Wednesday, September 30, 2009

:. Cuba .: 4 kritikan

Wednesday, September 30, 2009 |
Bismillah..

Baru balik dari meeting pertama UMSA setelah batch 2007 pegang untuk sesi 2009/10. Banyak jugalah yang dibincangkan dan alhamdulilah segalanya berjalan dengan baik. Mudah2an selepas ini pun segalanya akan berjalan dengan baik dengan pucuk pimpinan yang baru setelah batch 2006 bersara ^_^

Aku memegang biro keselamatan dan kebajikan bersama syak. Tadi dah diserahkan fail yang harus dikemaskini dan dibuat penelitian oleh biro masing-masing untuk melaksanakan tugas pada 'pemerintahan' baru ni. Beberapa aktiviti untuk masa terdekat juga telah dirangka terutama yang melibatkan junior 2009 yang baru sebulan di sini.

Aku p dengan sarah tadi. Sarah bendahari bersama-sama dengan Azmil. Lepas ni dia digelar ceti lagilah duk kutip duit-duit kami. Along versi perempuan. Haha jangan marah Sarah, just kidding. Sejak menerima surat perlantikan lagi aku dah terfikir untuk meletak jawatan dan Sarah juga tahu mengenai hasrat aku untuk melepaskan jawatan tersebut kepada orang lain yang lebih layak. Bukan nak mengelak dari tanggungjawab tapi aku takut aku tak mampu untuk melaksanakannya dengan baik apabila memikirkan aku masih mempunyai komitmen lain.

Tadi sebelum meeting tamat, aku telah berterus terang dengan semua ajk untuk menarik diri dan aku sempat juga aku selitkan kata-kata amanat agar persatuan ini tidak hanya riuh apabila ada aktiviti dan kemudian senyap hilang berita. Kalau boleh aku nak persatuan yang mewakili pelajar-pelajar Malaysia di UKRIDA ni terus aktif terutama melalui pergerakan biro-biro agar kewujudannya dirasai oleh semua pada setiap masa dan lantas membela kebajikan pelajar-pelajar di sini dan bukan kewujudannya hanya sekadar menyatakan 'ada'.

Alhamdulillah mereka menerima teguran aku itu dengan berlapang dada cuma apabila aku meminta izin untuk menarik diri mereka agak terkejut lantas ada yang tidak bersetuju dengan penarikan tersebut. Hafiz selaku Presiden menasihati aku supaya ambil sedikit masa untuk cuba dahulu dan jika mengalami apa2 masalah boleh refer pada ajk yang lain. Aku tak mampu membantah kerana aku tahu mereka semua sangat berharap agar kami dapat bekerjasama untuk erus menghidupkan UMSA. InsyaALlah aku akan berusaha mana yang termampu.

Masa nak balik tadi, sempat juga sorang dua mengusik menggunakan ayat 'tarik diri' yang merujuk kepada aku. Haish buak-budak ni memang, ada ja 'point' nak kenakan orang lagi-lagi nonoi yang memang kuat menyakat tu. Haish sabar jela.

Apapun, besar harapan aku untuk melihat UMSA menjadi wakil pelajar-pelajar Malaysia di sini dalam menguruskan beberapa perkara dan juga sebagai satu wadah untuk menyatukan kami, pelajar-pelajar Malaysia UKRIDA, InsyaALlah.

Mudah-mudahan keberkatan dan pertolongan ALlah bersama perjalanan persatuan ini, dan semoga hati-hati kami bersatu dalam kasih sayang kerana ALlah swt..Aminn ya rabbal 'alamin..

Jazakallah.

read more

Tuesday, September 29, 2009

:. Terima Kasih Semua .: 0 kritikan

Tuesday, September 29, 2009 |
Bismillah..


Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas limpah kurnia-Nya hari ini aku masih dapat bernafas dan merasai pelbagai nikmat daripada Allah swt. Hari ini aku menyambut ulangtahun kelahiran yang ke ** dan semoga pertambahan usia ini selari dengan pertambahan keimanan dan ketaqwaan kepada Dia Yang Maha Satu, Allahu Rabbi, dan semoga keberkatan usia dan rahmat serta keampunan dari-Nya mengiringi perjalanan aku di dunia pinjaman dari-Nya ini.Aminn ya rabbal ‘alamin..

Terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa ke ata diri ini. Doa yang sama juga ku pohon buat kalian dan mudah-mudahan perjalanan hidup kita ini sentiasa dalam Perlindungan dan Redha dari-Nya, Aminn..

Terima kasih tidak terhingga kepada mak ayah yang setia setiap tahun menjadi pasangan pertama yang menghadiahkan doa ke atas diri ini. Semoga diri ini menjadi anak yang solehah, permata yang menyenangkan hati ayah dan menyejukkan perut emak selama membesarkan diri ini dengan penuh kasih sayang dan segala pengorbanan mu mak dan ayah takkan mampu dibalas sampai bila-bila. Semoga redha Allah swt mengiringi redha emak dan ayah, aminn ya Rabb.

Kepada dua orang yang sangat istimewa di hati ini, terima kasih banyak-banyak kerana telah bersusah payah pos hadiah sejak dua minggu yang lalu. Gembira hati ini tak terkata saat melihat dua buah bungkusan yang dikirim oleh insan tersayang. Trima kasih banyak-banyak. Padanlah beriya-iya minta alamat katanya nak pos kad raya tapi 'kad raya' pelbagai bentuk yang sampai. Haish~Ikutkan hati dah nak buka dah masa mula-mula nampak bungkusan ni tapi awal-awal yang berkenaan telah warning suruh buka hari ini. Mak dan ayah pun sebenarnya teringin nak tengok tapi sudah amanah. Takpa nanti akak hantaq gambar na. Hadiah yang memang best!Buka-buka ja tadi terus rasa terharu yang teramat sangat. Bungkusannya satu tapi isi di dalam cukup satu pakej. Macam beli satu percuma sepuluh! Ngee~ Terima kasih banyak-banyak.

Pengirim hadiah di atas ni la yang warning supaya buka hadiah pemberian dia ni pada hari yang sepatutnya. Katanya ni amanah. Haha seram pula dibuatnya. Tadi siap telefon lagi semata-mata nak menyanyi untuk atul. Tak tertahan lagi air mata ini mengalir mengenangkan kasih sayang yang dihulurkan. Tanx a lot. Dalam botol tu ada empat wishes dan salahsatunya adalah " kita sama-sama p Mesir. InsyaALlah ada rezeki sama2 kita jejak bumi Mesir ^_^

Hadiah kedua ni pun sangat-sangat best! Mak kata, hadiah ni sampai selang dua hari dari hari pertama. Erm macam berjanji la pula. Hehe. Kalau tengok, hadiah ni semua best dan banyak pula tu. Ish buat susah-susah ja. Tak tau nak kata macammna, serius sangat terharu dan sangat berterima kasih. Tak sabar nak baca buku tu! Dari kulit nampak sangat menarik apatah isinya kan? Pasti sangat best! Semua tu sangat bererti buat diri ini. Namun yang lebih beerti pastinya ukhuwwah yang terjalin dalam simpulan kasih sayang. Terima kasih atas segalanya! Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian berdua. Sori tak boleh mention nama takut nanti kena serbu. Tapi dua orang ni sangat bermakna dalam hidup diri ini.Sangat bermakna!

Tak dilupakan kepada housematees tersayang yang sanggup bersenggang mata untuk membuat birthday surprise kepada diri ini. Ada juga yang tidur dikejutkan semata-mata untuk meraikan diri ini. Terima kasih banyak-banyak atas segalanya. Comel sangat hadiah tu! Fydot jangan jeles ok?haha! Korang semua memang housematees yang sangat baik dan best ^_^

Hanya ucapan terima kasih yang mampu diri ini berikan sebagai tanda bersyukur dan gembira atas kebaikan yang kalian hulurkan. Terima kasih semua! Hanya Allah swt yang mampu membalas segala kebaikan dan kasih sayang yang sudi dikongsikan buat diri ini. Terima kasih bany-banyak. Diri ini sangat menyayangi kalian dan semoga ukhuwwah yang terjalin kekal selamanya.

Aminn ya rabbal ‘alamin.


read more

Monday, September 28, 2009

:. Surat Layang .: 0 kritikan

Monday, September 28, 2009 |

Bismillah..

Pagi tadi, belum sempat lagi aku duduk M memberikan sepucuk surat berlipat tanpa sampul yang tertera nama aku dengan tulisan pen berwarna biru. Risau juga sebab tu pertama kali aku dapat surat macam tu. Kalau dari pihak Universiti, apa pula yang aku dah buat? curious....curious..


"Sukacita dimaklumkan saudari bla..bla..bla.. telah dilantik sebagai ketua biro bla..bla..bla... Pemilihan dilaksanakan berdasarkan bla..bla..bla.."

Entah aku pun tak pasti apa perasaan aku masa tu. Speechless. Aku tak tau aku mampu ke tak pikul amanah ni. Tanggungjawab ni bukan mudah tambahan aku ni dah la spesies "pamimaliflamwau" lagi-lagi kalau memerlukan aku berurusan dengan ikhwah. Macam mana lah boleh nama aku naik ni? EEEeee geramnya!

Masa mesyuarat biro beberapa bulan yang lepas, aku dah suarakan penarikan diri untuk tidak memegang sebarang jawatan walaupun ahli-ahli biro secara tidak rasmi memaksa aku memikul amanah sebagai setiausaha. Bukan sengaja mengelak cuma terasa diri dah tak mampu memikul amanah lain sedangkan amanah yang sedang dipikul ni pun masih tak tercapai tangan nak uruskan semua. Study pula makin lama makin susah. Kalau aku ni budak genius takpelah juga ni asyik makan semut ja. isk..isk..

Setelah membuat iklan di ym, akhirnya ada yang berani mengaku.

S: Saja nak ikat atul supaya tak lari ke biro lain.
Me: Are you talking about Biro Agama? Kan atul dah tolak lamaran tu? I'v told you everything right? That's mean i'm still in dis biro. So, isu pasal lari biro tak wujud kat sini. Haih~
S: Ok2..Calm down..Dun b to0 emotional, atul. Please take it easy. Actually we'v discuss abot dis and we'v decided to pick you as a person who can conduct our biro. Do worry ok, you can do it! Dun make us dissappointed atul..
Me: Arghh..confused..ok i'v to go..btw thank you so much..i'm trying..InsyaALlah, wif ALlah's helps. Assalamualaikum..
S: InsyaALlah..waalaikumussalam (^;^)

Majlis perlantikan dan meeting tu berlangsung esok. Memang esok akan jadi hari bersejarah la nampak gayanya. Walaupun sekarang aku masih dalam mode kecewa dan masih tak dapat menerima kenyataan ini tapi mudah-mudahan hati ini ikhlas menerima kepercayaan dan amanah ini suatu hari nanti. InsyaALlah.

p/s: i'm sorry..


read more

Tuesday, September 15, 2009

:. Kad Raya Ekspress .: 0 kritikan

Tuesday, September 15, 2009 |


read more

Thursday, September 10, 2009

:. Ragam Mereka .: 2 kritikan

Thursday, September 10, 2009 |

Bismillah..

Esok ada exam Pharmacology. Sepatutnya hari ni tapi Dr Yas nak ganti kelas yang minggu lepas, jadi exam terpaksa undur ke hari esok. Internet pula meragam, langsung tak boleh buka. Tergendala kerja aku nak siapkan PBL (assigment). Tengah duduk study, tiba-tba terasa rindu pula kat family di rumah padahal baru dua hari lepas ayah ‘call’. Tak pelah nak telefon sat. Hehe~

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara Ikhram, di corong telefon. Esok hari terakhir katanya exam UPSR tapi sempat lagi tengok tv. “ ‘Stress’ la kak. Nak release tension’, satg abang sambung k.” Haih budak-budak zaman sekarang pun dah pandai tension2. “Ok, sat ja pastu p sambung study balik. Takpa sehari ja lagi, pastu nak tengok sampai terkeluaq biji mata pun takpa.Berkorban sikit untuk sehari ni. Bukan untuk orang lain, untuk ikhram juga. Esok-esok kalau dah berjaya blh mak ayah tumpang senang”. Tazkirah terawih bermula ^_^ “Baik! Akak ni suka membebel. Haha!" Aik budak ni. Malas layan~

Lepas tu sembang pula dengan mak. Mak tanya macam mana keadaan aku kat sini. Seperti yang diduga, mak mesti tanya pasal demonstrasi semalam.”Alhamdulillah akak ok ja kat sini. Mak jangan risau na. Kat sini depa duk elok ja tak ganggu kami pun.” Kalau boleh taknak bagi mak ayah risau tentang masalah ni walaupun tak nafikan kami di sini tidak senang duduk kerana bilangan sukarela untuk menghalau orang Malaysia kian bertambah. Haih~

Topik perbualan diubah. Aku tanya mak, mana budak kenet tu? Dia dah tidoq rupanya. Mak kata setiap malam mak balik terawih tengok dia dah terlentok. “Penat agaknya. Pagi-pagi kena p sekolah agama tengah hari p sekolah rendah pula. Petang balik sekolah rendah terus pecut main kat taman. Haih risau juga mak kalau balik-balik dia minta nak minum air. Kalau boleh nak ‘train’ dia dari sekarang puasa penuh. Setakat ni Alhamdulillah cuma hari pertama dia tak larat sangat. Jadi puasa sekerat hari ja. Mak tak paksa dia tapi dia sendiri kata nak puasa penuh nak lawan abang. Haih budak-budak macam tulah.

Malam-malam dia ikut abang p solat terawih. Habis buat lapan depa balik la. Masa hari mula-mula tu dia ikut mak, tapi lepas tu dia kata nak ikut abang pula. Mak berani lepas sebab dia tak kacau orang. ” Haha tak dapat nak bayangkan betapa kelakar muka haikhal yang nakal tu jalan ‘kenet-kenet’ p masjid. Dah la badan kechik, muka taknak nakal lagi. Dia berani nakal dengan kami ja, tapi kalau kat luar pijak semut pun tak mati. Pemalu yang teramat. Mana mak pergi situlah dia ada. Tapi sejak dia masuk sekolah tahun ni (darjah satu) dia dah jarang berkepit dengan mak. Segan la kot, dah besaq. Tapi kalau kat rumah tu dia la yang paling mengada-ngada.Wase nak picit-picit jadi tambah kechik!Haha~

Tak lama lepas tu sayup-sayup dengar suara ayah memberi salam di muka pintu. Baru balik dari masjid agaknya. Dapat la cakap dengan ayah 2-3 minit. Ayah sibuk duk promot resipi pajeri nanas dia. Kunun-kunun nak lawan dengan resipi mak. Haha macam-macam~

Tadi pun dapat sembang dengan tok sat. Tok tak berapa nak sihat. Sian tok. Semoga cepat sembuh. Aminn. Along pun ada tadi tapi malas nak kacau. Angah pula dah dua tiga hari p Kedah atas urusan kerja. Dia duk rumah tokwan dan tok. Ingat nak ‘call’ hp dia, boleh cakap dengan tokwan tapi takut mengganggu pula. Entah dah balik terawih ka belum pun tak tau. Takpa lain kali. Lagipun nak balik dah! Tak sabar menunggu hari itu~ Sabar neh~

Alhamdulillah lega rasanya dapat bersembang dengan mereka walaupun sat ja. Jadilah dapat juga mengurangkan rasa tegang kepala ni, Risau exam pharmaco dua blok ni berturutan hari 'exam'nya. Memang jenuh la nak menghafal nama-nama ubat tu. Sabtu pula ada dua presentation cuma selang waktu lima minit antara keduanya. 'Assignment' pun tak mula lagi, internet buat hal tadi. Ya ALlah semoga aku tetap bertahan untuk sisa- sia perjuangan ini. Semangat dah pulih jadi jom sambung study balik! Semangat! Rindunya mereka semua~

Jazakallah.


read more

Tuesday, September 8, 2009

:.[Lagu] Menanti Di Barzakh- Farest 0 kritikan

Tuesday, September 8, 2009 |
Ku Merintih, Aku Menangis
Ku Meratap, Aku Mengharap
Ku Meminta Dihidupkan Semula
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Perjalanan Rohku
Melengkapi Sebuah Kembara
Singgah Di Rahim Bonda
Sebelum Menjejak Ke Dunia
Menanti Di Barzakh
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar
Diperhitung Amalan
Penentu Syurga Atau Sebaliknya

Tanah Yang Basah Berwarna Merah
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu
7 Langkah Pun Baru Berlalu
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku
Nisan Batu Menjadi Tugu
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian
Seakan Ku Dengari
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembali
Kembalilah Kedalam Diri
Sendirian Sendiri
Sendiri Bertemankan Sepi
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku
Terbujur Dan Kaku
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari
Tiada Siapa Yang Terkecuali
Lemah Jemari Nafas Terhenti
Tidak Tergambar Sakitnya Mati
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi

Jantung Berdenyut Kencang
Menantikan Malaikat Datang
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

read more

:. Kenangan Itu .: 0 kritikan

Bismillah..

Sejak malam tadi, aku merasakan sesuatu perasaan yang 'berat' menerjah dalam hati ini. F**** yang selama ini aku cintai dan amat aku sayang terasa bagai kehilangan sesuatu. Aku masuk untuk memulakan tugas walaupun sekarang keadaan aku masih tidak mengizinkan untuk bergiat aktif. Namun, entah mengapa perasaan semasa masuk dahulu berbeza sekali dengan sekarang. Aku cuba buang perasaan tu jauh-jauh, namun ia tetap juga datang menyinggah.

Aku mula terkenangkan saat pertama kali aku menerima amanah yang aku cintai ini. Gembiranya hati ini hanya Dia yang Mengetahui. Walaupun tidak aku nafikan pelbagai cabaran dan dugaan sering singgah untuk cuba mematahkan semangat diri ini. Alhamdulillah berkat pertolongan dan perlindungan dari ALlah swt serta rakan setugas yang rajin membantu segala halangan aku tempuhi dengan mudah, alhamdulillah.

Aku mula mengenali mereka di alam maya dan semakin hari perasaan sayang semakin bertambah antara kami. Setiap kali aku masuk F**** hati aku akan berbunga-bunga, sangat bersemangat untuk melakukan tugas. Mungkin kerana bersama kasih sayang dan semangat rakan-rakan lain menambah kekuatan untuk diri ini terus menunaikan impian aku, iaitu memberi kepada yang memerlukan. Aku cinta tugas ini, alhamdulillah.

Kalau tak salah, akhi Iman dan aku adalah 'batch' pertama setelah sekian lama i******* tidak me'recruit' m** baru. Kemudian datang pula rakan setugas yang baru iaitu KakThua, Ila, Ipsoldier dan Oisszoo. Alhamdulillah tugas menjadi begitu ringan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Kami mula berinteraksi dengan m** veteran dan mereka banyak berkongsi ilmu bersama kami. Alhamdulilah banyak membantu. Terima kasih senior-senior seperti Makngah Niza dan Nisa yang tidak jemu memberi tunjuk ajar. Walaupun sering ditegur kerana membuat kesilapan, tapi sedikit pun tidak mematahkan semangat aku untuk terus bertahan malah aku senang sekali ditegur andai aku melakukan kesilapan dan berkat teguran itu aku bertahan sampai sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih kepada beliau yang tidak jemu-jemu menegur dan mengajar. Thank you so much! Dan kerana teguran itu jugalah ukhuwwah kami semakin bercambah dengan kasih sayang, alhamdulillah.

Kasih sayang kami semakin mekar berbunga. Kami bahagia bersama. Bergurau senda di dalam warung dan tak segan silu bertanya jika mengalami kemusykilan. Kami semakin rapat. Apapun tidak dimasuk dalam hati kerana telah menganggap kami sebagai sebuah keluarga. Yes we're family.

Tidak lama selepas itu entah di mana silap dan kurangnya ada yang ingin meletak jawatan. Tipu kalau aku kata aku tak terasa apa2. Tak sanggup nak gambarkan orang yang selama ini kita berinteraksi sama-sama, tiba-tiba dia tidak lagi ada bersama dalam meneruskan perjuangan ini. Tapi aku sedar, kami tiada hak untuk menghalang. Beliau berhak menentukan jalannya.

Jangan terkejut. Aku pun pernah minta untuk meletak jawatan atas alasan sibuk. Aku tidak dapat luangkan masa lebih lama di F***** seperti aku mula-mula dilantik dulu. Tambahan dengan masalah internet yang sering membatasi pelayaran aku di i**. Untuk mengelakkan m** junior turut terbawa dengan sikap m** senior (walaupun aku blom layak dipanggil senior masa tu) aku memilih untuk mengundurkan diri. Ya memang aku tekad masa tu walaupun di awal-awal lagi permintaan aku ditolak mentah-mentah. Sabar neh~

Memandangkan permohonan aku ditolak sekeras-kerasnya, tiada cara lain aku harus bertahan. Aku ambil cuti beberapa hari untuk muhasabah diri kembali. Aku perlu optimis. Kesibukan bukan alasan untuk aku mengalah di pertengahan jalan sedangkan inilah yang aku impikan selama ini. Erti memberi kepada yang memerlukan. Aku senang memiliki perasaan ini. Alhamdulillah.

Aku mula atur strategi agar tugas aku di i** tidak terabai dengan kesibukan aku sebagai seorang pelajar dan aku perlu pastikan pelajaran aku juga tidak terganggu dan mengelak daripada merasa terbeban. Alhamdulillah segalanya masih terkawal. Berkat pertolongan dari ALlah swt.

Selepas itu tidak bermakna perasaan ingin meletak jawatan tu terus hilang. Kadang-kadang iman ini teruji juga untuk mengulangi perasaan yang sama. Namun aku bertekad, aku akan tetap bertahan di F**** selagi aku diperlukan untuk membantu di sana. Tapi jika suatu hari nanti mereka menyedari aku tidak lagi layak memikul amanah ini, dengan hati yang rela aku sedia mengundur diri. Aku buat semuanya, insyaALlah ikhlas kerana Dia juga kerana sayang aku kepada F**** yang bercambah sejak hari pertama aku mengenalinya dan juga atas kepercayaan Mr Presiden yang sudi memberi peluang kepada aku untuk menjadi sebahagian daripada mereka dalam medan dakwah ini. Tapi jika bukan lagi tempat aku di sana, aku redha dengan ketentuan-Nya.

Sejak beberapa peristiwa, aku bertekad untuk tidak membawa bersama perasaan ke dalam F****. Terus terang aku katakan, perasaan aku masuk F**** hari ini tidak sama seperti sembilan bulan yang lepas. Aku masuk untuk menunaikan amanah kemudian setelah selesai aku keluar. Aku lebih senang memiliki perasaan ini supaya aku dapat terus bertahan. Kalau bawa perasaan takut mengharapkan yang lebih seperti perhatian dan sebagainya. Apabila apa yang kita harapkan kita gagal dapatkan, perasaan akan cuba mengawal diri sehingga menerbitkan rasa2 yang tidak baik. Kadang-kadang untuk memelihara kesihatan hati, kita perlu jadi emotionless ^^.

Aku dah jarang menampakkan muka di warung m** . Warung krew memang aku jarang join sejak dulu lagi atas alasan aku segan sebab tidak berapa mengenali mereka, hanya segelintir. Kadang-kadang aku 'interupt' juga untuk membina ukhuwwah bersama krew lain walaupun aku sendiri merasa agak menjengkelkan keberadaan aku di sana. Jika pun ada krew lain mengatakan aku M** yang sombong, aku tidak ambil hati. Mereka berhak menilai. InsyaALlah aku akan cuba perbaiki sifat penyegan tak bertempat aku ini sedikit demi sedikit.

Aku juga sedar, aku terpilih bukan kerana ilmu aku dan juga bukan kerana kepetahan aku dalam mengeluarkan pendapat. Memang kerdil sekali aku jika dibandingkan dengan rakan setugas yang lain. Aku hanya mampu membuat kerja-kerja manual yang kanak-kanak pun boleh buat kerja-kerja aku tu. Hehe. Tapi apakan daya, m** ukhwah ni memang tak tinggi ilmunya. Sekadar boleh membantu serba sedikit sahaja dalam tu. Haih kadang-kadang terasa tak layak pula memikul amanah ni dan dulu pernah juga terfikir nak tanya Mr Presiden, apa yang menyebabkan aku diterima sebagai m**? Huu tak mengapalah, alang-alng sudah berada dalam team ni, just proceed. Jadi, minta maaflah kepada team m** andai keberadaan diri ini mencacatkan kewibawaan team m********. Tula, orang minta lucutkan jawatan takmoh, nnt esok2 kalau ada user mempertikaikan kenapa m** U***** ni boleh jadi M** siapa nak jawab?haha! Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa user tak endah teguran m** U***** ni. Takpa2, buka ja thread berulang banyak-banyak nanti m** 'manual' ni p lock. Sabar neh~

Tujuan entry ini tiada lain hanya ingin mengambil beberapa minit untuk mengenang kembali apa tujuan sebenar aku memikul tanggungjawab di samping membina memotivasi diri yang semakin mundur. Aku ingin renung kembali tujuan utama aku berada di sana. Adakah kerana ingin dipuji dan ingin selalu diberi perhatian di sana? Kadang-kadang apabila kita terlalu banyak membawa emosi atau perasaan di sana, kita akan mudah terbawa dengan pengaruh luar. Kita mula merasakan terbeban dengan amanah yang kita pikul. Kita mula merasa kita keseorangan di sana dan merasa kita memikul segalanya berseorangan. Apabila sekali ujian datang, kita mula goyah dan mengalah dengan keadaan.

Tiada lain yang aku harapkan, hanya kami tetap kekal bersatu untuk menghadapi segalanya bersama. Jalan yang aku pilih ini bukan mudah, segala yang dilakukan akan diminta pertanggungjawaban dari ALlah swt kelak. Jadi kerjasama antara ahli kumpulan itu perlu agar yang kusut dapat dileraikan bersama-sama. Kami ramai dan pandangan kami juga berbeza tapi mudah2an dengan bekerjasama kami mampu mencari titik perbezaan itu.

Mudah-mudahan pertolongan dan keberkatan ALlah swt sentiasa menyertai tanggungjawab yang kami pikul bersama dan semoga hati ini terus diberi kekuatan agar tetap bertahan walau pelbagai hasutan dan dugaan silih berganti datang menguji. InsyaALlah, aku akan tetap bertahan sehingga aku tidak layak lagi menerima amanah ini dan dibuang dengan segala hormatnya. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang tidak jemu-jemu mendidik diri ini sehingga mudah langkahku di dalam pelayaran. Hanya ALlah swt dapat membalasnya, insyaALlah.

Jika ada yang membaca dan merasa terguris dengan taipan ini, harap dimaafkan kekhilafan hamba ALlah swt ini. Ampunkan segala salah dan silap sepanjang diri ini bersama kalian dan mudah2an tidak serik untuk terus memberi tunjuk ajar kepada diri ini. Mohon maaf juga jika diri ini tidak lagi seperti dulu yang kalian mula kenali. Namun kalian sentiasa dalam doa rabithah diri ini. Semoga hati-hati kita tetap bertaut dengan simpulan kasih sayang ALlah swt.

Aminn Ya Rabbal 'Alamin.

Jazakallah..

read more

Monday, September 7, 2009

:.Kudaku Lari Gagah Berani.: 0 kritikan

Monday, September 7, 2009 |
Bismillah..

Pagi tadi, selepas mengambil peperiksaan Patologi Klinik, aku terus pulang ke rumah. Setelah menunggu hampir sepuluh minit di bawah terik matahari barulah angkut sampai. Kebetulan angkut yang aku naiki hanya ada beberapa orang. Aku mengambil tempat di belakang sekali.

Angkut yang aku naiki meluncur laju mengalahkan F1. Takut memang takut tapi mungkin sudah sering berhadapan dengan keadaan tersebut aku jadi terbiasa. Angkut terus bergerak laju sehingga sampai di suatu persimpangan angkut tersebut tiba-tiba 'break maut' . Nasib baik aku tak melambung ke depan. Masalah betul pemandu ni. Ohh jalan jam rupanya. Ok takpa, relax jela.



Tiba-tiba pemandu angkut ni membunyikan hon tanpa henti. Aku yang kurang pendengaran ni pun terasa terganggu dengan bunyi hon tersebut. Masalahnya bukan tekan sikit-sikit, tapi tekan berterusan. Kalau tekan keluar lagu raya tak pa la juga. Sedap 'cochlea' aku ni dengar. Kalau hon pun bukan dapat ubah apapun, jadi bising adalah. Tak paham betul orang macam ni. Malas layan aku buka buku. Sebenarnya bukan masuk pun baca tapi sebab nak elak perasaan yang bukan-bukan datang baik alihkan kepada sesuatu yang lebih ilmiah.

Selepas lebih kurang 10 minit terperangkap dalam kesesakan , akhirnya angkut berjalan semula. Nasib baik tak ada pemandu lain yang keluar pastu mengamuk. Aku yang dalam angkut tu pun tension' dengar bunyi hon yang sangat tak sedap tu, inikan orang lain yang turut tertekan dalam kesesakan lalu lintas. Macam ni punya orang pun adakah? Tak paham~

Dah la bawa laju, pastu main redah ja 'bumper' jalan. Nampak ke tak? Ka buat-buat tak nampak? Aku tak kisah pun terlompat-lompat dalam angkut, terhantuk-hantuk kepala aku ni dalam angkut tu, tapi kalau ibu mengandung macamna? Mau gugur orang kalau bawa macam tu. Pelik betul la pemandu macam ni. Kalau tak ada penumpang sibuk berebut dengan angkut lain sampai jadikan jalanraya tu litar lumba untuk berada di depan. Tak pikir ke nyawa orang dalam angkut tu? Tak kisah langsung ada budak ka, orang tua ka, tapi ikut selera depa ja. Kadang-kadang tu, suka-suka ja tahan angkut lain lepas tu paksa-paksa penumpang naik angkut dia. Kalau tak naik kena marah. Pelik betul la dengan orang macamni. Tak paham~

Takpa, masih boleh bersabar lagi. Tiba-tiba ada seorang makcik tua naik. Belum sempat makcik tu duduk, dia terus memecut. Habis terhuyung hayang la orang tua tu. Nasib baik aku cepat capai tangan mak cik tu kalau tidak tak tahulah apa bakal berlaku (dengan pertolongan ALlah swt). Memang menyirap darah rasa berhadapan dengan pemandu macamni. Tak menghormati orang tua langsung.

"Kiri Mas". 10 meter sebelum tempat aku turun, aku dah cakap awal-awal. Dia kata depan lagi. Aku ingat sikit jela, tapi tak sangka pula dia berhentikan aku jauh dari tempat aku nak turun tu. Tak tahulah kenapa aku diturunkan jauh daripada tempat biasa sedangkan tiada halangan untuk angkut tu berhenti di situ. Lepas tu boleh sengih-sengih lagi. Ya ALlah memang Kau benar-benar menduga aku di bulan penuh kemuliaan ini. "Nasib baiklah mas dapat penumpang macam saya ni, kalau orang lain rasanya daripada tempat jam tu lagi dah bising-bising. Semoga dirimu diberi petunjuk oleh ALlah swt.." -Aku berani bisik dalam hati ja^^

Pengajaran:
1) Bertimbang rasa dan elak sikap pentingkan diri sendiri.
2) Menghormati orang lain di sekeliling kita.
3) Sopan santun amalan mulia.
4) Jadilah pemandu yang berhemah
5) "Assobarul minal iman" (sbar itu separuh daripada iman)

Renung-renungkan dan selamat beramal^^

Jazakallah..

read more

:. Jika Aku Jatuh Hati .: 0 kritikan

Bismillah..

Ya ALlah
Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

p/s: Diambil dari youtube ^^

read more

Sunday, September 6, 2009

:. Adakah Kita Sebenar-benar Hamba? .: 0 kritikan

Sunday, September 6, 2009 |
Bismillah..

Tengah hari tadi semasa aku buru-buru hendak ke tempat angkut kerana menyedari aku telah terlewat untuk kelas Pharmacology, tiba-tiba pandangan aku tertarik pada kelibat seorang lelaki tua yang aku kira sudah lebih separuh abad. Mungkin sebaya ayah.

Aku kagum melihat ketabahan pakcik tersebut yang bersungguh-sungguh menarik dorongannya (seperti kereta sorong) yang penuh berisi muatan dengan penuh kepayahan. Sesekali ia berhenti seketika menarik nafas dalam dan mengesat keringat yang sudah membasahi baju di bahagian leher. Dengan hanya berselipar jepun yang sudah hampir nipis dimakan jalan, berpakaian compang- camping, ia gagah meredah panas terik matahari di bulan puasa untuk mencari sesuap nasi meneruskan sisa-sisa hidup.

Semakin hampir diri ini dengannya, semakin tidak terbendung rasa sebak yang menumbuk jiwa. Aku memikirkan bagaimana keadaan keluarganya. Dengan hanya mengutip barang-barang lama, aku pasti hasilnya tidak seberapa. Bagaimana dengan isteri dan anak-anak? Apakah yang menjadi santapan mereka sekeluarga ketika berbuka mahupun makan minum mereka di bulan-bulan biasa? Tidur mereka pula di mana?

Sedang aku dan keluarga, Alhamdulillah melimpah ruah rezeki yang ALlah swt kurniakan. Cukup makan, cukup pakai, boleh bersekolah sudah mewah dirasakan. Alhamdulillah. Melihat kesusahan dan penderitaan orang lain, semakin bertambah rasa syukur atas segala nikmat kurniaan-Nya yang kadang-kadang terlupa untuk menzahirkannya. Saat diri merasakan susah, rupa-rupanya ada orang lain yang lebih merasa susah. Semoga kamu sentiasa dalam Pemeliharaan dan kasih sayang daripada Penciptamu, aminn..

Dari Imran Bin Hussien, Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya ALlah mencintai hamba-Nya yang beriman, miskin, memelihara kehormatan dirinya dan mempunyai tanggungan keluarga". (HR Ibn Majah)


"Nasib setiap manusia itu tidak sama dan tergantung kepada ALlah swt. Namun kita dituntut untuk berusaha menjadikan setiap hari-hari kita adalah yang terbaik sebagai seorang muslim. Untung saja kalian di sini dilahirkan daripada keluarga yang senang. Coba saja jika kalian dilahirkan sebagai anak pengulung (pengutip sampah) mungkin kalian tidak bersenang-senang di sini mengikuti pengajian ini, tapi mungkin sedang berbaring di bawah-bawah jembatan menunggu dihalau oleh polisi. Tapi adakah setiap hari celik saja mata, kalian mengucapkan syukur atas nikmat ALlah? Atau jika tidak, saat ditimpa musibah kalian meratapi lalu bertanya-tanya kepada ALlah mengapa kalian diuji. Begitu kan?" Kata-kata Pak Romi semasa taklim beberapa minggu lepas cukup menyentap hati ini.

Abu Musa ra memberitakan, Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya ALlah swt menciptakan Adam dari sebuah genggaman yang Dia genggam dari berbagai jenis tanah. Itulah sebabnya anak Adam(yakni umat manusia) beraneka macam sebagaimana ragam jenis tanah itu. Di antara mereka ada yang berkulit merah, ada yang berkulit putih, ada yang berkulit hitam, dan adapula yang berkulit campuran di antara tersebut. Di antara mereka ada yang bersifat mudah, ada yang bersifat sulit, ada yang bersifat buruk, dan ada yang bersifat baik, serta ada pula yang bersifat campuran di antara sifat-sifat tersebut" (HR Abu Daud dan Tirmidzi)

Inilah adalah lumrah kehidupan. Setiap yang ALlah swt ciptakan tidaklah sia-sia tetapi mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun sesetengah ciptaan ALlah swt tidak kita mengerti dengan akal fikiran kita yang terbatas. Ada yang miskin, ada yang kaya. Ada yang cantik, ada yang sebaliknya. Mengapa perlu ada perbezaan ini? Adakah ALlah swt sengaja mencipta golongan yang lemah untuk ditindas? Adakah ALlah swt menciptakan golongan yang kurang cerdik diperlekehkan oleh mereka yang bijaksana?

Tak! ALlah swt cipta yang lemah untuk dilindungi oleh yang lebih berkeupayaan. Si kaya memberi kepada si miskin. Si bijaksana membimbing si kurang cerdik agar dia tidak terus dalam kejahilannya. Itu adalah cara ALlah swt mendidik jiwa kita supaya lebih bersyukur atas segala nikmat-Nya. Tapi manusia akhir zaman ini yang semakin jauh daripada karma Tuhan. Yang kaya terus berlumba-lumba mengejar kekayaan sehingga menindas golongan yang miskin. Si bijaksana terus kagum dengan ilmunya, membiarkan yang jahil tetap dalam kejahilannya. Mereka lupa tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ALlah swt.

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah Menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.(49:13)

Kita memang beragam tapi penilaian ALlah swt hanya satu iaitu hamba yang bertaqwa. Walau kita miskin, kita kaya, kita cantik, kita 'hensem', kita 'pandai' itu hanya permainan dunia bukan tiket untuk kita menempah tempat yang baik di alam 'sana'. Melainkan kelebihan itu kita gunakan untuk mencari keredhaan-Nya. Si kaya memberi pada si miskin agar sama-sama merasa. Apa yang ada di hati bukan kemewahan dan kekuasaan yang bersifat sementara tapi mencari keredhaan ALlah swt dan keberkatan hidup di dunia untuk merebut tiket menuju jannah yang kekal selamanya iaitu buat hamba-hamba-Nya yang bertaqwa. Adakah kita termasuk hamba-Nya yang bertaqwa?

Bersamalah kita menilai kembali apakah arah tujuan hidup kita selama ini? Adakah kemewahan hidup yang kita cari? Adakah pangkat dan kekuasaan yang kita gilai? Atau kita mengejar kehidupan seolah-olah kita tidak akan mati? Tepuk dada tanya iman. Jawapannya ada pada diri kita sendiri dan perubahan itu juga adalah melalui diri kita sendiri. Kita yang akan menentukan hala tujuan hidup kita, sama ada hanya ingin kebahagiaan dunia yang bersifat sementara atau mengejar dunia untuk mencari yang akhirat. Jika tahu tujuan hidup, kita pasti tahu apa yang harus kita lakukan untuk mencapai 'target' kita itu, InsyaALlah.

Semoga di bulan penuh keberkatan dan kemuliaan ini, kita punya lebih banyak masa untuk berinteraksi dan mengenal diri sendiri yang selama ini kita lupa bertanyakan khabarnya.

Semoga berbahagia dan berjaya, duniawi wa ukhrawi, Aminn ya rabbal 'alamin.


Allahu'alam..

read more

Thursday, September 3, 2009

:. Jangan Lepaskan Peluang Nie .: 0 kritikan

Thursday, September 3, 2009 |

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)


Kategori A : Bawah 12 tahun

Kategori B : 13 - 18 tahun

Kategori C : 18 tahun ke atas




Jenis-jenis Pertandingan

1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)

2. Mengarang Esei (Semua Kategori)

3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)

4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)



Hadiah-hadiah untuk Pemenang

1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.

2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.


Syarat- syarat Umum


i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.

ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.


Syarat-syarat Khas


1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)


- Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)

- Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat, memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.

- Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya yang telah diterbitkan

- Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja

- Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja

- Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan dan menarik minat.

- Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.

- Emelkan komik anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iLuvislam.com

- Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).



2. Mengarang Esei Ramadhan

- Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja

- Esei bertemakan :

Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan

Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga

Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa

- Panjang esei :

Kategori A : 250 hingga 500 patah perkataan

Kategori B : 1000 hingga 2000 patah perkataan

Kategori C : 3000 hingga 5000 patah perkataan

- Setiap petikan idea dan rujukan perlu disediakan nota kaki

- Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,

- Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan bahan rujukan, pengolahan bahasa

- Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja

- Setiap halaman perlu ditulis muka surat.

- Setiap penyertaan perlu bertaip computer.

- Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com.

- Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori)



3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)


- Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan. (Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)

- Lukisan perlu bertemakan "Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan" ATAU "Ria Syawal dengan Bersederhana"

- Setiap penyertaan adalah asli dan tidak diplagiat daripada mana-mana sumber.

- Setiap lukisan mestilah diwarnakan.

- Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi kehendak tema.

- Lukisan hendaklah di'scan' dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Emelkan lukisan anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'.

- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com

- Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)


4. Multimedia presentation (Semua Kategori)


- Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.

- Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit

- Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan kreatif

- Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube atau Metacafe.)

- Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

- Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.com dan 50% dari juri dari kalangan Krew.

- Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori).


Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]


1. Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan Multimedia, sila berikan link untuk download).

3. Sila sertakan maklumat berikut :

1. Nama Penuh :

2. Nickname di iLuvislam.Com :

3. Umur :

4. Alamat Semasa :

5. No. Tel :

6. Jenis Pertandingan :

7. Kategori Pertandingan :

8. Jumlah Penyertaan yang Dihantar :

4. Pada ruangan Subject dalam email anda, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori pertandingan yang anda sertai].

Maklumat Lanjut Boleh Layari : ILuvislam.com

Jazakallah..

read more

:. Sempurnakah Puasa Kita? .: 0 kritikan


Bismillah..

Alhamdulillah, sudah masuk hari ke empat belas umat Islam menyambut bulan penuh kemuliaan, Ramadhan al- Mubarak. Apa khabar Iman kita? Apa khabar amal kita? Mudah-mudahan kita masih bertenaga dan bersemangat untuk meningkatkan amal ibadah dalam bulan penuh ganjaran ini, insyaALlah.

Bagaimana pula dengan proses kita menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan? Adakah kita benar-benar mengerti hikmah di sebalik amalan berpuasa itu? Atau kita sekadar menahan perut daripada lapar dan menahan tekak daripada kehausan? Mari kita muhasabah diri dan ‘check’ kembali amal yang kita berbuat selama empat belas hari ini:

  1. Makanlah sahur, sehingga membantu kekuatan fizik selama berpuasa. Rasulullah SAW bersabda:

"Makan sahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah."
(HR. Bukhari dan muslim)

"Bantulah (kekuatan fizikmu) untuk berpuasa di siang hari dengan makan sahur, dan untuk shalat malam dengan tidur siang ". (HR. Ibnu Khuzaimah)

  1. Akan lebih utama jika makan sahur itu diakhirkan waktunya, sehingga mengurangi rasa lapar dan haus. Hanya saja harus hati-hati untuk itu anda hendaknya telah berhenti dari makan dan minum beberapa menit sebelum terbit fajar, agar anda tidak ragu-ragu.
  2. Segeralah berbuka jika matahari benar-benar telah tenggelam. Rasulullah SAW bersabda :

"Manusia sentiasa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur" (HR. Al Bukhari, Muslim dan At Tirmidzi)

  1. Usahakan mandi dari hadas besar (contohnya haid) sebelum terbit fajar, agar membolehkan anda melakukan ibadah dalam keadaan suci.
  2. Manfaatkan Bulan Ramadhan dengan sesuatu yang terbaik yang pernah diturunkan di dalamnya, yakni dengan membaca Al Quran.

"Sesungguhnya Jibril selalu menemui Nabi Muhammad SAW untuk membacakan Al Quran baginya."
(HR. Al Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas ra)

Dan pada diri Rasulullah SAW ada teladan yang baik bagi kita.

  1. Jagalah lisanmu dari berdusta, mengumpat, mengadu domba, serta perkataan mengada-ada (fitnah) . Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak berkeinginan terhadap puasanya dari makan dan minum." (HR. Al Bukhari)

  1. Hendaknya puasa tidak membuat kita keluar dari kebiasaan. Misalnya cepat marah dan emosi hanya karena sebab yang remeh, dengan dalih bahwa kita sedang puasa. Sebaliknya, mestinya puasa membuat jiwa kita tenang, tidak beremosi. Dan jika kita diuji dengan seorang yang jahil atau pengumpat, ia jangan kita hadapi dengan perbuatan serupa. Nasihatilah dia dan tolaklah dengan cara yang lebih baik. Nabi SAW bersabda :

"Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
(HR. Al Bukhari, Muslim dan para penulis kitab Sunan)

Ucapan itu dimaksudkan agar ia menahan diri dan tidak melayani orang yang mengumpatnya. Di samping itu, juga mengingatkan agar ia menolak melakukan penghinaan dan caci-maki.

  1. Hendaknya kita selesai dari puasa dengan membawa takwa kepada Allah, takut dan bersyukur kepada-Nya, serta sentiasa istiqamah dalam agama-Nya. Hasil yang baik itu hendaknya mengiringi kita sepanjang tahun. Dan buah paling utama dari puasa adalah takwa. Allah berfirman: "Agar kamu bertakwa"(Al-Baqarah: 183).
  2. Jagalah diri dari berbagai syahwat (keinginan), bahkan meskipun halal bagi diri kita. Hal itu agar tujuan puasa tercapai, dan mematahkan nafsu dari keinginan. Jabir bin Abdillah ra berkata:

"Jika kamu berpuasa, hendaknya berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan dosa-dosa, tinggalkan menyakiti tetangga, dan hendaknya kamu sentiasa bersikap tenang pada hari kamu berpuasa, jangan pula kamu jadikan hari berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa".

  1. Memakan makanan dari sumber yang halal. Jika kita menahan diri dari yang haram pada selain bulan Ramadhan maka pada bulan Ramadhan lebih utama. Dan tidak ada gunanya kita berpuasa dari yang halal, tetapi kita berbuka dengan yang haram

11. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat kebajikan. Dan hendaknya kita lebih baik dan lebih banyak berbuat kebajikan kepada keluarga kita dibanding pada selain bulan Ramadhan. Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan, dan baginda lebih dermawan ketika di bulan Ramadhan.

12. Ucapkanlah Bismillah ketika berbuka lalu berdo'a:

"Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan atas rezeki-Mu aku berbuka. Ya Allah terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

Sumber rujukan : Buku karangan Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Jarullah yang bertajuk Risalah Ramadhan. Mudah-mudahan bermanfaat kepada kita semua, insyaALlah.

Allahu’alam..


read more

Salam Ta'aruf

My photo
Kebahagiaan Itu Adalah Sebuah Ketenangan dan Ketenangan Itu Adalah dengan Mengingati Tuhan..

Masa Itu Emas

Ukhwah Fillah

Followers

Hiburan Mendidik Jiwa

 

Hadis Nabi

Doaku untuk-Mu

Bismillah..

Ya ALlah

Jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang
Yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin
Jika aku jatuh hati
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut pada-Mu
Agat tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jika aku jatuh hati
Jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati
Jika aku rindu
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ALlah
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya ALlah
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya ALlah
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
Dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Aminn..Ya Rabbal 'Alaminn..

Kalam Allah

Copyright © Lakaran Pena Kehidupan | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog