Saturday, July 18, 2009

:. Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak .: 0 kritikan

Saturday, July 18, 2009 |
Bismillah..

Mak,
Selamat Hari ulangtahun kelahiran
Semoga mak peroleh keberkatan umur
Dan semoga rahmat dan keredhaan-Nya
Mengiringi mak hingga ke akhir hayat.

Mak,
Terlalu besar pengorbanan mak pada kami,
Mak kendung kami selama sembilan bulan sembilan hari,
Mak berperang dengan maut saat lahirkan kami,
Mak menahan kesabaran sepanjang membesarkan kami,
Mendidik kami anak-anakmu yang nakal tidak mendengar kata ini.

Mak,
Jika diberi pilihan diri ini tidak mahu menjadi dewasa,
Masih ingin menjadi anak mak yang nakal belaka,
Merindui bebelan mak saat diri ini tidak mendengar kata,
Merindu berkejar-kejaran dengan mak saat diri nakal tak terkata.

Mak,
Maafkan kami anak-anakmu yang nakal ini,
Terima kasih atas didikan dan pengorbananmu mendewasakan kami,
Mengajar kami erti kehidupan ini,
Mengenali dunia mencari yang akhirat yang abadi.

Mak,
Begitu mendalam rasa rindu ini padamu,
Terasa bagai ingin memeluk erat tubuhmu,
Ingin sekali ku usap wajah lembutmu,
Merasakan kehangatan kasih seorang ibu.

Mak,
Saat perut bergendang di waktu malam,
Terbayang air milo semanis kasih mak,
Dan nasi goreng sehangat sayang mak,
Tak pernah jemu tak pernah lelah menabur bakti.

Mak,
Riangnya diri ini tatkala mendengar suaramu sebentar tadi,
Tergambar wajahmu yang mengukir senyuman gembira,
Terasa tidak sabar benar diri ini ingin pulang,
Mengubat rindu yang kian lama tersimpan.

Mak,
Seumur hidup ini takkan mampu kubalas kasihmu,
Juga tak setanding dengan pengorbananmu,
Engkaulah ibu yang terbaik dalam hati ini,
Takkan ada pengganti sehingga akhir nanti.

Mak,
Halalkan setiap titisan darahmu saat melahirkan kami,
Juga setiap titisan air susu yang menghilangkan dahaga kami,
Halalkan cebisan hatimu andai pernah kami lukai,
Dan halalkan kasih sayangmu yang sentiasa mendamaikan jiwa ini.

Mak,
Doakanlah kami anak-anakmu,
Semoga kami menjadi anak yang soleh dan solehah,
Menyejukkan perutmu dan membahagiakan dirimu,
Redhailah kami agar redha Allah mengiringi kami.

Ya Allah,
Rahmatilah mak dan ayahku,
Bahagiakanlah mereka di dunia dan akhirat,
Seperti mana mereka mengasihiku,
Kurniakanlah mereka barakah dan redha dari-Mu..

aminn ya rabbal 'alamin..


read more

Thursday, July 16, 2009

:. Jangan Sombong.: 2 kritikan

Thursday, July 16, 2009 |
Bismillah..

Pengajian malam tadi, Pak Romi telah menjelaskan mengenai sepotong ayat iaitu:


Wahai manusia! Sungguh, Kami telah Menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.(49:13)

Berdasarkan ayat di atas, setiap apa yang kita miliki pada tubuh badan kita ini adalah ketentuan dari Yang Maha Pencipta. Jika kita dilahirkan sebagai seorang lelaki, perempuan, berkulit putih, hitam dan sebagainya, ingatlah itu adalah ketetapan dari Tuhan. Dengan erti kata lain, semua yang kita miliki adalah bukan pilihan kita tetapi sudah ditentukan oleh Allah swt. Hanya kita dituntut untuk berusaha mengurus kehidupan kita dengan tidak bergantung kepada nasib semata-mata. Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berusaha merubahnya. Kita tidak dibiarkan terkontang- kanting tanpa arah tetapi al-Quran dan As-Sunnah itu dibekalkan buat kita sebagai panduan untuk mengurus kehidupan yang baik seiring dengan kehenak Pencipta.

Lihatlah di dunia ini, setiap daripada kita sudah ada perbezaan sama ada sedikit mahupun banyak. Allah swt menciptakan kita dengan pelbagai keunikan yang hanya Dia Mengetahui apa sebabnya. Setiap penghuni suatu negara berbeza dengan penghuni negara lain. Dibahagikan pula dalam setiap negara itu pelbagai suku dan bangsa yang watak dan perwatakan itu boleh berbeza antara satu sama lain.

Salah satu tujuannya adalah untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Agar dapat kita mempelajari sesuatu daripada setiap perbezaan itu. Tidak pernah setiap ciptaan Allah swt itu sia-sia melainkan untuk memberi petunjuk dan pengajaran kepada hamba-Nya. Selain itu, perbezaan ini dapat melahirkan rasa kagum daripada seorang hamba kepada Pencipta-Nya. Sebagai tanda, Dialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Pencipta. Ada manusia yang mampu melakukan ciptaan sepeti ini? Itulah salah satu tanda kebesaran ALlah swt yang harus kita akui dan kagumi.

Setiap daripada kita pasti saling memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini, dalam menuju destinasi yang pasti. Dalam perjalanan ini, kita tidak harus mempunyai perasaan sombong atau rasa rendah diri terhadap orang lain. Jika kita lihat suatu kelebihan ucapkanlah 'Alhamdulillah' dan jika sebaliknya ucapkanlah 'subhanallah'. Ingatlah tiada kekurangan dan kelemahan pada setiap Penciptaan-Nya. Semua itu adalah ujian yang hanya Dia Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya.

Permulaan sifat 'inferior' itu adalah bermula daripada rasa sombong yang pernah singgah dalam hati. Jadi apabila kita melihat orang lain yang mempunyai 'extra' kelebihan daripada kita, diri mula merasa kekurangan dan menganggap diri tidak mempunyai apa.

Untung nasib seseorang itu terletak di tangan Allah swt. Jika seseorang itu senang, itu adalah keberuntungannya yang lahir daripada keluarga yang senang dan begitu juga sebaliknya. Semua itu adalah ketetapan daripada Allah swt.Jika Dia menginginkan sesuatu untuk hamba-Nya, Dia akan jadikan dengan sekelip mata dan begitu juga jika Dia ingin mengambil sesuatu daripada hamba-Nya juga dengan sekelip mata dan tiada siapa dapat menghalangi-Nya.

Renungkanlah kisah bagaimana Bilal Bin Rabah yang pernah memegang jawatan sebagai seorang Gabenor di Basrah sedangkan pada awalnya beliau hanya seorang hamba, yang dianggap hina dan tidak memiliki apa-apa. Itulah aturan daripada ALlah swt yang tidak dapat dijangka oleh manusia.

Manusia ini semuanya sama hanya nasib kita yang berbeza-beza. Ingatlah seperti janji Allah pada ayat di atas " Kami telah Menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal" iaitu semuanya adalah ketetapan-Nya. Janganlah rasa rendah diri dengan kekurangan diri atau merasa sombong dengan kelebihan yang kita miliki kerana semua itu datang dari ALlah swt, dan semua itu dalam pentadbiran-Nya.

Hanya dalam kepelbagaian ciptaan-Nya itu, Allah swt telah menjanjikan hamba-Nya yang paling mulia di sisi-Nya adalah hamba-Nya yang paling bertaqwa dan bukan hamba-Nya yang paling kaya, paling cantik dan sebagainya. Oleh kerana itu, walau siapapun diri kita, walau sehebat manapun diri kita saat ini, kita tetap hamba di sisi Tuhan. Jadilah hamba yang bertaqwa untuk menemui jalan yang selamat di dunia dan akhirat. Buangkanlah jauh-jauh perasaan rendah diri mahupun sombong walau di mana kita berada tetapi tanamkan di dalam diri untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa di sisi-Nya.
Sesungguh-Nya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Teliti atas setiap Penciptaan dan Pentadbiran-Nya.

Allahu'alam.

read more

Wednesday, July 15, 2009

:. Lamaran Tak Diundang .: 0 kritikan

Wednesday, July 15, 2009 |
Bismillah..

Hari nie internet mula beroperasi seperti biasa setelah hampir lima hari kami semua kebosanan kerana tidak tahu apa hendak dibuat sepanjang cuti 11 hari yang diumumkan UKRIDA gara-gara wabak H1N1 yang telah menyebabkan dua orang mahasiswa Malaysia dikuarantin di hospital khusus virus untuk beberapa ketika.

Tidak lama selepas yahoo messenger diaktifkan, aku mendapat satu lamaran daripada seseorang. Pada awalnya memang aku agak terkejut, maklumlah yang berkenaan jarang pm aku jika tiada urusan penting melainkan jika ada pengumuman mengenai aktiviti usrah terutamanya.

Aku dilamar untuk loncat biro. Sekali lagi aku terkejut ditambah rasa nak tergelak-gelak. "Ok2 serius sikit atul, bukan benda main-main ni." Aku menenangkan diri. Terasa macam dalam politik pula seperti lompat parti.hehe..Main lompat-lompat biro ni bukan perkara menyenangkan, apatah lagi sudah setahun aku terlibat dalam biro sekarang ni. Walaupun tak banyak aktiviti dijalankan, melainkan kes2 'urgent' tapi aku suka ja berada dalam biro ni. Juga sebagai tanda aku 'respect' keputusan senior yang memilih nama aku dan meletakkan aku dalam biro ni semasa mula2 pemilihan ahli biro setahun yang lalu. Apa pula kata mereka jika aku keluar biro ini untuk menyertai biro lain?hmm..

Aku bukan tidak berminat dengan lamaran ini tapi aku takut aku tak mampu menggalas tangungjawab yang diberi. Bukan calang-calang biro, segala amanah harus dipikul dengan baik, komitmen harus diberikan sepenuhnya, dan yang pastinya harus lebih bekerja keras berbanding sekarang. Tidak aku nafikan, biro ini sangat diidamkan terutama mereka yang impikan gelaran seorang Daie, berbakti di jalan ALlah swt.

"Pasal lompat biro tak mengapa, nanti diuruskan. Senior lepas pun ada yang buat seperti itu.Takpa, atul fikirkan dulu 'offer' ni. Nanti kalau dah bersedia dengan jawapan, atul pm saya bila-bila masa ja. Fikirkan baik-baik ya?" Walaupun dengan taipan, aku dapat merasakan ada nada harapan pada setiap bait kata-katanya. Entahlah, aku sebenarnya malas nak fikir lagi. Rasa nak tolak mentah-mentah, tapi apabila mengenangkan kata-katanya yang agak bersugul dengan sikap segelintir mahasiswa yang tidak komited dengan tugas dalam biro menyebabkan aku mengambil keputusan untuk berinteraksi dengan hati dan akal aku dahulu sebelum aku memberi kata putus.

"Layakkah dan mampukah kau, atul?". Itu jela pertanyaan yang sedang bermain-main dalam fikiran aku sejak dari tadi. Masih buntu memikirkan apa yang harus aku lakukan. Melepaskan biro yang setelah setahun aku pegang selama ini atau bersama ikhwah dan akhwat lain dalam mempertahankan sebuah biro yang disegani.

"Semoga Kau tuntuni hati hamba-Mu ini dalam memilih yang terbaik di antara yang baik. Aminn ya rabb" .

Jazakallah..

read more

:. Tag From ILa .: 0 kritikan



Bismillah..





Alhamdulillah..Terima kasih ila atas award yang diberikan ^^

Rules And Regulation:

Adalah baik sekiranya anda menulis 25 perkara yg org xtau semasa kecil anda. dihujung entry, anda harus memilih 5 org utk ditag. Anda amat bertuah jika ditag saya sbb sy ingin tau lebey lanjut tentang zaman comel anda dulu..

Banyak juga 25 ya? Ila pun bagi 10 ja atul pun nak ikut lah. 10 ja.ehehe..

Semasa saya kecil:

1) usia sembilan bulan dah boleh jalan. (Suka abang2 kalah!yes!)
2)nyaris2 terbakar disebabkan angah punya bunga api (alhamdulillah masih d sini).
3)selalu berebut dgn along dan angah kalo mak p 'office trip'.Aleh2 sume tinggal.Padan muka!
4) selalu gaduh dengan angah tapi bersahabat baik dengan along.hehe..
5)suka main janggut tokwan. (sekarang pun teringin tapi dah besaq, segan la=P)
6) Suka ikut abang2 main.(tak suka main dengan perempuan!leceh suka merajuk.eke)
7)selalu 'eksen' dgn angah, p sekolah tak pernah nangis. (angah selalu kena teman..haha)
8)suka alih rehan along/angah sebab nak mengaji cepat.
9)Salah naik bas sekolah.Dah hujung stesen baru pakcik sedar tinggal seorang lagi ntah dtg dr mana.eke!
10) umur 9thn dpt adik. Ehe dah jadi kakak, no more 'adik'.xblh nakal2 lagi.isk3..

Ehehe malu pula rasanya bila kenang balik zaman kanak-kanak yang sangat nakal. Kalau nak cerita semua tak cukup 10 pages. Tapi ni bagi 10 jela, segan dedah kenakalan semasa di zaman kanak2.

Apapun, terima kasih Ila =)

Siapa yang kena selepas ni? Nie dia:

1) Fatin
2)Filzah
3)Idah
4)Aisha
5)Zaki

Padan muka!ehehe..

Jazakallah..



read more

Tuesday, July 7, 2009

:.Luka Sekeping Hati .: 2 kritikan

Tuesday, July 7, 2009 |
Bismillah..

Di sebuah desa, tinggal dua beranak yang hidup secara sederhana tetapi bahagia. Si ibu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang dan mendidiknya dengan ilmu dunia di samping tidak melupakan akhirat.

Hati membesar seperti anak-anak lain yang seusia dengannya. Dia seorang yang ceria dan sering membuat hati ibunya gembira melihat telatahnya. Membesarkan Hati bukanlah sesuatu yang sukar kerana hati seorang anak yang pandai berdikari dan sangat memahami perit payah ibunya yang bertungkus lumus membanting tulang meneruskan kehidupan mereka berdua.

Apabila umur Hati menginjak dewasa, dia perlu berhijrah ke luar kota untuk menghitung nasibnya pula dengan harapan dia dapat mengubah kehidupan keluarganya. Perasaannya bercampur-baur antara sedih dan bimbang kerana inilah pertama kali dia berjauhan dengan ibunya dan dia langsung tidak mengenali dunia yang bakal ditempuh selepas ini. "Hati, jaga diri baik-baik ya nak. Ingatlah apa yang ibu pesan dan ajarkan selama ini. Mudah-mudahan selamat di sepanjang perjalanan.

Hati melangkah menuju kehidupan barunya. Di sini dia tidak ada lagi ibu yang boleh mengawasi dirinya. Segalanya perlu diuruskan sendiri. Hati dirundum gelisah dan ketakutan untuk berhadapan dengan kehidupan barunya itu. Setelah tiba di sebuah persimpangan Hati melonjak gembira apabila melihat penghuni bumi asing itu mempunyai bentuk tubuh sepertinya. Persis sama. Hati mula berkenal-kenalan dengan mereka yang dijumpainya di sepanjang perjalanan.

Sepanjang perjalanan, Hati sangat berjaga-jaga. Langkahnya diatur dengan kemas dan sopan. Jika langkahnya sumbang, dia bakal melanggar lalu mencederai mereka yang berada di sekelilingnya. Dalam asyik dia mengelak, tiba-tiba seseorang telah terlanggar dirinya dari belakang sehingga dia jatuh tersungkur di bahu jalan. Tubuhnya terdapat kesan calar dan mengalir cairan berwarna merah. Hati bingkas bangun sambil menutup lukanya itu agar tidak terlihat oleh rakan yang melanggarnya tadi.

"Eh tak ada apa. Sikit ja. Saya pergi sana sekejap ya?". Kata Hati sambil tersenyum dan kemudian berlalu ke belakang sebuah bangunan lama. Hati menangis semahunya menahan kesakitan. Cairan merah yang keluar dari tubuhnya mengalir tanpa henti. Itulah luka dan kesakitan pertama yang dirasakannya setelah berjauhan daripada ibunya. Apabila mengenangkan wajah tabah ibunya, Hati berhenti menangis. "Hati anak ibu yang kuat!Hati tak boleh menangis dan bersedih." Kedengaran suatu suara yang seakan-akan berbisik ke telinganya.

Sejak itu, setiap kali Hati terjatuh akibat dilanggar oleh mereka yang seakan tidak menyedari kehadiran dirinya, Hati tidak menangis lagi. Tapi seperti biasa, untuk mengelak mereka yang melanggar dirinya merasa bersalah, Hati akan menutup luka tersebut agar darah tidak mengalir sehingga terlihat oleh mereka yang melanggarnya. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman walau diri mengerang menahan kasakitan. Mereka pasti tidak tahu akan luka dan kesakitan yang dialami Hati.

Begitulah rona-rona kehidupan yang dilalui Hati dalam mencapai tujuan hidupnya. Belum sempat luka lama sembuh, tercalit pula luka baru. Oleh kerana sering dilanggar dan jatuh, hampir seluruh tubuh Hati kini dilitupi bekas-bekas luka. Terkadang, sambil mengusap-usap lukanya itu, mengalir air mata membasahi wajahnya yang menampakkan seribu satu kemurungan meratapi nasib diri.

"Tak mengapa Hati, mereka bukan sengaja melanggar kau. Mereka terlalu sibuk mengejar tujuan mereka sehingga tidak sedar sesekali mereka telah melanggar lalu melukai diri kau. Kalau pun mereka sengaja, tak mengapalah. Begitulah kehidupan. Walaupun kita sayang seseorang itu belum tentu menjamin dirinya tidak akan kita lukai seperti diri kau sekarang. Kau juga tidak pasti diri mereka tidak pernah kau lukai. Mungkin sahaja dalam kau sentiasa berjaga-jaga masih ada di antara mereka yang pernah kau tersentuh sehingga mnimbulkan rasa tidak senang mereka kepada kau.

Hati janganlah pernah terselit kata-kata dendam dalam diri kau. Tak baik begitu. Diri kau dan mereka adalah sama. Tercipta daripada ramuan yang sama. Hanya cara mengadun yang berbeza sehingga menghasilkan resipi yang turut berbeza. Jika kau memahami keunikan ini, lapangkanlah dadamu memberi kemaafan atas setiap luka yang terpalit di tubuhmu. Biar berjuta luka memakan tubuh, tidak bererti perjuangan luruh seperti darah yang menitis gugur ke bumi. Biarlah semangat menjadi penawar atas setiap kesakitan itu demi menjejaki destinasi seterusnya. Bersabarlah wahai hati." Kata-kata yang sering memujuk dirinya untuk terus melangkah mencapai tujuan hidupnya.

'Ubadah bin Shamit mengutarakan, Muhammad Rasulullah saw bersabda, "Maukah kalian kuberi tahu tentang sesuatu yang dipergunakan ALlah memperkukuh bangunan dan meninggikan derajat?" "Tentu, ya Rasulullah." Rasulullah saw bersabda, "Hendaklah engkau bersabar menghadapi gangguan orang bodoh, memaafkan orang yang berbuat zalim kepada dirimu, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadamu, dan memulihkan hubungan dengan orang yang memutuskannya denganmu". (HR Thobrani).

Jazakallah..


read more

Thursday, July 2, 2009

:. Exam ke Tak Ni? .: 2 kritikan

Thursday, July 2, 2009 |
Bismillah..

Selesai ujian Praktikum Parasit pagi tadi (jam 8.30 pagi), aku, Fydot, dan Aisyah bergegas pulang ke rumah dan kemudian ke CL (ciputra land) untuk membeli hadiah dan kek untuk birthday Ana. Ingatkan nak p terus ja dari kampus tapi masing-masing lupa bawa duit =P Mujurlah kami bertiga selesai terlebih dahulu daripada housemate yang lain terutama Ana, jadi dapatlah kami pergi secara sembunyi.

Kami cuba jalan yang jauh yang belum pernah kami lalu sebelum ini untuk mengambil angkut bagi mengelakkan bertembung dengan Ana. Alhamdulillah selamat. Sampai di CL kami lihat pintu utama baru di buka, lampu di dalam baru 2-3 yang dihidupkan, dan eskalator juga belum dihidupkan. Kami lihat jam, baru pukul 9 pagi rupanya. Hehe malu sendiri. Itulah akibatnya kelam-kabut untuk mengelak daripada bertembung dengan Ana sampai jam pun tak perasan pukul berapa. Nak balik macam tak berbaloi, satu jam je lagi. Kami pun masuk jugalah walaupun muka dah tebal 5 inci.huu..

Sementara menunggu, kami sempat ambil gambar sekeping dua bersama patung-patung dalam watak Ice Ages yang akan ditayangkan dalam bentuk 3D tidak lama lagi. Comel! Ambil peluang sementara tiada orang.ekeke. Suasana lengang sangat, seperti kami bertiga sahaja yang berada di situ. Selepas bergambar, kami duduk di kerusi berdekatan dengan sebuah kedai souvenir dan bersedia untuk menerkam apabila ia dibuka. Aku lihat jam tangan, pukul 9.30 pagi. Masih bersisa setengah jam. Masing-masing sudah kebosanan + mengantuk gara-gara berjaga untuk exam pagi tadi. Kesian, sabar neh~


Oleh kerana rasa segan duduk di kaki lima tu, kami decide p makan dulu di Restoran Solaria. Nasib baik restoran ni dah buka tapi kami lah pelanggan pertama mereka dan hanya kami penghuni dalam restoran besar itu. Segan juga, tapi lagi segan duduk di kaki lima berhadapan dengan lif, orang keluar masuk sambil memerhatikan kami. Rasa nak pakai topeng Power Rangers ja masa tuh..isk3..

Sambil menunggu, kami bersembang. "Kita ni macam tak exam ja. Esok ada IPD dan Parasit kowt". Takpa demi housemate tersayang kami akan tetap sabar menunggu. Makanan pula sampai lewat. Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Sepatutnya dah boleh pergi beli hadiah dan kek Ana dan kemudian boleh segera pulang untuk sambung study kerana exam masih bersisa dua hari.

Selesai membeli apa yang perlu, kami bergegas pulang. Turun daripada angkut nampak Sarah yang datang dari arah warteg (warung tegar-warung nasi) sambil tersenyum-senyum. "Owh dah agak dah. Lampu bilik Aisyah dan Atul bernyala tapi sandal tak ada. Pandai atur strategi eh?". Kami senyum ja. Nak tergelak rasa macammana kami boleh terfikir nak buat macam tu dalam keadaan 'last minute'.

Sarah cover kami dari depan. Line clear. Masing-masing kelam kabut masuk bilik untuk elak bertembung dengan Ana. Aku dan Aisyah terus senyap dalam bilik. Fydot pula buat-buat keluar bilik sambil bersembang dengan Sarah. Hehe penuh muslihat. Kalau Ana perasan juga tak tahulah. Elok kita bertiga resign ja jadi pelakon. Award lama-lama tu simpan dalam kotak jela.hehe.


Tadi kami baru selesai meraikan hari ulangtahun Ana. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan sederhana ditambah kesibukan exam, semua masih dapat berkumpul bersama meraikan hari bahagia teman serumah. Kepada Ana, selamat hari ulangtahun yang ke-21! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. Aminn..Comel tak water dispenser tu? Haha kami dah tak tahu nak beli apa. Kapan-kapan atul singgah bilik tumpang ambil air ya? hehe..Lagi satu nak pesan, kalau dah bunyi jam loceng tu (hadiah drp Embak Maya) cepat-cepat bangun. Habis riuh satu rumah nanti. huhu..

Bulan lepas dua kali makan kek. Bulan ni dah dapat satu. Next bufday girl kita pakai cup cake jela eh? Takpun kita buat lempeng ka? Jimat sikit duit..Haha..Siapalah orang tu :P

Majlis dah selesai, sekarang semua jom pakat study! Hari nie ada dua exam best lagi manthop!Semoga semua bertemu najah!InsyaALlah!Semangat!Semangat!Semangat!


Jazakallah..

read more

Wednesday, July 1, 2009

:. Belum Selesai .: 2 kritikan

Wednesday, July 1, 2009 |
Bismillah..

Entry kali ni sekadar memanfaatkan masa rehat sebelum meneruskan lagi pelayaran (bukan tidoq). Setelah selesai se'pekan' mengharungi dunia exam, minggu ini (6 hari) perjuangan diteruskan tetapi lebih lama daripada minggu lepas (4 hari). Nasib baik isnin ni cuti, lepas tu mula blok baru dan exam lagi dan berakhirlah semester 4 tahun kedua =)

Sedikit cemburu melihat status senior di ym yang bakal berangkat pulang ke tanah air besok. Bercuti panjang sebelum menempuh alam praktikal (seram!!). Lagi sebulan giliran kawan-kawan aku pula, pulang untuk cuti akhir semester. Tinggal jela aku yang masih meneruskan perjuangan menempuh semester pendek. InsyaALlah pulang juga tapi hanya sepuluh hari untuk menyambut lebaran =) Tiket dah di tangan hanya ajal maut dan ketentuan-Nya yang menjadi pemisah segalanya.

Masih bersisa beberapa exam :

Parasitologi - Teori & Praktikum
Ilmu Penyakit Dalam -Teori
Bedah-Teori
Patologi Klinik - Praktikum
Integrasi- Teori


Ya ALlah kuatkanlah hamba agar terus tabah dan bersemangat menggalas amanah ini. Never givup!!Keep moving!Boleh!Boleh!Semangat!semangat! Ok dah nak p sambung balik bertaaruf dengan parasit-parasit yang merosakkan hati manusia :) p dlu..Opss! Hari ini birthday KakNiza!!Hepi bufday sis!!May ALlah bless you, aminn..

Jazakallah..

read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog