Tuesday, March 17, 2009

.: Keruntuhan Akhlak Mengundang Musibah :. 0 kritikan

Tuesday, March 17, 2009 |

Bismillah..

Suatu petang di ‘food court’ sebuah pusat membeli belah yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, sedang asyik aku meneguk teh o’ ais tiba-tiba pandangan aku tertarik pada sekumpulan budak (berdekatan dengan meja kami) yang dalam tekaan aku mereka berusia dalam lingkungan 12 tahun (seusia dengan adik aku) jika dilihat dari susuk tubuh mereka yang genit. Gaya tak ubah seperti orang dewasa dan paling mengejutkan mereka adalah perokok. Ya Allah, umur baru setahun jagung, membesar pun dengan duit mak ayah, berani mereka merokok dan melepak di kedai-kedai makan seperti orang dewasa? Bagaimanakah perasaan mak ayah jika melihat anak semuda itu berkelakuan sedemikian rupa?

Tak cukup dengan itu, semasa kami berjalan keluar dari food court tersebut, dari jauh kelihatan sekumpulan anak muda yang menuju ke arah food court tersebut (berlawanan arah dari kami). Dalam kesesakan manusia tiba-tiba kelihatan seorang budak perempuan daripada sekumpulan anak muda tadi sedang terhuyung hayang (mabuk)sehingga memerlukan kawannya untuk memimpinnya berjalan. Oleh kerana merasa tidak enak dengan situasi tersebut,kami pun memilih jalan keluar yang lain. Pelik jadinya aku. Food court yang dulunya menjadi tumpuan seisi keluarga yang penat membeli belah serta para pekerja untuk menjamu selera, seolah-olah telah bertukar kepada ‘pub’ dan tempat-tempat yang tidak baik.

Gejala sosial semakin hari semakin teruk. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semakin tidak terkawal malahan mereka seakan-akan tidak berasa segan silu berpelakuan tidak sopan di khalayak ramai. Adakah telah hilang perasaan malu lalu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencemarkan maruah diri dan keluarga? Islam semakin jauh daripada kehidupan walhal sepatutnya Islam itu harus jalan seiring dengan kehidupan dalam mencari keredhaanNya agar selamat di dunia dan akhirat.

Sedih aku melihat fenomena seperti itu dan aku sempat panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga adik-adik aku dan keluargaku terpelihara daripada masalah akhlak dan akidah. Aku juga berharap agar mereka ini sedar bahawa perkara yang mereka lakukan itu adalah salah malah boleh membawa padah.

Namun doa sahaja tidak cukup untuk menangani masalah ini tetapi semua pihak harus mengembeling tenaga bagi membenteras gejala ini daripada berleluasa. Bermula daripada komuniti kecil (keluarga) kemudian berkembang kepada yang lebih besar (masyarakat). Jika masing-masing mengambil sikap prihatin, InsyaAllah jika tidak keseluruhan mungkin sedikit saja perbaikannya sudah membanggakan. Jangan semuanya hanya pandai bercakap dan berpolitik di sana sini sedangkan ‘virus’ yang menyerang rakyat , adik-adik dan anak-anak terus merebak mencari mangsa. Semoga fenomena ini akan teratasi agar negara terus melahirkan pelapis yang cemerlang dan beriman, duniawi wa ukhrawi. InsyaAllah.

Allahu’alam.


read more

Saturday, February 14, 2009

:. Selamat Bercuti .: 0 kritikan

Saturday, February 14, 2009 |
Bismillah..

InsyaAllah aku akan tiba di Malaysia jam 11.30 malam ini.Tak sabar rasanya menatap wajah emak dan ayah yang sudah semangat2 ingin menjemputku di LCCT. Sudah terbayang2 wajah emak, ayah, dan keluarga yang sangat2 dirindui..Semoga perjalananku dalam perlindunganNya..aminn..Sejak semalam satu per satu teman2ku berangkat pulang ke Tanah air.Perkampungan anak2 Malaysia semakin sunyi.Berkobar2 aku tengok!Tak sabar menunggu turn aku pula!

Segala kelengkapan dan hadiah2 yang ingin dibawa pulang telah aku siap2kan dan diletakkan di tepi sebelum dimasukkan ke dalam bagasi pagi nanti. Sudah tergambar wajah2 ceria keluarga terutama adik2ku apabila menerima hadiah daripadaku malam nanti. Selalunya begitulah mereka dengan riang tawa menerima buah tangan daripadaku. Emak, ayah, tok, abang2 juga sama. Semuanya happy setiap kali menerima pemberianku.Alhamdulillah bahagianya.

Tapi entah kenapa perasaan gembira bercampur hiba. Aku rasa sedih sangat nak melepaskan ILi untuk sebulan ini. Maklumlah di rumah tak da internet jadi tak dapatlah nak on9. Aku mohon cuti pun 3hari yang lepas itupun dalam keadaan sayu dan pilu. Kalau dulu masa exam pun aku takkan terlepas dari menunaikan tanggungjawab di ILi. Walaupun dah dapat cuti aku tetap degil juga nak masuk. Dapat lihat pun jadilah walaupun tak kerja. Sehari tak masuk macam cacing kepanasan.Kalau sebulan macammana ya? Pasti aku sangat rindu.

Sejak malam tadi hatiku sayu sangat. Aku hanya berharap semoga sepanjang ketiadaanku ILi akan baik2 aja. Aku sayang sangat kat ILi. Kalau boleh biarlah keharmonian dan kecantikannya sentiasa terpelihara. Aku percaya walaupun aku tak da, sahabat2 krew yang lain pasti akan menjaganya dengan baik.Ya betul!Semoga perlindungan dan rahmat Allah swt juga mengiringi perjalanan ILi yang amat kusayangi..aminn..Saya doakan dari jauh ya sahabat2. Semoga terus tabah dan bersemangat melebarkan usaha dakwah ini..InsyaAllah..

Doa yang sama juga buat nasyidfm.net, rumah keduaku ini. Pasti juga aku akan merinduinya. Sebelum mengenali ILi aku berjumpa dengan nasyidfm dulu. Alhamdulillah banyak sangat kenangan manis sepanjang bersama nasyidfm. Warga kerja dan sahabat2 nasyidfm juga sangat baik dan ramah. Selalunya sebelum pulang ke Malaysia aku pasti masuk dalam webchat untuk mengucapkan selamat tinggal. Aku sayang nasyidfm!Aku sayang ILi!Semoga kedua-dua buah hatiku ini sentiasa dalam perlindungan Allah swt..

wassalam..





read more

Wednesday, February 4, 2009

:. 3 Hari Sudah Berlalu :. 2 kritikan

Wednesday, February 4, 2009 |

Bismillah..

Hari nie genap dah 3 hari aku exam final blok aka final exam utk semester ni.!hitung2 ada 3 hari lagi dan 6 paper lagi harus ditembak!hehe..Hari nie baru lepas paper tok bedah and radiologi..Bedah blh la seket2 tp radiologi memang rasa nak terkeluar segala sereblum n sereberum ni nak ingat balik apa aku dah baca semalam..haha!Adeii demam ni pun xkebah2 lagi..Dugaan betul..Semalam minum air kelapa tapi xsempat habis semua dah basi..dapat minum sikit ja..yang lain bacteria dh amik semua..Tamak!

Setiap hari tidur xmenentu..kadang2 sampai berpeta2 note2 aku..Tah bila masa aku wat pun xtaw la..bangun2 dah siap peta aku!haha!1st day exam dh la lgsung xtidoq!Terkebil2 jg la mata ni duk tgk apo kek yang d tanya tu?Mengantuk!!haha!2nd day tidoq 2 jam..Ha semalam tidoq up sket jd 3 jam!adakah harinie 4jam??nehe2..Usaha mesti diteruskan..Susah2 dulu senang2 kemudiam!Pengorbanan tu kan indah!kan?kan?hee..Xpa hbs exam ceq hibernate sampai puas!!qadha tidoq yang seminggu ni!Sebulan pun xpa!cuti puas2!kui3!!SEMANGAT!

Semalam dah puas kena bebel dengan ayah, mak , alin n nadia sebab tak jaga kesihatan betul2..kan dah sakit..haha!Tapi sayu ja bila dgq mak n ayah duk nasihat..risau sgt la tu anak depa dh bertukaq suara!jeng2!haha!cian mak n ayah mst ssh hati..adeii xsdap pula..apapun terima kasih semua..Bestnya sakit ada org amik berat..Kalau camni nak sakit selalu la..haha!Tapi xmoh la sakit tym exam seksa wow!Tiap2 malam study kena pakai sweater , letak se’bundle’ tisu n keluar masuk bilik dekat 10 kali tok amik air n g toilet!!hee !merungut ke ni?dok haih bersyukur2..saja nak ngadu kat diri sndri..sakit tu kan menghapuskan dosa2 kecil..aminn..

