Wednesday, December 17, 2008

.: Bermulanya Di Sini :.

Wednesday, December 17, 2008 |
Hanya satu sahaja ungkapan yang boleh menggambarkan perasaan ku saat ini..Alhamdulillah!!Ashkuruka Ya Rabbi…Tidak pernah putus nikmat yang Kau kurniakan pada hambaMu yang hina ini..Hari ini genap sebulan aku menjalani tempoh percubaan sebagai MU sebuah laman web yang sangat aku kagumi sejak July 2008..Niat di hati bukanlah untuk melahirkan sifat riak atas nikmat ALLAH swt malah tiada apa sebenarnya yang ingin dibanggakan..Namun sekadar ingin meluahkan sebuah perasaan yang sungguh mengharukan atas anugerah Illahi..Alhamdulillah..

Segalanya bermula pada suatu hari dengan niat ingin cuba2 akhirnya tanpa disangka-sangka membuahkan hasil..aku terima sebuah email yang sungguh aku kenal pengirimnya..”wah ni email dari web ********* ni”! detik hatiku..Dengan perlahan-lahan aku buka..”Tahniah saudari..n bla..bla…”!Ya ALLAH!Terduduk kaku aku masa tu!Biar betul??Ish2 macam mimpi je!!Adei lawak pun ade rasanya..Alhamdulillah..Tapi lepas tu aku termenung sendiri..aku tidak terus bagi jawapan..aku ambil wudhu’ dan selepas usai solat masih juga tidak dapat membuat keputusan..Apa nak buat ni ea? Nak terima ke tak?Takkan nak tolak kan?

Sebenarnya inilah peluang yang dinanti-nantikan..aku sangat mendambakan untuk membuat sesuatu yang dapat disumbangkan kepada orang lain..Sepanjang kehidupan ini aku sering menerima dan jarang sekali memberi..Ni la peluang aku!!!Akhirnya aku wat keputusan untuk balas email tersebut..”Alhamdulillah..Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan” Antara kata-kata yang mampu aku ukirkan..Aku gembira sangat!!!Terima kasih Ya ALLAH..

Sepanjang proses percubaan banyak sekali yang telah dipelajari..Aku mula merasakan satu perubahan besar dalam diri ini..Alhamdulillah jika ini satu perkembangan yang baik aku amat bersyukur..Mula2 takut juga..Takut buat silap..Takut menghampakan orang lain. Mudah2an ALLAH swt menuntun setiap langkahku..InsyaALLAH..Memang lawak hari pertama aku bertugas rasa macam ape2 tah..Lawak2..Aku asik kata je “Biar Betul Ni??” ai masih sukar untuk menerima..Sibuk?Hanya ALLAH swt je yang tau betapa sibuknya aku..Kehidupanku tidak seperti dulu lagi..

Masa perlu diatur dengan cukup sistematik agar semua tanggungjawab dapat ditunaikan dengan baik..Balik kuliah je setelah usai semuanya aku cepat2 on laptop untuk menjalankan tugas harian..Dapat masuk 1-2 jam sehari pun dah ok dah tapi selalunya terOVER plok.. hee~~Entah mengapa aku begitu bersemangat sekali..Best sangat join sahabat2 berkongsi ilmu..Tapi apapun bergantung pada diri aku sendiri juga..Kena pandai2 kawal.. Alhamdulillah berkat bantuanNya aku jalani segalanya dengan mudah..Dalam tempoh sebulan ni banyak benda yang telah aku lalui..Berkenalan dengan ramai orang..Semua baik2 belaka..Kami saling berkongsi pandangan dan ilmu..aku senang bekerja bersama dan untuk mereka..Alhamdulillah..Memang tak aku nafikan kadang2 tension juga..

Kelam kabut juga dibuatnya bila ramai yang masuk nak “handle” bukan main payah..Walaupun ada sahabat2 lain yang turut membantu namun tetap juga tak menang tangan kami dibuatnya macam pisang goreng panas..hehe..Nak uruskan sebuah ***** yang begitu besar dan amat dikenali bukannya senang..Perlu sentiasa berhati-hati..Kalau silap sikit habislah aku..’Famous’ dalam sekelip mata!huu.. Tah la aku pun tak tau mengapa rasa senang sekali menerima tanggungjawab ini..Hati ini benar-benar senang melaksanakan amanah ini..Alhamdulillah..Semoga berkekalan perasaan ini..

Hari ini genap sudah tempoh ujian selama sebulan..Sepanjang hari ini aku sungguh berdebar-debar..Adakah aku masih punya kesempatan untuk terus mencari saham akhirat ini??Namun yang paling aku risaukan adalah bagaimana penerimaan mereka terhadap tugas aku selama ni??Adakah memenuhi kriteria yang mereka harapkan??Ahh sungguh aku rasa tersiksa dengan memikirkannya sendiri..Pulang sahaja dari kuliah, laptop kesayangan terus dihidupkan..Seperti biasa sebelum mula study aku akan masuk dalam ***** sekejap sekadar pemantauan harian..Tiba-tiba satu email masuk!!Email yang sangat dinanti-nantikan..Dengan perasaan penuh berdebar-debar aku baca satu persatu bait kata-kata..YA ALLAH!!Alhamdulillah..Aku telah lulus!!YA ALLAH sungguh besar nikmatMU pada hambaMu yang sering alpa ini..Tanpa disedari mengalir air mata kesyukuran membasahi pipi ku ini..Hanya ALLAH swt sahaja yang tahu betapa gembiranya aku menerima berita tersebut!

Terima kasih kepada webmaster dan para sahabat yang sering membantu sepanjang aku menjalani tempoh percubaan..Teguran kalian sangat membantu memperbetulkan setiap tindakanku..Hanya ALLAH swt sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua..Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk terus membantu dalam menguruskan sebuah laman web yang sangat bagus seperti itu..Ish rasa terharu pula diterima sebagai ahli keluarga baru untuk brsama2 memperlebarkan syiar Islam di mata dunia..InsyaALLAH..Semoga ALLAH swt memberkati niat murni kita dan semoga dipermudahkan dalam segala urusan..InsyaALLAH..Tunjuk ajar daripada sahabat2 sekalian amat aku harapkan untuk terus belajar memperbaiki kelemahan diri..Jangan sesekali merasa segan untuk menegur diri ini yang sering alpa dan terkadang tidak sedar melakukan kesilapan..




"YA ALLAH, jika ini adalah sebuah anugerahMu pada hamba , semoga Kau sentiasa pelihara kami dan bantu kami dalam menegakkan agamaMu YA ALLAH..Tabahkan hati kami untuk menghadapi apa jua cabaran dan rintangan dalam berjihad di jalanMu ini YA RABBI..amin ya rabbal ‘alamin.."




Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog