Bismillah..
Apakah yang akan berlaku pada sepuluh tahun yang akan datang?
Dulu, semasa aku di tingkatan lima (5 sains 1 SMKPJ), aku dan kawan-kawan sekelas aku ada buat ‘deal’. Jika diizinkan Allah swt, umur masih panjang dan jodoh masih ada, kami akan berjumpa lagi (gathering) pada sepuluh tahun akan datang (Tahun 2015). Pada masa tu umur kami masing-masing adalah 27 tahun. Pada masa tu, masing-masing mungkin dah berubah tak macam 10 tahun yang sebelumnya. Mungkin ada yang sudah berkahwin, mempunyai keluarga dsb. Just wait =)
Lagi sekali pertaruhan dilakukan tapi kali ini lagi menarik. Aku, nadia, aisyah, sarah, nija, ana, dan fida telah sepakat untuk berjumpa lagi dalam tempoh 10 tahun(Tahun 2022) selepas kami tamat pengajian (Tahun 2012) dalam bidang perubatan. Maknanya masa tu kami masing-masing berusia 34 tahun dan mungkin masing-masing telah berkeluarga. Allahu’alam. Tempat yang telah diusulkan adalah Bali (‘demand’). Tapi aku harap, jika diizinkan Allah swt aku ingin jumpa mereka semula di rumah ibu Faridah ( rumah sewa kami yang sekarang) untuk kenang balik saat-saat pahit dan manis bergelar mahasiswi perubatan UKRIDA. Entah aku ada lagi ke tak masa tu =) Tapi apa yang aku yakin, masa itu akan terus berjalan dan aku tak akan sekali-kali dapat memutarkan kembali masa yang telah berlalu. Angan-angan bukan kunci kejayaan tetapi mungkin kemunduran.
Semalam adalah pengajaran buat hari ini, Hari ini adalah bekalan buat esok, namun esok belum pasti ada lagi buat kita. Hargailah setiap detik dan nikmat yang Allah kurniakan buat kita kerana tidak semua orang berpeluang menikmati anugerah seperti yang dimiliki kita. Berusaha semampu kita untuk menggapai segala yang kita impikan dengan diiringi doa dan bertawakkal kepadaNya untuk menuju keredhaanNya.InsyaAllah.
Selamat berjuang!Semoga Allah swt sentiasa mengiringi perjalanan kita semua.InsyaAllah. Semoga berjaya, duniawi wa ukhurawi.aminn..
“Kami merancang, namun Allah swt jualah sebaik-baik Perancang.”
Jazakallah.
0 kritikan:
Post a Comment