melihat kepayahan emak kau membesarkan kau adik beradik sedangkan arwah tidak mampu menolong apa-apa. Ingat Qis, setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya hanya masa yang menentukannya.Masa kita juga pasti akan tiba.Redha ye Qis.Berdoalah untuk ayah kau, Qis semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin dan semoga kau akan bertemunya lagi di akhirat nanti.” Nasihat Irah apabila melihat Qistina sudah tidak mampu berkata-kata hanya linangan air mata menjadi saksi kesedihannya mengiringi pemergian ayah tercinta.

Dua pekan sudah berlalu. Irah semakin gelisah seperti cacing kepanasan apabila kelibat Qistina tidak muncul-muncul juga. Setiap pagi dia pasti akan menunggu Qistina di lobi bangunan Universiti kalau-kalau kelibat Qistina kelihatan di situ tapi hampa. “Mana budak ni. Dia tak nak ambil ‘exam’ ke? Lagi seminggu je tinggal ni. Kuliah dah la banyak tinggal”. Irah mengomel sendirian. Petang itu dia yang menghantar Qistina ke KL Sentral dan Terminal LCC. Mujur ‘flight’ ke Kelantan masih ada. Sejak itu Irah tidak mendengar lagi khabar berita daripada Qistina. Irah cuba menghubungi Qistina namun telefon bimbitnya dimatikan.
“Dila, Qis ada ‘contact’ kau?” Sapa Irah apabila melihat kelibat Adilah, teman sebilik Qistina semasa berlegar-legar di lobi tersebut. “Sejak pagi tu, saya langsung tidak terima sebarang berita daripada Qis”. Balas Adilah. Sebenarnya, berita mengenai kematian ayah Qistina hanya diketahui Irah sahaja. Walaupun Adilah merupakan teman sebiliknya namun dia mendapat berita tersebut setelah dua hari keberangkatan Qistina ke kampung halamannya dan itupun melalui Irah bukan dari mulut Qistina sendiri.

“Semasa Qistina sedang bersiap-siap untuk ke kuliah, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada emaknya. Yang saya pelik lepas je mereka menamatkan perbualan, Qistina terduduk kaku di atas katil. Apabila ditanya dia kata tiada apa-apa. Dia mengelamun panjang sampai saya menyapanya kerana telah terlambat untuk ke kuliah” Terang Adilah kepada Irah semasa diberitahu khabar mengenai pemergian ayah rakan sebilknya itu. “Ya Allah, tabahnya kau Qistina. Tak sangka aku dalam menerima khabar hiba itu kau masih boleh pergi ke kuliah, tersenyum dan berseloroh denganku sehingga aku sendiri tidak dapat membaca penderitaan yang kau tanggung. Maafkan aku Qis. Aku bukan sahabat yang terbaik buat kau. Maafkan aku” Irah bermonolog. “Ah tak boleh jadi ni, aku tak boleh diamkan diri sebegini. Apa tanggungjawab aku sebagai seorang sahabat? Takkan sekadar berdiam diri sedangkan sahabat baik yang selama ini banyak membimbingku sedang bermuram durjana. Aku mesti lakukan sesuatu. Sekurang-kurangnya aku tidak merasa bersalah pada diriku kerana membiarkan sahabatku sendirian menghadapi kesusahan. Aku mesti mencari tahu
kenapa dia sudah lama tidak pergi ke kuliah.” Irah terus bermonolog dengan dirinya.

Setelah ‘check in’, Irah duduk di suatu sudut tempat menunggu sementara menanti untuk berlepas. Pandangan Irah tertarik pada sepasang suami isteri ‘orang putih’ yang sedang bergurau senda dengan puteri mereka yang dalam perkiraan Irah berusia lima tahun. Terdetik rasa cemburu dalam dirinya apabila melihat telatah manja anak kecil itu sambil bergelak ketawa bersama ibu bapanya. “Apakah khabar mama saat ini? Dah lama aku tak menghubungi mama. Ya Allah, semoga mamaku sentiasa dalam perlindunganMu”. Doa Irah dalam-dalam.Tanpa disedari menitis air hangat di pipinya. Lamunannya terhenti lantaran terdengar pengumuman petugas yang mengarahkan para penumpang supaya beratur untuk menaiki pesawat. Irah segera menyeka air matanya sambil bergegas mengambil tempat di puluhan manusia yang sedang beratur menunggu giliran.

Tidak seperti Qistina, Irah dibesarkan dalam keluarga yang agak mewah. Papanya memiliki sebuah perusahaan perkapalan yang berdiri teguh sehingga hari ini. Tapi sayang, kekayaan dan pangkat tidak menjamin kebahagiaan malah bisa menggelapkan mata dan hati yang mudah goyah dengan hasutan syaitan. Papa Irah sering tidak pulang ke rumah dan meninggalkan mamanya yang sedang berperang dengan penyakit kanser payudara peringkat akhir sendirian di rumah. “Gila! Berkasih-kasihan dengan perempuan yang hampir seusia dengan anak sendiri. Ah persetan semuanya! Biarlah papa dengan dunianya yang penting aku ada mama! Aku harus tabah untuk mama! Mama perlukan aku!” Bentak hatinya ketika melihat papanya berpegangan tangan bersama seorang perempuan muda yang berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun ketika dia sedang melewati sebuah pusat membeli belah. Ikutkan hati mahu sahaja dia menyerang perempuan tersebut tapi dia tahu itu hanya kerja yang sia-sia malah akan membuatkan dirinya malu.

Namun, luluh benar hatinya itu apabila melihat papa yang diharapkan menerajui bahtera rumahtangga di samping memberi semangat buat mama yang sedang berperang dengan maut, berpeleseran dengan anak muda seusia dengan anak gadisnya. Qistinalah yang selama ini banyak mendorong Irah untuk terus kuat menghadapi ujian hidup yang pastinya tidak akan sepi mendampingi hambaNya. “Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku teman sebaik Qistina di saat aku memerlukan tempat untuk mengadu”. Irah melakarkan rasa syukurnya.

“Assalamualaikum”. Irah memberi salam. Sejurus kemudian, kedengaran orang menyambutnya dari dalam dan dengan perlahan-lahan daun pintu dibuka. “wa’alaikumsalam. Oo Irah rupanya. Jemput masuk Irah”. Wanita dalam lingkungan empat puluhan itu mempelawa Irah masuk sambil menyalami tangan anak gadis itu. “Mak cik sihat? Salam takziah ye mak cik. Irah minta maaf kerana tidak dapat menghadiri pengebumian pak cik tempoh hari”. Irah meluahkan kekesalannya. “Alhamdulillah mak cik sihat. Terima kasih Irah. Takpe makcik faham Irah sibuk. Bakal doktorlah katakan. Irah duduk dulu ye nanti mak cik panggilkan Qistina”. Pelawa mak cik Esah kemudian berlalu ke mana pun Irah tidak tahu. Dia terus mengamati setiap sudut rumah itu. Sungguh sederhana malah baginya sungguh daif sekali. Kelihatan cahaya menembusi lubang-lubang kecil pada atap zink pondok usang tersebut.

“Assalamualaikum Irah. Err..awak..” Sapa Qistina yang agak terkejut dengan kedatangan Irah. Lamunan Irah mati seketika. Dia lalu bangkit dan tanpa berlengah lagi dia terus memeluk erat tubuh Qistina. “wa’alaikumsalam Qis. Kau sihat?” Irah semakin tidak tegar menahan tangis. Rindu benar dia dengan gadis kacukan Cina itu. “Alhamdulillah. Saya sihat. Awak? “. Sahut Qistina. “Alhamdulillah sihat juga. Tapi kenapa kau dah lama tak ke kuliah? Banyak yang kau dah tertinggal. Minggu depan dah nak ‘exam’. Semua orang risaukan kau, Qis.Banyak kali aku cuba hubungi kau tapi ‘handphone’ kau sentiasa ‘off’. Kenapa Qis?Kau ada masalah ke?”. Bertubi-tubi pertanyaan yang dilontarkan. “Maafkan saya Irah kerana menyusahkan awak sehingga sampai ke sini awak mencari saya. Maafkan saya”. Qistina tertunduk. Kelihatan manik-manik kaca gugur membasahi lantai kayu kediaman tersebut.