Rindu pula aku kat ILI..sejak exam ni aku jarang dah wat keja2 rutin aku tu..Sian kat depa kena kerja lebih sket..dah la nnt aku cuti sebulan..lama tuh!sianlah kat angpa..sabaq na?hee..Kadang2 curi2 masuk jg..ikut dan la..kalau xdan xdpt la..tu pun sat ja..Alhamdulillah semuanya sgt terurus..angpa memang team work yg sgt mantop!!sayang sgt kat semua!Keep It up frens!May Allah always be with you..aminn..

Nasyidfm pun dah lama ceq xtinjau2..adeii rindunya kat family no 2 tu!Apalah khabar depa kan?rindnya..’Mak guard’ fatin mesti rajin duk jaga webchat!haha!Takpa after exam kita tembak webchat ramai2..rindu2 esp adik2ku yang comei2 cm atin, filzah n hana!Lepas ni blh smbang smpai pg dgn atin cm dulu2!rindunya kat atin!!hee..


read more

:. UkhwAh Dalam Kenangan :. 0 kritikan

Bismillah..

Hari nie ( 01/Feb) aku kena study tok paper pharmaco, pharmacy yang bakal aku tembak pada esok hari (02/Feb)..Adeii tengah2 duk study tu tiba2 aku terpandang depan meja stud aku ni..sumtin was gone!My UkhwAh!adei berjujurai jugalah air mata aku masa tu..rindunya aku kat UkhwAh..Dah 2 minggu UkhwAh ‘pergi’ meninggalkan aku..

“Atul!comelnya kaktus atul ni..Ni yang baru beli tu ea?comel la..Tapi kenapa batang dia lembik2 ja?” Aku yang mulanya biarkan ja sahabatku tiqah yang kebetulan dtg rumah aku tok study sama2 tu tgk2 kaktus kesayanganku itu tapi bila dia sebut ja batang dia dah lembik aku pun cepat2 amik..”Ya Allah”!!UkhwAh dah mati..Batang dia dah lembik..tolak sikit ‘ia’ dah terkulai..Begitulah diriku pada masa tu..nasib baik tak jatuh terkulai spt UkhwAh..

Masa tu aku control ja xnangis..segan dgn sahabat aku tu.tapi bila dia blk aku lepaskan jg!Kawan2 umah aku semua tak taw masa tu..Lepas 2 hari baru aku gtaw kaktus aku dah mati..sedihnya..Kalau orang lain rasa lawak aku bersedih kerana sepohon kaktus, aku tak pernah kisah..Bagi aku pohon juga makhluk Allah yg sifat sayang tu blh lahir w/pun ia tak boleh berkata2 seperti manusia biasa..

Bagi aku, UkhwAh tiada ganti..UkhwAh tetap UkhwAh..nothing can take its place..never!sampai hati UkhwAh tinggalkan saya..Skg ni saya study sorg2 dah xda UkhwAh yg selalu temankan saya..takpa, Allah lebih menyayangi UkhwAh dari saya..Aku redha Ya Rabbi..


read more

:. Tarzan Malaya .: 0 kritikan

Bismillah..

Alkisah, Kecik2 dulu aku ni nakai tahap orang tgk rasa nak baling dengan selipar ja!haha sabaq2!!Kalau sapa2 nak cari jaguh panjat pokok mesti depa mai cari aku termasuklah makcik2 kat umah aku tu (rumah lama berbelas thn yg dulu).Mula2 depa terkezut!mak aih anok zah ni!biar betoi!sampai ke hujung dahan di apanjat pokok aku!Atul!!turun lekas!satg makcik hbaq kat mak ang!turun2!!aku dengan muka selamba rock wat dek je..yang kawan2 aku termasuklah yg laki2 ni dah bertempiaran lari..aku bukan xnk turun tapi kalau turun 4sure nya ranting kayu hinggap kat badan aku nih!haha!Mak cik tu pun hilang la..dalam ati aku, mesti makcik ni p pgil mak aku!sikit2 nak mgadu!haha!

Dari atas pokok (tinggi wow!) Mak aku pun datanglah dengan gaya ala2 stone cold bwk hanger!wakaka!apa lagi kelam kelibut aku lari xcukup kaki!tah kat mana aku nyorok masa tu xigt dah!Balik petang tu aku dah pasrah dah nak dgr mak aku membebel..”Adik tu perempuan!awat p kerabat pokok cik limah tu?Xmalu orang duk tgk?baguslah tu perempuan pnjat pokok yang lelaki duk kat bawah kutip buah!terbalik!haih awatlah xdgq kata ni?Meh sini nak bg dgq sikit"..dengan penuh manja mak aku pun pulas lah telinga aku ni..adui sakit!nasib baik xcapang!haha!cian mak penat2 balik keja aku plok duk bg masalah!sabar neh~~haha!

Masa kecik2 aku mana main masak2, main kawin2, main anak patung semua nih!..apa?baby doll?aiseh ceq xlayan semua tu!kalau men gusti2 ceq layan!apatah lg yg ofer tu abg2 ceq yg sekepala!haha!Adeii ni pengaruh tak sihat dr abg2 la ni..salahkan mereka!maklumlah xdak adik bradik popuan, adik pun xdak lagi masa tu so jadilah mcmtu..sadis..

Nasib baiklah dah besaq ni sempat tobat..masa tu aku dlm darjah dua kut!wah lama dh!Raya puasa 3thn lepas, mak cik yang selalu aku tumpang umah dia kalau aku lupa bwk kunci umah, datang umah kami (umah baru)..Punya lah dia terkezut tgk aku!Boleh plok dia tanya, "zah ni sapa?Anak ang no bapa?aku yg tgh salam dia pun terbeliaq biji mata!tudia xkenai ceq dah cik bibah ni!bila pula aku ada adik bradik popuan yg len?!sabaq jalah!Aku senyap ja xkata apa..Biaq p la mak yg hadle..haha!!

Cik Bibah asik duk perhati aku ja!naik segan plok aku..katanya biar btoi ni atul?Yang kecik2 dlu sk pnjat pokok cik limah dpn umah tu?haha malu aku!kisah berbelas2 thn yg dulu!sabar neh~~Aku nyakatcik bibah!Cik bibah, nasib baik pokok tu dah tebang kalau tak mesti telinga saya jd capang!tergelak besar cik bibah!kui3!Dulu aku rapat sgt ngn makcik ni!rapat sgt2..Lepas kami pindah dah xjumpa dh smpailah raya 3hn lps tu..Jejak kasih!haha!Sebelum dia blk sempat plok dia duk menyakat aku, “zah jadilah kita berbesan ye?”Perghh mak cik ni!aku baru hbs matrik kot tym tu!Yang mak aku pun bkn main iyekan aje!sabar neh~~2thn lepas makcik tu dtg lagi tp aku kan kat cn..so dia xdpt la tgk menantu dia ni!haha!Perasan!Sibuk2 jg dia tnya khabar aku..ada jg org yg rindu kat 'Tarzan Malaya' ni!haha!Aku ngan mak gelak2 ja tym tu..mak kata aku memang nakai kecik2 dulu!nasib baik telinga xputus kalau tak mesti sampai sekarang xdgq kata!!haha mak mg lawak!

Apapun saya sayang mak n ayah saya!!wlaupun garang tapi maintain cun, hensem n best!!!Aku memang nakai..sabar neh~~~


read more

Thursday, January 1, 2009

.: HaDiah bUaT AyaH :. 0 kritikan

Thursday, January 1, 2009 |
Bismillah..

Ayah!Selamat Hari Ulangtahun!Minta maaf ayah hanya doa sahaja yang mampu akak hadiahkan!Ya ALLAH, terima kasih kerana menganugerahi aku seorang ayah yang terbaik buatku dan kami sekeluarga!Alhamdulillah aku sungguh bahagia sepanjang hidupku bersama seorang ayah yang sangat tabah dan ibu yang sangat penyayang!Bersempena dengan hari lahir ayahku ini ya ALLAH, ku panjatkan syukur kerana ayahku masih bersama kami pada hari ini..asykuruka ya rabbi!!Semoga aku punya kesempatan untuk membahagiakan kedua ibu bapaku dengan melihat kejayaanku menggapai cita-cita dan harapan mereka.Aminn..Aku mohon padaMu ya ALLAH tiada lain yang aku pinta selain keredhaanMu dan rahmatMu ke atas ayahku dan emakku..Kau kasihanilah mereka ya ALLAH seperti mana mereka mengasihani kami anak2 mereka..Alhamdulillah kami sungguh bahagia ya ALLAH..Setelah begitu banyak pengorbanan mereka pada kami sekeluarga, hanya Kau sahaja ya rabbi yang dapat membalasnya..sungguh aku sangat menyayangi ayah dan ibuku!!

Ayah,
Dirimu ibarat obor yang menerangi hidupku,
Kasihmu ayah ibarat salju yang menyelimuti diriku
Ketabahanmu ayah menjadi inspirasi buatku
Kekuatan dirimu membuatku terus berusaha memperjuangkan nasibku

Ayah,
Masihku ingat lagi sewaktu kecil dahulu
Kau pulang dari kerja dengan keringat masih mengalir di pipimu
Kami anak-anakmu sedikit tidak memahami dirimu
Kami bising dan langsung tidak mempedulikan dirimu
Namun ayah, sedikit pun tidak kau marah pada kami
Hanya mak dengan kelembutan seorang ibu
Menasihati kami dan menenangkan dirimu

Ayah,
Kami nakal!kami selalu menyusahkanmu!
Kami selalu membuatmu kecewa!
kami tidak hargai pengorbananmu!
Kami merajuk!kami memberontak kepadamu!
Ampunkan dosa-dosa kami ayah
Andai pernah terguris hatimu kerana kami
Bimbinglah kami menjadi anak yang soleh dan solehah
Yang membahagiakan dan menyenangkan hati emak dan ayah

Ayah,
Walau perit bagaimana sekalipun penderitaanmu
Tidak pernah sekali kau pamerkan di hadapan kami
Segalanya tersembunyi di sebalik senyummu
Namun kutahu berbagai masalah menimpun di benakmu
Segalanya kau hadapi dengan tenang dan sabar
Katamu ayah dengan bersabar segalanya pasti mudah
Yakin pada ALLAH dan berserah segala kepadaNya
Kerana itu kusangat mengagumi dirimu ayahku
Kata-katamu menjadi pendorong buatku

Ayah,
Sewaktu kau menerima khabar gembira dariku
Sungguh ku tak sangka mengalir air mata di wajahmu
Diriku kau dakap erat sambil mulutmu
tak putus2 mengucapkan rasa syukur
Andai dapatku putarkan waktu
Pasti ku tak ingin ianya berlalu
Kerana sungguh ku gembira kerana dapat membahagiakanmu
Walaupun kutahu itu tidak cukup untuk membalas
Segala pengorbanan dan kasih sayangmu.

Ayah,
Kini dirimu semakin lanjut dimamah usia
Urat-urat di tanganmu semakin jelas menampakkan rupa
Namun ketenangan di wajahmu tidak pernah berubah
Masih murah dirimu dengan senyum dan tawa
Kata-kata semangat dan nasihat tidak jemu kau tuturkan
Buat panduanku menempuh perjalanan di masa muka
Pasti tidak akan kulupa malah akan tersemat erat di dada

Ayah,
Walau jarak yang memisahkan kita
Namun kasih dan sayangku padamu takkan pudar ditelan waktu
Ingatanku padamu sentiasa bermain di benak fikiranku
Melambai-lambai mengajak diriku bermain dengan rindu
Setiap detik ku hitung waktu menanti saat kita bertemu
Sungguh ku amat merinduimu wahai ayahku
Merindui gurau senda tika melayani kerenah kami anak-anakmu

Ayah,
Aku berjanji padamu,
Kejayaan pasti kugapai untuk kuhadiahkan kepadamu
Ku ingin sekali lagi melihat air mata kegembiraanmu
Menitis membasahi embun di kepalaku
Segala kepayahan pasti kulawan dengan jitu
Takkan sedikit pun melemahkan semangatku
Agama dan akhlak pasti kujunjung tinggi
Sebagai pedoman walau ke mana aku pergi
Jua sebagai tanda pesanamu tidak kulontar jauh ke tepi

YA Rabbi,
Berkatilah dan rahmatilah emak dan ayahku
Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku
Tabahkanlah hati mereka dalam menjalani kehidupanMu
Jangan pernah Engkau biarkan mereka disakiti olehku
Setelah begitu besar pengorbanan mereka buatku
Namun aku bersyukur kepadaMu
Kerana mengurniakan aku seorang ayah dan ibu
Yang telah mendidikku menuju jalan menggapai cintaMu
Oleh itu hanya padaMu dapat Ku berharap
Untuk membalas ihsan mereka, emak dan ayahku..
Aminn ya rabbal ‘alamin..

Aminn..semoga doaku ini adalah doa dari anak yang solehah. Ayah memang seorang ayah yang sangat tabah!rasanya takkan mampu akak menjadi seperti ayah!Ayah sangat cekal dan sanggup berkorban demi isteri dan anak-anak.Ayah tidak pernah mengeluh dalam menerima arahan untuk ke luar negeri/a selama berbulan2 meninggalkan anak-anak dan isteri demi mencari nafkah buat kami. Kata ayah,

“dalam hidup ini kita kena sanggup berkorban walaupun kadang2 kita tak pernah terduga untuk menerima tanggungjawab tersebut. Setiap orang punya tanggungjawab masing-masing dan inilah tanggungjawab dan pengorbanan yang harus ayah pikul demi membesarkan anak-anak ayah. Akak juga punya tanggungjawab iaitu belajar. Jika akak rindu pada kami kerana jarak yang memisahkan kita anggaplah akak sedang berkorban.Kita masing-masing harus berkorban untuk mencapai tujuan hidup.Dulu emak juga berkorban membesarkan anak-anak tanpa bantuan ayah di sisi.Ayah hanya dapat mengikuti perkembangan anak-anak ayah melalui telefon tanpa melihat sendiri kamu semua membesar di hadapan mata ayah!Ayah mana yang sanggup berjauhan dari anak dan isteri tapi jika sudah tanggungjawab apa boleh buat.Hanya doa ayah panjatkan sehari-hari agar isteri dan anak-anak ayah sentiasa dalam perlindunganNya”
.

Ya ALLAH begitu besar pengorbanan ayah dan emak buat kami. Terima kasih ayah dan emak. Sungguh takkan dapat kubalas sehingga akhir hayatku. Kalau ada masalah akak senang sekali berkongsi dengan ayah dan emak. Kalau personal tu dengan mak lah tapi kalau lain2 tu dengan ayah aku banyak kongsi.kan? kan?hehe..Ayah selalu pesan, anggap ayah sebagai seorang kawan yang kita terasa senang sekali ingin berkongsi apa2.Suka dan duka dirasakan bersama-sama. Ayah pun kalau ada apa2 dia xpernah sembunyi dari kami. Kalau nak beli rumah, kereta or apa2 jela dia mesti minta pendapat kami.Even nak beli mesin basuh baru pun minta pendapat kami.Adess sabar jela ayah ni. Hehe..Selalunya selepas makan malam kalau ada apa2 kami pasti berkumpul.Then ayah mesti minta pendapat kami semua!Pendapat majoriti tu yang akan ayah pilih walaupun kadang2 bercanggah dengan pandangan ayah.Kata ayah bukan dia tak tahu buat keputusan tapi dia gemar berkongsi segalanya bersama anak-anak dan isteri. Bagi ayah “ family comes first” so apapun mesti dibawa berbincang.

Ayah memang ayah yang terbaik bagi kami anak-anak ayah!Ayahlah sumber inspirasi kami untuk terus berjuang menghadapi cabaran hidup!Kata-kata ayah sentiasa akak pegang erat supaya akak tak terjerumus dalam kancah metropolitan yang semakin galak menghanyutkan manusia.Semoga doa ayah dan emak mengiringi perjuang akak menuntut ilmu di negara orang. InsyaALLAH jika diizinkan olehNya kita pasti akan bertemu nanti.

"Biarkan masa terus berputar namun kita jangan leka dibuai lambaian kekhilafan. Berusaha dan terus berusaha menggapai matlamat hidup!TIdak mudah untuk mudah tapi tidak susah untuk susah!Hidup sentiasa bermain dengan pengorbanan dan pandanglah pengorbanan itu di sudut yang berbeza pasti akan akak temukan kemanisan di sebaliknya..InsyaALLAh nak ,doa kami sentiasa mengiringi langkahmu..jangan lupa solat..jangan sesekali melupakanNya jika kita taknak Dia melupakan kita. Carilah keredhaanNya kerana itulah yang palig penting buat bekalan menempuh kehidupan yang penuh suka dan duka”.Pesan ayah.

Pesanan mu ayah dan emak pasti kugenggam erat sebagai pakaianku menjalani kehidupan yang jauh dari keluarga.Wahai angin sampaikan salam rinduku pada keluargaku.walaupun kami berjauhan di pandangan mata namun jangan Kau biarkan hati kami jauh untuk mengingati antara kami, ya Allah. Semoga keluargaku sentiasa dalam pemerhatian dan perlindungan dariMu..aminnn

read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

Jejak Kembara

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog