Antara fadhilat membaca surah al-baqarah adalah dilindungi daripada gangguan iblis dan syaitan.Kebanyakan yang kita lihat hari ini, antara amalan yang dilakukan oleh orang mukmin apabila memasuki rumah baru mereka akan membacakan surah Yaasin kerana berpendapat boleh menyingkir gangguan syaitan namun sebenarnya yang lebih afdal dilakukan adalah mengalunkan ayat-ayat dari surah al-baqarah sebagai perlindung dan ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda:
“Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya rumah yang al-Quran dibaca surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” (Hadis riwayat Muslim dan At Tirmidzi).
Dari ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah saw telah bersabda:
“Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir surah al-Baqarah pada malam hari, maka keduanya telah memberikan kecukupan baginya” (Hadis riwayat Bukhari)
Menurut Ibnu Hajar, yang dimaksudkan “kecukupan baginya” itu adalah kedua-dua ayat tersebut telah memberikan pahala bagi orang itu atas bangun malam yang dilakukannya untuk membaca al-Quran.
Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa dengan membaca kedua-dua ayat tersebut baik di dalam maupun di luar solat, pahalanya adalah sama seperti membaca keseluruhan al-Quran.
Dan yang lebih mengukuhkan lagi adalah dapat menghindar daripada gangguan syaitan seperti yang telah dijelaskan serta disertakan hadis Rasulullah saw seperti di atas.
Mengenai Dua ayat terakhir surah al-baqarah juga , dari Jubair bin Nafir r.a, Rasulullah saw bersabda:
“ Sesunguhnya ALLAH telah menutup surah al-Baqarah dengan dengan dua ayat yang dikeluarkan dari simpananNYA yang berada di bawah ‘ArasyNYa. Oleh kerana itu, pelajari dan ajarkanlah kepada isteri-iseri kalian, kerana keduanya adalah solat, al-Quran dan doa.”(Hadis riwayat Ad-Darimi).
Berdasarkan hadis-hadis ini telah jelas bahawa surah al-Baqarah malah banyak fadhilatnya yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian..Selepas ini jika kita masuk rumah baru ataupun ketika diganggu makhluk halus bolehlah amalkan surah al-Baqarah ini mudah-mudahan dengan izinNya kita dihindari dari gangguan syaitan..InsyaALLAH..
Jika dengan mengamalkan dua ayat pun sudah besar fadhilatnya apatah lagi jika mengusai keseluruhan ayat-ayat al-Quran..Subhanallah alangkah beruntungnya jika dapat menghafal keseluruhan kata-kata cinta yang Maha Agung ini kerana di dalamnya tersembunyi begitu banyak pengajaran buat penuntun kita dalam menempuh kehidupan sehari-hari yang semestinya penuh onak dan duri..Namun jangan kita hanya bergantung pada dua ayat maupun keseluruhan ayat al-Baqarah tersebut tetapi berusaha untuk mengusai keseluruhan surah-surah yang terkandung dalam kitab ALLAH, al-Quran kalamullah..
Biarlah al-Quran menjadi pendamping kita sebagai petunjuk menuju jalan yang diredhaiNya dan beramallah dengan ilmu yang dimiliki agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi..
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad saw telah bersabda:
“Pelajarilah al-Quran,baca dan ajarilah orang lain membacanya.Sesunguhnya perumpamaan al-Quran bagi orang yng mempelajarinya, lalu membaca dan menerapkannya adalah seperti balon yang penuh berisi udara menyebarkan anginnya ke setiap tempat . Sedangkan perumpamaan al-Quran bagi orang yang mempelajarinya lalu diam (tidak mengamalkannya) seperti balon yang penuh berisi udara tetapi terikat kuat dalam genggaman tangan.” (Hadis riwayat An-Nasa’i, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
Bersama kita pelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran buat pedoman sepanjang hayat juga membentuk peribadi mukmin yang mulia sebagai bekalan menemui Pencipta..InsyaALLAH..
Allahu’alam..
1 kritikan:
assalamualaikum ukhti..?
^_^
Post a Comment