Tuesday, December 30, 2008

Di Manakah Mak Dan Ayah Kita?

Tuesday, December 30, 2008 |
Bismillah..

Siapa yang tidak sayang kepada mak dan ayah?Kalau ditanya, orang yang paling anda sayangi dan rindui saat ini,jawapannya pasti mak dan ayah kan?Samalah aku..Hari-hari aku rindu sangat kat mak dan ayah aku..Sebelum nak study perkara yang selalunya aku buat adalah melihat gambar mak dan ayah supaya datang sikit semangat nak study tu.. Kadang-kadang kalau rindu sangat meleleh juga lah air mata ni..

Aku adalah harapan mereka jadi aku mesti tabahkan hati dan terus berusaha demi membahagiakan mereka walaupun aku tahu itu terlalu sedikit jika nak dibandingkan dengan pengorbanan yang telah mereka lakukan buat aku sejak dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah aku boleh berlari ke sana sini pada hari ni.. Terima kasih YA ALLAH kerana mengurniakan aku seorang ibu dan seorang ayah yang telah membahagiakan setiap hari-hari ku..ashkuruka ya rabbi..

Perit Payah Mak Ayah

Apa panggilan kawan-kawan buat ibu dan ayah? Mak?Ibu?Mama?Ummi?Ayah?Papa?Abi?Tak kisahlah apapun panggilan kawan-kawan pada mak ayah tapi yang penting adalah kewajiban kita memuliakan mereka setelah begitu besar pengorbanan mereka buat kita semua..Setelah begitu perit payah mereka membesarkan kita sanggupkah kita menghampakan dan melukai hati mereka??Sanggupkah kawan-kawan menitiskan air mata seorang insan yang tidak pernah mengira berapa titis air susu diberikan buat kita saat kita menangis kehausan dan kelaparan dan tidak pernah menghitung berapa titis keringat membasahi tubuh demi mencari sesuap nasi membesarkan kita sehingga hari ini? Tidak terhitung berapa titis darah yang mengalir saat kita dilahirkan di mana mak berperang dengan kesakitan dan maut demi memberi sinar baru buat kita.

Saat kita sakit, mak lah yang sering berada di sisi kita..Tidurnya terganggu kerana kita..Kegusaran di hatinya hanya ALLAH swt yang tahu..Menangis tanpa henti sehingga ayah yang baru melelapkan mata keletihan baru pulang dari kerja juga turut terjaga dek kerana kerisauan yang membungkam dijiwa.. Mereka penat mereka tidak pernah mengeluh..Buat je semua kerja..Kita nakal!Makan berterabur sana sini..Buat sepah satu rumah!Berlari sana-sini..Kerabat habis sofa dan segala tempat yang kita boleh kerabat!Baju tak payah cakap dalam sehari berapa kali duk salin!Kenakalan kita tu benar-benar menguji kesabaran mak ayah kita lagi2 mak yang sehari-harian bersama kita..Pening memang pening!

Semakin kita membesar semakin kita nakal..Kadang-kadang kata-kata mak ayah tidak kita endahkan..Ah!Uh!ih!Eh!semua kita keluarkan..Apa yang mak ayah kita buat?Sabar je.. Tapi mereka tidak pernah meminta budi dan pengorbanan mereka dibalas hanya yang mereka harapkan anak-anak mereka menjadi anak2 yang patuh pada ALLAH swt dan rasul, kasih pada mak ayah dan berbuat baik sesama manusia..Doa terus dipanjatkan agar anak-anak mereka adalah anak-anak yang soleh dan solehah.. Tak terhitung segala pengorbanan yang mereka lakukan buat kita tapi apa ja pengorbanan yang telah kita lakukan buat mereka? Renung-renungkanlah..

Apa Balasan Kita Pada Mereka?

Kadang-kadang kita tidak sedar terguris hati mak ayah bila apa yang mereka harapkan kita hampakan..Sanggupkah kita menyikiti hati dua insan yang sering menjaga hati kita sejak kecil?Segala permintaan dipenuhi demi mengembirakan hati kita.Kalau mereka tegur itu tandanya mereka sayang tapi kita sikit-sikit nak merajuk..Dah la mak penat uruskan kita lepas tu kena pujuk kita lagi padahal terang-terangan kita salah..Habis hati mak sapa nak pujuk???Hati mak sapa nak jaga??Perasaan mak sapa yang peduli??Nasib baik ada ayah yang sentiasa kuat menjadi pendorong untuk sama2 tabah memelihara sebuah mahligai dan amanah dari ALLAH swt..

Tapi tak mengapalah kita masa kecil tak tahu apa2 tapi yang sedihnya kita tidak sedar kadang-kadang perangai kita waktu kecil terbawa2 sehingga ke hari ini..Kita masih nakal tapi mungkin dalam bentuk yang berbeza..Masihkah berkata Ah!Ih!Uh!Eh! Pada mereka??Pernahkah kita membuat perkara yang mereka tidak suka?Mereka kata “nak,jaga diri baik-baik..jaga solat..jaga air muka mak ayah..Wah!!!???Kita dengar tak pesanan mereka tu?? Ada tak yang kita ingkar ?Apa yang telah kita hampakan?? Selain mengeluh!memberontak!berkasar!Berbohong!Apa lagi yang mampu kita lakukan?Pantang silap sikit melenting habis terbang periuk belanga!kesian kat mak nak kena beli lagi periuk baru dah semua bocor gara2 kita..

Bila dihantar belajar jauh2 kita mengeluh penat la!susah la!Tension la!kadang-kadang terasa beban!Pastu mula la memberontak!Study pun sikit-sikit takda mood!Cari hiburan kat luar!Enjoy puas2!Berpeleseran sana-sini!Kalau lah saja kita dapat rasai keperitan mak ayah kita dalam membesarkan kita sejak dari kecil sampai kita besar hari ini pasti semua itu tidak terjadi!Kalau saja kita dapat rasai pengorbanan mereka pasti rasa kerdil benar diri ini dengan tanggungjawab yang tidak seberapa itu..Padahal semua itu demi masa depan kita juga!Demi kebahagiaan kita juga..

Lihatlah dan fikirkanlah sehingga kita besar sekalipun kita tidak henti-henti menyusahkan mereka..Mereka sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat kita..”Takpe ayah susah sikit yang penting anak-anak ayah tak kurang makan dan dapat sambung belajar..Ayah hanya nak anak ayah berjaya di dunia dan akhirat!Itu je yang ayah dan mak sentiasa harapkan..” Lihatlah apa lagi alasan yang perlu kita cari untuk membuktikan kasih sayang mak ayah pada kita??Semua yang dilakukan untuk kita!
Nak teruskan memberontak?Nak teruskan menyalahkan mak ayah??Fikir-fikirkan lah sendiri..Sedar atau tidak , terguris sahaja hati mak dan ayah kita itu telah dikira menderhakai mereka. Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.Tak mencium bau syurga kita kalau sentiasa menyakiti dan mendurhakai mak kita maupun ayah kita.Apatah lagi zaman sekarang bila dah berjaya sombong!Merasa diri tu dah dewasa sangat!Mak ayah nyanyuk hantar rumah orang2 tua!Terpinggir bagaikan tiada anak..Sedangkan dari kecil ditatangnya kita bagai minyak yang penuh,walau perit bagaimana sekalipun didodoinya kita supaya merasa ketenteraman.Tapi sayang bila dah besar tergamak hantar ibu ayah di rumah orang2 tua tanpa jenguk langsung!Ya ALLAH semoga Kau pelihara mereka yg bergelar ibu dan ayah namun mempunyai anak yang tidak tahu mengenang jasa.Semoga mereka tabah mengharungi kehidupan menghabiskan sisa2 perih kehidupan..aminn..Sebagai peringatan buat diriku dan kawan2 semua..

Dari Abdurrahman bin Abu Bakar, dari ayahnya, RAsulullah saw :

“Maukah kalian aku beritahukan tentang dosa yang paling besar di antara dosa-dosa besar?” Kami menjawab: “Mau ya Rasulullah!”Baginda berkata : “syirik kepada ALLAH swt, derhaka kepada kedua orang tua.” Paa saat itu baginda sedang bersandar lalu duduk seraya berkata: “Yaitu kesaksian palsu.” Bainda terus mengulang-ulang itu,sehingga kami mengucapkan: “Seandainya saja baginda diam.” (HR Al-Bukhari, Muslim, dan At-Tirmidzi)

Apa Seharusnya Yang Kita Lakukan?

Dari Abu Hurairah ra,dia menceritakan, ada seseorang yang datang kepada Rasulullah saw seraya bertanya:

“wahai Rasulullah saw,siapakah orang yang paling berhak saya pergauli dengan baik?” Rasulullah saw menjawab: “Ibumu! Orang itu bertanya lagi: “Lalu siapa?” “Ibumu! Jawab beliau: “Lalu siapa lagi?” Tanya orang itu.Baginda pun menjawab: “Ibumu!” Selanjutnya bertanya: “Lalu siapa?” Baginda menjawab: “Bapamu.” (Muttafaqun Alaih)

Ibumu!Ibumu!Ibumu!dan Ayahmu!!Sebagai seorang anak sudah menjadi kewajiban kita untuk menghormati dan menyayangi orang tua kita yang telah banyak bersusah payah membesarkan kita.Berusaha menjadi anak yang soleh dan solehah yang sentiasa membahagiakan dan menyenangkan hati mak dan ayah.Belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berjaya demi membentuk masa depan yang cerah.Memang rezeki itu di tangan ALLAH swt tapi kita dituntut untuk berusaha . Percaya atau tidak dengan melihat kita berjaya dalam kehidupan kita sudah membuat mak dan ayah kita bahagia?Mereka tak mengharapkan hadiah emas, kereta besar, rumah besar, dan segala yang mewah yang mungkin mereka tidak pernah langsung merasainya tapi cukup sekadar melihat anak yang mereka besarkan dari kecil telah menjadi orang yang berjaya.Namun bagi mereka yang mak ayah sudah kembali ke rahmatullah sentiasalah berdoa semoga roh mereka di tempatkan di kalangan para solihin..aminn..

Muhammad Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila anak adam meninggal dunia, maka terputuslah segala amal kebaikannya.Kecuali tiga macam amal: 1) harta yang diwakafkan, 2) ilmu yang bermanfaat, 3) anak yang soleh yang selalu mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim)

Kita yang masih punyai mak ayah juga perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Tak dikenakan sebarang bayaran untuk berdoa.Sesungguhnya itulah amalan yang paling mudah.Selagi mak ayah masih hidup berbaktilah kepada mereka walaupun kita tahu sampai akhir hayat mereka sekalipun kita berbuat baik pada mereka, takkan mampu dapat membalas segala pengorbanan dan jasa mereka buat kita.Namun sekurang2nya kita berusaha membahagiakan mereka..



"Ya Rahman, Semoga Kedua Orang Tuaku Sentiasa Dalam Perlindungan Dan PemeliharaanMu..Ya Muhaimin,sertakan kehidupan kedua orang tuaku dengan keberkatan dan keredhaan dariMu..Ya Rahim ,kasihanilah dan bahagiakanlah mak dan ayahku seperti mana mereka membahagiakanku sejak aku dari kecil sehingga ke akhir hayat mereka. Jangan pernah Engkau biarkan hati mereka terluka keranaku malah Engkau didiklah aku menjadi anak yang menyenangkan hati kedua orang tuaku..semoga doaku ini adalah doa dari anak yang solehah..
Amin ya rabbal ‘alamin…"

jazakallah..


Related Posts



0 kritikan:

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog