Tuesday, March 31, 2009

:. Buku Pertama ILuvIslam .:

Tuesday, March 31, 2009 |

Alhamdulillah, aku hanya mengambil masa satu hari untuk menghabiskan membaca buku “Media dan Islam- Berperang atau Berdamai?” iaitu buku pertama iLuvislam.com. Buku ini adalah himpunan daripada isi-isi ceramah Dr Zakir Naik yang atas inisiatif seorang moderator agama di ILuvislam.com, saudara Mohd Effy Saiful menterjemahkannya dalam bentuk buku yang mudah dibaca oleh semua.

Dr Zakir Naik merupakan seorang yang pakar dalam bidang perbandingan agama di peringkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang mantap dengan menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis sahih serta beberapa kitab agama-agama lain seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta, Upandishads dan banyak lagi.

Di sini aku sekadar ingin berkongsi beberapa potongan ayat daripada buku tersebut yang aku rasakan sangat menarik. Antaranya :

“Kita boleh dapati siaran berita antarabangsa ada yang menyatakan, “War on Terror” (Peperangan Menentang Keganasan) atau “War for Peace” (Peperangan untuk Mencapai Keamanan). Tetapi apa yang mereka sedang lakukan bukannya “War for Peace” tetapi “War on Peace”, ataupun perang ke atas Agama yang Membawa Kesejahteraan, iaitu Islam.”

“Kita juga tahu media pada hari ini sibuk menggembar-gemburkan bahawa madrasah-madrasah perlu diharamkan. Mengapa? Kerana sistem madrasah melahirkan individu-individu yang melakukan keganasan dan mencabar keamanan sejagat”… “Sejarah memberitahu kita pada hari ini bahawa individu yang membunuh paling ramai manusia di dalam dunia adalah Adolf Hitler. Ini adalah pengetahuan am. Tetapi sila beritahu saya dari madrasah mana Hitler dikeluarkan?”

“Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia tidak boleh menilai berdasarkan perbuatan penganut-penganutnya atau kelakuan masyarakat Islam secara umumnya. Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia haruslah menilai berdasarkan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis yang sahih. Saya mencabar anda semua untuk tunjukkan kepada saya mana-mana ajaran daripada al-Quran dan hadis yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.”

“Kita sepatutnya berasa bangga digelar sebagai seorang muslim. Kita haruslah pandai menggunakan tohmahan mereka sebagai senjata kita untuk mematahkan hujah mereka”…”Kami dilatih untuk menggunakan kekuatan pihak lawan untuk menjatuhkan mereka kembali berbanding menggunakan kekuatan kita untuk menahan serangan mereka.”..”Saya selalu meminta mereka merujuk kitab-kitab mereka sendiri dan menjawab serangan mereka terhadap Islam.”

“Setiap umat Islam perlu menjadi daie (pendakwah). Di dalam sahih Bukhari hadis ke-3461, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” Kamu tidak boleh berkata, ‘‘Tak mengapalah. Tunggulah saya jadi seperti Sheikh Ahmad Deedat dahulu. Barulah saya akan melakukan dakwah.” Masa itu tidak akan tiba!Jika kamu mengetahui walaupun satu ayat mengenai Islam , selagi mana kamu memahaminya secara tepat, maka kamu wajib menyampaikannya.”

“Apabila orang Islam yang terlibat- Islamic Terrorism. Tetapi apabila orang bukan Islam terlibat- Regional Terrorism (Pengganas Tempatan) dan tidak dinisbahkan kepada agama mereka. Inilah bagaimana media mengumpulkan maklumat-maklumat ini dan menympaikannya kepada pihak umum dengan fakta yang salah.”

“Apa yang kita perlu buat ialah, jika kita menganggap TV ialah Dajjal, kita mestilah menukarkan Dajjal ini kepada seorang muslim. Kita tukar media TV ini kepada media yang menyebarkan kebenaran Islam. Maka di akhirat kelak kita boleh menjawab kepada Allah swt bahawa kita telah berusaha yang terbaik dalam menyampaikan mesej dakwah kepada dunia.”

Alhamdulillah, menarik kan? Sebenarnya banyak lagi petikan-petikan menarik daripada buku ini namun jika anda ingin mengetahuinya bolehlah dapatkan buku tersebut secepat mungkin. InsyaAllah tak rugi malah anda akan memperoleh fakta-fakta yang dapat memangkin diri untuk menjadi seorang daie yang berjuang menegakkan agama Allah swt. Dalam buku tersebut juga memuatkan soal-jawab antara penonton dan Dr Zakir sendiri dan bagaimana hujah-hujah Dr Zakir dalam mematahkan soalan-soalan yang berunsurkan penindasan terhadap agama Islam. Jadi, apa tunggu lagi dapatkan segera selagi stok masih ada!

Jazakallah..



Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog