Saturday, June 13, 2009

:. innalillahi wa inna ilaihi roji'un .: 2 kritikan

Saturday, June 13, 2009 |


Bismillah..

Pagi kelmarin ketika aku sedang bergegas untuk ke kuliah, tiba-tiba aku teringat untuk mengucapkan terima kasih kepada seorang mod ILi kerana menyelesaikan sisa tugas yang aku tidak sempat kerjakan kerana mengalami masalah internet. Walaupun pada awalnya dia bergurau dengan mengatakan tidak akan membantu, tapi aku tahu dia pasti akan buat walaupun sebelum itu aku terpaksa menerima kejian dan kutukan beliau. Adik yang sangat baik tetapi mengjengkelkan ^^

“member baru meninggal xciden, housemate lak koma.” Kata mod tersebut. Aku tiba-tiba tersentak, kelu tanpa kata. Entah mengapa mudah benar air mata aku mengalir waktu itu. Sebelum itu, beliau memberitahu hari ini beliau ada exam tapi tiada mood untuk study. Aku salah kerana tidak bertanya lebih lanjut mengapa beliau hilang focus pada study tetapi terus memarahi beliau supaya kuatkan semangat dan pergi study. Tak sangka rupa2nya beliau sedang bersedih atas pemergian seorang sahabat. Maafkan akak, dik.

Sepanjang aku di kelas, tumpuan aku sedikit terganggu dengan berita yang aku terima sebelah pagi tadi. Beberapa kali aku cuba beristighfar dan mengesat air mata yang mengalir agar tidak terlihat oleh teman-teman yang lain. Tapi semakin aku tahan semakin sebak pula di hati.

Sampai di rumah, aku segera buka ym dan aku lihat ada berita terkini mengenai pelajar- pelajar Kaherah, Mesir yang mengalami kemalangan pada status ym mod tersebut. Setiap bait kata aku amati dan tanpa disedari aku tewas lagi bermain dengan air mata. Aku menangis tersedu-sedan. Sudah lama rasanya aku tidak menangis seperti itu. Tragedi yang sungguh menyayat hati.

Aku sendiri pun tidak faham mengapa aku begitu sakit sekali berhadapan dengan berita tersebut. Aku tidak pernah mengenali siapa arwah maupun empat temannya yang lain tapi tragedi itu benar-benar membuat aku merasa sebak. Hari ini, tanpa lelah aku mengembara ke blog-blog temannya yang menceritakan mengenai diri arwah. Arwah seorang yang baik. Arwah seorang yang berjiwa pemimpin. Arwah seorang yang mudah tersenyum. Arwah seorang yang sopan dalam perilaku dan tutur katanya dan bermacam-macam lagi sanjungan daripada rakan-rakannya. Setiap tulisan sudah cukup membuatkan hati aku sebak dan semakin deras air mata ini mengalir.

Aku tahu mereka pasti merasa kehilangan. Namun pasti ahl beit dan teman akrab lebih merasai erti kehilangan seorang anak yang soleh dan teman yang baik. Tidak jemu aku melihat ulang video dan gambar-gambar mengenai arwah. Benarlah arwah seorang yang murah dengan senyum. Setiap gerak gerinya sudah cukup membuatkan aku pilu sehingga tidak terbendung lagi air mata yang mengalir. Tidak terbayangkan, orang yang aku lihat dalam video tersebut, tidak ada lagi di dunia nyata ini. Dia telah berada di alam lain bersama Pencipta-Nya. Jika aku yang tiada pertalian apa2 dengan arwah merasa sakit atas pemergiannya apatah lagi keluarga dan teman-taman yang sering menghabiskan masa bersama arwah. Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada keluarga arwah dan teman-temannya dalam menerima ketentuan-Nya ini dengan pasrah. Dia insan istimewa pilihan Allah swt untuk kembali kepada Pencipta yang Agung.

Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita pasti akan kembali. Kita yang hidup harus meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah swt. Kehidupan di dunia ini adalah persinggahan untuk kita mencari bekalan (amal) untuk menemui Pencipta yang akan memanggil kita ‘pulang’ apabila tiba waktunya. Kematian itu adalah suatu yang pasti. Walau kita lari ke kutub manapun ia pasti akan datang menjemput kita sama ada kita telah bersedia atau tidak. Nama, pangkat, kekayaan, keluarga, kekasih, semua akan kita tinggalkan hanya amalan baik di dunia dan doa daripada anak yang soleh menjadi penyelamat kita di ‘sana’. Selagi diberi kesempatan, kumpullah segala ‘aset’ yang ada kerana apabila kita telah sampai di ‘sana’ tidak akan ada peluang kedua.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas Allahyarham Muhammad Ammar Bin Zulkifli, seorang mujahid yang pergi meninggalkan kenangan dan kerinduan buat mereka yang mengenalinya. Semoga Allah menempatkan anak soleh ini di kalangan para solihin. Al-Fatihah…

Jika ada yang membaca entry ini, bersamalah kita doakan dua orang lagi mangsa kemalangan yang masih di ICU, Abdul Rahman b Ramdzan (telah sedarkan diri) dan Akram Abdul Kadir (masih koma) . Semoga mereka diberi kekuatan untuk menempuh ‘perjuangan’ tersebut. “Ya Allah lindungilah dan tabahkanlah hati mereka dalam menerima ujian daripada-Mu ini. “ Aminn ya rabb..

Allahu'alam..


read more

Tuesday, June 9, 2009

:. Zon Bahaya .: 0 kritikan

Tuesday, June 9, 2009 |
Bismillah..

Setiap kali aku masuk forum, 100 latest thread pasti ada sahaja thread yang berkaitan masalah remaja. Bermula dengan masalah di peringkat keluarga, sehingga masalah yang melibatkan dalaman diri mereka sendiri. Inilah ketentuan yang harus diterima oleh manusia yang bergelar hamba. Setiap manusia itu sentiasa layak untuk diuji hanya yang membezakan kita dan orang lain adalah bentuk ujian tersebut.

Aku pernah mengalami zaman remaja seperti kalian. Zaman yang pastinya sungguh mengujakan dan menyeronokkan, maklumlah baru dapat ‘lesen’ bebas dari sebuah ‘sangkar emas’. Namun, di sebalik kebebesan itu sebenarnya terselit sejuta makna. Anda telah berada di ‘zon bahaya’ . Di sinilah segala cubaan dan godaan datang menyinggah tatkala diri sedang asyik memerhatikan nikmat dunia. Setiap tingkat kehidupan pasti akan bertemu dengan halangan-halangan yang pastinya menguji ketabahan hati dan kebijaksaan akal dalam mengendalikan ujian tersebut.

Kini aku menghampiri alam dewasa dan perlahan-lahan aku meninggalkan zaman yang penuh dengan kenangan suka dan duka. Aku melihat pula adik-adik yang sedang bertatih-tatih melangkah ke alam remaja yang pernah menjadi gelanggang percaturan kehidupan aku. Adik-adik yang mula berjinak-jinak membiasakan diri dengan kehidupan baru mereka iaitu kehidupan yang akan mematangkan mereka sebagai persiapan memasuki alam dewasa yang pastinya lebih mencabar dan memerlukan persiapan diri yang lebih maksimal.

Masalah demi masalah singgah menghampiri diri sebagai petanda ‘permainan’ sudah bermula. Masalah bukan lagi terbatas dalam kelompok kecil tetapi semakin berkembang searah dengan perkembangan diri. Jika dulu hanya terbatas kepada keluarga sahaja tapi skop kian meluas kepada sebuah komuniti. Kita semakin mengenali rentak kehidupan manusia di sekeliling kita yang pastinya watak dan perwatakannya berbeza dengan diri kita dan bermulalah sebuah sketsa kehidupan. Paling sering masalah dengan kawan yang pernah menjadi ‘teman’ sepanjang aku melewati dunia seorang remaja. Kawan tidak menghargai? Kawan makan kawan? Tiada persefahaman? Kawan itu? Kawan ini?

Wahai adik, kehidupan ini akan memberi seribu satu alasan untuk membuat kita bersedih tapi ingatlah kesedihan itu bukanlah satu alasan untuk kita berasa hampa mencari kemanisan dalam sebuah kehidupan. Mengapa kita perlu korbankan masa-masa yang berharga hanya untuk mengingati dan meratapi perkara yang tidak berkesudahan sedangkan kesempatan itu masih ada untuk kita melakar awan-awan indah di atas langit sana? Perlukah kita bermain-main dengan perasaan yang hanya melalaikan dan menghanyutkan dalam kancah noda sedangkan peluang untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam hidup masih terbuka mengalu-alukan kedatangan kita? Masa akan terus berputar dan tidak akan kembali walau kita merintih mengharap penuh simpati.

Ikhlaskan hati dalam menghulurkan kasih sayang kepada manusia, makhluk ciptaan-Nya supaya apabila diri dikhianati, kepedihan itu tidak menjalar sehingga memakan diri. Erti hidup pada memberi tanpa mengharapkan kasih yang dihulur mendapat imbalan yang setimpal. Jangan kasih manusia yang bersifat sementara yang kita kejarkan tapi kasih kepada-Nya itu yang harus kita dambakan kerana hanya cinta kepada-Nya yang kekal abadi tanpa derita.

Janganlah bazirkan masa dan air mata semata-mata untuk manusia yang tidak tahu menghargai diri kita. Kita sibuk bersedih, membuang tisu merata-rata sehingga konsentrasi terhadap pelajaran turut terganggu sedangkan orang yang kita kesalkan bersenang -lenang melewati hari-hari indah mereka. Janganlah bazirkan usia remaja yang sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik di masa akan datang dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kita yang perlu kawal perasaan kita bukan perasaan yang mngawal diri kita sehingga membuatkan diri tidak tentu arah ketika dilanda musibah. Perasaan yang dilayan tidak akan ada noktah.

Bayangkanlah wajah dan pesanan-pesanan mak dan ayah yang sentiasa mengharapkan anak-anak mereka berjaya menjadi orang yang berguna untuk keluarga, masyarakat dan agama. Berusaha untuk memantapkan ilmu di dada buat bekalan menempuh hari-hari yang lebih bermakna di masa hadapan. Lupakan perkara yang sia-sia, fokuskan kepada perkara yang lebih berilmiah. Berusahalah sebaik mungkin untuk menjadi hamba yang taat, anak yang soleh, teman yang baik, serta masyarakat yang berguna. Jangan pernah berputus asa atas setiap rahmat-Nya! Semangat!

Saat diri lelah dan tidak berdaya, mohonlah kekuatan hanya kepada-Nya. Tika diri dalam kekeliruan mencari arah, mohonlah petunjuk hanya kepada-Nya. Saat diri riang menerima khabar gembira ucapkanlah syukur hanya kepada-Nya. Saat hati berduka lara, mohonlah ketenangan hanya kepada-Nya. Semoga diberikan kelapangan dalam segala urusan.InsyaALlah.

Ingatlah, teman yang kasih dan cintanya hanya untuk dunia amat mudah dicari tetapi teman yang kasih dan cintanya juga untuk akhirat mungkin satu dalam sejuta. Teman yang baik adalah teman yang sentiasa bersama kita saat kita senang maupun susah. Binalah ukhuwwah dengan ikhlas atas dasar untuk mencari keredhaan daripada-Nya dengan saling membantu ke arah amar maaruf nahi mungkar.

Namun, muhasabah diri itu juga perlu untuk kita lebih mengenali siapa diri kita. Jangan kita sibuk mencari kesilapan dan kelemahan orang lain sedang kita terlupa untuk melihat kelemahan dan kekurangan yang kita miliki. Berdoalah semoga hati kita terhindar daripada penyakit-penyakit duniawi sehingga ianya menjadi gelap tidak bererti . Mohonlah keampunan hanya kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Allahu’alam.

Semangat!Semangat!Semangat!

read more

:. Jom Sengeh-sengeh .: 0 kritikan

Bismillah..


Alhamdulillah, hari ni baru habis ‘exam’ untuk blok 16 : Sistem Digestivus ll. Selalunya setiap kali habis exam mesti rasa sangat lega tapi kali ini perasaan lega tu tak berapa nak lega. Selalunya hari last exam adalah hari sabtu , jadi hari ahad tu boleh la ambil angin sikit tapi kali ni dalam sejarah exam habis hari isnin dan yang tidak ‘best’ nya esok dah mula blok baru. Baru tadi dapat modul dan seperti biasa agak tebal. Penat exam yang seminggu lepas pun tak hilang lagi, esok pagi-pagi dah kena p kelas. Isk3..

Tapi ramai yang dah plan nak buat cuti sendiri. Hehe alamatnya sunyi dan sepilah kelas esok. Sabar neh~~ Dah takmoh hentak2 meja, balik periuk belanga dan sebagainya. Jom kita hiburkan hati tengok gambaq ni:




KakNiza sedekah


Ada gambar macam pingu tak? isk3 esok-esok kalau dah ada anak jangan buat macamtu. Sedih bebenor kawe tengok. huu..


FyDot plok sedekah

Gambar yang ini pula adalah upin dan ipin versi alam nyata. Sepesen habis..hehe comei2..Betullah kanak-kanak ni cepat meniru apa yang mereka gemar ^^

Sekian..



read more

:. Jaket Oh Jaket .: 0 kritikan

Bismillah..

Hari ni ada dua exam yang terakhir iaitu IPD (Ilmu Penyakit Dalam) dan Integrasi. Sejak aku keluar rumah untuk ke kampus tengah hari tadi, hujan turun dengan sangat lebat disusuli guruh yang berdentum-dentum. Sedang aku membelek-belek nota sebelum masuk dewan peperiksaan, tiba-tiba Ahmad (bukan nama sebenar) sampai dengan keadaan yang basah kuyup. Dia nampak menggigil kesejukan. Kesian..

Mungkin sebab tidak tegar melihat keadaan si Ahmad, salah seorang rakan kami (Indonesian) telah buka jaketnya lalu diberikan kepada Ahmad. Aku senyum ja melihat situasi tersebut. Alhamdulillah, aku suka tengok situasi seperti itu. Saling membantu tidak mengira bangsa dan agama. Selalu tengok dalam drama lelaki bagi perempuan tapi di alam realiti ni berpeluang tengok antara lelaki dengan lelaki. Comei2!hee..

Tapi yang lucunya, sebelum ujian bermula, Dr Shintia banyak kali beri amaran supaya sesiapa yang memakai jaket supaya menanggalkannya. Aku duduk di barisan dua hadapan dan Ahmad dua tiga baris di belakang aku. Aku tahu Dr Shintia mengajukan amaran itu kepadanya kerana dia seorang ja yang aku nampak memakai jaket semasa masuk dalam dewan peperiksaan tadi. Dr Shintia kemudiannya terus menegur Ahmad secara direct apabila amarannya seolah-olah tidak diendahkan. Aku tidak tahu apa yang Ahmad lakukan sebab aku tidak toleh ke belakang tapi yang aku nampak Dr Shinta yang berada di hadapan aku hanya tersenyum lalu mengizinkannya memakai jaket tersebut.

Lab jas maupun jaket apapun tidak dibenarkan dipakai semasa menduduki peperiksaan kerana mudah bagi pelajar untuk meniru. Semasa aku mula-mula sampai dulu perkara ini tidak termasuk dalam peraturan tapi sejak banyak kes penipuan dilaporkan, maka peraturan ini segera dikuatkuasakan. Tapi kali ini Ahmad terselamat walaupun sedikit ‘pemes’ tadi kerana mendapat perhatian lebih. Sabar neh~~~

Jazakallah.

read more

Friday, June 5, 2009

:. Pendiam? .: 2 kritikan

Friday, June 5, 2009 |
Bismillah..

Salahkah jika seseorang itu pendiam? Perkara ini pernah dibincangkan di ILuvIslam.com dan aku sempat juga 'landing' sepatah dua kata di situ. Entah tiba-tiba sahaja rasa nak berkata-kata tentang orang pendiam ini. Adakah mungkin kerana aku juga termasuk golongan ini sehingga menarik jari jemari ini untuk menulis sepatah dua kata mengenai orang pendiam? Only He knows =)

Ada orang kaitkan orang pendiam ini dengan seorang yang sombong aka tidak peramah. Dia dengan dunia dia je tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Selalunya tanggapan ini terlihat pada pandangan pertama aka orang yang masih dikenali. Tidak kurang pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang kera sumbang, tidak pandai bergaul dan bersosial. Ibarat katak di bawah tempurung, selain tempurung benda lain dia tak tahu dah!haha kadang-kadang rasa macam kejam je 'statement' begitu. Walaubagaimanapun itu adalah pandangan individu yang tidak boleh dikatakan benar atau salah kerana bergantung kepada alasan yang mengukuhkan ' hujah mereka. Semua orang boleh berkata-kata tapi yang membezakan adalah ilmu yang tersurat mahupun tersirat dalam hujah mereka.

Tidak semua orang pendiam itu kera sumbang, sombong, tak pandai bersosial dan kata2 lain yang sekufu dengannya. Pendiam itu kadang-kadang adalah sifat semulajadi yang bermaksud bukan dibuat-buat tetapi sejak dia wujud di dunia lagi dirinya sudah begitu. Pendiam bukan satu 'penyakit' hanya bila berada di kalangan yang 'sihat' kononnya ia kelihatan sebagai satu wabak yang aneh. Contoh jika terdapat spesies pendiam di kalangan spesies yang ramah tamah, keadaan kelihatan seperti begitu aneh sekali. Kata orang kelantan 'tak meh' dan menyebabkan mereka lebih memilih untuk terus menjadi seorang yang pendiam.

Dalam situasi yang berlainan, ada juga yang pendiamnya mengikut musim. Adakalanya dia seorang yang ramah dan dalam waktu tertentu juga tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam tapi dominant tidak dapat dikenalpasti. Mungkin juga asalnya seorang yang peramah tapi dalam keadaan yang memerlukan untuk dia berdiamkan diri, dia akan cuba menukar musim kepada menjadi seorang yang pendiam. Contohnya bersama keluarga dia seorang yang sangat 'bising' tapi bila dia di luar, dia lebih gemar untuk meminimalkan perbuatan dan percakapannya. Maknanya berperilaku di luar kebiasaan mengikut situasi dan keadaan.

Tapi apabila seorang yang asalnya sangat peramah tiba-tiba menjadi pendiam itu kadang-kadang menimbulkan keraguan kepada populasinya. Mungkin orang akan mengatakan dia mempunyai masalah dan sedang bersedih walaupun tidak pada hakikatnya.

Bagi aku, pendiam atau ramah tidak memberi masalah kepada ekosistem. Kita tidak boleh memaksa seseorang itu untuk menjadi seperti orang lain yang bukan dirinya. Seharusnya tidak perlu ada tanggapan yang negatif terhadap orang yang pendiam dengan mengatakan mereka sombong dan sebagainya tapi itulah yang sering terjadi.


Setiap perilaku ada pro dan kontra. Setiap manusia itu dikurniakan akal fikiran yang berfungsi untuk berfikir. Menjadi seorang pendiam itu tidak salah cuma mungkin pada keadaan tertentu perlu juga menjadi seorang yang peramah. Contohnya seorang doktor dengan pesakit. Walau doktor tersebut seorang yang pendiam tapi ketika dalam tugasan dia perlu menjadi seorang yang peramah. Dia perlu menjelaskan kepada pesakit mengenai penyakit yang dihidapi serta memberi semangat kepada pesakitnya. Jika dia hanya membuta diam, cakap sepatah dua kata, mungkin maklumat tidak sampai kepada pesakit tersebut. Inilah yang dikatakan berkata-kata apabila perlu dan lebih baik berdiamkan diri. Itu mungkin lebih baik daripada semakin banyak kita berkata-kata semakin' gah' kita membuka pekung di dada.

Abu Hurairah ra memberitahukan, Muhammad Rasulullah saw bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah ia berbicara yang baik atau (kalau tidak boleh) lebih baik diam.” (HR Tirmidzi dan Muslim)

Mari contohi Rasul junjungan, Muhammad saw :

Ibnu Abi Halah ra memberitakan, “ Muhammad Rasulullah saw pendiam kerana empat hal:

a. Pendiam kerana sopan-santun

b. Pendiam kerana menghargai orang lain

c. Pendiam kerana hati-hati.

d. Pendiam kerana berfikir. (Al-Hadis)



Aku berbicara melalui konteks pandangan diri aku sendiri yang mungkin boleh silap. Ciptaan ALlah swt itu tidak pernah sia-sia. Setiap orang mempunyai keistimewaan masing-masing. Jangan malu atau rendah diri jika anda seorang yang pendiam. Tapi jangan jadikan pendiam itu sebagai satu alasan anda terus disisih oleh masyarakat. Berusaha untuk lakukan yang terbaik agar setiap hari-hari kurniaan-Nya terisi dengan sesuatu yang bernilai. Kita manusia dikurniakan akal supaya dapat membezakan antara yang haq dan yang batil. Tepuk dada tanya iman ^^

Jazakallah.




read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog