Bismillah..
Alhamdulillah..Hari ni telah berakhir kesengsaraan menghadapi minggu peperiksaan. Peperiksaan yang harus dihadapi setiap bulan kadang-kadang mengundang rasa bosan dan sangat meletihkan. Namun, alhamdulillah hati ini sentiasa diketuk dengan peringatan-peringatan yang mampu memuhasabah diri ini untuk kembali bersemangat. Semangat!
Kita lupakan seketika tentang 'exam'. Mengenai tajuk di atas, "Kenapa aku? Kenapa Tidak Saya?" adalah feedback kepada seorang sahabat yang melontarkan pertanyaan tersebut kepada saya beberapa hari yang lepas setelah mengikuti blog ini untuk suatu tempoh. Mohon maaf kepada yang berkenaan jika saya keterlewatan membuat 'entry' ini kerana ketika itu saya masih dalam tempoh 'berpuasa'.
Kenapa saya sering menggunakan perkataan 'aku'?
Seperti yang saya pernah suarakan dulu, tujuan awal saya berblog bukanlah untuk tatapan umum tetapi sekadar untuk luahan dan repekan sendiri untuk tatapan diri sendiri. Sehingga sekarang, saya masih menganggap blog ini tiada pengunjung yang sudi 'parking' dan hanya saya yang berkeliaran mundar-mandiri di sini untuk melakarkan kehidupan anak dagang ini. Jadi, saya lebih gemar menggunakan perkataan 'aku' untuk menggambarkan situasi seolah-olah saya sedang berinteraksi dengan diri sendiri untuk bukan dalam keadaan sedang bercerita di khalayak umum.
Jika di luar, 'aku' bukanlah menjadi kata ganti nama diri saat saya berkomunikasi bersama mereka di sekeliling saya, tapi ianya menjadi kata ganti nama diri saat saya bermonolog dengan diri sendiri.
Tapi, pertanyaan hamba ALlah swt berkenaan telah membuatkan saya tersedar daripada imaginasi sendiri. Saya harus sedar, rupanya blog ini kadang-kadang menerima kunjungan daripada tetamu yang tidak diundang. Oleh kerana itu, saya harus perbaiki setiap penulisan dan gaya bahasa agar penyampaian saya bukan sahaja mudah diterima untuk diri sendiri tetapi juga bermanfaat bagi mereka yang sudi 'minum-minum' di sini.
InsyaALlah, saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa. Buat permulaan, sebagai menghargai hamba Allah berkenaan, saya akan menggantikan aku kepada saya agar perkongsian antara dua hala lebih ternampak dan di samping mengingatkan saya, bahawa penulisan saya terkadang ada yang sesat membaca, jadi haruslah lebih berhati-hati.
Walau begitu, saya sangat berharap agar blog ini tidak disamakan dengan blog-blog ilmiah yang lain. Blog ini sekadar picisan yang menjadi tempat untuk saya meluahkan apa yang terdetik di hati dan menceritakan tragedi-tragedi yang berlaku pada diri ini. Jika ada yang boleh diambil sebagai pengajaran, alhamdulillah tetapi jika sebaliknya janganlah dicontohi. Saya juga sangat mengalu-alukan sebarang kritikan dan pandangan daripada pengunjung yang sudi singgah ke teratak buruk saya ini.
Terima kasih daun keladi. Salam ziarah dan semoga berjumpa lagi ^^
Jazakallah

2 kritikan:
salam.. hmm...kata ganti diri ekh.. xksh pon.. sama ja.. saya, ana,aku,I, gua, wa.. maksudnya hanya satu.. nak membahasakan diri.. cma perlu pandai ikut masa dan ketika..haa.. 2 plak termasuk dalam kemahiran interaksi sosial..panjg lak cita..papa pon..bg i pggunaan aku lbih mesra.. juz b urself!!
w'salam wbt..
terima kasih atas pandangan, sgt dihargai ^^
takpa, menyenangkan org lain, kebahagiaan buat diri ini..
jgn segan2 tegur ya kalo nmpk kekurangan di mana2..
trima kasih byk2 sudi singgah dan komen di sini ^^
Post a Comment