“Qis, kenapa?” Irah menggenggam erat jari jemari Qistina. “Irah maafkan saya. Saya tidak mampu lagi untuk meneruskan pengajian. Saya orang susah Irah. Saya nak berhenti.” Irah tersentak. Mukanya tiba-tiba menjadi merah dan bengis sekali sambil air mata tetap tidak henti-henti mengalir meraikan suasana suram petang itu. “Apa Qis? Kau nak berhenti? Kau ulang sekali lagi! Aku tak dengar!” Irah tiba-tiba menjadi marah. “Maafkan saya Irah. Saya nak tolong mak saya. Biarlah adik-adik saya yang meneruskan cita-cita saya. Saya tak sanggup melihat mereka berhenti sekolah gara-gara kesempitan hidup yang kami alami. Mereka masih kecil dan tidak seharusnya menanggung penderitaan ini. Jadi biarlah saya yang berkorban. “Qis!Apa yang kau cakapkan ni? Kau sedar ke tak apa yang kau cakapkan ni?Kau tahukan kita tinggal setahun setengah je lagi untuk ‘graduate’? Kau tahukan bukan mudah untuk sampai ke tahap ni tapi senang-senang je kau nak mengalah sekarang! Kau kata nak tolong emak dan adik-adik kau tapi apa yang kau mampu buat? Kelulusan apa yang kau ada? Setakat jual kuih? Kerja kilang? Berapa sangat yang kau dapat untuk membantu adik-adik kau? Cukupkah Qis? Berbanding jika kau bertahan untuk setahun setengah je lagi. “

Sambil memegang wajah Qistina, Irah menunjukkan ruang-ruang di rumah tersebut. “Kau tengok ni!Kau tengok atap ni .Mampukah kau mengubahnya menjadi atap genting? Mampukah kau mengubah papan-papan ini menjadi batu? Mampukah kau mengubah kehidupan kau sekarang dengan mengalah sebegini?.Aku tahu Qis, wang bukanlah tujuan utama ‘profession’ ini tetapi sifat kemanusiaan itu sendiri. Kalau kau masih ingat dulu kita sama-sama pernah membina impian ingin berkhidmat untuk agama dan bangsa terutama mereka yang susah. Apa kau sudah lupa?Kalau kau undur diri apalah nasib rakyat kita yang mengharapkan pertolongan kau suatu hari nanti Qis? Lupakah kau kerjaya ini yang kau idam-idamkan sejak kecil? Tidak semua orang berpeluang tapi bila kau dah sampai tahap ni senang je kau nak tinggalkan. Kau pentingkan diri sendiri Qis! Sampainya hati kau nak tanamkan jauh ke bumi harapan emak dan ayah kau!”Irah semakin hilang sabar. “Qis, aku dah malas nak cakap dengan kau lagi. Aku tak pernah ada sahabat yang cepat benar putus asa! Qistina yang aku kenal dulu sungguh tabah dan tidak pernah mengalah berperang dengan nasib hidup! Kalau profesor dan kawan-kawan tahu pasti mereka gelakkan kau, Qistina!Kau dah lupa kata-kata semangat yang pernah kau ungkapkan sebagai perangsang untuk aku terus bertahan melawan takdir hidup aku? Inikah Qistina yang amat aku kagumi dulu?” Irah terus lontarkan kekesalannya. “Irah, awak tak paham.” Qistina cuba membela diri.” Dah la Qis, aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku balik dulu. Ambillah nota-nota ni. Kalau kau rasa ianya berguna untuk kau, kau tahu apa perlu kau buat. Aku tak kisah bersusah payah demi sahabat tapi kalau kau sendiri putus asa dengan nasib kau apa aku boleh buat. Kalau kau rasa masa depan kau, emak dan adik-adik kau masih ingin kau bela, kau bacalah dan aku tunggu kau di dewan peperiksaan minggu depan. Sungguh aku menyesal kerana terlalu mengharap pada orang yang tidak ada matlamat hidup ni. Kau buatlah apa yang kau rasa terbaik!Semoga kau berjaya, Qis. Assalamualaikum”. Irah berlalu tanpa sempat membenarkan sepatah kata daripada Qistina untuk membela diri. Air mati semakin galak menghujani pipi gebu Qistina. Pilu benar hatinya mengenangkan pengorbanan yang Irah hulurkan tapi berakhir dengan kekecewaan. “Maafkan saya Irah. Saya tak mampu. Maafkan saya”. Qistina menyesali diri sendiri.

Sebentar lagi peperiksaan akhir semester tujuh akan bermula. Selepas ini mereka akan bersiap-siap pula untuk menjalani praktikum di hospital yang terpilih. Wajah setiap mahasiswa menampakkan kegelisahan. Ada yang lebam-lebam matanya akibat kurang tidur dan ada juga yang pucat lesu bagai mayat. Maklumlah inilah penentunya setelah bersusah payah selama hampir tiga tahun setengah untuk sampai ke tahap ini. Sesuatu yang pastinya bukan mudah.Segala pengorbanan dan kesungguhan tidak akan disia-siakan demi menggapai impian menjadi tunggak harapan bangsa dan agama. Semua pelajar mendapatkan tempat duduk masing-masing sesuai dengan angka giliran. Irah kelihatan sungguh gelisah dan acap kali juga dia melemparkan pandangan mencari-cari kelibat tubuh Qistina namun hampa.

“Aku kecewa Qistina”. Irah tertunduk. “Baiklah semua pelajar, peperiksaan akan dimulakan lima minit lagi. Sila semak angka giliran dan maklumat yang tertera pada kertas jawapan. Pastikan semuanya betul.” Pesan Prof Madina kepada pelajar-pelajarnya. “Prof!Maafkan saya kerana terlambat”. Pinta seorang mahasiswi yang agak kelam kabut dan sesekali dia menarik-narik nafas yang seakan sukar untuk dilepaskan.Irah mengangkat kepalanya seolah-olah dia kenal benar akan suara tersebut.“Qistina!Alhamdulillah”. Irah menarik nafas lega. Dari jauh, Qistina melemparkan pandangan pada Irah dan mereka berbalas senyuman.

“Terima kasih Irah. Kaulah sahabat saya di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga”. Kata Qistina pada Irah semasa keluar dari dewan peperiksaan. “InsyaAllah. Mudah-mudahan ukhwah ini sentiasa dalam perlindunganNya dan semoga kita sama-sama dapat menjadi seorang doktor yang beriman dan berbakti kepada masyarakat dan agama. InsyaAllah. Kita boleh!” Kata Irah penuh semangat. “Ya kita pasti boleh! Semangat!!” Sahut Qistina.

jazakallah..

read more

Saturday, March 21, 2009

.: Pertemuan Pertama :. 4 kritikan

Saturday, March 21, 2009 |
Bismillah..

Sejak hampir sebulan yang lalu, Kak Niza dan Nisa asyik memujuk aku untuk berjumpa apabila aku pulang ke Malaysia dan setiap kali diajak aku akan memberi seribu satu alasan (sebenarnya satu je alasan).”Ala, seganlah kak, seganlah Nisa.” Haha setiap kali itu juga aku dimarahi mereka. “Lor apa nak segan? Tak kira kena jumpa juga!Kak, jom kita paksa dia!”. Memang nakal betul lah angpa ni.

Tanggal 08 March 2009 aku dengan berbekalkan sedikit kekuatan untuk berjumpa dengan dua orang muslimah yang baru aku kenal di alam maya. Kami bersetuju untuk berjumpa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) pada jam 10 pagi. Aku sampai agak lewat, kesian kat Nisa kena tunggu lama. Dalam perjalanan kak Niza ada ‘sms’ aku katanya dia lewat sikit.

Nisa bawa aku jalan2 dalam UIAM.MasyaAllah, besar dan Indahnya UIAM ni. Macam orang jakun je aku ni.Adesh!hehe..Tanx Nisa, ‘best’ sangat2 dapat jalan2 dalam UIAM. Nisa baik dan mesra orangnya.Walaupun sibuk dengan ‘exam’dia sanggup luangkan masa seharian bersama aku dan kak Niza. Otw nak ke marhalah Nisa, tiba2 kak Niza call habaq dia dah sampai. Adui tiba2 ja aku rasa seram sejuk. Kak Niza menyambut salam aku dengan penuh ramah mesra.Kak Niza tak mai sorang2 tapi dengan hosm3 dia, kak Zue. Kak Niza dan Nisa dalam dunia maya dan nyata sikit pun tidak berubah. Tetap mesra dan baik sangat.

Kami p makan sama-sama dan kemudian ke marhalah Nisa.Banyak yang kami sembangkan dan most of the topics about ILi. Rancak sungguh kami berbual sehingga tak sedar hari dah nak petang. Selepas ambil gambar di luar marhalah Nisa, kami pun berangkat pulang.Aku tumpang kereta comel kak Niza.

Sampai je di rumah, aku buka ‘souvenir’ yang kak Niza dan Nisa bagi. MasyaAllah aku sungguh terharu dengan pemberian mereka. Terima kasih =)Rasa macam tak puas ja jumpa tadi.Baru ja jumpa dah rasa rindu.Sejak pulang daripada perjumpaan singkat tersebut, aku asyik tersengih2 je sampai abang aku ketuk aku coz mengelamun panjang. Kak Niza hantar ‘sms’ ucapkan terima kasih dan dia berharap sangat kami akan berjumpa lagi. Tak sangka dia pun mengalami angau yang sama, asyik tersengih2 je.”La ingat akak je yang balik asiyik duk tersengih2 macam baru lepas jumpa boypren rupanya atul pun sama”.hahaha memang angau.

Apapun, aku sangat berharap agar Allah sentiasa merahmati dan melindungi ukhuwah ini agar kekal selamanya. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan ada jodoh, kita pasti akan bertemu lagi.Lepas ni tak segan2 dah =)

"Kerana Ukhwah Itu Indah"

read more

.: 10 Tahun Kemudian.. :. 0 kritikan

Bismillah..

Apakah yang akan berlaku pada sepuluh tahun yang akan datang?

Dulu, semasa aku di tingkatan lima (5 sains 1 SMKPJ), aku dan kawan-kawan sekelas aku ada buat ‘deal’. Jika diizinkan Allah swt, umur masih panjang dan jodoh masih ada, kami akan berjumpa lagi (gathering) pada sepuluh tahun akan datang (Tahun 2015). Pada masa tu umur kami masing-masing adalah 27 tahun. Pada masa tu, masing-masing mungkin dah berubah tak macam 10 tahun yang sebelumnya. Mungkin ada yang sudah berkahwin, mempunyai keluarga dsb. Just wait =)

Lagi sekali pertaruhan dilakukan tapi kali ini lagi menarik. Aku, nadia, aisyah, sarah, nija, ana, dan fida telah sepakat untuk berjumpa lagi dalam tempoh 10 tahun(Tahun 2022) selepas kami tamat pengajian (Tahun 2012) dalam bidang perubatan. Maknanya masa tu kami masing-masing berusia 34 tahun dan mungkin masing-masing telah berkeluarga. Allahu’alam. Tempat yang telah diusulkan adalah Bali (‘demand’). Tapi aku harap, jika diizinkan Allah swt aku ingin jumpa mereka semula di rumah ibu Faridah ( rumah sewa kami yang sekarang) untuk kenang balik saat-saat pahit dan manis bergelar mahasiswi perubatan UKRIDA. Entah aku ada lagi ke tak masa tu =) Tapi apa yang aku yakin, masa itu akan terus berjalan dan aku tak akan sekali-kali dapat memutarkan kembali masa yang telah berlalu. Angan-angan bukan kunci kejayaan tetapi mungkin kemunduran.

Semalam adalah pengajaran buat hari ini, Hari ini adalah bekalan buat esok, namun esok belum pasti ada lagi buat kita. Hargailah setiap detik dan nikmat yang Allah kurniakan buat kita kerana tidak semua orang berpeluang menikmati anugerah seperti yang dimiliki kita. Berusaha semampu kita untuk menggapai segala yang kita impikan dengan diiringi doa dan bertawakkal kepadaNya untuk menuju keredhaanNya.InsyaAllah.

Selamat berjuang!Semoga Allah swt sentiasa mengiringi perjalanan kita semua.InsyaAllah. Semoga berjaya, duniawi wa ukhurawi.aminn..

“Kami merancang, namun Allah swt jualah sebaik-baik Perancang.”

Jazakallah.


read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog