Friday, November 27, 2009

:. Salam AidilAdha .:

Friday, November 27, 2009 |
Bismillah..

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana kita masih diberi nikmat hidup sehingga ke hari ini. Semoga pertambahan usia kita selari dengan penambahan iman dan taqwa kepada Allah swt, InsyaAllah. Pada hari ini juga, seluruh umat Islam menyambut salah satu perayaan besar dalam sejarah Islam iaitu Hari Raya Aidiladha. Mudah-mudahan, di samping kita bergembira dengan segala nikmat yang Allah swt kurniakan, kita peroleh juga pengertian dalam hari dan bulan yang dimuliakan oleh Allah swt ini, InsyaAllah.


Alhamdulillah, kami tujuh orang kerdil juga berkesempatan merayakan hari kebesaran ini di perantauan untuk kali yang ketiga. Tapi pada tahun ini ada kelainan sedikit dan mungkin juga kerana persediaan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jika tahun lepas kami beraya dalam suasana peperiksaan (entry dahulu) , tapi alhamdulillah tahun ni kami beraya dengan jiwa yang tenang dan lebih bersedia.


Pada sembilan hari awal zulhijjah kami berpuasa dan berbuka bersama- sama (bagi yang 'mampu' ). Terasa bagai menyambut hari raya aidilfitri pula. Beberapa hari sebelum menjelang bulan Zulhijjah lagi, Nadia dan Ana telah merancang sesuatu (banyak idea budak dua orang ni). Dengan kuasa kuku besi, mereka berdua dengan sesuka hatinya telah membahagikan kami bertujuh kepada menu masing-masing. Paling menarik, setiap 'chef' (konon2) disediakan seorang 'assistant' kecuali seorang je yang tak ada. Sapalah orang tu ye?Kesian~ Antara menu yang tersenarai adalah, rendang ayam, sayur lodeh mak lodeh, kuah kacang dan beberapa desert (tp bru siap satu! Fydot cepat!) Senarai harga barang yang dibeli oleh setiap orang perlu dilaporkan pada 'dinding' khas tempat kami berkumpul (tempat bergosip..kui3).


Pulang dari kuliah semalam, dua tiga orang telah memulakan kerja masing-masing. Dimulai dengan Fydot yang ditugaskan untuk menyediakan desert bersama 'assistant'nya, Nija. Sambil itu, Sarah bersama assistant,Aisyah sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk kuah kacang. Kerja-kerja memasak terpaksa dilakukan bergilir-gilir kerana dapur gas hanya ada satu. Jika ada yang sedang memasak, yang lain siapkan bahan untuk masakan masing-masing. Kerja-kerja memasak berlanjut sehingga ke penghujung senja.

Aktiviti kerumah tanggaan dihentikan seketika untuk menghormati waktu maghrib dan berbuka puasa. Jika hari-hari sebelumnya kami berbuka dengan masakan di rumah, tapi semalam kami berbuka dengan nasi yang diberi di luar kerana tidak sempat menyediakan juadah berbuka. Selesai berbuka kami berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak. Bacaan yaasin juga dilakukan antara selang waktu dua solat tersebut. Selesai solat Isyak, kami bertakbir beramai-ramai untuk menghidupkan suasana malam raya Aidiladha dengan laungan takbir memuji Kebesaran Allah swt. Masing-masing tertunduk apabila perasaan sayu dan hiba melanda diri sampai ada yang tidak mampu lagi menahan air mata daripada keluar. Saat-saat begini teringat pula keluarga di kampung halaman masing-masing. Tabahkan hatimu wahai dukturah harapan agama dan negara!InsyaAllah.

Selepas takbir, yang berkenaan telah siap sedia untuk memulakan misi memasak rendang. Disebabkan kekurangan peralatan, rendang terpaksa dimasak dalam dua 'trip' kerana kuali yang ada tidak mampu menampung dua ekor ayam. Nasib baik ada Nadia(tukang rasa) dan Nija (sampai tertidur) yang sedia menemani sehingga rendang siap masak pada jam 11.15 malam. Selebihny,a sudah lama pengsan kerana kepenatan seharian bertungkus-lumus di dapur.

Alhamdulillah cuaca hari ini begitu cerah dan nyaman tidak seperti hari-hari sebelumnya, hujan turun tidak henti dari pagi sehingga malam. Inilah sebagian daripada Kebesaran Allah swt meraikan hari yang mengandung sejarah pengorbanan nabi Allah swt dalam meneruti Perintah-Nya . Alhamdulillah, solat sunat Aidiladha pagi tadi dapat dilaksanakan dalam keadaan yang selesa dalam rimbuhan kasih sayang-Nya. Seperti biasa, jika lewat sedikit lapangan pasti sudah dipenuhi penduduk tempatan tapi mujurlah masih ada ruang buat kami walaupun terpaksa menyelit di merata-rata.

Selesai makan-makan di rumah, kami berkunjung ke rumah Mak Som secara berjemaah. Seperti biasa, layanan daripada Mak Som semestinya first class! Biarpun hidup 'biasa- biasa' tetapi Mak Som begitu meraikan tetamu. Awal-awal lagi Mak Som dah sediakan hidangan sementara menunggu kedatangan kami, Alhamdulillah. Walaupun perut sudah kenyang, kami paksakan diri makan juga kerana bimbang Mak Som akan berkecil hati kerana telah bersusah payah menyimpan untuk kami. Terima kasih MakSom!

Balik rumah semuanya telah penat bukan main. Bukan sahaja penat berjalan dan makan tetapi penat bergambar. Hehe! Tahun ni ada dua orang juara 'fotogenik' dan tahniah la diucapkan kepada yang berkenaan :P Gambaq hangpa dua ja yang penuh dalam dua-dua kamera. Sabar neh~

Apapun, berjuta penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada tujuh orang kerdil (termasuk diri sendiri, cewah!) kerana bertungkus- lumus menjayakan menghidupkan kemeriahan aidiladha kita di sini walaupun masing-masing pasti merasa sedih kerana beraya sebagai anak rantau. Tak dilupakan jurugambar dan juruvideo tujuh orang kerdil yang begitu bersemangat sekali merakam setiap telatah kami untuk disimpan sebagai kenangan di hari tua. Credits to Siti Suhana dan ShahidatulNadia..Ekeke.. Memang best la semua!! Terima kasih daun keladi, panjang umur dan murah rezeki, InsyaAllah tahun depan kita buat lagi ^^ Selamat beristirahat, sahabat-sahabat :P

Semoga kegembiraan ini disertai dengan Keberkatan dan Keredhaan daripada Allah swt,
Aminn Ya Rabbal 'Alamin ..

Jazakallah..


Related Posts



2 kritikan:

Wal said...

kesian lembu indon..........

UkhwAh said...

kenapa pula?
mulalah tu..
haih~

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog