Friday, November 6, 2009

:. Cari Calon? .:

Friday, November 6, 2009 |
Bismillah..

Aku telah bersara daripada melibatkan diri dalam perbincangan di kategori perkahwinan sejak beberapa bulan yang lepas setelah beberapa orang user perasan akan kekerapan kehadiran aku di thread-thread sedemikian sehingga ada yang cuba mengusik- usik dengan mengatakan aku 'tidak lama' dah. Haish macam-macam. Sejak itu, aku hanya bergiat aktif di rumah sahaja bersama- sama housematees. Hampir setiap hari, ada sahaja topik mengenai perkahwinan dibualkan. Takpa, ilmu juga kan?

Sejak thread 'mencari calon suami/ isteri seorang doktor' dibuka dan aku yang bertanggungjawab meng'edit'nya, jadi aku sering juga mengikuti perkembangan thread berkenaan. Sudah lama thread tersebut menyepi sehinggalah aku masuk forum tengah hari tadi dan mendapati thread berkenaan naik semula. Pandangan aku tertarik pada kenyataan seorang user yang mengatakan pasangan doktor dan engineer menghasilkan gabungan genetik yang bagus. Sungguh alergik! lalala~Jika sebelum ini aku hanya menahan diri daripada menghantar komen di sana setelah dulu ada beberapa komen aku terlepas juga, tapi kenyataan user berkenaan telah membuatkan jari- jemari aku tidak tahan lagi untuk melontarkan hujah. Ya, setelah sekian lama, akhirnya aku kembali buang tebiat di thread perkahwinan. Kwang3.

Melihat kepada komen-komen user di sana, hampir keseluruhan wanita lebih memilih untuk mencari lelaki seorang doktor sebagai pasangan hidup dan sebaliknya pula bagi kaum adam yang lebih cenderung untuk memilih wanita selain doktor sebagai pasangan hidup mereka. Antara alasan yang diberikan kaum hawa adalah, lelaki bergelar doktor ni 'hensem', lemah lembut, baik hati, jika sakit mudah untuk mendapatkan rawatan. Tidak kurang juga ada yang menyimpan niat untuk menguruskan suami yang pastinya sibuk dengan tugas sebagai seorang doktor.

Bagi kaum adam pula, alasan utama mereka kebanyakannya adalah kesibukan. Mereka tidak mahu isteri yang terlalu sibuk dengan tugas sedangkan mereka menginginkan seorang isteri yang mempunyai masa terluang untuk menguruskan rumah tangga. Ini bukan kali pertama aku mendengar komentar seperti ini, malahan sejak dahulu lagi doktor wanita bukanlah pilihan utama untuk kaum adam jadikan pasangan hidup.

Walaupun, aku masih belum merasai kehidupan seorang doktor, tetapi aku tidak nafikan komentar yang mereka lontarkan ada benarnya. Memang rata-rata doktor sibuk dengan tugas sehingga masanya lebih banyak dihabiskan di hospital berbanding di rumah terutama jika terpaksa 'on call' selalu sehingga hospital sudah seperti rumah kedua mereka. Kadang-kadang ada yang mengatakan kehidupan doktor untuk pesakit melebihi kehidupan peribadinya dan juga keluarganya. Jika bagi seorang lelaki, itu tidaklah menjadi begitu bermasalah kerana isteri di rumah mampu menguruskan keluarga tanpa memerlukan suami berada sepanjang masa di rumah. Masalah mungkin akan timbul apabila isteri yang menjawat jawatan sebagai doktor dan terpaksa meninggalkan suami di rumah untuk membantu menguruskan rumah tangga.

Tetapi harus kita sedar, setiap sesuatu pekerjaan itu berhadapan dengan risiko yang pelbagai. Contohnya seorang engineer yang terpaksa meninggalkan anak dan isteri/ suami di rumah ketika 'offshore' yang terkadang memakan masa lebih sepekan. Seorang peguam pula telah membahayakan dirinya dan keluarga ketika menguruskan kes-kes jenayah pelanggan mereka. Tidak kurang pula seorang guru yang menjadi idaman kebanyakan lelaki juga turut berhadapan dengan risiko kerja dan rumah tangga. Mereka harus pandai mengendalikan emosi ketika berada di sekolah dan di rumah. Jika tertekan dengan sikap pelajar, silap hari bulan periuk belanga di rumah yang menjadi mangsa. Oleh itu, jika boleh jangan mudah benar kita membuat justifikasi dengan hanya melihat kepada 'side' yang lebih menonjol sahaja. Setiap pekerjaan itu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri cuma yang berbeza adalah kebijaksanaan kita dalam mengendalikan kekurangan yang ada.

“Maka, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain) dan hanya kepada Tuhan-mulah engkau berharap. ” [ Al-Insyirah:5-8]

Walaupun aku sendiri berdiri dalam bidang ini, aku sedikit pun tidak berkecil hati malahan aku menghormati setiap pandangan mereka. Setiap orang berhak untuk melontarkan buah fikiran mereka tanpa merendah-rendahkan pandangan orang lain. Kita diciptakan dengan pelbagai variasi termasuklah cara kita berfikir dan juga keinginan kita tidak sama. Kadang-kadang perbezaan itu membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain .

Apa yang penting di sini bukan kerjaya tetapi adalah redha. Jika kita redha dengan pasangan kita, iaitu kita yakin dialah jodoh yang ALlah swt hadirkan buat kita, kita harus terima segala kelebihan mahupun kekurangan dirinya. Saling menghormati dan membantu dalam melayari bahtera rumah tangga yang pastinya tidak akan tandus dengan ujian daripada ALlah swt. Perkahwinan itu adalah penghubung kasih sayang dan bukan mencetuskan tali permusuhan. Persiapkan diri dengan ilmu dan kemantapan iman agar rumah tangga yang dibina subur bersama kasih sayang dan redha daripada ALlah swt. .

Bukanlah sesuatu yang salah untuk seseorang itu mengidamkan sesuatu yang mereka rasakan terbaik buat diri mereka. Buatlah seberapa panjang pun 'list' ciri- ciri pasangan hidup yang mereka inginkan. Siapa yang tidak mahu pasangan hidup yang menjadi idaman kan? Kalau boleh kita mahu pasangan yang tip top! Pasangan yang terbaik yang menepati setiap kriteria yang kita harapkan. Ada ke orang yang inginkan pasangan hidup yang kurang baik?

Jika boleh, kita mahukan suami/ isteri yang beriman yang dapat sama-sama membimbing untuk mencari redha ALlah swt. Cintanya bukan hanya pada dunia tetapi cintanya kepada ALlah swt dan akhirat melebihi segala cinta yang mampu mendidik kita untuk lebih mencintai ALlah swt. Kita mahukan pasangan yang memahami dan bertolak- ansur dalam menguruskan rumah tangga. Walaupun dia sibuk mencari rezeki dunia, tetapi dia tidak lupa untuk menyiapkan santapan akhirat buat dirinya dan ahli keluarganya. Pasangan yang mampu tersenyum walaupun dalam kepenatan dan tidak pernah mengeluh dalam menunaikan tanggungjawab sebagai suami/ isteri. Pasangan yang sudi mendengar celoteh dan rintihan kita saat kita memerlukan tempat untuk berbicara meluah rasa. Paling penting, bersamanya bukan menjauhkan kita daripada Tuhan lalu tenggelam dengan nafsu dunia tetapi apabila bersamanya menguatkan lagi ingatan kita pada Yang Maha Esa.


Namun, sebagai seorang hamba, kita harus akur dengan ketentuan Pencipta kita. Di samping berusaha, kita haruslah berdoa dan bertawakkal kepada-Nya. Jika dapat yang kita inginkan, alhamdulillah tetapi jika yang sebaliknya tetaplah bersyukur kerana Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Kadang- kadang, apa yang kita rancang, kita peroleh hasil yang sebaliknya. Itulah dinamakan takdir daripada Dia yang Maha Kuasa. Kita merancang, tapi Dia adalah sebaik-baik Perancang. Setiap yang berlaku pasti disusuli dengan bermacam hikmah. Masakan ALlah jadikan sesuatu itu hanya sia-sia?

“Dan tiada Kami jadikan langit dan bumi, dan segala yang ada antara keduanya, untuk permainan (sia-sia).” [Al- Anbiya 16]

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahu. (Al- Baqarah:216)"

Benarlah, sesuatu yang baik pada pandangan manusia, belum tentu baik pada pandangan ALlah swt dan begitulah sebaliknya. Jadi, walau apapun yang diciptakan oleh-Nya buat kita, yakinlah itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita daripada-Nya.

Sebelum mengharapkan jodoh yang terbaik, persiapkanlah diri sendiri dahulu dengan ilmu yang bermanfaat serta akhlak yang mulia sebagai mahar untuk melayari bahtera rumah tangga yang bakal dibina. Perkahwinan itu bukan sahaja menghalalkan yang haram tetapi juga sebagai penyambung generasi umat Nabi junjungan, Muhammad saw. Kita yang bertanggungjawab melahirkan khalifah-khalifah dunia untuk meneruskan agama yang begitu teguh dipertahankan oleh Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda yang dimuliakan. Jangan terlalu berangan- angan untuk menikmati keseronokan di alam perkahwinan tetapi fikirkanlah tanggungjawab yang bakal dipikul apabila bergelar suami/ isteri dan juga ibu/ ayah.

Semoga kita semua dikurniakan seorang suami dan isteri yang soleh dan solehah yang mampu membimbing kita menggapai redha dan keberkatan hidup oleh ALlah swt. Aminn Ya Rabbal 'Alamin.

Allahu'alam..

p/s: Sekian dahulu 'keterbuangan ketebiatan' saya. Taubat-taubat ^_^ [Alhamdulillah, hari nie dapat berita gembira. Senior batch 2006, kak bazura dan abg Hafiz akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Disember nnt. Mabruk!Kedua-duanya adalah bakal doktor ^_^]


Related Posts



4 kritikan:

zaki said...

hahahahaha.... hmm..nice post..(xde idea lg nk komen apa)akan tiba..tunggu..

UkhwAh said...

terima kasih..
sekadar pandangan peribadi ^_^

owh ada hajat nk kmomen lg kah?
sila2..sbrg teguran/ pandgn sgt dialu2kan..

trima kasih sudi singgah~

Anonymous said...

hmm..calon..? dari segi fizikal.. nak yang pakai spec,kulit hitam manis,xkaya sgt(mean kuarga sederhana, batin.. nak yang lagi tua dari diri ini(ats 20 bwh 25), yang berpendidikan menengahnya di sekolah agama.. dan err.. pekerjaannya kelak sama mcm i..guru..hahaha..agak2..ada ka pmpn yg memenuhi kriteria kat ats??hmm...?

UkhwAh said...

insyaALlah..

setiap org ada kriteria calon yg diidamkan..usahalah ke arah tersebut tp jika xjmpa yg dicari, jgnlah bersedih krn Dia lebih Mengetahui..

apapun, ciri2 idaman calon idaman anda sgt menarik..nk perempuan lg tua ea? semoga bertemu, InsyaALlah..

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog