Sunday, April 5, 2009

:. Mengapa Ibu Menangis? .: 0 kritikan

Sunday, April 5, 2009 |
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, ibu adalah seorang wanita, nak". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis? Sepertinya ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawapan yang bisa diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi berjumpa dengan seorang tua. Dia bertanya mengapa ibu menangis. Kata orang tua itu di dalam mimpinya. "saat Tuhan ciptakan wanita, Dia membuatnya menjadi sangat utama. DIA ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Tuhan berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

DIA berikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, DIA berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Tuhan berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada
bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Tuhan berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan Menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan
jantung agar tak terluka?

DIA berikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.

Dan, akhirnya, Tuhan berikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus DIA berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilapun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu kalau beliau masih hidup. Jika sudah tiada, janganlah kita lupa untuk sering mendoakan kesejahteraannya di alam sana kerana doa anak yang soleh dan solehah adalah bekalan ibu bapa dalam menemui Penciptanya.

allahu'alam..

read more

Saturday, April 4, 2009

:. Di Manakah Masaku? .: 0 kritikan

Saturday, April 4, 2009 |

Bismillah..


Semalam, baru sahaja aku online tiba-tiba kak yati buzz aku. Kami bersembang tidak begitu lama kerana aku minta diri untuk sambung ‘study’. Exam just around the corner….


“Akak dah niat, kalau atul online kali ni akak nak tegur”. Pilu aku baca ayat kak yati tersebut. Bukan sahaja kak yati, sebelum ni pun kak Nur juga meluahkan rasa yang sama. Ya Allah kenapa bukan aku yang menegur mereka dahulu?Malunya aku membiarkan seorang kakak yang menegur dahulu seorang adik .


Sejak akhir-akhir ini aku merasakan masa-masa ‘riang’ ku sudah rakus dimamah kesibukan yang aku sendiri tidak sedar yang aku sudah kelemasan dibawa arus. Jika dulu aku sering ada masa untuk perkara-perkara lain selain daripada tanggungjawab utamaku tapi kini tidak lagi. Dulu aku sering menziarahi teman-teman di webchat nasyidfm walaupun sekadar bertanya khabar. Aku juga sering menegur krew2 nasyidfm sama ada di ym ataupun di skype. Pernah ada seseorang menegur aku, “belajar medic tak sibuk ke?” Masa tu aku pun pelik. Kenapa, budak medic busy macammna? Masa tu aku dah rasa cukup busy tapi ternyata aku cepat sangat menafsir. Perjalanan aku masih jauh rupanya dan masih banyak lagi onak yang perlu aku tempuhi dan sudah pasti masa lah musuh utamaku. Setiap masa adalah nyawa.


Webchat yang dulu menjadi teman bila kelapangan namun sekarang tidak lagi. Ada sahaja tugas lain yang perlu aku kerjakan terlebih dahulu sehingga memang tiada masa langsung untuk menjenguk teman-teman di sana. Palin aku sedih, aku bukan atul yang rajin menegur kakak2 dan adik2 di ym lagi malahan merekalah yang sering menegur aku dulu. Kawan-kawan aku juga jarang sekali aku menegur. Kadang-kadang aku cuba juga curi sedikit masa menegur adik-adik namun tidak semua. Terima kasih atin dan filzah yang tak jemu2 menegur akak walaupun kadang2 akak lambat reply kerana tak perasan ada pm kamu berdua. Maafkan akak. Ada pula yang merajuk kerana aku online tapi tak tegur mereka. Tak kurang ada pula yang hantar komen di friendster, merajuk kerana katanya aku jarang online. Ya Allah dik, akak minta maaf sangat-sangat.


Adakah ini permulaan pengorbanan yang harus aku terima? Perlukah aku melepaskan tanggungjawab lain yang sedang aku pikul saat ini ? Kadang-kadang aku sendiri keliru apa yang harus aku lakukan. Ibarat ditelan mati emak diluah mati bapak. Aku tak boleh merungut. Aku harus teruskan perjuangan. Aku hanya sedih kerana aku tiada masa untuk mereka. Aku tak boleh main2 seperti dahulu lagi. Everything was changes! Ini perubahan yang harus aku terima. Doaku semoga Allah melindungi dan merahmati sahabat-sahabat aku semua. Maafkan aku. Maafkan aku..maafkan aku..


Jazakallah..


read more

Friday, April 3, 2009

:. [Lagu] Anak Soleh - UNIC .: 0 kritikan

Friday, April 3, 2009 |


Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa

Hormat pada yang tua kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh

Pernah kawan aku tanya, kalau aku dengar sesuatu lagu tu, aku suka dengar lagunya ataupun menghayati liriknya. Aku lebih suka lihat pada liriknya. Entahlah setiap kali aku dengar sesebuah lagu aku akan hayati betul-betul liriknya. Ni adalah salah sebuah lagu juga lirik yang berjaya menambat hati aku. ‘Ringtone’ phone aku pun aku letak lagu ni =)


Mesej yang disampaikan ‘direct’ dan mudah difahami. Rentak lagunya juga menarik dan memang ‘ngam’ la dengan liriknya. Selalunya, bila aku rasa tak bersemangat aku akan dengar lagu ni dan alhamdulillah lepas je dengar lagu ni,aku pasti akan bersemangat semula untuk mengulangkaji pelajaran. This song reminds me about all my responsibilities ; to Allah, Rasul, my parents, and etc. I want to be ‘anak solehah’ so I’ve to act like ‘anak solehah’ should be. Kadang-kadang aku menangis bila dengar lagu ni kerana aku tahu aku belum cukup malah mungkin masih jauh untuk menggapai status ‘anak solehah’. Aku ingin menjadi hamba yang sebenar-benar hamba di sisiNya dan anak yang patuh serta menyejukkan hati mak dan ayah serta teman yang baik buat kawan-kawan dan masyarakat.InsyaAllah.


Lagi satu, bila aku dengar lagu ni, ianya mengingatkan pertemuan pertama aku bersama nasyidfm.net. Lagu inilah yang pertama sekali aku dengar semasa mula-mula aku dengar radio nasyidfm.net dulu. Selepas tu, bila aku nak buat permintaan lagu je aku mesti minta lagu ni especially semasa exam untuk menaikkan semangat kawan-kawan. Nasyidfm.net yang sentiasa di hati =)


Semoga akan lebih banyak lagi lagu-lagu nasyid sebegini. Majulah industri nasyid tanah air untuk menyebarkan mesej-mesej dakwah kepada semua umat manusia. InsyaAllah.


Jazakallah..


read more

Tuesday, March 31, 2009

:. Buku Pertama ILuvIslam .: 0 kritikan

Tuesday, March 31, 2009 |

Alhamdulillah, aku hanya mengambil masa satu hari untuk menghabiskan membaca buku “Media dan Islam- Berperang atau Berdamai?” iaitu buku pertama iLuvislam.com. Buku ini adalah himpunan daripada isi-isi ceramah Dr Zakir Naik yang atas inisiatif seorang moderator agama di ILuvislam.com, saudara Mohd Effy Saiful menterjemahkannya dalam bentuk buku yang mudah dibaca oleh semua.

Dr Zakir Naik merupakan seorang yang pakar dalam bidang perbandingan agama di peringkat antarabangsa. Beliau sangat terkenal dengan teknik pidato dan debatnya yang mantap dengan menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis sahih serta beberapa kitab agama-agama lain seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta, Upandishads dan banyak lagi.

Di sini aku sekadar ingin berkongsi beberapa potongan ayat daripada buku tersebut yang aku rasakan sangat menarik. Antaranya :

“Kita boleh dapati siaran berita antarabangsa ada yang menyatakan, “War on Terror” (Peperangan Menentang Keganasan) atau “War for Peace” (Peperangan untuk Mencapai Keamanan). Tetapi apa yang mereka sedang lakukan bukannya “War for Peace” tetapi “War on Peace”, ataupun perang ke atas Agama yang Membawa Kesejahteraan, iaitu Islam.”

“Kita juga tahu media pada hari ini sibuk menggembar-gemburkan bahawa madrasah-madrasah perlu diharamkan. Mengapa? Kerana sistem madrasah melahirkan individu-individu yang melakukan keganasan dan mencabar keamanan sejagat”… “Sejarah memberitahu kita pada hari ini bahawa individu yang membunuh paling ramai manusia di dalam dunia adalah Adolf Hitler. Ini adalah pengetahuan am. Tetapi sila beritahu saya dari madrasah mana Hitler dikeluarkan?”

“Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia tidak boleh menilai berdasarkan perbuatan penganut-penganutnya atau kelakuan masyarakat Islam secara umumnya. Jika seseorang itu mahu menilai agama Islam, dia haruslah menilai berdasarkan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis yang sahih. Saya mencabar anda semua untuk tunjukkan kepada saya mana-mana ajaran daripada al-Quran dan hadis yang bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.”

“Kita sepatutnya berasa bangga digelar sebagai seorang muslim. Kita haruslah pandai menggunakan tohmahan mereka sebagai senjata kita untuk mematahkan hujah mereka”…”Kami dilatih untuk menggunakan kekuatan pihak lawan untuk menjatuhkan mereka kembali berbanding menggunakan kekuatan kita untuk menahan serangan mereka.”..”Saya selalu meminta mereka merujuk kitab-kitab mereka sendiri dan menjawab serangan mereka terhadap Islam.”

“Setiap umat Islam perlu menjadi daie (pendakwah). Di dalam sahih Bukhari hadis ke-3461, Nabi Muhammad saw bersabda, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.” Kamu tidak boleh berkata, ‘‘Tak mengapalah. Tunggulah saya jadi seperti Sheikh Ahmad Deedat dahulu. Barulah saya akan melakukan dakwah.” Masa itu tidak akan tiba!Jika kamu mengetahui walaupun satu ayat mengenai Islam , selagi mana kamu memahaminya secara tepat, maka kamu wajib menyampaikannya.”

“Apabila orang Islam yang terlibat- Islamic Terrorism. Tetapi apabila orang bukan Islam terlibat- Regional Terrorism (Pengganas Tempatan) dan tidak dinisbahkan kepada agama mereka. Inilah bagaimana media mengumpulkan maklumat-maklumat ini dan menympaikannya kepada pihak umum dengan fakta yang salah.”

“Apa yang kita perlu buat ialah, jika kita menganggap TV ialah Dajjal, kita mestilah menukarkan Dajjal ini kepada seorang muslim. Kita tukar media TV ini kepada media yang menyebarkan kebenaran Islam. Maka di akhirat kelak kita boleh menjawab kepada Allah swt bahawa kita telah berusaha yang terbaik dalam menyampaikan mesej dakwah kepada dunia.”

Alhamdulillah, menarik kan? Sebenarnya banyak lagi petikan-petikan menarik daripada buku ini namun jika anda ingin mengetahuinya bolehlah dapatkan buku tersebut secepat mungkin. InsyaAllah tak rugi malah anda akan memperoleh fakta-fakta yang dapat memangkin diri untuk menjadi seorang daie yang berjuang menegakkan agama Allah swt. Dalam buku tersebut juga memuatkan soal-jawab antara penonton dan Dr Zakir sendiri dan bagaimana hujah-hujah Dr Zakir dalam mematahkan soalan-soalan yang berunsurkan penindasan terhadap agama Islam. Jadi, apa tunggu lagi dapatkan segera selagi stok masih ada!

Jazakallah..


read more

Monday, March 30, 2009

:. Mengapa Aku Berblog? .: 0 kritikan

Monday, March 30, 2009 |
Bismillah..

Apakah tujuan aku berblog? Mungkin salah satunya kerana terpengaruh dengan orang2 yang kebanyakannya mempunyai blog dan aku pun rasa nak kenal juga apa itu 'blog'. Aku tak pernah ada diari untuk mencatat setiap peristiwa2 yang aku rasakan penting dalam hidup aku. Jadi dengan hadirnya blog ini dapatlah aku coretkan serba sedikit luahan hati, peristiwa maupun input-input yang pada dasarnya hanya ingin dikongsikan untuk diri sendiri. Ya untuk diri sendiri.

Pada awal penglibatan aku dalam dunia blog ni, semuanya adalah rahsia. Kawan2 tahu aku ada blog tapi mereka tak tahu di manakah blog aku dan itupun tidak ramai yang mengetahui hanya segelintir. Aku memang tak pernah terfikir untuk mendedahkan identiti blog ini kerana aku ingin jadikan ianya sebuah 'diari' yang menyimpan segala coretan diriku agar bila dah tua nanti aku masih ada kenangan di masa2 remaja (mahasiswa) yang dapat aku imbas kembali. Selain itu ianya menjadi salah satu inisiatif aku untuk meningkatkan pengetahuan terutama dalam bidang agama kerana bila ada blog aku teringin sangat untuk kongsikan di sini agar aku sentiasa muhasabah diri di samping meningkatkan lagi usaha aku untuk mendapatkan sesuatu ilmu dan mengamalkannya.InsyaAllah.

Namun sekarang aku sudah ada 'follower'!Semuanya secara kebetulan. Ada yang tersesat dan tidak kurang juga yang berusaha mencari kewujudan blog ku ini. Aku tak pernah menolak kehadiran kalian, malah aku gembira menyambut kesudian kalian untuk sama-sama berkongsi ilmu bersamaku. Terima kasih =) Namun aku dengan rendah hati menyatakan aku bukanlah si pujangga yang manis berkata2 dan aku juga bukan ahli agama yang bijak membahaskan perihal agama. Aku hanya seorang insan biasa yang serba kekurangan dan cetek ilmunya namun aku sangat berharap segala kekurangan itu dapat aku perbaiki dari semasa ke semasa.InsyaAllah.

Aku mulai sedar kehidupan aku sedikit berubah sejak kehadiran 'teman bicara' ini. Segala yang aku coretkan sedikit sebanyak adalah luahan daripada hatiku yang dalam. Aku memang agak pendiam dan aku lebih gemar menghabiskan masaku dalam bilik. Kalau tidak study, aku pasti mengerjakan tugas2 ku di ILuvIslam.com dan jika berkelapangan di blog inilah tempat aku meluahkan rasa hati. Mungkin sesetengah orang merasakan rutin harianku ini amat membosankan tapi Alhamdulillah aku bahagia hidup begini. Jika inginkan sedikit hiburan aku akan perdengarkan halwa telinga dengan radio nasyidfm dan jika inginkan kemeriahan aku akan kunjungi pula ILuvislam.com melihat post2 yang dihantar user sehingga kadang2 aku akan tergelak sendiri di samping mempelajari bab2 agama di sana. Alhamdulillah banyak ilmu yang diperoleh di samping dapat mengubati kesunyian dan kerinduan aku kepada keluarga.

Blog aku ini mungkin tidak seberapa dan mungkin juga tiada manfaat bagi kalian. Segala kekurangan harap tidak berkecil hati dan sudi dimaafkan. Tegurlah jika ada kesilapan dan sudilah kiranya berkongsi ilmu bersama-sama. Semoga jalan yang kita lalui dirahmati dan dipermudahkan oleh Allah swt. Aminn ya rabbal 'alamin..

"Siru 'ALa BaRakaTiLLah"

read more

Saturday, March 28, 2009

:. Larangan Minum Sambil Berdiri .: 0 kritikan

Saturday, March 28, 2009 |

Bismillah,

Suatu hari aku keluar membeli barang bersama sahabat aku di Jalan Tunku Abdul Rahman. Lebih kurang dua jam berjalan non-stop kami pun singgah di salah sebuah gerai untuk membeli air. Kami berdua meminta air yang sama (air soya). Setelah membayar, kami berlegar-legar mencari tempat berteduh supaya dapat meneguk air tersebut. Haishh pusing punya pusing satu tempat pun tak ada. Takkan nak duduk di tepi jalan pula. Sedang duk cari tu, tiba-tiba seorang muslimin berkopiah menegur aku. “Jangan minum sambil berdiri. Tak baik”. Erkk terkesima aku sebentar.

Aku tanya kat kawan aku, “ang ada minum ka?” dia geleng ja. Sambil berlalu muslimin tersebut sempat menoleh kepada kami sekali lagi sambil tersenyum. Aku buat-buat muka ‘blur’. “Atul, mungkin dia salah paham kot. Cuba ang tengok air kita ni, mana ada berbungkus (pakai cup) macam air dia (air teh yang dibungkus plastik) . Mungkin dia ingat kita dah ‘berjaya’ meneguk air yang begitu menggoda ni padahal dah naik kaku tangan aku ni duk pegang ja dari tadi.” Kata kawan aku sambil sempat gelak nakal. Aku pernah terbaca sebuah hadis Nabi Muhammad saw mengenai larangan minum sambil berdiri.

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulllah saw bersabda: “Janganlah sekali-kali seseorang di antara kalian minum sambil berdiri.Barangsiapa lupa, hendaklah dia memuntahkannya.” (HR Muslim).

Tetapi, aku juga pernah terbaca sebuah hadis bahawa Nabi Muhammad saw pernah minum sambil berdiri .

Dari Ali r.a bahawasanya dia pernah minum sambil berdiri. Kemudian dia mengatakan orang-orang tidak suka minum sambil berdiri, dan sesungguhnya Rasulullah saw pernah melakukan seperti apa yang aku lakukan. (HR Al-Bukhari dan lain-lainnya).


Hadis yang pertama, tidak diperbolehkan meminum sambil berdiri bagi seseorang yang bermaksud melanggar sunnah, namun yang dilakukan Nabi Muhammad saw tidak bertentangan dengan ucapan yang dikhususkan bagi umat Islam.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa larangan Nabi Muhammad saw minum sambil berdiri itu hanya bersifat moral supaya dilakukan dengan tenang sehingga tidak berdampak buruk pada perut.

Walaupun Nabi Muhammad saw pernah berbuat demikian namun larangan Baginda pada hadis pertama banyak kebaikannya kerana lebih sopan rasanya jika minum atau makan dalam keadaan duduk berbanding berdiri terutamanya bagi kaum hawa.

Di samping itu, dari segi aspek kesihatan juga lebih baik makan atau minum dalam keadaan tenang (duduk) kerana dapat mengelakkan tercekik ataupun kecederaan. Contohnya, ‘straw’ tertusuk lelangit semasa meneguk air akibat terlanggar dengan seseorang semasa berjalan.

Sekarang ni dah jadi seperti suatu kebiasaan minum sambil berdiri kerana kita boleh fenomena ini di sekeliling kita. Mudah-mudahan fenomena ini tidak menjadi semakin parah.Aku pun kadang-kadang terlupa juga pesan Nabi tersebut namun tak sepatutnya dijadikan alasan 'terlupa'. Muhasabah diri sellau dan sentiasa ingat pesan-pesan Nabi junjungan, Muhammad saw.

Apapun, carilah tempat yang sesuai, ambil keselesaan then barulah ‘best’ menikmati rezeki yang Allah swt kurniakan. Selesai makan/ minum nak jalan tanpa henti-henti pun takpa =)Alangkah sopannya begitu.

Petang tu, sampai sahaja aku di rumah, aku cerita dengan mak aku kejadian ditegur seorang hamba Allah tersebut. Sambil tersenyum mak aku berkata, “ermm mananya dia tak tegur kakak, kalau mak pun mak tegur sebab taknak orang pandang serong pada muslimah lain yang berpakaian begini. Kan tak manis di pandangan mata. Soal dia tersilap atau tak itu tak penting kerana dia tak tahu. Akak kena contohi orang tersebut.Tapi jangan akak nampak orang ‘baik-baik’ ja akak tegur tapi kena semua tanpa memilih-milih. Tegur-menegur ke arah kebaikan itu kan perlu. “

Dari Abu Hurairah r.a, Muhammad saw bersabda: “ Agama adalah nasihat.” Hal itu dikatakan sampai tiga kali. Lalu para sahabat bertanya: “ Bagi siapa, ya Rasulullah?” “Bagi Allah, Kitab-Nya, pemimpin kaum muslimin dan juga kaum awam di kalangan mereka, “ jawab Rasulullah. (HR At-Tarmidzi).


Aku senyum sahaja dengarkan nasihat mak aku tu. Aku mula belajar sesuatu, nasihat itu perlu walaupun kita tak nampak apa perkara sebenarnya yang berlaku kerana mengelak itu lebih baik daripada mengobati. Soal diterima atau tidak itu tidak penting tetapi yang lebih penting adalah keikhlasan kita untuk menyampaikan ilmu tanpa melihat 'bulu' seperti pesan Nabi Muhammad saw : “ Sampaikanlah oleh kamu walaupun satu ayat.”Tapi layak dan kuatkah aku untuk menegur? InsyaAllah..

Sharing is caring.

Allahu’alam.

read more

Thursday, March 26, 2009

:. [Puisi] Wahai Pemelihara Hati .: 0 kritikan

Thursday, March 26, 2009 |


Wahai Pemelihara hati,

Lindungilah hatiku daripada penyakit duniawi

Yang bisa merosakkan agama dan akhlak diri

Sehingga tersungkur di hadapan yang Hakiki


Wahai Pemelihara hati

Tabahkan hatiku dalam menerima ketentuanMu

Agar ku meyakini itu yang terbaik untukku

Yang telah Kau janjikan buat para HambaMu


Wahai Pemelihara hati,

Tiupkanlah kalimat kebesaranMu dalam jiwaKu

Agar ku lebih yakin menjalani hari-hari ku

Yang pastinya tidak sunyi dengan ranjau dan liku


Wahai Pemelihara hati,

Bekalkan ikhlas sebagai pendamping diri

Tanpa mengharapkan diri ini dihargai

Tika tangan dihulur menyerah bakti


Wahai Pemelihara hati,

Bukakanlah hijab ke makam kasihMu

Agar dapat ku menikmati kemanisan cintaMu

Yang menjadi dambaan para sufi agamaMu


Wahai Pemelihara hati,

Andai esok hari aku jatuh cinta

Labuhkan cintaku pada hambaMu yang bertaqwa

Yang mengajarku lebih mencintai Yang Maha Esa


Wahai Pemelihara Hati,

Jauhilah aku daripada cinta palsu

Yang bisa membinasakan kasihku padaMu

Sehingga ku terlena dibuai khayalan nafsu


Wahai pemelihara hati,

Bekalkan diri ini dengan kasih sayang

Agar dapat ku pautkan secebis kedamaian

Buat hambaMu yang dalam kesengsaraan


Wahai Pemelihara hati,

Andai hari ini yang terakhir buatku

Lapangkanlah jiwaku dalam meninggalkan segala amanatku

Yang kuserahkan kepadaMu sebagai pemelihara warisku.


Wahai Pemelihara hati,

Aku tak layak mencium bau syurgaMu

Namun aku tidak terdaya menghadapi api nerakaMu

Ampunilah dosa-dosa ku dan terimalah taubatku

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun buat hambaMu


jazakallah..

read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog