Bismillah,
Suatu hari aku keluar membeli barang bersama sahabat aku di Jalan Tunku Abdul Rahman. Lebih kurang dua jam berjalan non-stop kami pun singgah di salah sebuah gerai untuk membeli air. Kami berdua meminta air yang sama (air soya). Setelah membayar, kami berlegar-legar mencari tempat berteduh supaya dapat meneguk air tersebut. Haishh pusing punya pusing satu tempat pun tak ada. Takkan nak duduk di tepi jalan pula. Sedang duk cari tu, tiba-tiba seorang muslimin berkopiah menegur aku. “Jangan minum sambil berdiri. Tak baik”. Erkk terkesima aku sebentar.
Aku tanya kat kawan aku, “ang ada minum ka?” dia geleng ja. Sambil berlalu muslimin tersebut sempat menoleh kepada kami sekali lagi sambil tersenyum. Aku buat-buat muka ‘blur’. “Atul, mungkin dia salah paham kot. Cuba ang tengok air kita ni, mana ada berbungkus (pakai cup) macam air dia (air teh yang dibungkus plastik) . Mungkin dia ingat kita dah ‘berjaya’ meneguk air yang begitu menggoda ni padahal dah naik kaku tangan aku ni duk pegang ja dari tadi.” Kata kawan aku sambil sempat gelak nakal. Aku pernah terbaca sebuah hadis Nabi Muhammad saw mengenai larangan minum sambil berdiri.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulllah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian minum sambil berdiri.Barangsiapa lupa, hendaklah dia memuntahkannya.” (HR Muslim).
Tetapi, aku juga pernah terbaca sebuah hadis bahawa Nabi Muhammad saw pernah minum sambil berdiri .
Dari Ali r.a bahawasanya dia pernah minum sambil berdiri. Kemudian dia mengatakan orang-orang tidak suka minum sambil berdiri, dan sesungguhnya Rasulullah saw pernah melakukan seperti apa yang aku lakukan. (HR Al-Bukhari dan lain-lainnya).
Hadis yang pertama, tidak diperbolehkan meminum sambil berdiri bagi seseorang yang bermaksud melanggar sunnah, namun yang dilakukan Nabi Muhammad saw tidak bertentangan dengan ucapan yang dikhususkan bagi umat Islam.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa larangan Nabi Muhammad saw minum sambil berdiri itu hanya bersifat moral supaya dilakukan dengan tenang sehingga tidak berdampak buruk pada perut.
Walaupun Nabi Muhammad saw pernah berbuat demikian namun larangan Baginda pada hadis pertama banyak kebaikannya kerana lebih sopan rasanya jika minum atau makan dalam keadaan duduk berbanding berdiri terutamanya bagi kaum hawa.
Di samping itu, dari segi aspek kesihatan juga lebih baik makan atau minum dalam keadaan tenang (duduk) kerana dapat mengelakkan tercekik ataupun kecederaan. Contohnya, ‘straw’ tertusuk lelangit semasa meneguk air akibat terlanggar dengan seseorang semasa berjalan.
Sekarang ni dah jadi seperti suatu kebiasaan minum sambil berdiri kerana kita boleh fenomena ini di sekeliling kita. Mudah-mudahan fenomena ini tidak menjadi semakin parah.Aku pun kadang-kadang terlupa juga pesan Nabi tersebut namun tak sepatutnya dijadikan alasan 'terlupa'. Muhasabah diri sellau dan sentiasa ingat pesan-pesan Nabi junjungan, Muhammad saw.
Apapun, carilah tempat yang sesuai, ambil keselesaan then barulah ‘best’ menikmati rezeki yang Allah swt kurniakan. Selesai makan/ minum nak jalan tanpa henti-henti pun takpa =)Alangkah sopannya begitu.
Petang tu, sampai sahaja aku di rumah, aku cerita dengan mak aku kejadian ditegur seorang hamba Allah tersebut. Sambil tersenyum mak aku berkata, “ermm mananya dia tak tegur kakak, kalau mak pun mak tegur sebab taknak orang pandang serong pada muslimah lain yang berpakaian begini. Kan tak manis di pandangan mata. Soal dia tersilap atau tak itu tak penting kerana dia tak tahu. Akak kena contohi orang tersebut.Tapi jangan akak nampak orang ‘baik-baik’ ja akak tegur tapi kena semua tanpa memilih-milih. Tegur-menegur ke arah kebaikan itu kan perlu. “
Dari Abu Hurairah r.a, Muhammad saw bersabda: “ Agama adalah nasihat.” Hal itu dikatakan sampai tiga kali. Lalu para sahabat bertanya: “ Bagi siapa, ya Rasulullah?” “Bagi Allah, Kitab-Nya, pemimpin kaum muslimin dan juga kaum awam di kalangan mereka, “ jawab Rasulullah. (HR At-Tarmidzi).
Aku senyum sahaja dengarkan nasihat mak aku tu. Aku mula belajar sesuatu, nasihat itu perlu walaupun kita tak nampak apa perkara sebenarnya yang berlaku kerana mengelak itu lebih baik daripada mengobati. Soal diterima atau tidak itu tidak penting tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan kita untuk menyampaikan ilmu tanpa melihat 'bulu' seperti pesan Nabi Muhammad saw : “ Sampaikanlah oleh kamu walaupun satu ayat.”Tapi layak dan kuatkah aku untuk menegur? InsyaAllah..
Sharing is caring.
Allahu’alam.
0 kritikan:
Post a Comment